Internationaleleh membuatkan aku terpaksa bercuti panjang, bukalah terpaksa sangat lebih kepada aku mengambil kesempatan melihat juga kepada arsenal.com yang keluarkan entah apa2 cerita sebagai modal mengisi masa lapang. Apapun lebih baik ada dari tiada. Ada yang score, ada yang bernasib malang bersama pasukan negara. Itu lumrah, hebat di kelab tak semestinya berasal dari negara yang asas bola sepaknya hebat, tapi kalau kapten skuad kebangsaan pun tak semestinya pemain itu mempunyai form yang menonjol di Arsenal. Aku tertarik dengan kata2 WEnger bahawa kita ramai kapten material di Arsenal, selain RVP sedia ada, Arshavin Park, Yossi, Rambo, Rosicky dipetik sebagai kapten2 kebangsaan atau juga Arteta dan Mertesacker yang pernah membimbing di peringkat kelab dalam beberapa occasion.
Tapi sejauh mana sebenarnya impak yang diberikan terhadap pasukan kerana sampai ke hari ini, persembahan2 kita tak berjiwa, tiada hati dan umpama tiada yang nak push rakan2 supaya lebih bersemangat.Mungkin Mael ada kriteria tersebut tapi buku rekod kesihatannya yang semakin tercalar membantutkan usaha itu. Sebagai langkah selamat, aku berpegang pada kata2 Edu la, bekas pemain skuad Invicible kita yang kini sudah pun bersara muda pada 33 dan bertindak sebagai general manager pasukan kelab Brazil , Corinthians. Edu sempat kembali ke London dalam lawatan sambil belajarnya , juga sempat dapatkan tips2 dari Wenger untuk cara2 mengendalikan transfer dan perkara2 pengurusan, berbalik pada yang dicakapnya tadi adalah dia memeprcayai Wenger, percaya pada pasukan ini terutama rakan sebangsanya Andre Santos, maka dia menyeru para Gooners suapaya bersabar kerana setiap pasukan yang dibentuk mengambil masa untuk sebati. Kalau tak musim ini, musim depan, kalau tak musim depan , musim lagi satu katanya. Proses mencipta keserasian di kalangan pemain dan membentuk persefahaman bukannya semudah membuat ABC.
Banyak perkara yang perlu dititikberatkan lebih2 lagi setelah Wenger kata pentingnya pasukan arsenal untuk merenewkan skuad. Sedar tak sedar 30 transfer dilakukan. Summer yang sibuk.9 pemain dibawa masuk, 10 dilepaskan, 11 dipinjamkan. Jadi miracle lah kalau nak mengharapkan kepantasan hasil. Walaupun Wenger punya signing kali ini lain2 macam siket dengan membawa masuk so called pengalaman, tapi aku tengok Arsene Wenger punya target lebih kepada foundation for the future. Dia cuma sediakan asas untuk penggantinya, itupun jika tak berhasrat atau tidak disambung kontrak selepas 2014. Bukan lama pun 3 tahun lagi, sabar.. Itu pun sudah ada yang tak sabar2 6 tahun tak dapat apa2 sampai sebahagiannya sudah mula pasang impian nak buat riot tunjuk perasaan menaikkan banner2' Wenger out' di Emirates pada pertemuan dengan Sunderlan hujung minggu ini. Ya , ia adalah satu bentuk luahan perasaaan dan hak asasi namun kita fikir logik akal dan situasi semasa ketika ini, adakah BOD akan sewenang2nya tunduk kepada tekanan ini melepaskan pengurus yang boleh kasi masyuk ongkos kat depa. Duita tiket pun mereka berani naikkan. Tidak sama sekali. Jadi alang2 nak luahkan sangat, biarlah berlaku adil, jangan menuding jari pada satu pihak sahaja, Gazidis dan Silent Stan pun ada part untuk diblamekan.Ya blame semua, salahkan semua, salahkan pemain salahkan itu , salahkan ini tapi tidak pada diri sendiri bukan? Kalau mereka atau kita sebagai penyokong yang support sepenuh hati dengan semangat kesukanan, sepatutnya 'boo' tidak sama sekali muncul dalam kamus chanting. Bagus kritikan membina, bagus kritik Wenger biaq dia sedaq , dia pun tahu tekanan makin menimpa tapi biarlah dengan cara lebi berhemah. Ketika kemenangan buruk ke atas Swansea pun mereka boleh melaungkan 'one arsene Wenger' tapi esoknya bila kalah terus spin 360 dajah 'sila keluar'. Bola sepak hari ini kadang2 kejam, tiulah tekanan yang terpaksa diterima orang tua itu jadi pada aku, dia cukup dah tekanan, biar dia buat kerja jangan tambah sangat tekanan dia lagi nanti apa pun tak jadi.Jadi banner sperti 'please arsene do something', 'we need changes' atau paling busuk pun 'Thank you Wenger but goodbye' mungkin dengar lebih berhemah. Sebenarnya seronok jugak nak melihat apa reaksi jika perkara ini benar2 berlaku nanti. Masa tu kita boleh lihat pecahan perbezaan pendapat tapi perlu dengan cara rasional.
Itu perkembangan terhadap suasana sekitar emirtes. Kita kecilkan lagi kantar dan fokus pada perkembangan pasukan atas padang pulak. Pertemuan menentang Sunderland , Koscielny dan Johan kembali tapi match fitness menjadi isu. Mael sudah boleh beralari dan mungkin dalam 2 minggu lagi sebelum full training, begitu jugak pemain yang tak pernah muncul musim ini Diaby, khabarnya bakal kembali dalam masa 10 hari. Jadi kita kehilangan Wilshere, Sagna, Mael dan Diaby yang lain2 semua ok. Sagna yang paling sedih dan tak biasa dengan situas ini kerana selang 3 hari jek match bagi dirinya, tapi Wenger memberi jaminan kekuatan mental Sagna. Internationaleleh sebenarnya memberi ruang kepada para pemain melupakan segala keputusan mengarut dan tak memberangsangkan di persaingan domestik.
"We were not beaten on the day by a bad performance but because the details you need in big games were not on our side and that was very frustrating. The disappointment was big and ideally I would have loved to have played again soon afterwards. But maybe to get that game out of the players' heads it was better for them to have the international games."Arsenal sebagai tuan rumah di Ashburton Grove menanti kunjungan Sunderland yang hanya baru menang sekali sahaja musim ini Itupun kini mereka bakal turun sedikit tumpul tanpa penyerang kita yang dipinjamkan Bendi. Mengikut peraturan Premier League, seseorang pemaiin tak boleh turun menentang parent clubnya sendiri walaupun aku rasa Wenger sendiri dan arsenal tak kisah kerana mengikut rekod, sanchez watt pernah turun bersama Leeds kalau tak silap dalam piala FA menentang Arsenal, membuktikan keterbukaan Arsenal. Ahad ini sama2 kita mengharapkan konsistensi terutama dalam home form.
Agi idup agi mengGuners!!
1 ulasan:
Nice GnR!
Ramai dah yg xsabaq..malah ada yg pleceh kredibiliti AW...
tp pada aku, aku just pegang satu jeh..kalau bukan AW aku rasa tak tersemat Arsenal kat hati aku..
Ni la dunia..benda baik yg dibuat org da xnampak da bila mistake walau sbesaq kuman...itu yg akan dikenang smp bila-bila..
~Arsenal Till Die~
Catat Ulasan