Ahad, 16 Oktober 2011

Pre Match : Arsenal vs Sunderland


2 buah kelab yang masing2 struggle untuk mencari kemenangan yang amat2 diperlukan. Jumlah kemenangan apabila dicampurkan kedua2 pasukan ini  baru 3, dan Arsenal hanya berada 1 anak tangga di atas Sudnerland dengan 1 mata di tangga ke 15, kedudukan yang ukar dibayangkan bagi fan2 Arsenal ketika ini. Tapi kucing hitam yang bakal dilayan malam ini bukan sebarang kucing. Mereka jugak desperate unuk keluar dari kelompok zon bahaya bagi memberi keyakinan pada mereka sendiri untuk survive dalam BPL. Ini kerana summer yang busy antara kedua2 kelab dengan Sunderland menyambar beberapa nama dari kelab2 besar seperti United melalui connection steve bruce dan kelab Mancester itu,Oshea, Brown, Richardson sebelum ini, dan tidak terlepas meminjam Bendi sendiri dari Arsenal.Walaubagaimanapun jentera serangan mereka perlu cari alternatif disebabkan peraturan yang tidak membenarkan Bendi bertemu dengan majikan asal.

Kemenangan yang amat2 diperlukan oleh Arsenal terutama selepas kekecewaan derby day, dan pastinya tidak boleh membazirkan apa2 lagi mata ketika berada di rumah sendiri. Hanya 3 mata selain dari itu adalah malapetaka disebabkan kedudukan kita yang sekarang ini jauh ketinggalan.Pada ketika ini saingan di puncak atas tampak sukar didekati dgn Mancity meninggalkan  15 mata.Walaupun para pemain jugak tidak bercakap secara khusus, target realistik kita sekarang ini adalah Newcastle yang berada di top 4 dengan perbedaan 8 mata.Tapi di antara kedua kelab ini, masih ada lagi 10 kelab yang sdang bersaing hebat tidak lupa jugak yang di bawah2 kita yang sedang mencucuk terutama Sunderland sendiri. kalau tewas malam ini, Sunderland sendiri akan memintas Arsenal. Jika ini terjadi, riot yang dikhabarkan berlaku, mungkin bertukar dari hanya planning kepada realiti.

Carl jenkinson akan mengambil alih tempat Sagna. Koscielny jugak telah mula melobi2 tempat tersebut kerana dia tahu dengan kepulangan Mael lagi dua minggu pairing Mael-PM pasti menjadi taruhan utama Le Boss. Koscielny sendiri memulakan kerjaya awalnya 7 tahun lalu dengan posisi RB jadi mungkin kita boleh harapkannya. pemain yang bresungguh2 di atas padang , Carl pun pastinya sukar untuk kekal konsisten dalam setiap game terutama di awal kerjaya, jadi adalah penting rotation dilakukan dan dengan versatility yang ada pada pemain Arsenal, kita ada option dalam Kos,Santos mahupun Johan untuk memikul tanggungjawab yang dipinjamkan oleh Sagna. Diaby juga dalam prosese recovery yang positif, paling awal diturunkan mungkin pada pertemuan menentang Bolton dalam Carling Cup. Selain keempat2 Diaby, Wilshere, Sagna dan Mael, yang lain2 cuma ada beberapa kes2 kecil seperti Rosicky groin dan jugak Kos serta johan yang perlu melalui scanning kerana baru pulih dari kecederaan.

Bakinya pulak ramai yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa maka match fitness pasti menjadi persoalan. Jangan lupa Alex Oxlade Chamberlain yang beraksi mantap bersama England u21 pastinya sedang push rakan2 lain untuk merebut tempat, malah membuat debut starting lineup. Segalanya mungkin bagi pemain masa depan ini, lebih cepat lebih bagus kerana secara peribadi aku mula nampak special talent yang ada pada budak ini, sama seperti mana feeling terhadap Jack Wilshere.-Cuma aku diberi harapan palsu mengenai Theo Walcott yang kejap on kejap off, kalaulahlah dia lebih konsisten...  Selain Bendi, Sunderaland pulak turun tanpa penjaga gol Gordon, penyerang Campbell dan jugakpenggantungan Badut titus Bramble serta Bardsley. Ini peluang untuk Asenal mengambil kesempatan.

---------------Szczesny-----------------
Carl---------PM------Kos-------Santos
----------------Song--------------------
-------Arteta---------Rambo------------
----Walcott-----RVP------Gervinho----

Sejak kekalahan pada Liverpool, home form kita mula menunjukkan bibit2 kebangkitan walaupun kemenangan ke atas Swansea dan jugak Bolton dibantu faktor2 luaran tapi sekurang2nya mampu memberi keyakinan di gelanggang sendiri. Arsenal sangat2 memerlukan 3 mata malam ini tapi begitu jugak Sunderland. Jangkakans atu perlawanan menarik tapi tanpa kejutan, kalau adapun biarlah positif di pihak Arsenal.Szczesny yang score ke, atau Pak Cu dapat buat debut dan terus score ke, kejutan2 macam itu takpe. Sebab banyak pundit2 dan media dah bajet dan tilik game malam ini bakal draw betapa mereka merendah2kan martabat Arsenal ketika ini.Buktikan sebaliknya wahai Gunners!! Astro ESPN 812/832 Arsenal 2 Sunderland 0.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: