Rabu, 21 September 2011

Arsenal mara dengan kemenangan 3-1



Arsenal mara ke pusingan keempat setelah menewaskan Shrewsbury dengan kemenangan 3-1. Dengan tidak berjaya mendapatkan live,(difahamkan tiada siaran tv melakukan lintas langsung) apa yang hanya termampu mengikuti live commentary dari blog2 , dan jugak melalui gamecast. Akan cuba melihat kembali aksi di Highlights. Arsenal memulakan peralawanan dengan lineup yang kelihatan 4-4-2. Tapi seperti kebiasaannya saat genting seakan menghantui Arsenal apabila James Collins melepasi Johan untuk menanduk menewaskan Fabianski. Gibbs menyamakan kedudukan 17 minit kemudian juga menerusi tandukan hasil hantaran lintang Carl Jenkinson. Separuh masa kedua, Pemain yang difahamkan menyerlah malam ini, Oxlade Chamberlain meletakkan Arsenal di hadapan buat pertama kali apabila merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan Smith.

 Selain Oxlade, seorang lagi pemain yang beraksi dengan berkesan adalah Cocuelin yang bergandingan dengan Frimpong di bahagian tengah. Pak Cu bergandingan dengan Chamakh walaubagaimanapun tak berapa menjadi untuk game debutnya. Dia dikeluarkan digantikan dengan seorang lagi debutan remaja dari Jepun Ryo Miyaichi . Ozyakup menggantikan Frimpong. 2minit di atas padang, Ozyakup melakukan assist untuk Yossi menyudahkan untuk gol ketiga Arsenal. Alex Oxlade dikeluarkan pada minit2 terakhir dan diberi standing ovation selaku man of the match. Kini dia boleh sudah melupakan debut malangnya di Old Trafford beberapa minggu lalu.

Secara keseluruhan diberitakan Johan dan Pakcu tidak mempamerkan peresembahan seperti yang diharapkan , overall team play kita bagus cuma defensive part kita masih terumbang ambing dan perlu diperkemas. Gibbs,Yossi, Chamberlain dan Coquelin mendapat pujian untuk penglibatan mereka malam ini. fabianski tak banyak kerja tapi tetap bolos 1. Banyak lagi kerja Arsenal selepas ini. Kembali ke persaingan utama, menunggu kehadiran Bolton.


2 ulasan:

Imam Rawatib berkata...

harapnya Oxlade dpt meneruskn momentumnya dgn konsisten. Pak Cu perlukan masa... and so do Ryo.
Wenger x patut tido lena walaupn mara, krn kunjungan pasukan yg sdg 'memberi ancaman' spt Bolton seharusnya diberi perhatian.

Gunners & Roses berkata...

Menarik ulasan Saudara Fathullah. memang benar2 pemain2 baru ini harus diberi lebih masa terutama Pak Cu dan Ryo dari Asia walaupun sudah 3 tahun berkelana di liga perancis tapi pace dan corak fizikal jauh berbeza. Kunjungan bolton akan menguji character pasukan sama ada mereka mampu bounce back dari segi mental dan persembahan, gagal mengutip mata penuh bremakna kepala setiap seorang daripada mereka masih out.kita sebagai penyokong hanya mampu mengharapkan yang terbaik.