Besar risiko yang diambil oleh Wenger tempoh hari. Pasti dia terpikir2 mundar mandir sama ada betul atau tak betul, gila atau tak gila dengan keputusan yng diambil untuk merehatkan RVP dalam perlawanan yang perlu menang. Nasib baik, kali ini percaturannya menjadi. Dia terselamat sekali lagi dari tersembelih kerana ketika barisan awal Arsenal yang turun tampak hilang punca dan kreativiti, lesu terutama di bahagian serangan, Wenger akhirnya terpaksa jugak memasukkan Kapten RVP untuk menyelesaikan tugasan. Hasilnya, RVP yang fresh masuk dan tidak perlu menunggu lama untuk menambah 2 lagi gol menjadikan 4 gol dalam tempoh jarak seminggu. Sekali lagi menghadiahkan 3 mata buat Arsenal di depan penyokong sendiri.Tapi selain daripada supersub2 kita tempoh hari, satu stand up performance daripada Gervinho yang tidak boleh dinafikan.1 Gol, 2 assist untuk pemain yang mempunyai mobility yang perlu diutilizekan lebih oleh Arsenal jika ingin pergi lebih jauh.
Arsenal turun bertemu pasukan keras seperti Stoke dengan meletakkan Alex Song sebagai kapten jugak pemain Maghribi Chamakh menggantikan RVP. Rambo kembali ke starting line up bersama Gervinho menggantikan Rosicky dan Arshavin. Walcott masih ada dalam pasukan(berdasarkan prestasi semasa)??? phew..Dan Johan menggantikan Carl sebagai RB. Tapi boleh aku katakan, dari game ke game , kita kini semakin nampak peningkatan dalam keserasian dan lebih bermain sebagai satu unit. Terutama partnership yang dibina antara Mertesacker dan Koscielny. Koscielny malam itu hari tp class, dengan positioning dan tackle, memenangi kebanyakan header walaupun bersaing dengan fizikal2 lebih bagak darinya, kecuali foul yang dikatakan terhadap Crouch, itu memang tak logic, epe kemende mamat setinggi galah tiba2 boleh tertunduk jatuh dengan mudah begitu sahaja. Kuat main wayang bekas Spuds ni.
Arsenal mendahului melalui hantaran smart Rambo yang singgah kepada Gervinho ,mengwal dengan cukup cantik sebelum memperdaya Begovic, kelegaan buat Arsenal. Emirates yang sunyi akhirnya ada sesuatu yang hendak diceriakan.Boleh aku katakan melalui pendengaran dan pemerhatian, fan kita di sana mmg agak pasif sedikit berbanding fan away di mana penyokong Stoke lebih beriya. Kerana sebelum2 ini, suara kita hanya kedengaran,itupun boo apabila bola dilaplap Delap untuk tujuan lontaran ke dalam. David Seaman mempersoalkan kenapa mahu boo sedangkan itu seni bola sepak. Pada aku, mereka bukan mencemuh ssebab taktik lontaran, tapi lebih kepada auta dan pembaziran masa yang dilakukan, nak dilap2 dah 10 saat, nak lari ke belakang dan lari ke depan balik pastu buat2 cari towel dia ingat ini macam kat Brtannia?
Tapi tak lama, seperti biasa, set pieces adalah barah buat Arsenal. dengan foul yan tak sepatutnya foul pun, Arsenal terperangkap kerana sekali lagi gagal mengeluarkan 2nd ball, bola dibiarkan dilantun2 dari kiri ke kanan dan kiri balik sebelum di tap in masuk sahaja oleh Crouch yang berkaki panjang. Memang frus balik lah Arsenal mase tu, mental down sudahlah nak dekat half time, bolos dengan cara sebegitu.Musuh lama tetap set pieces.Sebelum nak tamat 1st half, Chamakh nyaris mendapat gol yang dicari2nya bagi menaikkan kembali moral, tapi sayang hantaran Arteta dari sebelah kiri sipi2 nak dicapai namun Upson lebih pantas mendapat sentuhan.
Separuh masa kedua, Arsenal tau 1 minit awal penting untuk buat sesuatu. Tapi bukan tak mencuba, Walcott Gervinho Chamakh berhempas pulas, setiap crossing yang ditujukan tak jumpa sasaran, takde target man. Begitu jugak Arteta dan Song dan Ramsey, mereka memerlukan idea lain. Nama Kapten dah diseru2 di sekeliling Emirates memberi tekanan supaya Wenger segera melakukan perubahan.. Dan pada ketika inilah RVP dibawa masuk sambil membawa satu keyakinan baru pada rakan sepasukan. Selain itu Arshavin jugak diberi kesempatan membuktikan dia lebih relevan daripada Walcott pada ketika ini.Hasilnya 2 gol disumbangkan melalui 2 assist yang dicut back Gervinho. Gervinho dalam post matchnya tak sudah2 memuji RVP dan berkata dia semakin hari dapat membaca gerakan rakan sepasukan dan semakin serasi.
Walaupun kemenangan Arsenal ini dihadirkan oleh keistimewaan beberapa nama dan individu, tapi pada aku apa yang lebih penting adalah semangat positif dan persembahan berpasukan yang lebih nampak solid serta konfiden terutama dalam menangani asakan lawan.Kredit kepada semua pemain yang turun dan memberikan segalanya. gol ke 25 untuk RVP dalam 26 perlawanan liga untuk 2011.Kemenangan ke 67 untuk Arsenal di Emirates dalam 100 perlawanan liga.Dan nombor itu bukan berheti di situ, percayalah ia akan meningkat naik.Awal pagi nanti kita meneruskan cabaran dengan melayan Bolton dalam saingan Carling Cup. Kita akan buktikan trauma Wembley mampu dihapuskan!
Agi idup agi MengGunners!!!
Selasa, 25 Oktober 2011
Post Match : Arsenal 3- Stoke 1.
10:48 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan