Kemenangan tempoh hari yang cukup bermakna sebenarnya di Perancis. Bukan sahaja mempermudah laluan ke peringkat kalah mati tapi kemenangan yang memberi keyakinan kepada skuad di sebalik segala keraguan. Lebih2 lagi kita dihimpit masalah kecederaan. Setelah Sagna, kini Carl jenkingon pulak yang terpaksa menanggung kecederaan dan berkemungkinan besar bakal terlepas perlawanan bertemu Stoke City.Secara jujur perlawanan awal pagi Khamis lalu, aku saksikan satu perlawananan yang sukar, kedua2 team sukar mencipta peluang masing dengan pemain lebih berhati2 dan berdisiplin. Tapi kita membuktikan kita punyai pengalaman lebih di peringkat Eropah apabila satu display ang berkesan dari pihak pertahanan membantutkan barisan tengah marseille dan serangan mereka, ketika mereka frustrated maka mereka drop off sedikit. Ketika itulah kita hadir menghukum. Johan yang masuk sebagai sub menggantikan Carl yang cedera membuat hantran lintang , sebelum Ramsey yang jugak supersub meyudahkan dengan cukup baik pada minit2 terakhir perlawanan. Ini baru betul Rambo ala Stallone, last minit heroic action.
Daripada pesawat yang mendarat di London, Arsenal bakal tempang tanpa Jenkinson sebagai nama baru dalam list kecederaan. Dia menyertai mereka2 yang sedia ada, Mael, Diaby, Wilshere dan Sagna. Gibbs yang tidak main akibat kecederaan otot pulak masih 50-50 untuk perlawanan esok. Jenkinson bakal terlepas 2 game, Stoke dan Bolton dalam league cup, namun ada harapan sikit untuk kemabli beraksi menentang chelsea. Option Wenger bagi posisi RB kini tinggal dua katanya iaitu Joan dan Kos. Tapi aku rasa Wenger takkan memperjudikan nasib memecahkan gandingan CB antara PM dan Kos yang dah pun semakin lama makin blend in. Begitu jugaklah ujian bagi Wenger sama ada sanggup atau tidak merehatkan RVP. Ini sebab ada ura2 Wenger perlu melakukan rotation demi protection kepada para pemainnya terutama watak penting sebagai RVP. Tapi sanggupkah RVP memperjudikan nasib dengan meletakkan peluang terbesarnya untuk mendapatkan jaringan dan sudah bersediakah Chamakh dan Pakcu ? Aku rasa RVP boleh direhatkan dan memang perlunya rotation, tapi cuma setelah kita mungkin selesa mendahului dalam 2 3 bijik baru aku rasa Wenger akan menggantikan RVP. Itu adalah jalan paling selamat kerana kita tau, dia takkan diturunkan pun pada pertemuan menentang Bolton.
Satu lagi kes proteciton yang diwarwarkan adalah tentang bintang2 mudanya. Seperti yang sedia maklum, tahun depan bakal berlangsung 2 kejohanan besar iaitu Kejohanan Eropah di Poland/Ukraine pada musim panas dan Sukan Olimpik London bermula 25 Ogos. Yang menjadi concern nya ialah tentang nasib pemain2 Great Britain seperti Walcott, Wilshere, Gibbs, Chamberlain, Rambo. Ya Rambo besar kemungkinan boleh berpeluang bermain di Olimpik keranan tuan rumah London diwakili oleh team Great Britain di mana melingkungi negara seeprti Englands, Wales, Scotland dan Ireland. Pasukan United Kingdom ini tidak berdaftar bersama Fifa sebagai sebuah pasukan kerana FA setiap negara masing2 ingin mendapat pengiktirafan sendiri untuk bersaing membawa lambang bendera mereka. Tapi sehingga kini, cuma England sahaja dilihat sebagai pesaing kuasa besar bola sepak dunia ketika jiran2 lain tenggelam. Berbalik pada isu ini, Wenger inginkan pemain2 yang dipilih menyertai kejohanan Euro, tidak terlibat dalam sukan Olimpik. Kerana takut mereka burn out, dan effect pada pasukan kelab, Wenger jugak mencadangkan supaya tempat2 Olimpik diberikan peluang kepada pemain2 lain yang juga selayaknya diberi penghargaan untuk beraksi.Antara nama yang disebut adalah Ryan Giggs. Bale jugak berpeluang mencipta nama di peringkat antarabangssa dengan adanya tournament seumpama ini. Persaingan bola sepak Olimpik lelaki disyaratkan untuk pemain2 yang bermur bawah 23 tapi 3 tempat diberikan untuk pemain2 yang lebih daripada umur yang ditetapkan. Namun sejauh mana penerimaan pemain2 muda ini yang pasti begitu bersemangat nak main pulun habis semua tournament lebih2 lagi London selaku capital menjadi tuan rumah untuk Olimpik kali ini terutama sekali pemain berkaliber seperti jack Wilshere. Tugas besar Stuart Pearce selaku head coach Team Great britain memujuk rakan2 skerjaya di peringkat kelab.
"At some stage you have to decide how far you can go medically, for the players to play so many games under so much pressure. I would say there is already no real break because of the European Championship, and the Olympic tournament for me is not a real football tournament. For me the Olympics is for track and field basically.
"If I asked you now who won the Olympic Games 20 years ago you would have problems telling me. If I ask you who won the European Championships you would know better. If I ask you who won the World Cup you would know even better.-Arsene Wenger.
Esok malam Stoke City menjadi pelawat Emirates. Stoke City dah banyak berubah, daripada mula2 menyertai top flight division pada 08/09 kini mereka semakin lama semakin meningkat. Kejayaan melayakkan diri di kejohanan Europa League bukan datang dengan sewenang2nya. ia datang dengan hasil usaha dan komitmen. Begitulah komitmen yang diberikan oleh Tony Pulis dan anak2 buahnya. Mereka kini salah satu strike force dalam premier league lebih dikenali dengan corak fizikal mereka. Pemain bagak2 dan keras, Jones, Huth shawcross kini ditambah dengan Crouch. Keupayaan mereka menyambar Crouch membuktikan mereka kini semakin stabil dari segi kewangan. Bukan itu sahaja penambahan pada musim panas, Jerome, Upson dan Woodgate adalah muka2 baru yang tiba di Britania. Dengan pemain2 pengalaman sedia ada seeprti Ethrington, pennant, mat lontar peluru Delap dan Walters, Arsenal mempunyai tugas sukar untuk membendung asakan mereka. Tapi kini Arsenal jugak telah membawa fizikal dalam PM dan Santos, kedua2 pemain bakal turun esok. Slain dalam game open play, Arsenal harus memperkemaskan set pieces bukan sahaja defending , malah mempergunakan set pieces ni sebagai peluang untuk mendapatkan gol. Daripada match minggu lepas bertemu Sunderland, lihat berapa banyak peluang direct free kick di depan petak penalti kita dapat, dan daripada match di marseille, kita perolehi 9 sepakan sudut tapi malang semuanya ke laut. Mungkin hanya tunggu masa sahaja untuk PM melonjak dan menanduk masuk, tunggu.. masanya pasti tiba. Tentang Stoke City, Wenger mengulas,
“They are always difficult at the back to beat because the back four is stable and doesn't push forward too much. They go for a more direct game, that's why it is difficult to get them out of position.But at home we have always done well against them and that is what we want to continue to do.”Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan