Ketika kegusaran dan perasaan resah gelisah di hati ketika di suatu masa Arsenal kelihatan terpaksa menghadapi satu lagi keputusan mengecewakan, RVP sekali lagi hadir menjadi penyelamat, sekaligus menjadi penanda aras bagi rakan sepasukan lain di mana sepatutnya standard pemain Arsenal perlu berada. Tatkala permulaan yang bagus dengan gol pantas, kemudian kita membiarkan Sunderland kembali dalam perlawanan melalui free kick bekas pemain Arsenal Larsson, dan akhirnya same old story kita nampak flat.. RVP selaku pemegang arm band step up dan lead by example menggunakan keistimewaan teknikalnya melencongkan sepakan percuma world class yang menggegar jarin Black Cat. Kata2 nista tentang RVP sudah bosan, meluat dan tak nak sign kontrak dijawab di atas padang dengan persembahan yang komited dan sambutan gol yang begitu passionate-sehingga rela tanggal baju (rugi point fantasy aku nasib baik kapten).
Satu perlawanan yang menarik dengan Arsenal nampak lebih mendominasi namun Sunderland walaupun turun dengan seorang striker Sessegnon dan cuba membuat lambakan di tengah,tapi kadang kala mampu menguji benteng Arsenal , Szczesny sekali terperangkap apabila meluru keluar dari kotak penalti tapi menebus dengan save yang hebat di depan pintu gol, itupun dia masih boleh cakap 'bukan save tu yang terbaik tapi tandukan pihak lawan tu yang hancor, patut gol tu'.2 world class free kick menjadi hidangan tontonan.
Arsenal memulakan perlawanan dengan berita kurang baik apabila Rambo tidak dapat diturunkan kerana minor hamstring. Tempatnya diambil dengan penuh baik oleh Rosicky. Tapi kita memulakan game dengan dream start apabila tak sampai 30 saat, RVP telah memecahkan rekod gol terpantas Arsenal dalam BPL, 29 saat menolak ketepi gol Chamakh 38 saat menentang Wolves musim lepas. Tapi rekod gol terpantas Arsenal masih dipegan Gilberto Silva 20 saat dalam perlawanan Eropah menentang PSV pada 2002. Berbalik pada gol tadi, interception dari Oshea menyebabkan bola kembali pada Rosicky yang terus melambungkan bola kepada Gervinho ketika Oshea kelihatan terperangkap.Gervinho meluru dari sebelah kiri sebelum memilih masa yang tepat ketika RVP jauh dari markernya Wes Brown.Bang! rembatan padu kaki kanan gagal dihalang Mignolet memberi kelebihan Arsenal mendahului.
Bermula dari situ segalanya nampak macam dah cun. Dalam hati dah konfiden ni, berkobar2 Arsenal boleh bubuh lagi beberapa bijik. Minit ke12 plak kita hampir menggandakan gol, passing Arteta diserap baik oleh RVP di sebelahkanan mempermainkan lawan sebelum membuat chip ketika itu keepr dah jauh ke depan berhenti berharap tapi bola yang singgah betul2 dekat bahagian dalam tiang sebelah kiri menafikan RVP dan Arsenal untuk satu lagi gol magic.Selang beberapa minit macam nak melepas geram, RVP sekali lagi melepaskan rembatan tapi tersasar ke seelah kiri, Emirates berdiri sebentar duduk balik tapi bulu roma tak turun2 maw Arsenal lebih bersemangat attack memanjang.
Tapi gol kedua yang dicari tetap tak muncul2, biasanya di Arsenal, kalau dah jadi macam gini ini mmg satu petanda, selagi tak dapat gol lagi memang tak selamat. Tengok dari segi taktikal dan line up Steve Bruce dah boleh agak memang tipis harapan diorang nak dapat gol melalui open game kecuali melalui set piece Larsson. Aku dah tweet sebelum tetnang perlunya berhati2 terhadap free kick bekas pemain remaja kita, ternyata amaran tersebut bertukar menjadi tamparan buat Arsenal. Larsson diakui Wenger sebagai free kick taker terbaik dalam BPL tak mempersia2kan peluang melalui jarak 27 meter selepas foul dari Arteta. Dan sekali lagi same old Arsenal, same old.. set piece menjadi musuh untuk kali ke berapa. Boleh dibuat drama bersiri kalau ada koleksi2 gol yang kita bolos melalui set pieces ni. Sehingga wisel separuh masa, kita kebuntuan, bak kata Per Mertesacker, Arsenal sedikit terkejut, nervous dan mula hilang konfiden.Itupun kalau tak kerana ketangkasan Szczesny kita mungkin terpaksa mengejar di separuh masa kedua.
2nd half Arsenal bermula dengan misi mencari gol awal. Gibbs terpasksa dikeluaran baru 5 minit bersambung akibat sakit otot perut.Santos dibawa masuk. attacking minded left back memberi tekanan pada bahagian kanan Sudnerland. Tapi gol yang dicari2 tetap tak jumpa2. Arsenal pulak dapat banyak free kick di kawasan persekitaran kotak penalti dari kanan tengah kiri segala sudut , tapi baik Arteta, Santos, Walcott semuanya mencuba namun ke laut...Gua rasa kalau Larsson, boleh settle hampir separuh daripada peluang yang kita dapat tu. Frustation mula keliahatan di raut wajah setiap pemain Arsenal, gundah gulana Emirates dibuatnya.. Gervinho dikeluarkan dan Arshavin dibawa masuk bagi memberi suntikan. Tak tunggu masa lama, Arshavin cuba memberi impak dan pada waktu itu tiba2 ada glimpse of Henry kelihatan, ketika Arshavin membawak bola dengan menggunakan skill kepantasan kawalan kaki yang kemas di celah2 kepadatan 4 pemain pertahanan lawan sebelum merembat sipi. Membuatkan gua tangkap nostalgia, teringat satu gol Henry di Highbury ketika menentang Liverpool.
Bila tang tak menjadi mulalah gua nak cari kambing hitam. target gua tak lain dan tak bukan adalah Theo Walcott malam itu. ape kejadahnya yang dibuat aku tak dapat clue langsung. Terus menerus tak konsisten, tak menyumbang apa2, aku suka guna ayat ini,bila nak kondem Walcott, 'kaki lebih laju dari otak'. Lagi buat gua bengkek apabila Wenger menggunakan tiket talihayat sub terakhir dengan membawa masuk Yossi, kalau ganti Walcott tu bolehlah lagi, ini dok ganti Rosicky yang pada aku dah beraksi cukup kemas, baik dan bernafsu.Bawak pulak Yossi yang lebih kurang sama jenis jek player dengan Rosicky ni, maka takde added value. Aku ingat dalam keadaan genting macam ni dia berani laa nak gamble campak seorang lagi striker pakcu yang belum langsung buat debut untuk liga tapi pemain paling bijak IQ tu terpaksa tunggu lagi laa nampaknya. Bukanlah konfiden betul2 bahawa bintang asia tu boleh change game , tapi nak jugak melihat apa specialnya dia sampai Arsenal sanggup 'menyentap'nya daripada Lille.
Di sebalik kegusaram hari itu tetap hari Arsenal. Tinggal 8 minit nak tamat masa sebenar Arsenal dapat foul di sebelah penjuru kanan kotak penalti. Takde lagi Arteta, Santos tak pun Walcott kali ini RVP kata dia mau amek, dan mau sepak terus. Terbukti sepakan lencong berteknikal tinggi menewaskan Mignolet sekali lagi dan terus memberi kelegaan pada semua penyokong Arsenal dari terus disembelih. Arsene Wenger jugak boleh tarik nafas panjang. Sambutan RVP yang penuh emosional dengan menanggalkan jersi berlari mendapatkan para penyokong setia The Gunners di belakang gol. Itu kalau buat slow motion dari saat dia tanggal baju dan berlari berlatarbelakangkan nyanyian Adibah Nor 'kau terlalu istimewa~' mmg priceless! Arsenal kekal bertahan walaupun perasaan cuak tu tetap ada paabila mengenali Arsenal kita.
Namun tiga mata penuh berjaya dimiliki, tarik nafas lega panjang2, terima kasih diucapkan kepada persembahan kapten Vantastic kita menyaksikan Arsenal memanjat tangga liga ke top half position.Walaupun merangkak, biarlah daripada merengkok. Rekod baik di gelanggang sendiri diteruskan dengan 5 kemenangan berutut2. Ada tugas besar lagi lepas ni,Champions League lawan Marseille.
Agi idup agi mengGunners!!
3 ulasan:
yup agree, walcott kalau bawa bola mesti ke sideline, which is defender ramai2 block dia.. Theo kena try bawa bola masuk tgh.
v.persie, malam ni nampak talisman dia.. cuma walcott ngan gervinho kena full backup dia di belakang
bagi aku man of the match. Song.. sbb dia handling/controlling ball dia baik untuk game ni
last but not least, rosicky good for attacking midfielder. creative. kalau benayoun ganti walcott, i think, more creative move yang arsenal boleh buat last 10 minutes.
tak sabar nak tunggu wilshere.. mungkin game arsenal banyak berubah, sekarang dah nampak, new player dah serasi, cuma mungkin lebih serasi bila bulan 1 nanti
apa yang penting, V.persie, Rosicky 7 other players keep fit with no injury.
good luck gunners
terima kasih daun mengkuang, ulasan menarik yg cukup panjang.
terima kasih daun keladi, Arsenal akn tetap terus dihati.
Salam saudara Alkisah, point yang bernas. Song jugak hari tu mmg mengawal dengan baik bersama gandingan Rosicky dan Arteta, walaupun berhadapan sampai lambakan 6 midfield Sunderland tapi mereka bertiga tak nampak di outnumbered.
Saudara Fathullah, kreatif berpantun. Terima kasihlah, semua match Arsenal lepas ni jangan lupa ditonton.
Catat Ulasan