"There are similarities there in the way we play and the way we educate young players and the way we rely on young players and in the sense of belonging to the Club.I believe that we want the players to have that because it is an important part in the way we see football and I believe Barcelona has that as well.", Arsene Wenger tentang persamaan Arsenal dan Barcelona.
Aku kehilangan perkataan yang extravaganza mahupun da Bom untuk mentafsirkan perlawanan malam ini tapi aku yakin seluruh peminat bola sepak dunia , baik dari Arsenal, Barcelona, neutral, ataupun pencinta bola sepak sendiri, kita semua sedia maklum prospek yang telah dijanjikan dalam perlawanan sebesar ini.Awal pagi nanti bukan hanya pertarungan, bukan hanya persaingan untuk merebut tempat ke separuh akhir, tapi jugak satu persembahan seni bola sepak daripada 2 pasukan yang selama ini dicanang2 sebagai pasukan yang memperagakan corak permaianan yang cantik, menarik dan majistik.(kadangkala boleh sampai ke tahap mistik melihat gol2 pelik yang dilepaskan oleh Arsenal).
Mengimbau semula pertemuan terakhir antara kedua2 pasukan adalah final 2006 yang masih lagi traumatik buat Wenger.Mungkin juga bagi Campbell, Almunia, Fabregas, Eboue yang terlibat di atas padang ketika itu. Watak penting malam itu adalah Lehmann yang yang dibuang padang hanya selepas 18 init aksi, malah menjadi orang pertama yang dikenakan kad merah dalam final. Kini diberitakan Lehmann akan menggantung gloves nya di akhir musim ini.Selamat tinggal dan terima kasih Lehmann. Malam itu adalah malam yang cukup mengecewakan bagi Wenger yang semakin hampir menamatkan badi dalam kejuaraan Eropah tapi sebaik Eto'o dan Belleti (keduanya dah meningalkan Barca) menjaringkan gol dalam tempoh 13 minit, ia hanya menambah parah di memori Wenger yang turut kecewa dalam final UEFA dan Cup Winners Cup setelah rekod cemerlang dalam persaingan dometik bersama Arsenal dan Monaco.
Itulah sebabnya Wenger yang kini telah berusia 60 begitu kepingin dan sangap untuk mengucup piala di kejohanan Eropah kerana dia tahu dia bukannya semakin muda.Menariknya, ketika cakap2 sembang2 teh tarik mengenai kemungkinan besar Wenger tidak lagi menyambung kontraknya yang tamat 2011, nama Pep Guardiola muncul sebagai calon yang bakal mewarisi 'pasukan masa depan' yang ditinngalkan Wenger untuk Arsenal. Guardiola yang jugak hanya menyambung kontrak sehingga akhir musim depan menjadi bahan pujian Wenger yang mengagumi bakat besar pengurus muda itu.Menang kesemuanya dalam 2 musim, itulah sebabnya Guardiola diangkat sebagai the special one sebenar.Mereka boleh kata masakan tidak Pep mampu melakukannya dengan barisan2 bintang seperti Messi, Henry, Eto'o (musim lepas),Zlatan, Xavi, Iniesta, Puyol, Pedro, Bojan Pique dan ramai lagi tapi adakah anda lihat pasukan2 lain yang dibarisi gelaktikus mampu mencapai apa yang dinikmati Guardiola? Tidak ini kerana, sistem perlantikan pengurus yang bercelaru, menukar2 pengurus saban musim hanya kerana tak dapat capai maksimum apa yang mereka mahu, dan tidak langsung memberi keyakinan dan kepercayaan kepada seseorang pengurus untuk membina pasukan.Bagaimanapun Wenger atau Guardiola sendiri bernasib baik kerena majikan mereka memahami apa yang mereka cuba lakukan malah Guardiola sendiri merupakan lagenda pemain Barcelona dan arif benar akan sistem yang diamalkan jadi tiada masalah besar untuk dia mengembangkan DNA Barcelona ke dalam naluri setiap pemainnya, Bila bercakap tentang DNA, tidak boleh terlepas unuk memperkatakan tentang kapten Fabtastic Fabregas. Setiap musim pasti ada sahaja cerita2 nakal mengenai kepulangan Fabregas ke kampung halaman dan jawapannya, "Mak, Fabby tak cukup puas untuk bersukaria di kotaraya London mak, biarlah Fabby betul2 muak- sepertimana Arshavin muak dengan cukai tinggi dan pemandu perempuan- baru Fabby terpikir untuk pulang itupun Fabby cukup sayang dengan kehidupan di London ni mak.Biarpun DNA Barcelona tak pernah hilang mak, tapi anggota deria Fabby semunya bagai terlekat dengan corak kehidupan di London, mak.Restuilah perjuangan anakmu"
Namun malam ini bukan mengenai hubungan rapat Fabregas bersama Barcelona, Lagenda Gunners Henry pulang ke Arsenal, Messi pemain terbaik dunia, Mael berjumpa bekas rakan sepasukannya dulu di Ajax Zlatan, ada isu lain yang lebih penting iaitu bola sepak itu sendiri.Ia adalah pertembungan antara Messi vs Mael, Arshavin vs Puyol. Henry vs Gallas, Fabregas(40 %) vs Xavi, Abidal vs Sagna, Clichy vs Alves, Song vs Toure,. Tanpa Iniesta yang diketepikan untuk 1st leg ini, Arsenal masih perlu risaukan ramai lagi yang boleh step up menggantikan posisinya.Tapi bagi Verminator, Arsenal tidak boleh terlalu menghormati atau memikirkan tentang class seseorang individu lawan, jangan fokus pada seseorang Messi sahaja tapi yang penting adalah memberi tumpuan terhadap gaya permainan sendiri dan main relax seperti biasa. Arsenal pulak masih samar2 akan peluang Fabregas untuk beraksi dengan Wenger hanya meletakkan 40% peluang semalam. Ujian akan dijalankan malam nanti dan ketika itu baru dapat diketahui kedudukan sebenar talis man yang sangat2 penting dalam match seperti ini.Melihat Arsenal vs Barcelona tanpa Fabregas beraksi sama seperti meminum teh tarik tanpa tarikan.
Sambil itu Arsenal mendapat boost dengan kepulangan William Gallas dari kecederaan.Sepeninggalannya Sol Campbell , Silvestre dan Song mengisi kekosongan dengan cukup baik walaupun ada la sekelumit dua yang mengarut. Gallas sebelum injured mempunyai satu persembahan yang terpuji musim ini.Dengan kehadirannya di sebelah Mael Kerbau, pastinya dapat memantapkan persefahaman di barisan pertahanan lebih2 lagi ketika Gallas beraksi, Almunia seaakan2 muka cuak untuk memandang 'wajah tak pernah puas hati' Gallas.Ini memberikan kelebihan agar penjaga gol yang tidak konsisten itu agar lebih berwaspada daripada melakukan rutinnya lagi.Lagipun walaupun belum diketahui sama ada siapa akan digandingkan dengan Mael yang dapat berehat 2 minggu, Wenger berura2 untuk memberi peluang rehat kepada Campbell.Ini bermakna Song yang bermain di posisi CB Sabtu lepas dapat kembali ke posisi terbaiknya, Kita tahu Barca sebelum ini menggunakan jugak formasi 4-3-3 begitu jugak Arsenal.Wenger dalam press conference mengatakan tak ada sebab untuk dia menukar corak permainan biasa Arsenal semata2 bertemu Barca.Tiada istilah lawan istimewa buat Wenger kerana semua dianggap sama saja.Jika anda bertandang ke Emirates , anda perlu bersiap sedia untuk menerima 'the Arsenal way' yang kini coraknya di claim lebih kurang sama dengan Barca.
Henry taknak main? itu dipetik daripada interview dulu, tapi aku yakin Henry cukup profesional.Aku menghormati pandangan King Henry dan menghargai apa jua sumbangan besarnya sebagai lagenda di Arsenal.Tapi untuk malam ini, Henry adalah pemain Barcelona yang berdarah Arsenal, jadi sebagai seorang manusia istimewa, Henry pastinya akan memberikan persembahan terbaiknya malam nanti buat 'menghiburkan' para penyokong yang merindui aksi beliau di Highbury atau Emirates.Dia akan mendapat layanan baik sepertimana Viera bertandang ke Highbury dalam musim pertama perpindahannya ke Juve begitu jugak aku mengharapkan result yang sama berulang. Sagna Clichy, Gallas serta Mael pastinya tidak akan melepaskan Henry marayau2 mahupun bersiar2 di persekitaran padang.Aku rasa Song sendiri pun takkan membiarkan Henry melintas garisan kawalannya.
Andai kata Fabregas gagal untuk melepasi kecergasan, kita masih ada Diaby dan Nasri yang boleh diharapkan.Diaby dengan persembahan musim ini yang semakin konsisten manakala Nasri sedang atas api(on fire) melalui gol2 luar imiginasi vs Porto dan Brummie.Seorang lagi star men malam ni adalah pemain yang sebelum ke Arsenal, begitu berhajat sangat untuk menyarung jersei Barcelona cuma tak kesampaian kerana tidak dipandang.Arsenal lebih meinginkannya, dia rasa lebih terpanggil oleh Wenger, jadi memilih Arsenal.Anda mungkin boleh berkata jiwa raganya tak sepenuh hati di Arsenal tapi bagi aku Andrei Arshavin jugak seorang yang cukup profesional dan hanya suka menyepak bola daripada memikirkan perkara2 remeh dan sentimental value nih.Mungkin terlalu jujur, atau terlebih outspoken adalah ciri semulajadi yang ada pada the little Russian.Tidak kiralah walau tidak dapat bermain dalam Barcelona tapi dia cukup bersemangat untuk beraksi menentang Barcelona, itulah sebabnya dia memilih untuk bersama2 Arsenal, bukan dia saja tapi semua player yang memilih bersama Arsenal inginkan peluang2 macam ni, bermain big match yang etnah bila boleh dirasai.Sebolehnya aku beraharap agar dia bukan sekadar pop up di match2 besar seperti yang sering dilakukannya, tapi kita mahukan lebih lagi dari Arshavin.Mungkin kerana beban yang terpaksa dipikulnya akibat ketiadaan starman RVP menyebabkan dia nampak agak keletihan fizikal dan mental musim ini.
Di barisan serangan , Arsenal tidaklah begitu menyengat berbanding Barcelona yang dibarisi pemain terbaik dunia Messi , Zlatan dan Henry.Mereka juga mempunyai pelapis yang berwibawa dalam Pedro dan Borjan. Arsenal tanpa RVP trepaksa mengharapkan Bendi, Eduardo yang tak mencapai ke'dudu'annya, dan Walcott yang pasang surut, sekejap macam kilat sekejap lagi mendung tak konfiden hujan ke tak hujan.Itulah perbezaan barisan serangan Arsenal tapi yang menariknya mereka bekerja sebagai satu unit malah penjaring terbanyak dalam kempen Arsenal musim ini datang dari pemain tengah talis man kita iaitu Fabregas dengan 18 diikuti Arshavin 11 dan Bendi 9.Mael defender pun dah menjaringkan 8 gol. Itu serba sedikit mencerminkan dari mana sumber2 gol Arsenal datang kepada para mereka yang pelik melihat statistik jaringan Arsenal dan inginkan sisastan oleh pegawai SPRM.
Sudah terlalu tepu dan sebenarnya aku tidak boleh tunggu lama lagi tidak sabar untuk menyaksikannya awal pagi nanti.Inilah mungkin barisan yang akan diturunkan Wenger awal pagi nanti:
---------------------Almunia--------------------
Sagna---------Gallas-------Mael---------Clichy
--------------------Song-----------------------
----------Fabregas-------Diaby---------------
-----Nasri---------Bendi------Arshavin----------
Sub Dudu, Rosicky, Eboue/Walcott
Minggu sudah aku mengatakan jauh di sudut hati , lebih terbuka peluang untuk memenangi kejuaraan liga daripada bertanding dalam kalah mati yang apa2 boleh terjadi dengan peraturan away goal yang cukup memberi kesan psikologi.Jadi awal pagi nanti, tiada apa yang hendak dirisaukan, kerana kita adalah under dog, bertemu dengan World ,European champion. Jadi tidak ada apa yang hendak disegankan.Jika ditakdirkan Arsenal tersungkur, biarlah dengan cara terhormat dan jika tewas kepada Barcelona di peringkat ini ia lebih boleh diterima jika pemain kita semua all out memberikan yang terbaik daripada tewas di peringkat yang seterusnya dengan pasukan yang entah apa2.Bukanlah mengangkat bendera putih tetapi, daripada sudut perspektif, ini adalah match yang ditunggu2 dalam bola sepak, Barcelona vs Arsenal, bila lagi boleh dapat match macam ini, ini umpama final cuma tanpa piala.Siapa yang tidak mahu melihat pasukan mereka memenangi match2 seperti ini terutama di gelanggang sendiri.Jadi aku menjangkakan Arsenal menghadapi sedikit kesukaran sebelum menang dengan 3-2.Menang dengan clean sheet adalah maksimum.Astro ESPN 812 2:40 am.. Kunci Jam Anda!!