Jumaat, 30 September 2011

POst Match : Arsenal bakar motivasi sebelum NLD!

2 signing baru Oxlade Chamberlain dan Anre Santos masing2 menjaringkan gol dalam home debut di Emirates meletakkan Arsenal satu2nya pasukan dari BPL yang berjaya mengutip 3 mata penuh bagi minggu ini. Satu kemenangan yang sukar tapi amat ditagih. Berdasarkan persembahan dan line up awal pagi tadi dapat diperhatikan Arsenal cuba play safe seakan2 menyimpan tenaga bagi match NLD yang penting Ahad ni. Garang dan tajam di hadapan bagi 20 minit pertama, Arsenal kelihatan mula fade out membiarkan juara Greece itu mendapat rentak dan mampu merapatkan jurang sekali lagi melalui sumpahan set piece. Harap Wenger kali ini mendapat view lebih terang (kerana duduk dari atas stands) akan kelemahan yang belum ada penawarnya.Sehingga berakhirnya separuh masa kedua, Arsenal tak naik2 gear, dan tiada gol ketiga berjaya disumbat tapi lega kerana dfend kita dan bahagian tengah dipeisai oleh arteta dan frimpong mampu mengekang segala asakan Olympiacos.

Wenger memulakan perlawanan dengan beberapa rombakan drastik sebagai langkah rotation.RVP, Gibbs, Rambo direhatkan memberi peluang kepada Chamakh, Santos, Frimpong. Selepas menyerlah dalam starting pertamanya minggu lalu, Oxlade sekali lagi diberi kepercayaan menggantikan Walcott manakala Arshavin diberi peluang mengisi kekosongan Gervinho. Lupa pulak bahawa Johan sememangnya cedera maka Song diberi tanggungjawab menggalas tugas CB, satu watak solid yang berjaya dipamerkan bersama Mertesacker.Paling syok tengok diorang happy2 peluk2 kepuasan lepas final whistle .

Arsenal hanya memerlukan 8 minit untuk memecahkan kebuntuan.Oxlade Chamberlain memecah rekod sebagai penjaring paling muda Arsenal dalam Campions league apabila mengutip bola dari  sebelah kanan  hasil bawakan song, merembat di celah2 kaki mellberg menewaskan penjaga gol. Arsenal kemudian terselamat apabila Arteta memanjangkan badannya dengan sepenuh urat demi menahan bola dari melepasi garisan gol ketika sepakan sudut. Kemudian gandingan Rosicky dan Santos di sebelah kiri berjaya meloloskan pemain Brazil itu sebelum dia membuat hantaran ke dalam kotak mencari Chamakh, walaupun berjaya ditampan pertahanan lantunannya singgah pada kaki Santos yang mengelecek sebelum menyudahkannya dengan gaya seorang striker apabila slumber memilih sudut sukar yang sepatutnya dijaga keeper. Rau awajah kegembiraan kepada Santos yang juga membuka akaun gol pertamanya bersama Arsenal. Entah mengapa ketika kedudukan 2-0 kita drop off sedikit dan lamunan kita dikejutkan dengan gol melalui setpiece -masalah utama Arsenal. Hasil dari short corner, Fuster berjaya mendapat free header-situasi membimbangkan- daripada hantaran lintang bagi menewaskan Szczesny. Separuh masa kedua gol2 tambahan sukar dicari, Arenal cuba memasukkan RVP dan Rambo sebagai aksi pemanas dan juga ingin cari killer goal. Tapi Olympiacos yang semakin hampir melalui satu sepakan cantik Torosidis yang hanya mampu menggelar palang Szczesny. Olympiacos seakan2 percaya mereka mampu mendapatkan sesuatu tapi kita bertahan dengan baik semalam dan akhirnya berpuas hati dengan kemenangan 2-1.

Dengan kemenangan ini meletakan Arsenal di tangga kedua di belakang Marsseille yang berjaya menewaskan Dortmund. Boleh rehat sebentar tentang UCL. Tumpuan kini paling penting di perlawanan penuh tradisi dan hanya fantasi bagi Spuds.Walcott Kos dan Gervinho masing2 akan menjalani ujian lewat bagi menentukan kelulusan bermain dengan Walcott berpeluang cerah. Yossi dan Laci jugak dah kembali tapi Laci tidak turut serta dalam senarai kerana masih belum match fit. Johan masih out.Yang lain2 tiada masalah kecuali mereka yang sedia tiada. Persetankan Adebayor kataWenger. NLD adalah suatu yang baru bagi sesetengah dari mereka tapi seronok mengetahui mereka jugak tak sabar2 nak merasai bahang kehangatan derby ini. Harap mereka tak mempersia2kan maruah seeprtimana skuad musim lepas yang pernah dibogelkan dan segala rekod tercalar. Maka dengan ini kuranglah tekanan untuk mengekalkan sesuatu rekod tapi Arsenal perlu kekal sebagai hanya satu2nya pasukan yang jauh lebih mantap di Utara London berbanding jiran kecoh itu.

COYG!!


Rabu, 28 September 2011

Pre match : Arsenal vs Olympiacos

“Certainly we know that some of their most important players will not be available for the match, but we are here to face Arsenal as a team and not 11 individual players.”

Itu kata2 pengurus Olympiacos Ernesto Valverde, menyanjungi Arsenal kasi up tapi dalam masa yang sama perang psikologi.Memang benar Arsenal dilanda krisis kecederaan. Umum sedia maklum tentang Jack Wilshere yang dikatakan bakal kembali tapi akhirnya apabila dijalankan scan, didapati dia memerlukan satu pembedahn kecil pada bahagian pergelangan kaki.Pembedahan itu kini berjaya tanpa sebarang masalah tapi Arsenal perlu menunggu sekurang2nya lima bulan unuk menagih kembali aksinya di atas padang. Kima harap dalam perjalanan itu tiada setback. Seorang lagi yang merisaukan ialah Mael, takut sangat jika kecederaaan dulu kembali menghantui, mula2 seminggu, kemudia dua lepas tu sebulan dan akhirnya terlepas satu musim.Arsenal dsperate untuk menggandingkan Mael dan Mertesacker kerana di aas kertas sekalipun ia pasti menjadi undian tertinggi walaupun kedua mereka belum pun beraksi bersama.Diaby masih lagi out, sorang pemain yang pasang surut tenggelam timbul.Sepatutnya backup kepada Wilshere, maka ketiadaan Wilshere dan Diaby akan cuba digunapakai oleh Frimpong dan Coquelin yang pastinya cuba sedaa upaya mendapat tempat dalam skuad utama.

 Pada Press Conference yang diwakili Wenger dan Arteta, Wenger memberitahu dia tidak teruja sangat walaupun menjelang beberapa hari sahaja lagi dia bakal menyambut ulang tahun ke 15 nya bersama Arsenal, 1 Oktober. Apa yang lebih mengujakan bagi dirinya sekarang ini ialah pandang ke hadapan, serta paling penting menonton aksi awal pagi nanti dari VIP stands akibat dari penggantungan.Ini adalah kali ketiga bagi dirnya musim ini.Wenger sempat melahirkan kekhuatiran terhadap jumlah penonton di stadium yan semakin lama semakin susut disebabkan beberapa faktor. Pertamanya sebab result di atas padang,, dan faktor kedua adalah sebab ekonomi di mana dunia sedang dilanda krisis kewangan, industri bola sepak juga tidak terlepas dari kesannya. kalau dahulu stadium sentiasa full house, walaubagaimanapun di Emirates suasananya tetap hangat dan kita masih ada ramai lagi penyokong yang mempercayai akan pasukan ini buktinya 3rd round piala liga, kita menduduki rekod penonton terbanyak.


Bercakap mengenai suasana, awal pagi nanti adalah kali perama buat Arteta dalam Champions League di Emirates. Arteta melahirkan perasaan bangga dan terujanya dapat beraksi di peringkat tertinggi di hadapan penyokong2 sendiri dan mengharapakan satu atmosphere yang lebih debom memandangkan kejohanan elit Eropah ini lebih besar dari Piala Dunia-kata Wenger jugak.Arsenal tidak keseorangan sebagai newcomer di Emirates, Mertesacker akan merasai pengalaman pertama atau mungkin kita boleh kira jugak Santos.Ini kerana Gibbs sudah beraksi 2 match dalam tempoh 5 hari,Wenger pasti ada memikirkan sedikit rotation.Walaubagaimanapun muka2 baru seperti Gervinho dan Yossi terpaksa menangguhkan home debut UCL mereka akibat kecederaan. Turut terlepas aksi ialah Koscielny dan Walcott.Walcott yang terhinut2 ketika game dengan Bolton 50-50 untuk NLD manakala KOs dan Gervinho ada peluang cerah untuk kembali.

Ketiadaan Kos adalah paling merisaukan memikirkan Johan yang bakal step in masuk menggantikannya. Melihat kepada rekod buruk Johan musim ini, kita pasti mengharapkan Olympiacos menukar taktik mereka kepada bertahan tapi perkara itu telah awal2 dinafikan Ernasto Valverde. Katanya pasukan yang lebih banyak tukar taktik semata2 kerana lawan adalah pasukan yang berpeluang cerah untuk kalah.HArapan adalah PM dan Johan dapat mencari keserasian agar tdak berkali2 dilabel sebagai lubuk. Tempat Gervinho bakal diambil alih kembali oleh Arshavin. sesudah menjaringkan gol kemenangan bertemu Swansea,Arshavin tenggelam di Edwood park memaksa Wenger memilih Walcott dan Gervinho berbanding dirinya. Tapi Wenger tak sama sekali risau kerana baginya, kapten Russia itu adalah seorang top class profesional.

-------------Szczesny---------------
Sagna-----Johan------PM------Santos
---------------Song---------------
---------Arteta----Rambo-----------
---Rosicky------RVP-----Arshavin---

Tak banyak yang tahu tentang Olympiacos tap season kat Greece baru bermula. Depa pun dah menang 2 game domestik bermakna mood diorang tengah high. Salah seorang muka yang pasti dikenali ramai adalah pertahanan yag pernah bermastautin 7 tahun kat England bersama Aston Villa, Ollof Mellberg. Seteru Ljungberg dalam skuad kebangsaan ini membangkitkan nama RVP sebagai pemain yang harus diawasi. Tak petik nama pun semua orang tau, siapa lagi pemain paling berpengaruh dalam Arsenal kalau bukan kapten RVP. Kalau tidak masakan sampai keluar gosip2 hangat Mancity nak datang meminang la, RVP frustrated laa, RVP silap kalau tak blah lah, macam2. Tak pasal2 Arsenal dalam tekanan terpaksa ikat kontrak pemain yang berbaki 2 tahun lagi, kalau tak, kes Nasri akan berulang. Wenger memberi jaminan, rundingan sedang dijalankan dan tidak tergesa2 kerana masa masih panjang, lagipun keputusan bergantung pada kedua2 belah pihak, kalau Arsenal offer, RVP tak setuju tak guna jugak begitulah sebaliknya. Jadi sementara dia masih kapten Arsenal dan baru sahaja masuk Kelab 100, kita duduk santailah menikmati aksinya ,just enjoy the game dalam masa yang sama harap Arsenal punya result atas padang dapat meyakinkan untuk RVP kekal sebagai Mr Arsenal yang baru dan mengikut jejak langkah lagenda DB10, bersemadi kerjaya bersama the Gunners. MAlam ini Arsenal kena menang sebab grouping kita bukan calang2, susah jugak.Oleh itu result kat home sangat2 bermakna.Biarlah jadi kemenangan pertama  dengan persembahan bergaya malam ini. ESPN 245 AM. Arsenal 3 - Olympiacos 1.

Agi Idup Agi mengGunners!


Isnin, 26 September 2011

Edisi Khas : MOTM vs Shrewsbury

Disebabkan ramai yang tidak dapat menyaksikan full game, mari kita tonton aksi highlights bagi Man Of The Match malam itu iaitu pemain remaja pembelian termahal Wenger musim panas ini, Alex Oxlade Chamberlain..






Ahad, 25 September 2011

Arsenal vs Bolton : Highlights & Interiews








Post Match : Arsenal tundukkan Bolton di malam RVP join Geng 100.



3 gol 3 mata buat Arsenal yang menewaskan 10 orang Bolton malam semalam.Robin Van Persie menjaringkan 2 gol bagi mencapai gol ke 100nya bersama Arsenal dalam perlawanan kompetifif, sebelum disudahkan dengan bergaya oleh Alex song di penghujung perlawanan.Walaupun begitu, Arsenal dipaksa bekerja keras dan bangkitkan mood penonton di separuh masa kedua. Di separuh masa pertama segalanya tak menjadi dan kita dilihat bermain dengan penuh gubra dan kadang2 nampak tertekan.Gol awal RVP di separuh masa kedua dan kad merah kepada Wheater membantu Arsenal mendapatkan kelegaan yang dicari. Tak dapat dibayangkan kalau kalah kepada Bolton malam tadi, kita mungkin bakal duduk sebagai pasukan tercorot sesudah 6 perlawanan, situasi pertama sejak 1974, itupun jika Fulham dan WBA masing2 seri.Jadi Bolton yang kalah malam tadi, mereka terpaksalah terperosok di tanga terbawah dengan tekanan memuncak pada Owen Coyle.



Arsenal menurunkan Gibbs dan Walcott menggantikan starter di Edwood Park,Santos dan Arshavin. MOTM carling cup, Oxlade hanya menjadi unsused subs menggantikan Yossi yang mengalami kecederaan.Bolton turun tanpa summer target Arsenal, Gary Cahill. Tak sampai 2 minit, Bolton dah start uji, dan jika tak kerana ketangkasan Szczesny menerbangkan badan menepis bola terjahan bekas pemain reserve Arsenal Darren Pratley, Arsenal sekali lagi berhadapan dengan ujian getir dan tekanan.Arsenal nampak gugup selagi tidak dapat memecahkan kebuntuan. Kita semakin hampir melalui dua kali freekick RVP.Lepas tu satu sepakan Gervinho yang cut in dari sebelah kiri hanya mampu melewati palang gol. Dengan tak semena2 Koscielnya boleh ada dalam petak penalti, tapi libasan ala takrawnya juga entah ke mana2. RVP dan Walcott hampi2 mendapatpeluang tapi ruang2 mereka ditutup pantas oleh block dan tackle pertahanan Bolton. Walaupun mendominasi perlawanan, Arsenal nampak sangat2 kurang konfiden.

Separuh masa kedua entah apa yang sudah dibasuh wenger dalam bilik persalinan, kita tak perlu tunggu lama. Gervinho dijatuhkan tapi bola dapat kepada Rambo maka Mark Clattenburg memberikan play on buat ARsenal. Rambo terus meluru ke hadapan sebelum melorongkan buat RVP yang memilih tight angle Jaaskelainen.Akhirnya, kelegaan terpancar di setiap raut wajah pemain Arsenal dan WEnger sendiri tapi kita tahu 1-0 belum mencukupi.Staarting dari situ Arsenal mula bermain dengan lebih konfiden. 10 minit lepas tu Walcot dinafikan gol scoring opportunity oleh last man Bolton maka pengadil tiada pilihan lain selain kad merah buat Wheater.



Arsenal perlu mencarik gol bagi membunuh perlawanan ini. Walaupun Bolton beraksi dengan 10 orang dan WEnger sendiri mengaku tak nampak peluang untuk mereka score, tapi counter attack mereka kadang2 mencuakkan defend Arsenal.Sebagai bukti, Eagles terlepas dari kawalan tapi pressure dari Gibbs menyebabkan sepakannnya tersasar.Wake up call buat Arsenal. Sepakan Arteta diselamatkan,tandukan RVP diterpis, Half volley Koscielny ditumbuk keluar,serangan2 Arsenal dipatahkan. Sesudah mencapai angka 99, RVP kata why not dapatkan sahaja milestonenya pada malam ini. Walcott meluru dari arah sebelah kanan sebelum passingnya hanya 'disentuh' -nampak mudah- oleh RVP.Wajah kegembiraan dan puas terlakar pada kapten Arsenal malam tadi yang menyambut dengan emosi bersama ribuan gooners yang hadir ke stadium walaupun jumlah penonton kini berkurangan akibat krisis kewangan.


Wenger ada memberi pendapat tentang perbedaan antara Theo dan Oxlade.Malam tadi dapat diperhatikan Theo beberapa kali melepasi markernya dan sering bergerak ke arah central postiton. Tapi bukan malamnya apabila dia dilepaskan oleh Rambo melepasi Paul Robinson tapi bila one on one dengan keeper, dia sepatutnya lebih bersabar dan tak gopoh.Capello ada di Emirates malam tadi, dan dia jugak balik awal. Mungkin dia dah cukup lihat.Untuk jadi seorang penyerang yang baik, Theo perlu lebih konsisten, untuk menjadi pemain yang baik, decision making jgak harus betul.Dari tahun 2006 dia bersama ARsenal, aku secara peribadi memerhatikan Theo sebagai pemain yang bermusim.Tapi siapa bukan jenis itu di Arsenal sekarang ini ye tak? Maka untuk kekal bersaing, semua pemain harus mementingkan konsistensi.

Ketika 2-0 dan Bolton yang tempang, arsenal merasa selamat oleh itu Arteta Gervinho dan RVP di kerluarkan.RVP mendapat standng ovation dengan kejayaan menyertai 17 yang lain dalam kelab 100 Arsenal. Untuk rekod gol RVP setakat ini,

Tahun=2004- kini
Liga=69
FA=8
League cup=6
Europe=17
Sumbangsih=0
Jumlah= 100
Jumlah game=238
Game ke berapa score 100=ke-238

26 gol daripada 31 penampilan liga tahun ini.Terbaek bukan? Statistik tidak menipu,RVP kini adalah nadi dan orang paling penting dalam survival Arsenal sama ada mahu kekal bersaing atau pun mengharungi liku2 hidup yang lebih getir.



Bolton mengharapkan perlawanan segera tamat,damage limitation. Tapi Song tak ingin melepaskan peluang ini, menutup aksi 2nd halfnya yang mantap hari ini dengan gol bergaya. Song dilihat lebih advance makala Arteta lebih deep memberikannya peluang selepas Bolton mengundurkan para pemain mereka. Beberapa through ball nya spot on dan menunjukkan kadang2 dia juga punya idea.Serta 'kerja2 kotor' memenangi kembali bola jugak sempoi malam ini terutama di separuh masa kedua. Itulah kita kena yakin dengan pemain ini, kalau kena harinya, kalau mereka bermain tanpa tekanan, boleh jek sebenarnya. Apa yang penting adalah kekuatan mental. Jadi tugas Wenger bukan sekadar taktikal semata2, kerana walaupun pemain2 ini mempunyai teknikal yang tinggi hanya individu itu sendiri mampu membina jiwa dan mental di atas padang. Pengurus cuma mampu menyalakan dari dressing room dan membakar dari tepi padang.

Walaupun bukanlah suatu persembahan yang cukup mantap dan kemas, tapi kemenangan ini adalah sangat dialu2kan dan tepat pada masa.Sekurang2nya ia demi moral dan semangat bagi menghadapi NLD minggu depan. GAme yang mempertaruhkan maruah. Tapi sebelum itu, Arsenal perlu selesaikan kerja Eropah di tempat sendiri dahulu menentang Olympiacos.

Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 23 September 2011

Kemaskini pertahanan + Oxlade + Gosip

Esok kita akan melayan kunjungan Bolton tapi masalah pertahanan Arsenal masih tidak selesai2. 2nd string dalam carling cup menunjukkan defend backup kita jugak rapuh menjadi salah satu punca first team kita jugak tak tercabar dan merasakan tempat mereka selamat.Sambil lewa sungguh. Walaupun diasak bertalu2 diberi tekanan sehingga bekas2 player,media, pundit2 merasakan Arsenal perlu jurulatih baru di department pertahanan, bagi Wenger lencana kejurulatihan 30 tahunnya sudah cukupdan tak perlu itu semua.Wenger nampak konsistensi adalah kunci kepada pertahanan. Sekali unit ni terpadam, satu team tak boleh buat kerja. Masalahnya pertahanan kita dalam 5 minggu selain tak serasi dan sering bertukar2 organisasi, sering kali ditangkap tidur. Tanpa Mael, bacary Sagna merupakan link paling penting kini di bahagian defend. Kita tau kita tak mampu kekalkan pemain2 utama fit, maka dengan itu winning mentality harus dikekalkan dalam 90++minit.Pemain2 under pressure seperti Kos Johan dan Santos harus turun tanpa sebarang kegusaran dan riak kebimbangan pd wajah walau seteruk manapun rekod2 sebelum ini. Muka biar konfiden. Kasi lawan gentar.


Salah seorang pemain muda yang tak gentar dengan cabaran adalah pemain baru dari Southampton, Alex Oxlade Camberlain. Oxlade beraksi dengan penuh konfiden selari dengan post match interviewnya. Berbanding 'so called yourself' penyerang terbaik eropah-Bendi, Still down to earth dengan memberi kredit kepada majikan asalnya the Saints, Oxlade memasang impian untuk membina kerjaya di Emirates, rumah barunya.

I haven’t read anything about it to be fair. People have been saying ‘you’re on Sky Sports News’ but I haven’t seen anything and I haven’t read anything. One thing I don’t let myself do is get carried away. I know I have got a long journey and a lot of things I want to achieve here at Arsenal Football Club. I was happy with the way it went on Tuesday night but I know there is a long way and a lot of hard work left to go.

Dengar pulak gosip2, Barton claim die siket lagi nak masuk Arsenal kalau tak sebab insiden dengan Gervinho. Ada asas?, mungkin sebab Wenger pun pernah berseloroh lepas insiden tu 'mungkin cara terbaik nak handle pemain macam tu sign saja dia'. Wenger pun tak kritik kaw2 seperti kebiasaannya, cuba play safe mana tau satu hari last minit desperate move, Barton singgah ke Emirates. Hill-Wood tak mengaku, nasib baik perkara ini tak berlaku. Nasib baik Tony Fernandez tengah gila saham MAS nak tunjuk taring, jadi dia perlukan signing pembuka mata-dapatlah dia si murai barton dan badut Traore. Kehadiran Frimpong Coquelin membuatkan wenger terpikir, kalau Barton masuk, habis boleh bunuh pemain2 muda dia. Tapi gua rasa fair fight pun, Frimpong bila2 masa sahaja boleh kasi KO itu Barton melihat pada muka ala tyson nya. Namun pemain2 muda ini perlu banyak lagi belajar, oleh sebab itu Arteta adalah guru yang lebih bermodal insan daripada Che'Gu Barton.

I think that [Mikel] Arteta coming in a good thing. He is a great player. Since he has been here (at the Emirates), he has been giving me some advice on how to defend and play better.

Cerita2 lain pulak transfer bulan Januari. Walaupun lambat lagi tapi dah ada macam2 cerita.Ditambah lagi dengan kecederaan Jack Wilshere.Sebentar, Jack Wilshere memberi khabar gembira tentang rawatannya yang mujarab bakal menyaksikan dia kembali ke padang awal daripada jadual.Paling awal pertengahan Oktober walaupun terlepas NLD, tapi sekurang2nya berita ini memberi harapan.Get Well soon. Berbalik pada rumors, Eden Hazard, Ricky Alvarez, dan Juan Manuel Vargas menjadi tajuk2 akhbar. Tapi yang paling kelakar adalah anak musuh utama Arsenal, bekas Presiden Barcelona ,Guillem (Guim) Laporta, 14. Kalau benar sudah ada persetujuan mendapatkan pemain bek kanan ini, here we go again..10 tahun akan datang Saga Arselona akan muncul kembali dengan versi baru Saga BLM- Barcelona Laporta Meroyan.

Esok Bolton di Emirates, Kalau Arsenal gagal score mulalah gerombolan media itu akan cerita tentang betapa bengap dan ruginya Arsenal tak beli Cahill.Nantikan esok malam..


Rabu, 21 September 2011

Arsenal mara dengan kemenangan 3-1



Arsenal mara ke pusingan keempat setelah menewaskan Shrewsbury dengan kemenangan 3-1. Dengan tidak berjaya mendapatkan live,(difahamkan tiada siaran tv melakukan lintas langsung) apa yang hanya termampu mengikuti live commentary dari blog2 , dan jugak melalui gamecast. Akan cuba melihat kembali aksi di Highlights. Arsenal memulakan peralawanan dengan lineup yang kelihatan 4-4-2. Tapi seperti kebiasaannya saat genting seakan menghantui Arsenal apabila James Collins melepasi Johan untuk menanduk menewaskan Fabianski. Gibbs menyamakan kedudukan 17 minit kemudian juga menerusi tandukan hasil hantaran lintang Carl Jenkinson. Separuh masa kedua, Pemain yang difahamkan menyerlah malam ini, Oxlade Chamberlain meletakkan Arsenal di hadapan buat pertama kali apabila merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan Smith.

 Selain Oxlade, seorang lagi pemain yang beraksi dengan berkesan adalah Cocuelin yang bergandingan dengan Frimpong di bahagian tengah. Pak Cu bergandingan dengan Chamakh walaubagaimanapun tak berapa menjadi untuk game debutnya. Dia dikeluarkan digantikan dengan seorang lagi debutan remaja dari Jepun Ryo Miyaichi . Ozyakup menggantikan Frimpong. 2minit di atas padang, Ozyakup melakukan assist untuk Yossi menyudahkan untuk gol ketiga Arsenal. Alex Oxlade dikeluarkan pada minit2 terakhir dan diberi standing ovation selaku man of the match. Kini dia boleh sudah melupakan debut malangnya di Old Trafford beberapa minggu lalu.

Secara keseluruhan diberitakan Johan dan Pakcu tidak mempamerkan peresembahan seperti yang diharapkan , overall team play kita bagus cuma defensive part kita masih terumbang ambing dan perlu diperkemas. Gibbs,Yossi, Chamberlain dan Coquelin mendapat pujian untuk penglibatan mereka malam ini. fabianski tak banyak kerja tapi tetap bolos 1. Banyak lagi kerja Arsenal selepas ini. Kembali ke persaingan utama, menunggu kehadiran Bolton.


Selasa, 20 September 2011

Pre Match : Polisi kekal untuk Carling Cup



Setelah kekalahan yang 'di luar jangkaan la sangat', Arsenal diberi talian hayat agar segera melupakan insiden memalukan di edwood park. Walaupun sekadar Piala Mickey Mouse, ya piala Mickey yang kita tak mampu menang sekalipun tahun lepas , inilah peluang untuk Arsenal kembali bernafas memberi ruang kepada skuad utama munasabah diri. Kali ini Wenger akan mempertaruhkan skuad campuran, polisi yang sering digunapakai dalam persaingan piala2 domestik.

Arsene Wenger menyimbulkan kekalahan kepada Blackburn sebagai pelik tapi mengakui kelemahan unit pertahanan.Katanya lagi yang positif adalah kita mampu cipta banyak peluang walaupun semua tahu cipta banyak peluang tanpa score tak ada point pun disumbang dalam peraturan bola sepak. Elok lah jugak Wenger memberi peluang RVP dan rakan2 berehat dan lihat apa yang harus diperkemaskan balik terutama mental dan taktikal bertahan dalam satu unit. RVP sendiri mengatakan Arsenal membuang begitu sahaja 3 mata yang sepatutnya sudah ada dalam genggaman.Itulah yang berlaku jika kita tak ada killer instinct.

Ini peluang bagi muka2 baru dan remaja2 serta pemain2 skuad yang lain untuk menuunjukkan kemampuan bertemu pasukan Shrewsbury di Emirates. Melihat kepada gambar2 training kelihatan wajah2 seperti Ryo, Chamberlain, Frimpong,Coquelin, Miquel, Pakcu , Gibbs, Jenkinson di samping Yossi,Walcott dan Chamakh.Wenger memberi jaminan kita mungkin dapat melihat aksi sulung PakCu tapi sama ada dia bakal digandingkan dgn Chakmakh atau bertindak berseorangan itu belum pasti. PakCu sebagai kapten Korea baka l menjadi bintang pertama Korea beraksi bersama Arsenal.  Selain itu pemain Jepun yang mula mencipta hype akan diberi pendedahan tentang bola sepak Inggeris melalui perngkat ini. Walaupun mencuri tumpuan, Arsenal telah ada plan jangka masa panjang bagi Ryo untuk perlahan2 membina momentum sebelum menjadi pemain skuad utama sama seperti RVP Song Walcott Wilshere yang datang dari akar yang sama. Mengenai Chamberlain pulak , ramai berpendapat dia sama macam walcott oleh kerana asal Southampton dan kelajuan yang dimiliki. Tapi bagi Wenger dua pemain ini adalah berbeza dengan Walcott lebih bernaluri sebagai striker manakala Oxlade lebih kepada pemain tengah. Dah dekat 6 tahun, walaupun Winger berpendapat sebegitu tapi Walcott masih belum secara konsisten diberi central role untuk membina bakatnya, ini berpunca dari kekemarukan terhadap 433 di mana Theo terpaksa digunakan di bahagian wide kerana kelajuannya walaupun distributionnya entah ke mana. Direhatkan pada pertemuan menentang Blackburn, Yossi mungkin menjadi pemain tengah untuk menstabilkan campuran antara youth dan pengalaman.Fabianski kembali ke gawang, yang membimbangkan adalah gandingan Johan dan Miquel.

---------------Fabianski---------------
Jenkinson-----Johan--Miquel--Gibbs
---------------Frimpong----------------
---------Chamberlain---Yossi--------
--Walcott----Pakcu-----------Ryo---

Tak banyak yang diketahui tentang pasukan dari league Two Shrewsbury Town. Mereka semakin hampir untuk promotion tami tersangkut di peringkat playoff.Mereka gemar bermain corak passing berbanding kelab2 struggle yang lebih suka bola lambung.Penyerang mereka Marvin Morgan dah menjaringkan 7 gol musim ini termasuk 3 dalam Piala Carling. Turut harus diberi perhatian adalah kedua2 flank mereka, Mark Wright dan Lionel Ainsworth.Yang pasti mereka hadir tanpa tekanan dan tak ada apa yang nak dirugikan bagi mereka jadi bagi mereka inilah masanya untuk menunjukkan kemampuan membuat kejutan terhadap kelab BPL.Seperti Arsenal mereka menyambut ulantahun ke 125 penubuhan kelab, tiada cara yang lebih meriah untuk meraikan dengan kemenangan di Emirates.Tugas besar Arsenal.

Mengikut pada form semasa, tak boleh ambil mudah tapi sekurang2nya tekanan sedikit berkurangan. Berilah ruang dan masa untuk pendedahan bagi beberapa muka baru. Sekali lagi kita dianaktirikan, tiada live di Astro. Bersedia untuk online streaming. Arsenal 3 Shrewsbury 0.

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 18 September 2011

Post Match : Arsenal mangsa Blackburn...pulak



Kenapa kita sering sahaja menjadi tempat milestone buat pasukan2 lawan.Kemenangan pertama Blackburn dalam BPL, kita yang menjadi mangsanya. Nampaknya kita masih terbawa2 dengan form liga yang kita tinggalkan musim lepas. Termasuk game hingga ke hari ini,Daripada 16 perlawanan sejak kita tewas di tangan Birmingham dalam final league Cup , kita hanya mampu baru menang 3.Wenger kata selepas game malam ini kita tewas 3-4 di Edwood Park , "Not good enough", pada aku sangat2 tidak bagus. Bagaimana moto boleh tertera 'forward' sedangkan form menunjukkan sebenarnya kita tak ke mana pun daripada titik yang ditinggalkan musim lalu. Kita boleh beri alasan, fatigue Champions league atau 2 own goal dan satu gol sedikit offside, tapi Wenger tak patut cipta apa2 lagi alasan tentang corak taktikal yang digunakan dengan pemain2 yang tinggal.Dia sepatutnya dah boleh cam dari dulu lagi, selepas game Blackpool away musim lepas kita telah pun bermain tanpa kelibat Fabregas(aku malas nak ungkit nama2 mereka yang tiada sebenanrnya) dan jugak Nasri hanya membiarkan jasadnya longlai di tengah2 padang tanpa hasil. Pada ketika itu Wenger sudah harus sedar atau melihat di sebalik garisan bilamana Arsenal tanpa kreativiti adalah sebuah pauskan yang lumpuh dan tak cantik untuk ditonton.





Signing2 yang dibawa masuk bukan sebagai pengganti tapi sebagai pengisi. Ada perbezaan di situ kerana pemain seperti kaliber Fabregas mampu balancekan pasukan , dari deep position, transition ke bahagian serangan adalah smooth maka dengan itu dia sesuai dijadikan paksi untuk taktikal yang dia gila2kan sangat 433. Tapi dengan Arteta adalah pemain yang tidak sama, dia mampu mengawal bahagian tengah, bermula dari deep position di hadapan back four tapi dengan adanya bantuan2 pemain seperti Fellaini, Cahill, Osman dan Pienaar di waktu zaman2 Everton mencabar dulu. Dan kini dia hanya ada Song dan Rambo.Kekurangan entiti di bahagian tengah menyebabkan kita mudah didominasi, dan pemain2 tengah kita seakan2 selalu terkejar bayang. Lihat pada cover untuk bahagian fullback, dengan 3 midfield ,sama ada kita di stretch, kita akan meninggalkan lubang besar di bahgian tengah , dan bila kita regroup kerumun di tengah, pada ketika ini lawan akan mengambil kesempatan menguji fullback kita. Wide player seperti Gervinho dan Arshavin memang tak berminat atau tak berkebolehan dalam bab cover mengcover ni, tak boleh nak diharapkan sangat. Sebab itu kita lihat Arshavin selalu termengah2 nak kejar2 selama ini, nampak dia lembap malas, bukan sebab tak peduli, tapi dia bukan pemain jenis itu, bukan ability terbaiknya untuk track back player.

Hendak pulak fullback kita mencari nahas, tak perlu disebut kalau dulu Clichy dan Armand Traore, Eboue, seringkali menjadi mangsa lubuk akibat taktikal ini , hanya kaliber Sagna yang dilihat stabil dan mampu cope dengan situasi seperti ini. Hari ini lagi malang apabila debutan Santos sering kali dilihat dalam situasi no man's land, entah ke mana2 tercari2 positioning yang patut.Jadi Arteta beberapa kali kene cover. Lebih memburukkan keadaan, Sagna terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, Wenger entah ape hal yang difikirkan memilih Johan berbanding Gibbs. Johan bukan standard Arsenal, kalau dia tak boleh nak start di Birminghuam dulu, kenapa Arsenal menjadi destinasinya. 8-2 adalah game yang gua rasa menyirap tengok caranya,malam ini separuh daripada jumlah yang bolos itu hari,walaupun bukan penyebab keempat2 bijik, tetap gua rasakan dia patut sudah lama pergi. Gol ketiga dari gerakan Yakubu dr sebelah kiri, instead of menjatuhkan badan tackle, dia sepatutnya memilih untuk body blocking , kalau foul pun biarlah kerana masa2 tulah yang patut kalau nak buat foul pun ketika kena counter dan tiada rakan2 di bawah, sudahlah mistackle pulak.hadoi.

Arsenal umpama dah jadi bahan lawak terutama bahagian pertahanan. Kenapa kita masih menggunakan zonal marking dalam set pieces defending ketika sejarah membuktikan kita selalu tewas dengan fizikal Blackburn bila tiba set pieces. Apa guna ada pemain seinggi Mertesacker jika boleh biarkan Samba Nzonzi Givet berlegar2 makan angin.Blackburn tidak lagi menunjukkan rasa hormat atau takut pada kita sebaik mereka mampu menjaringkan gol kerana mereka semua tahu, jiwa dan hati pemain2 Arsenal hari ini umpama gelas yang mudah retak, sentuh sedikit sahaja lagi, pecah.Gol kedua dan keempat mereka hasil dari set pieces dan kegagalan Arsenal mengeluarkan 2nd ball.selain itu lack of communication antara defend jugak menyebabkan perangkap offside yang cuba dipasang tak menjadi, sorang cakap bahasa Jerman, sorang paham bahasa brazil..memang elok sangat la tu.Arsenal sangat2 kurang organize di pertahanan, itu punca utama kita sering tersembam muka kebumi. Pemain2 kita penat score banyak2 tapi tak guna jugak pada masa yang sama bolos jugak banyak. beban tertanggung di bahagian serangan yang terpaksa set mind untuk score lebih.

Komen di bahagian serangan, lack of urgency dan kurang kreativiti.Walaupun ada beberapa peluang yang dicipta tapi tak mampu disudahkan.Crossing2 yang dihantar gagal menemui target man.macam mano nak singgah ke pemain kalau hanya seorang sahaja pemain dalam kotak penalti dikerumuni segerombolan lawan. Kita pass2 wide, crossing, change side, kemudian tunggu fulllback buat overlap ,crossing ke laut. Kalau cut in, kita cuba through pass nak melepasi 2 lapis defend sebelum sampai kepada target, segalanya mudah dibaca Arsene. Itulah taktik yang kau semai dalam benih otak pikiran pemain2. Kalau aku pun boleh predict dengan tepat sub2 yang bakal ko buat dan minit2 ke berapa ko selalu buat pertukaran, apa pulak profesional manager lawan. Arsene harus lebih berani seta cepat membuat perubhahan taktikal, jangan tunggu sampai dah minit ke 70 baru lah nak bertindak la bagai. Kalau dah nampak sila ubah sebelum parah. Gervinho pasti menyesal tak sudah apbila membuat satu jenayah. Ketika kedudukan 2-1 sepatutnya dia boleh meletakkan Arsenal secure sedikit 3-1 jika die lebih tenang dan tak gopoh gelojoh, passing kepada RVP yang lebih beruang(mempunyai ruang).Boleh lihat muka kecewa dan bengang RVP terhadap ketamakan Gervinho.Itu yang Arsenal perlu asah, decision making. Selain bakat pemain kena ada akal tajam untuk berpikir.Mungkin boleh gandingkan PakCu yang berIQ lebih.Namuns seperti aku cakap tadi, jika leading 2 3 4 sekalipun, tanpa organisasi yang tersusun dan pertahanan yang mantap, arsenal tak mampu membunuh game.



Baiklah cukup aku meroyan, kita pun sudah sedia maklum akan nasib pasukan ini. kekalahn ketiga daripada 5. Dah 14 bolos, paling banyak dalam divisyen. Dah lama tak pernah tengok permulaan buruk Arsenal kali terakhir bawah Graham 94 dulu, itupun kita mampu curi tempat keempat. Masih terlalu awal untuk mengagak kedudukan kita tapi yang pasti kalau tak ada perubahan, tak berani membuat reform, Arsenal akan struggle, itu jaminan. Kita ada kualiti, kita ada pemain2 yang mampu tapi Wenger seharusnya bijak menilai kemampuan dan apa , di mana pemain2 ini mampu membuat yang terbaik.Optimakan keupayaan dan utilize kan kelebihan pemain. Walaupun kalah kita cuba carik beberapa point yang positif dari game malam ini. Arteta menjaringkan gol pertamanya di Arsenal, gol kedua di Edwood Park musim ini, sebelum ni dah score dalam jersi Everton last minit penalti.Gervinho yang kembali dari penggantungan jugak mampu membukak akaun goal BPL, hasil gandingan seorang lagi pemain yang kembali dari penggantungan Song, assist.Chamakh kembali score setelah kali terakhir di Villa Park musim Novermber lalu.

Kita mungkin tengah struggle sekarang ini dan lawan masing2 sudah hilang fear factor terhadap Arsenal. Kalau dahulu dalam terowong awal2 lagi mereka dah pasang niat seri umpama menang cup. Tapi sekarang setiap pasukan boleh mengalahkan Arsenal. Itu petanda yang sihat dari segi persaingan, tak sihat untuk ditonton buat kita peenyokong2 Arsenal. Namun kita harus ada kerpercayaan terhadap pasukan ini walaupun jangan percaya bulat2.Kalau bukan kita siapa lagi mahu percaya. Jika kita boleh kalah di tangan2 siapa2 sahaja, tak mustahil kita akan berada di situasi mana2 pun. mana2 pun kita duduk dalam table liga, di situlah jiwa kita kena duduk bersama.Bukan senang nak menang, bukan susah nak kalah. Dah jadi macam ni, setiap kali menang ia bagai suatu yang sangat indah.Tak kisahlah walaupun ia hanyalah Shewsbury sekalipun, ia tetap satu game bola sepak yang menarik kerana penuh dengan kejutan dan result yang sukar dijangkakakn. Jatuh bangun apa2pun anda tak akan bosan jika anda benar2 peduli. Yang membezakan hanyalah banyak puji atau banyak maki. Masa itulah kita akan tahu tahap mana 'Arsenal di hatiku'

Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 15 September 2011

Highlights & Interviews : Arsenal vs Dortmund



kredit Arsenalist.com




Rabu, 14 September 2011

Post Match : Perisik kecewakan Arsenal

2 gol di setiap penghujung babak menyaksikan Arsenal dan Dortmund masing2 terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. Yang paling kecewa pastinya Arsenal apabila kita mendahului pada penghujung babak pertama melalui RVP, bertahan dan menjaga disiplin selama 89 minit, alih2 pemain gantian Dortmund Ivan Perisic menjaringkan gol dengan volley yang cukup cantik di luar jangkauan Szczesny hasil bola muntah dari sepakan percuma.

Iulah yang berlaku sekiranya Arsenal gagal mencari gol kedua dan membunuh perlawanan.Di tempat lawan, bila2 masa sahaja tuan rumah boleh menghukum jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada.Gervinho mempunyai peluang baik untuk memastikan 3 mata tapi sayang penyudah yang tumpul dan decision making tidak membantu.

Benayoun mendapat full debut malah beraksi selama 90++ minit. Andre Santos muncul di minit2 terakhir tak sempat nak tunjuk apa2 begitu jugak Frimpong yang masuk menggantikan Walcott konon sebagai langkah perlindungan.Sebelum itu Chamakh menggantikan RVP tapi dia tak perlu risau akan status arm band kerana awal2 lagi sebelum keluar, RVP melilitkannya pada Song. Aku pikir dia nak bagi Sagna.Terlalu banyak pertukaran di saat2 akhir oleh caretaker, Pat Rice yang dianggap sedikit mengelirukan pasukan mungkin penyebab kita kehilangan disiplin di minit2 terakhir. Perlawanan tadi jelas dikuasai Dortmund dengan mereka lebih menguasai bola dan kelebihan dari short on target. Tiada clear cut chances yang diilhamkan oleh Arsenal, kecuali gol hasil lorongan cantik walcott buat RVP dan Gervinho yang berjaya melepasi kawalan Subotic tapi gagal ketika hanya one on one dengan keeper. Ada la jugak sekali tu RVP diloloskan di sebelah kiri tapi rembatan half volleynya berjaya diselamatkan penjaga gawang.

Arteta sekali lagi bermain agak deep bersama2 Song di bawah, Ini mungkin penyebab kita kurang kreativiti di bahagian serangan kerana Yossi tak berpenegaruh langsung malam ini. Arteta merupakan pemain yang paling banyak distance cover bagi Arsenal dengan 11.9km diikuti, Yossi dan kemudian Song. Ini menceritakan kerja keras bahagian tengah yang terpaksa berlegar2 mengejar bola menutup ruang membantu bahagian pertahanan serta kadang2 cuba untuk counter attack yang tak kesampaian. Statistik lain pulak menyaksikan top pass complete adalah dari bahagian pertahanan dengan Bacary Sagna 41% diikuti oleh Mertesacker dan Gibbs. Tidak pelik kerana apa lagi yang kita mampu buat ketika Dortmund langsung tidak memberi kita ruang maka bola bagi Arsenal banyak digerakkan di bahagian2 bawah sebelum terbantut di pertengahan.

Sebaik wisel penamat pemain2 Dortmund dan Jurgen Klopp begitu beriya2 kerana mereka tahu mereka layak mendapat sesuatu atas dominasi persembahan manakala di atas stand sana, Wenger pulak kelihatan melepaskan kelegaaan menggenggam kedua2 tangan sambil bergoncangan sebelum bersalaman dengan Gazidis. Dia mungkin tahu persembahan kita pada malam ini tidak cukup bagus, dan pembolosan di saat2 akhir memang mengecewakan tapi mampu berlaku lebih teruk sekiranya ada lebihan masa berdasarkan semangat Dortmund.1 mata adalah keputusan yang adil bagi kedua2 pasukan. Tugas berat buat pemain dan Wenger pulak harus berpikir strategi yang lebih sesuai dan bijak dalam membunuh pasukan serta mengoptimakan keupayaan pemain.Kita perlu lebih banyak variasi. Wenger kata kita ada depth dalam kualiti, aku nak tengok sejauh mana kebenaran kerana jika selagi dia sendiri tidak berani berubah dan mencuba, selagi itu cakap2 itu hanya sekadar melepaskan angin. Mungkin dia boleh mulakan dengan satu lagi game away di Blackburn yang tengah struggle, hujung minggu ini.

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 13 September 2011

Pre Match : Borussia Dortmund vs Arsenal



Misi Arsenal ke Signa Iduna Park dalam menentang Borussia Dortmund membuka tirai peringkat kumpula Champions League akan diiringi 'pemandu pelancong', Per Mertesacker. Tidak ada pemain lain yang lebih arif tentang selok belok di Jerman selain pemain skuad kebangsaan negara itu sendiri. Wenger dan Koscielny dalam press Conference masing2 memuji dan berbesarhati akan kehadiran pemain setinggi 6 kaki ini. Bagi Wenger, pembelian jenis ini jarang2 dilakukan kerana kebiasaannya dia lebih gemar memiliki pemain2 yang berteknikal berbanding kelebihan fizikal.Oleh itu dapatlah kita lihat pemain2 skuad Arsenal semenjak dua menjak ini katik2 belaka.tapi bukanlah satu kesimpulan bahawa pemain berteknikal tinggi tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi, cuma itu hanya kelazimannya dalam nisbah. Maka pembelian PM dianggap satu exception bagi Wenger kerana kelebihan fizikal dan pengalaman dengan harga yang masih logik adalah sukar untuk dilepaskan. Bagi Kos pula, kepentingan kehadiran pemain galah yang berpengalaman luas ini akan menyihatkan lagi plersaingan di samping mampu memberi calmness di kalangan rakan2 pertahanan lain.

Arshavin kata kalau boleh dia taknak terlibat langsung dalam sejarah hitam 8-2 tapi bubur dah jadi basi. Segalanya perlu dihadapi, hanya pandang ke hadapan. Seorang lagi pemain yang akan memandang ke hadapan adalah penjaga gol, Szczesny. Bukan sahaja kita merasai menjadi bahan lawak dan tohmahan, malah pemain sendiri turut merasainya. Szczesny menjadi bahan pada rakan2 senegara ketika internationaleleh lalu kerana dia melepaskan 8 bijik gol dalam hanya satu perlawanan.Lukasz Piszczek, Robert Lewandowski dan Jakub Blaszczykowski, 3 pemain Poland yang beraksi bersama Dortmund yang bakal ditentangnya awal pagi nanti. Dan yang paling bising banyak bunyik katanya adalah Jakub!- yang hanya lebih banyak memanaskan bangku simpanan.Szczesny berharap antara keempat2 mereka, dia yang akan tersenyum sinis sesudah game malam ini.

Antara group yang sukar semenjak 14 tahun kendalian Wenger dalam UCL. Marsseile, Olympiacos, dan lawan malam ini Borussia Dortmund. Yang pasti game malam ini pastinya sengit dan menarik kerana seperti Arsenal, Juara Liga Jerman ini gemar mengetengahkan bakat2 muda dengan corak sokongan yang pantas.Malah Wenger sendiri berpendapat bahawa pengurus mereka, Jurgen Klopp sebagai cermin dirinya dalam versi yang lebih muda. Walaupun dinobatkan sebagai juara liga musim lalu, musim ini Dortmund bermula agak pincang lebihkurang sama nasib dengan Arsenal. Kehilangan pemain tengah Nuri Sahin ke Real Madrid, Dortmund baru memenangi 2 game daripada 5 dalam Bundesliga. 2 yang terbaru mereka seri dengan leverkusen dan tewas di gelanggang sendiri kepada Hertha Berlin. Berita itu bukan bermakna Arsenal boleh ambil mudah kerana masih ada lagi pemain2 yang berwibawa seperti CB Subotic, pemain Jepun Shinji Kagawa, Robert Lewandoski, penjaring terbanyak mereka setakat ini Kevin Gro├čkreutz. Tapi yang paling menjadi tumpuan dan amaran Wenger adalah perancang utama mereka Mario Gotze. Muncul membina nama sejak 2 tahun lalu, kini baru berusia 19 tahun dah menjadi antara top assist dalam Bundesliga.Tutup ruang 'Super Mario' ni, terkuncilah pergerakan Dortmund. Tugas besar buat 'cendawan jahat' Song n Co.

Baiklah, apa cerita tentang Arsenal pulak. Daripada 18 pemain, tentunya anda sedar akan khilangan nama starter yang selalu menjadi pilihan musim ini, Aaron Ramsey.Rambo mendapat kecederaan pada pergelangan kaki pada match Sabtu lalu. Selain Jack dan Diaby, Rosicky masih lagi menjalani rawatan batin kepala lutut jadi takboleh nak balik melawat kelab lama. Khabar mengembirakan,aksi Song dan Gervinho boleh ditonton. Jenkinson dah tamat tempoh penggantungan walaubagaimanapun tidak turut serta. Arteta tak sabar membuat kemunculan sulung di peringkat UCL.Pada tahun 2006 dia semakin hampir bersama Everton tapi tersangkut di kelayakan. Impian sejak kecilnya akhirnya tercapai ketika umur 29 tahun. Dengan adanya Gervinho, kreativiti Arsenal mungkin lebih lancar dengan pace, flair serta directness yang disumbangkan. Kemampuan untuk menewaskan pertahanan lawan dengan gelecekan2 yang mengelirukan juga adalah satu ability yang menambah variasi pada corak serangan Arsenal.Aku jugak harap Santos diberi peluang malam ini.

-------------Szczesny---------------
Sagna-------PM---------Kos----Santos
-------------Song-------------------
----Arshavin-------Arteta-----------
Walcott-----RVP-------Gervinho------


Satu-satunya kecacatan sebelum kita turun malam ini ialah kita bakal sekali lagi tuun tanpa kehadiran Wenger di tepi padang memberi arahan. Bil telepon yang tinggi kepunyaan Boro Primorac mengantoikan komunikasi antara Wenger dan bench dalam perlawanan pertama beremu Udines, lalu UEFA dengan bangangnye menghadiahkan 2 match ban yang bakal bermula malam ini.Namun semangat Pat Rice pasti dapat memfokuskan pasukan. Kemenangan away adalah satu bonus dan memberi peluang lebih cerah untuk kita mara terutama dalam group2 susah sebegini. Oleh kerana kita pasukan underdog, tiada slot live di Astro untuk kita.Yang ada hanyalah perlawanan ulangan jam 430 pagi.PIlihlah antara dua, bangun 245 untuk live streaming ataupun bangun jam 430 tanpa sebarang spoiler. Janji jangan terlepas aksi. Borussia Dortmund 0- Arsenal 1.

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 12 September 2011

Senarai nama pemain ke Dortmund

Berikut adalah senarai 18 pemain skuad UCL Arsenal yang akan diterbangkan ke Jerman:

Andrey Arshavin
Mikel Arteta
Yossi Benayoun
Marouane Chamakh
Johan Djourou
Gervinho
Kieran Gibbs
Lukasz Fabianski
Emmanuel Frimpong
Laurent Koscielny
Per Mertesacker
Ju Young Park
Andre Santos
Bacary Sagna
Alex Song
Wojciech Szczesny
Robin van Persie
Theo Walcott



Post Match Swansea Interview






Ahad, 11 September 2011

Post Match : Beberapa lagi kemenangan, kita akan sebati.



Walaupun bukan satu persembahan yang memberangsangkan, namun 3 mata penuh pertama dilihat cukup penting sebagai membentuk asas keyakinan serta mengurangkan nerve terutama bagi signing2 baru yang beraksi menjalankan tugas mereka seperti diarahkan. Kita dapat lihat limited creativity dari Arsenal terutama pada separuh masa kedua tapi ini kerana kita bertemu sebuah pasukan yang jugak bercorak Arsenal, bermain positf dengan dominasi bola yang cukup baik-dan juga seperti Arsenal, tiada mesin penyudah. Kredit kepada Swansea. Satu persembahan yang beremangat sebagai menghormati kematian bapak pengurus mereka , Brendan Rodgers.

Arsenal memulakan perlawanan dengan line up seperti yang dijangkakan.Hanya 2 signing baru Arteta dan PM dalam kesebelasan utama.Tak perlu menunggu masa yang lama untuk menunjukan secebis kebestarian yang ada,belum sampai 60 saat, Arteta melorongkan bola cantik kepada Rambo hanya untuk kapten Wales itu merembat tersasar. teryata event itu menaikkan mood Emirates yag ketgaih lagi aksi2 sebegitu dan tak sabar melihat impak2 wajah baru. Swansea jugak kadang2 hadi memberi ancaman, kalau tidak kerana ketangkasan Szczesny menerbangkan badan, episod misteri bersiri Arsenal mungkin berulang kerana tandukan Graham yang mendahului PM merupakan satu peluang keemasan bagi Swansea. Ya PM mungkin perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pace BPL tapi melihat kepada fizikal dan positioningnya dan ketenangannnya memberi psikologi bukan sahaja buat defend Arsenal malah pemain lawan.Sekurang2nya Arsenal kini mempunyai unit pertahanan dan corak yang versatile. Koscielny semalam adalah top class. Menang segala header dan tackle kecuali untuk kad kuning yang dimiliki. Jika Mael kembali kita pasti mempunyai persaingan yang sihat dan ini akan membantu kematangan defend.

Arsenal mungkin lebih awal mendahului jika tidak kerana pemain pertahanan yang berDNA spuds mengeluarkan bola Walcott sebelum sempat melepasi garisan gol. Satu lorongan cantik dari Arshavin untuk Theo melepasi marker nya sebelum menolak menewaskan Vorm tapi tengok Steven Caulker sanggup hentam tiang gol lagi Ouch! Arteta dijatuhakn dihadapankotak penalti tapi sayang freekick dari debutan itu hanya singgah di benteng, ramai yang percaya pemain Spaniard itu boleh melakukkan lebih baik dari itu sebenarnya. Swansea kembali , melepasi Bacary Sagna membuat hantaran lintang, PM< Graham, Kos, dan Szczesny sendiri masing2 terlepas hanya terbias dek kaki Gibbs yang berada di far post, nasib baik tak tertampan ke dalam gawang sendiri. Satu lagi wake up call buat anak2 buah Arsene Wenger.Jangan tido.

Tak kiralah bagaimana gol itu didapati walaupun nampak sebagai hadiah saguhati, ia tetap gol yang Sah. Pada awalnya aku sangkakan adik Dida yang berada di gol, tapi Vorm mengiyakan bahawa paling tidak, ada jugak blunder iras2 Dida dalam dirinya. Sesudah berjaya menghalang bola daripada keluar dengan machonya dan over konfiden, Vorm cuba melontarkan bola buat rakan2 dengan harapan dapat counter attack, tapi dia tak sangka pulak, boleh singgah blakang tumit rakannya sendiri sebelum melantun kembali di depan Arshavin.Arshavin tenang mencapai target dari satu sudut yang boleh dikira sukar. Memang kadang2 ianya kejam tapi itulah bola sepak.

Gua berpuas hati dengan attitude yang ditujukkan oleh Arshavin. selama ini banyak kata2 tohmahan bahawa dia tidak memberi najis tapi itu tidak berlaku malam ini. selain gaya persembahannya malam ini, gua suka melihat cara dia consult rakan sepasukan terutama pemain2 muda seperti Frimpong di akhir babak pertama dan Gibbs sebelum sepak mula babak kedua.Selain itu dia, kelihatan dia cuba menenangkan Walcott yang tak pasal2 dapat kad kuning atas bentesan bodoh yang tidak perlu hanya kerana terpedaya dengan emosi yang tidak berpuas hati tak dapat free kick.

Separuh masa kedua kita nampak tumpul manakala Swansea lebih banyak mengancam. Freekick Sinclair terkena palang gol adalah tanda2 bahawa mereka memang hadir nak main bola. Barisan tengah Arsenal nampak kurang kreativiti dan idea setelah Arteta main lebih deep bersama2 Frimpong.RVP cuba menggandakan score tapi rematannya hanya terkena tiang. Wenger tahu pasukan ini memerlukan sedikit suntikan lalu dimasukkan lagi seorang signing baru, Yossi menggantikan Arshavin. Alasan Wenger adalah Yossi adlaah pemain yang mobile dan tak cepat berpeluh. Tapi walaupun hidung yang mancung, penyokong2 Arsenal masih lagi muncung cuak memikirkan nasib serta kebarangkalian yang tak diingini berlaku. Ketika kita tertunggu2 lagi 2 aksi pemain baru yang ada di bench, Santos dan Pakcu, Wenger merasakan perlu untuk menstabilkan defends ,Frimpong dikeluarkan dan digantikan dengan Coquelin. Satu perubahan entiti tanpa perkuran strategi. Mengharapkan 5 pemain baru diblendkan kedalam match pertama ketika keadaan belum scure adalah too much. Jadi pertukaran yang boleh difahami dari bench Arsenal.

Kemudian Arsenal mengeluarkan RVP yang nampak bukan seperti harinya. Gua sangka PakCu.Tapi Chamakh. Yang kelakar dan bestnya RVP menyerahkan armband pada Chamakh tapi pemain Maghribi tu dah macam tak keruan cari pada siapa la dia nak bagi. Dijerit2nya pada bench tanaya nak bagi siapa padahal banyak jek leader dan kapten2 kebangsaan atas padang last2 dipakainya sendiri. Wenger cakap dia masa tu tengah cari Mael tapi mael dalam hospital! hahah.10 minit berlagak jadi kapten apa ada hal la Camak oi, takkan takut. Hantaran Gibbs berjaya ditanduknya , mungkin boleh jadi gol pertamanya sejak Novermber lepas tapi sayang Vorm menangkap kemas.Di minit2 terakhir swansea mendapat corner berlaku keadaan kelam kabut di depan pintu gol tapi ketika Szczesny pun dah entah ke mana,Volley Graham hanya tinggi melepasi palang, sekaligus tiada mata sebagai takziah dibawa pulang buat Breandan Rodgers.Bagi Arsenal, ia satu kemenangan penting untuk moral dan yakin Wenger yakin jika beberapa kemenangan konsisten selepas ini, para pemain dalam pasukan akan sedap diadun sebati. Kemenangan ini jugak akan meningkatkan keyakinan untuk terbang ke Dortmund!!

Agi idup agi mengGunners!!!


Jumaat, 9 September 2011

Interview : Amanat PM


Pre Match :' Back To school' tapi koyakkan beg sekolah swan!



Sudah menonton cerita psiko Black Swan? Tak cukup psiko, sebab esok game Arsenal Vs Swansea lagi psiko. Rata2 peminat Arsenal dan pemerhati bola sepak tak sabar2 menunggu match ini, match pertama setelah transfer deadline ditutup dan pendek kata, skuad yang telah didaftarkan Arsenal paling tidak sehingga ia dibuka kembali January nanti. Yang pastinya menjadi tumpuan adalah sejauh mana impak signing2 terutama pada Arsenal yang memborong secara pukal di hari2 terakhir. dan kita juga masih menantikan kemenangan pertama dalam 4 perlawanan, haa psiko tak , psiko tak? cukup psiko jika kita sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri esok. Bagi media mereka mungkin dah sediakan template untuk hanya copy paste di akhbar, tapi perenggan lebih siket laa, mungkin ada tambah 'dah aku cakap mertesacker ni memang lembap nak mampus tinggi macam galah tapi tak berotak macam robot crouch'. Ini yang kita dengari saban hari , semuanya negatif, mamat ni belum pun sarung jersi Arsenal, begitu jugak dengan rakan2 yang lain. Paling tidak bagi la peluang dan masa.

Internationaleleh merencatkan sedikit perkembangan latihan kerana pemain tidak sempat membentuk persefahaman serasi. Namun begitu, ada antara mereka yang telah pun menjalani latihan dengan skuad utama. Harapnya juga pemain2 yang on form di peringkat antarabangsa seperti Pak Cu dan RVP boleh meneruskan di peringkat kelab. Tentang kecederaan, kita masih tidak dapat melihat aksi Wilshere dan Mael dalam tempoh yang agak panjang. Mael tu yang gua paling risau, walaupun diberi harapan bahawa ini bukan kecederaan yang sama, apa2 boleh berlaku, sejarah boleh berulang. Turut MC adalah Diaby, Laci dan Rosicky. Remaja Jepun, Ryo jugak hanya akan kembali dalam masa 2 tiga hari sebelum boleh menyertai latihan bersama skuad utama. Theo yang bermain 82 minit sebelum dikeluarkan kerana hamstring pada pertemuan menentang Bulgaria dijangka tiada masalah untuk diturunkan. Turut serta adalah bek kiri England Gibbs yang kini dah mula menjalani latihan. LB baru Santos, belum lagi bermain perlawanan kompetitf sejak habis Copa itu hari jadi, kita mungkin perlu menunggu sebelum dapat melihat aksi Samba di bahagian kiri kita. Rambo dan Bennayoun yang masing2 menjadi kapten dalam aksi skuad kebangsaan yang kurang memberangsangkan jugak available. Frimpong yang tak habis2 dengan #DENCH nyatelah bebas dari penggantungan walaubagaimanapun, Song Gervinho dan Jenkinson belum tamat tempoh.

Jadi macam mana line up 'Arsenal baru' kita esok? Szczesny yang semakin hari makin mendapat perhatian lagi2 dah menjadi penjaga gawang skuad senior Poland akan teruskan aksi di gol.Sagna pemain paling senior kita esok dalam zon pertahanan akan dibantu oleh bantuan pengalaman Per Mertesacker. Ketiadaan Mael memberi peluang utuk Koscielny membuktikan dia masih mampu menyumbangkan sesuatu, awareness dan passing Kos adalah satu kelebihan, dan jika bergandingan dengan fizikal dan panduan Mertesacker mungkin kita dapat melihat persefahaman yang baik. Gibbs akan mengisi terus slot bek kiri kerana Santos belum bersedia. Tengah. Mikel Arteta nama yang hangat menjadi sebutan. Jualan baju paling laris laa kut antara signing2, muka pun boleh jual. Ada yang kata panic buy ini sudah sizen tapi kita perlukan kreativiti. Buat masa ini Ramsey belum boleh mampu jadi arkitek yang diharapkan, Rambo tanpa Wilshere umpama semut yang mencari2 rakannya yang sudah dipijak, hilang arah tuju.Jadi kehadiran pemain berpengalaman dalam BPL seperti Arteta tidak memberi apa2 yang buruk pun. tiada pun 'pembunuhan' pemain2 muda yang selalu diwar2kan Wenger. Frimpong kembali bermakna barisan pertahanan kita ada kereta kebal EnGhana sebagai perisai.

4-3-3, 4-4-2 atau 4-4-1-1 mana satu pilihan anda. Memtik kata2 Wenger dalam pre match satu perkara yang menarik, " kita tak lightweight, cuma permainan kita bersandarkan pada pergerakan, kita adalah satu pasukan yang mobile". Transfer yang berlaku menunjukkan Wenger masih berorientasikan polisi yang sama, iaitu kekalkan corak permianan dan memberi peluang kepada para belia untuk menyinar. Pengalaman2 yang dibawa masuk adalah pemain2 yang mempunyai kawalan bola yang bagus dan movement yang tepat.. Pemain seperti Santos dan PakCu akan memvariasikan serangan di bahagian atas.Cuma mungkin ketunjangan akar cuba ditanam melalui signing mertesacker. Berbalik pada esok, Swansea lebih kurang sama sahaja corak seperti kita. Brendan Rodgers pun guna taktik 4-3-3, mereka suka dominasi game tapi kurang umph bila masuk final third, tak ada idea, sering terperangkap ketika hilang posession di bahagian atas. Itulah sebab depa bawak masuk 2 signing pertahanan baru Rafik Halliche dan Darnel Sittu bintang muda Perancis. Orang lama akan memberi bimbingan,salah satunya pastinya bekas pemain remaja Arsenal Leon Britton. Jadi kalau Arsenal mau kutip mata penuh dan mau makan angsa panggang, Arsenal perlu bijak mendominasi Swansea dan menggunakan kelebihan di wide area serta kepantasan terutama melalui Theo. Kalau ikut form, aku rasa Arshavin akan dibangku simpanankan tapi mengharapkan Yossi tiba2 dapat tempat secara tak langsung boleh ganggu balance pasukan yang rata2 masih belum menyesuaikan diri. Tapi aku lebih gemar nak tengok Pakcu diberi peluang, -tp dpt plak tgk gaya 'ritual' lepas dia score- sambil RVP dapat free role seperti bersama pasukan Belanda ataupun beraksi di wide area belah kanan.

-----------Szczesny-----------
Sagna---PM-------Kos-----Gibbs
-----------Frimpong------------
-----Ramsey---------Arteta----
---Walcott---RVP----Arshavin---



Mesti menang malam esok.Wajib. Swansea pun dah atas kita sekarang ini dengan 2 point. Jangan kita biarkan diorang tiba2 boleh terbang tinggi. Makin pelik nanti.Kalau Wenger nak memperbetulkan balik keadaan, inilah masanya. Di laman sendiri bertemu pasukan yang baru naik dan sama2 masih belum menang, Swansea City. Wenger boleh sign 6 orang mertesacker dan 5 orang Arteta. Tapi kalau seorang pun daripada mereka tiada hati atau jiwa seperti Tony Adams, tiada gunanya jugak. Cukuplah kita ditogel, dijadi bahan gurau senda sembang raya,sudah tiba masanya Arsenal kembali ke landasan.Aku masih ada dalam gerabak,biar tergolek tergelincir, aku tak mau turun lagi selagi kita tak sampai stesen terakhir. COYG!!

Astro SuperSport 10PM Arsenal 4- Swansea-0

Agi idup agi mengGunners!


Rabu, 7 September 2011

Arsenal Vodcast - Ogos dan September

Sementara minggu internationaleleh ikuti berita dalam dan di luar padang mengenai perkembangan terkini Arsenal yang dirumuskan dalam vodcast yang diterbitkan. Layan zasss..



New Kit on the Blog


Ini bukan kumpulan rap unik unggul New Kids On The Block zaman 90 an dulu tapi Arsenalaysia kini berwajah baru dengan musim yang baru nak bermula! Terima kasih atas usaha Saudara Hadee aka Kesuma Dewa yang bertungkus lumus cuba memberi sentuhan seni agar suatu yang segar dapat dirasai, FORWARD! Kami juga akan cuba memperkemas dari semasa ke semasa agar memudahkan dan memberi keselesaan pada para pembaca.

Sedikit update tentang Arsenal seperti mana kita tahu musim internationaleleh, selain berita siapa jaringkan gol, siapa hebat, tak dapat lari jugak tentang siapa yang injured. Jack Wilshere yang kita tahu akan terlepas aksi 3 bulan, kini senarai diikuti oleh Mael yang mula2 dijangka out 2 bulan, tapi 'berita baik lega' dari Arsenal.com, tempohnya mungkin hanya sebulan. Namun perlu diingat janji2 manis dahulu kala, kecederaan otot Achilless nya konon hanya makan beberapa minggu tpi sampai ke akhir musim sudah, dia terpaksa berehat panjang. Walaupun dikatakan takde kaitan dengan sejarah hitam, kerana kali ini kecederaan ankle, langkah berhati2 awal diambil dengan membuat pembedahan kecil. Kita berharap mereka2 yang cedera ini segera pulih. Nampaknya gandingan Mael dan PM terpaksa ditangguhkan. Harap dapat lihat kombinasi mentor mentee antara PM dan Kos di mana yang berpengalaman tidak lokek ilmu, yang dah lama tolong member baru settle.

Di saat Internationaleleh, seorang player yang berbakat tapi namanya sukar disenaraikan di peringkat antarabangsa -sampai ada satu masa diberi ruang2 beraksi untuk negara lain seperti England macam kes Almunia- Mikel Arteta nampaknya tak sabar beraksi membuat kemunculan sulung di Emirates dalam warna baru, merah putih Sabtu ini bertemu Swansea. Sinonim dengan warna biru, Arteta kini pasti menjadi perhatian terutama sejauh mana signing terbaru ini mampu menggalas cabaran merencanakan kreativiti di tengah2 padang Arsenal.





Gibbs juga dah kembali menjalani latihan , tapi aku menjangkakan Santos akan diberi pelulang untuk home debut. Jadi tak sabar nak melihat apa sumbangan 3 pemain baru yang besar kemungkinan jadi starter hujungm inggu ini, Arteta, Santos,PM. Bagi Park pula mungkin akan membantu dari bangku simpanan, sama kes macam pengalaman Bennayoun.Rambo akan mendapat manfaat dari kehadiran pengalaman2 di kelilingnya. Arshavin , Rosicky juga harus step up dan berusaha keras bagi membuktikan masing2 masih lagi relevan dalam skuad Arsenal.

Agi idup agi mengGunners!!


Ahad, 4 September 2011

Rumusan ringkas saat2 akhir Perpindahan musim panas 2011



Raya yang penuh dan jugak transfer window aktiviti yang sibuk buat Arsenal. Seperti sedia maklum 5 signing di hari2 terakhir dengan Arteta menjadi bahan cerita di saat2 terakhir sebelum tingkap perpindahan ditutup, menjadikan kesemua sembilan muka baru di Arsenal.Dalam masa yang sama 21 pemain telah meninggalkan skuad musim ini dengan 10 daripadanya telah dipinjamnkan untuk semusim.Malam raya kedua, tak tido gua dibuatnya, untuk sentiasa update perkembangan terkini Arsenal.

Seperti yang dilaporkan BBC, Malam di mana bil telefon Ivan gazidis pasti meningkat naik setelah terpaksa berrgayut dengan serata agent2 pemain dan kelab2 majikan, itu belum campur terpaksa melayan kerenah dan pi'il2 banyak songeh mereka. Dan di satu pihak yang lain pulak, setiausaha kelab David Miles, ketua unit akaun, Stuart Wisely dan ketua peguam, Svenja Geissmar tak lekang tangan berhempas pulas menlengkapkan dokumen2 kertas kerja penghijrahan dan pendaftaran pemain. Belum campur lagi pihak medical di London Colney, dan jugak barisan penyokong2 yang berada di persekitaran Emirates ingin menyaksikan apakah respond kelab setelah ditelanjangkan oleh United beberapa hari yang lalu. Wenger tidak berada di tempat kejadian kerana didapati berada di Switzerland menghadiri Conference kejurulatihan UEFA, namun dia menggunakan bermacam medium untuk sentiasa keep in touch dengan Gazidis, tanpa pengetahuan Stan Karoenke mahupun Usmanov kerana tatkala saat2 genting, dah terlambat dan tiada masa lagi nak dengar apa pendapat2 mereka yang hanya pikir duit . Oleh itu jadilah satu rekod transfer di Arsenal apabila lebih kurang 55M dibelanjakan dalam satu musim panas, manakala kita mendapat kembali dalam anggaran 75M hasil jualan pemain2 kita, suatu jumlah baki yang masih menguntungkan kalau dikira.

Berikut adalah senarai ringkas dan anggaran harga.

Masuk:

Permanent Kelab Asal Tarikh Harga(M)
Mikel Arteta Everton 31-Aug 10
Per Mertesacker Werder Bremen 31-Aug 8
Andre Santos Fenerbahce 31-Aug 6.2
Chu YOUNG PARK AS Monaco 30-Aug 3-5
Joel Campbell Deportivo Saprissa 14-Aug 1
Alex Oxlade-Chamberlain Southampton 8-Aug 12-15
Gervinho Lille 18-Jul 10.7
Carl Jenkinson Charlton Athletic 8-Jun 1
Pinjam Masuk


Yossi Benayoun Chelsea 31-Aug






Keluar:


Permanent Club Date Harga
Gilles Sunu Lorient 31-Aug
Armand Traore                         QPR 30-Aug
Samir Nasri Manchester City 24-Aug 25
Emmanuel Eboue Galatasaray 16-Aug 4
Cesc Fabregas Barcelona 15-Aug 35
Jamie Edge Released 1-Aug
Mark Randall Released 31-Jul
Thomas Cruise Released 31-Jul
Roarie Deacon Released 31-Jul
Jay Emmanuel-Thomas Ipswich Town 21-Jul 2
Gael Clichy Manchester City 4-Jul 7
Pinjam Keluar


Henri Lansbury West Ham 31-Aug
Nicklas Bendtner Sunderland 31-Aug
Joel Campbell FC Lorient 31-Aug
Pedro Botelho Rayo Vallecano 16-Aug
Carlos Vela Real Sociedad 16-Aug
Kyle Bartley Rangers 5-Aug
Samuel Galindo Gimnastic De Tarragona 4-Aug
James Shea Dagenham & Redbridge 26-Jul
Denilson  Sao Paulo 20-Jul
Wellington Levante 10-Jul

Jadi , apa jadi pada kita dari sini?? Mengapa lewat sangat Arsene? Secara peribadi aku percaya Wenger akan sign beberapa muka dan membiarkannya lewat seperti kebiasaan tapi dek kerana kita dilaukkan oleh United pada hari dan waktu yang kebetulan ,tidak kena masa, maka ramai memandangnya sebagai panic buy. Adakah signing2 ini bagus? adakah mereka mampu mengisi kekosongan? adakah Arsenal membeli pemain yang betul degan harga yang betul? Itu semua persoalan subjektif, susah nak judge selagi belum dibuktikan. Jadi biar pemain2 ini mempersembahakan apa yang mereka akan sumbangkan dan dari situ kita jatuhkan hukum berbaloi atau tidak.

Nak cakap isi kekosongan, tempat Cesc Fabregas sememangnya sukar dicari ganti pemain sekaliber beliau, cuma kita dapat lihat kualiti depth yang masuk ini mampu membuatkan bebanan dipikul itu dirasai bersama hasil pengagihan tanggungjawab kepada satu pasukan bukan lagi terlalu bergantung pada individu. Cuma yang pasti signing2 ini adalah bukan target2 utama, Jagielka, Cahill, Hazard seperti kita sedia maklum , bid2 terhadap mereka telah direjected. Maka jalan penyelesaian dalam pilihan masa yang singkat adalah pemain2 seperti Mertesacker, Arteta yang walaubagaimanapun punyai nama dan reputasi yang positif. Kalau ada yang hendak dikesali pun hanya kerana masa, Wenger seakan tahu dia bakal kehilangan pemain2 penting kerana dia tak mampu melawan tangan2 tamak board, jadi sepatutnya perancangan rapi dan bidaaan2 awal harus dilakukan bagi mendapatkan target2 utama.

Signing seperti Park Choo Young dan santos adalah satu hadiah kejutan dan membuatkan kita tertanya2 tentang kemampuan mereka tapi gua rasa mereka berdua satu lagi signing berkualiti dari Wenger berpandukan pada rekod antarabangsa kedua2nya. Kita sudah melihat apa yang Gervinho mampu sumbangkan, dan kita jugak tahu Campbell Jenkinson dan Oxlade adalah signing potensi untuk masa hadapan. Harga Chamberlain yang paling mahal membuktikan Wenger masih setia pada asas falsafahnya- projek belia. Status signing yang pasti gua rasa rata2 Muslim tak sedap hati dengan perkembangan ini adalah pemain Israel, Yossi Bennayoun. Gua memang kurang senang tapi harapan gua harapnya dia bukanlah yahudi Zionis. begitu jugak harapnya kepada yahudi2 dari negara2 lain yang ada dalam bidang sukan yang sama. Tapi apapun dia masih milik Chelsea, kita hanya meminjamnya.Antara persamaan yang ada dalam kelima2 signing terkahir ini adalah dari segi umur-kesemua usia matang , kapten kebangsaan(park,Yossi), kapten pasukan(Mertesacker), dan fizikal(Santos,Mertesacker).Ini membuktikan Wenger mendengar apa yang dironta dan diritih2 selama ini, kepentingan pengalaman dan fizikal. Satu tindak balas yang positif , terima kasih kerana sudi mendengar.

Cerita di sebalik tabir, selepas kita berjaya mendapatkan Bennayoun, Arsenal telah menarik diri dari meneruskan rundingan untuk mendapatkan Arteta, walaubagaimanapun kurang daripada sejam tempoh perpindahan bakal ditutup, lampu hijau kembali setelah Arteta sendiri menemui David Moyes, meminta untuk dilepaskan. Dengan nawaitu yang ada dan tak ingin melepaskan peluang beraksi bersama Arsenal di peringkat yang lebih tinggi, Moyes tidak mampu menghalang, pilihannya hanya satu, jual. Dan Wenger sendiri menghubungi gazidis agar nego diteruskan dalam masa yang sama ini kerana dia tahu kreativiti kita limited lebih2 lagi berita kurang senang yang menjangkakan Wilshere bakal terlepas aksi lagi 3 bulan. Oleh itu, boleh dikatakan di sini, kita hanya akan lebih bagus dengan adanya pemain yang merupakan penyokong kita sejak kecil lagi (Mertesacker), pemain yang memang ingin menyertai kita dan sanggup merendahkan demand gaji(Arteta), pemain yang akan bagi semangat dan peluh masam 100%(Park) pemain yang boleh stabilkan antara defend dan attack(Santos) daripada pemain2 yang sudah tiada hati, kejar duit, dan beberapa kali dilihat sebagai lubuk. Walaupun mereka2 ini bukanlah sekelas mereka2 itu, tapi sekurang2nya mereka layak diberi masa, selamat datang ke Arsenal FC. Harap setiap dari mereka faham erti memakai warna kebanggan merah dan putih dan menghayati serta menghormati nilai meriam di setiap dada mereka. Musim Arsenal belum berakhir, ia baru bermula!!

Agi idup agi mengGunners!!!!