Rabu, 19 Oktober 2011

Komitmen Mael bekalkan semangat bagi 18 pemain ke France



Mael Lambung sambung kontrak!! Menjelang kunjungan ke bandar bola Marseille, Arsenal disajikan dengan berita masyuk apabila Mael aka Verminator telah secara sah setuju untuk komited bersama Arsenal apabila menandatangani kontrak lanjutan jangka masa panjang. Tepat pada masanya , kerana ketika Arsenal dihebohkan dengan gosip2 exodus sepanjang summer dan teka teki masa depan RVP, Mael menjawab kenapa perlunya untuk dia kekal setia bersama kelab yang diyakininya.

“I am really happy to have signed a new contract with Arsenal. I always had the intention to stay here. I feel there is a big belief in me from the Club, from the boss and from the fans and that is one of the reasons why I stayed. Arsenal is a fantastic Club. We have great supporters, we’re doing well financially and we are playing with some quality young players now and they will develop, which is very good for the future.”
Jadi apa lagi tunggu RVP? Ayuh ikut jejak langkah vice kamu. Tapi suka mendengar perspeksif 'komited' dari kaca mata Le Proff. Baginya komited bukan sekadar berapa lama kontrak yang anda sign tapi berapa banyak yang anda sudi berikan pada kelab selagi sepatutnya anda masih terikat dengan kelab tersebut. Jadi untuk mempersoalkan komitmen RVP oleh kerana dia belum sign kontrak adalah naif kerana apa yang dibuktikan atas padang , itulah sebenarnya jiwa yang komited.Pemain sememangnya ada hak untuk menentukan masa depan mereka, berhijrah untuk cabaran baru tapi bagi yang menghormati kelab dan juga menghormati kontrak sedia ada, pemain takkan terhegeh2 nak keluar, merayu2 nak pindah itu bukan komitmen. Wenger sempat menyindir pada sesiapa yang pergi ke City atas alasan football, ia semuanya hanya najis seladang, kerana sudah terang lagi bersuluh siapa yang mahu pergi ke kelab sekelas City jika tidak kerana godaan wang berjuta. Itu senario bola sepak moden yang terpaksa dihadapi dan Arsenal punya tugas sukar untuk menentang kapitalis2 bola sepak ini dari menabur wang sesuka hati.

Baiklah, esok kita akan terbang ke Perancis ,dan senarai 18 pemain telah pun dikeluarkan. Nampaknya tiada kelibat Gibbs yang terpaksa diketepikan selama 2 minggu akibat kecederaan otot tempoh hari.Walau bagaimanapun Rambo berjaya mendapatkan tiket kapal terbang.Chamakh kembali dalam senarai menolak ketepi PakCu yang dilihat bersaama2 dalam training. Paling syok melihat kehadiran kembali Mael di atas padang Latihan di London Coley.



Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Carl Jenkinson
Andre Santos
Per Mertesacker
Laurent Koscielny
Johan Djourou
Tomas Rosicky
Mikel Arteta
Alex Song
Theo Walcott
Gervinho
Yossi Benayoun
Francis Coquelin
Andrey Arshavin
Aaron Ramsey
Robin van Persie
Marouane Chamakh

Haha pernah sekali dulu jadi isu , ramai mempersoalkan apekejadah team2 medical dan physio kita tak buat kerje ke sampai ramai bebenor injured. Akhirnya semacam mahu segera menjawab, Arsenal membuktikan kesungguhan dengan membuka satu medical centre baru berdekatan padang latihan di London Colney. Harap nurse2nya tak brapa cun supaya takde yang asyik nak melekat kat sana.Great job Colin Lewen dan rakan2!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: