Selasa, 20 September 2011

Pre Match : Polisi kekal untuk Carling Cup



Setelah kekalahan yang 'di luar jangkaan la sangat', Arsenal diberi talian hayat agar segera melupakan insiden memalukan di edwood park. Walaupun sekadar Piala Mickey Mouse, ya piala Mickey yang kita tak mampu menang sekalipun tahun lepas , inilah peluang untuk Arsenal kembali bernafas memberi ruang kepada skuad utama munasabah diri. Kali ini Wenger akan mempertaruhkan skuad campuran, polisi yang sering digunapakai dalam persaingan piala2 domestik.

Arsene Wenger menyimbulkan kekalahan kepada Blackburn sebagai pelik tapi mengakui kelemahan unit pertahanan.Katanya lagi yang positif adalah kita mampu cipta banyak peluang walaupun semua tahu cipta banyak peluang tanpa score tak ada point pun disumbang dalam peraturan bola sepak. Elok lah jugak Wenger memberi peluang RVP dan rakan2 berehat dan lihat apa yang harus diperkemaskan balik terutama mental dan taktikal bertahan dalam satu unit. RVP sendiri mengatakan Arsenal membuang begitu sahaja 3 mata yang sepatutnya sudah ada dalam genggaman.Itulah yang berlaku jika kita tak ada killer instinct.

Ini peluang bagi muka2 baru dan remaja2 serta pemain2 skuad yang lain untuk menuunjukkan kemampuan bertemu pasukan Shrewsbury di Emirates. Melihat kepada gambar2 training kelihatan wajah2 seperti Ryo, Chamberlain, Frimpong,Coquelin, Miquel, Pakcu , Gibbs, Jenkinson di samping Yossi,Walcott dan Chamakh.Wenger memberi jaminan kita mungkin dapat melihat aksi sulung PakCu tapi sama ada dia bakal digandingkan dgn Chakmakh atau bertindak berseorangan itu belum pasti. PakCu sebagai kapten Korea baka l menjadi bintang pertama Korea beraksi bersama Arsenal.  Selain itu pemain Jepun yang mula mencipta hype akan diberi pendedahan tentang bola sepak Inggeris melalui perngkat ini. Walaupun mencuri tumpuan, Arsenal telah ada plan jangka masa panjang bagi Ryo untuk perlahan2 membina momentum sebelum menjadi pemain skuad utama sama seperti RVP Song Walcott Wilshere yang datang dari akar yang sama. Mengenai Chamberlain pulak , ramai berpendapat dia sama macam walcott oleh kerana asal Southampton dan kelajuan yang dimiliki. Tapi bagi Wenger dua pemain ini adalah berbeza dengan Walcott lebih bernaluri sebagai striker manakala Oxlade lebih kepada pemain tengah. Dah dekat 6 tahun, walaupun Winger berpendapat sebegitu tapi Walcott masih belum secara konsisten diberi central role untuk membina bakatnya, ini berpunca dari kekemarukan terhadap 433 di mana Theo terpaksa digunakan di bahagian wide kerana kelajuannya walaupun distributionnya entah ke mana. Direhatkan pada pertemuan menentang Blackburn, Yossi mungkin menjadi pemain tengah untuk menstabilkan campuran antara youth dan pengalaman.Fabianski kembali ke gawang, yang membimbangkan adalah gandingan Johan dan Miquel.

---------------Fabianski---------------
Jenkinson-----Johan--Miquel--Gibbs
---------------Frimpong----------------
---------Chamberlain---Yossi--------
--Walcott----Pakcu-----------Ryo---

Tak banyak yang diketahui tentang pasukan dari league Two Shrewsbury Town. Mereka semakin hampir untuk promotion tami tersangkut di peringkat playoff.Mereka gemar bermain corak passing berbanding kelab2 struggle yang lebih suka bola lambung.Penyerang mereka Marvin Morgan dah menjaringkan 7 gol musim ini termasuk 3 dalam Piala Carling. Turut harus diberi perhatian adalah kedua2 flank mereka, Mark Wright dan Lionel Ainsworth.Yang pasti mereka hadir tanpa tekanan dan tak ada apa yang nak dirugikan bagi mereka jadi bagi mereka inilah masanya untuk menunjukkan kemampuan membuat kejutan terhadap kelab BPL.Seperti Arsenal mereka menyambut ulantahun ke 125 penubuhan kelab, tiada cara yang lebih meriah untuk meraikan dengan kemenangan di Emirates.Tugas besar Arsenal.

Mengikut pada form semasa, tak boleh ambil mudah tapi sekurang2nya tekanan sedikit berkurangan. Berilah ruang dan masa untuk pendedahan bagi beberapa muka baru. Sekali lagi kita dianaktirikan, tiada live di Astro. Bersedia untuk online streaming. Arsenal 3 Shrewsbury 0.

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: