Ahad, 18 September 2011

Post Match : Arsenal mangsa Blackburn...pulak



Kenapa kita sering sahaja menjadi tempat milestone buat pasukan2 lawan.Kemenangan pertama Blackburn dalam BPL, kita yang menjadi mangsanya. Nampaknya kita masih terbawa2 dengan form liga yang kita tinggalkan musim lepas. Termasuk game hingga ke hari ini,Daripada 16 perlawanan sejak kita tewas di tangan Birmingham dalam final league Cup , kita hanya mampu baru menang 3.Wenger kata selepas game malam ini kita tewas 3-4 di Edwood Park , "Not good enough", pada aku sangat2 tidak bagus. Bagaimana moto boleh tertera 'forward' sedangkan form menunjukkan sebenarnya kita tak ke mana pun daripada titik yang ditinggalkan musim lalu. Kita boleh beri alasan, fatigue Champions league atau 2 own goal dan satu gol sedikit offside, tapi Wenger tak patut cipta apa2 lagi alasan tentang corak taktikal yang digunakan dengan pemain2 yang tinggal.Dia sepatutnya dah boleh cam dari dulu lagi, selepas game Blackpool away musim lepas kita telah pun bermain tanpa kelibat Fabregas(aku malas nak ungkit nama2 mereka yang tiada sebenanrnya) dan jugak Nasri hanya membiarkan jasadnya longlai di tengah2 padang tanpa hasil. Pada ketika itu Wenger sudah harus sedar atau melihat di sebalik garisan bilamana Arsenal tanpa kreativiti adalah sebuah pauskan yang lumpuh dan tak cantik untuk ditonton.





Signing2 yang dibawa masuk bukan sebagai pengganti tapi sebagai pengisi. Ada perbezaan di situ kerana pemain seperti kaliber Fabregas mampu balancekan pasukan , dari deep position, transition ke bahagian serangan adalah smooth maka dengan itu dia sesuai dijadikan paksi untuk taktikal yang dia gila2kan sangat 433. Tapi dengan Arteta adalah pemain yang tidak sama, dia mampu mengawal bahagian tengah, bermula dari deep position di hadapan back four tapi dengan adanya bantuan2 pemain seperti Fellaini, Cahill, Osman dan Pienaar di waktu zaman2 Everton mencabar dulu. Dan kini dia hanya ada Song dan Rambo.Kekurangan entiti di bahagian tengah menyebabkan kita mudah didominasi, dan pemain2 tengah kita seakan2 selalu terkejar bayang. Lihat pada cover untuk bahagian fullback, dengan 3 midfield ,sama ada kita di stretch, kita akan meninggalkan lubang besar di bahgian tengah , dan bila kita regroup kerumun di tengah, pada ketika ini lawan akan mengambil kesempatan menguji fullback kita. Wide player seperti Gervinho dan Arshavin memang tak berminat atau tak berkebolehan dalam bab cover mengcover ni, tak boleh nak diharapkan sangat. Sebab itu kita lihat Arshavin selalu termengah2 nak kejar2 selama ini, nampak dia lembap malas, bukan sebab tak peduli, tapi dia bukan pemain jenis itu, bukan ability terbaiknya untuk track back player.

Hendak pulak fullback kita mencari nahas, tak perlu disebut kalau dulu Clichy dan Armand Traore, Eboue, seringkali menjadi mangsa lubuk akibat taktikal ini , hanya kaliber Sagna yang dilihat stabil dan mampu cope dengan situasi seperti ini. Hari ini lagi malang apabila debutan Santos sering kali dilihat dalam situasi no man's land, entah ke mana2 tercari2 positioning yang patut.Jadi Arteta beberapa kali kene cover. Lebih memburukkan keadaan, Sagna terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, Wenger entah ape hal yang difikirkan memilih Johan berbanding Gibbs. Johan bukan standard Arsenal, kalau dia tak boleh nak start di Birminghuam dulu, kenapa Arsenal menjadi destinasinya. 8-2 adalah game yang gua rasa menyirap tengok caranya,malam ini separuh daripada jumlah yang bolos itu hari,walaupun bukan penyebab keempat2 bijik, tetap gua rasakan dia patut sudah lama pergi. Gol ketiga dari gerakan Yakubu dr sebelah kiri, instead of menjatuhkan badan tackle, dia sepatutnya memilih untuk body blocking , kalau foul pun biarlah kerana masa2 tulah yang patut kalau nak buat foul pun ketika kena counter dan tiada rakan2 di bawah, sudahlah mistackle pulak.hadoi.

Arsenal umpama dah jadi bahan lawak terutama bahagian pertahanan. Kenapa kita masih menggunakan zonal marking dalam set pieces defending ketika sejarah membuktikan kita selalu tewas dengan fizikal Blackburn bila tiba set pieces. Apa guna ada pemain seinggi Mertesacker jika boleh biarkan Samba Nzonzi Givet berlegar2 makan angin.Blackburn tidak lagi menunjukkan rasa hormat atau takut pada kita sebaik mereka mampu menjaringkan gol kerana mereka semua tahu, jiwa dan hati pemain2 Arsenal hari ini umpama gelas yang mudah retak, sentuh sedikit sahaja lagi, pecah.Gol kedua dan keempat mereka hasil dari set pieces dan kegagalan Arsenal mengeluarkan 2nd ball.selain itu lack of communication antara defend jugak menyebabkan perangkap offside yang cuba dipasang tak menjadi, sorang cakap bahasa Jerman, sorang paham bahasa brazil..memang elok sangat la tu.Arsenal sangat2 kurang organize di pertahanan, itu punca utama kita sering tersembam muka kebumi. Pemain2 kita penat score banyak2 tapi tak guna jugak pada masa yang sama bolos jugak banyak. beban tertanggung di bahagian serangan yang terpaksa set mind untuk score lebih.

Komen di bahagian serangan, lack of urgency dan kurang kreativiti.Walaupun ada beberapa peluang yang dicipta tapi tak mampu disudahkan.Crossing2 yang dihantar gagal menemui target man.macam mano nak singgah ke pemain kalau hanya seorang sahaja pemain dalam kotak penalti dikerumuni segerombolan lawan. Kita pass2 wide, crossing, change side, kemudian tunggu fulllback buat overlap ,crossing ke laut. Kalau cut in, kita cuba through pass nak melepasi 2 lapis defend sebelum sampai kepada target, segalanya mudah dibaca Arsene. Itulah taktik yang kau semai dalam benih otak pikiran pemain2. Kalau aku pun boleh predict dengan tepat sub2 yang bakal ko buat dan minit2 ke berapa ko selalu buat pertukaran, apa pulak profesional manager lawan. Arsene harus lebih berani seta cepat membuat perubhahan taktikal, jangan tunggu sampai dah minit ke 70 baru lah nak bertindak la bagai. Kalau dah nampak sila ubah sebelum parah. Gervinho pasti menyesal tak sudah apbila membuat satu jenayah. Ketika kedudukan 2-1 sepatutnya dia boleh meletakkan Arsenal secure sedikit 3-1 jika die lebih tenang dan tak gopoh gelojoh, passing kepada RVP yang lebih beruang(mempunyai ruang).Boleh lihat muka kecewa dan bengang RVP terhadap ketamakan Gervinho.Itu yang Arsenal perlu asah, decision making. Selain bakat pemain kena ada akal tajam untuk berpikir.Mungkin boleh gandingkan PakCu yang berIQ lebih.Namuns seperti aku cakap tadi, jika leading 2 3 4 sekalipun, tanpa organisasi yang tersusun dan pertahanan yang mantap, arsenal tak mampu membunuh game.



Baiklah cukup aku meroyan, kita pun sudah sedia maklum akan nasib pasukan ini. kekalahn ketiga daripada 5. Dah 14 bolos, paling banyak dalam divisyen. Dah lama tak pernah tengok permulaan buruk Arsenal kali terakhir bawah Graham 94 dulu, itupun kita mampu curi tempat keempat. Masih terlalu awal untuk mengagak kedudukan kita tapi yang pasti kalau tak ada perubahan, tak berani membuat reform, Arsenal akan struggle, itu jaminan. Kita ada kualiti, kita ada pemain2 yang mampu tapi Wenger seharusnya bijak menilai kemampuan dan apa , di mana pemain2 ini mampu membuat yang terbaik.Optimakan keupayaan dan utilize kan kelebihan pemain. Walaupun kalah kita cuba carik beberapa point yang positif dari game malam ini. Arteta menjaringkan gol pertamanya di Arsenal, gol kedua di Edwood Park musim ini, sebelum ni dah score dalam jersi Everton last minit penalti.Gervinho yang kembali dari penggantungan jugak mampu membukak akaun goal BPL, hasil gandingan seorang lagi pemain yang kembali dari penggantungan Song, assist.Chamakh kembali score setelah kali terakhir di Villa Park musim Novermber lalu.

Kita mungkin tengah struggle sekarang ini dan lawan masing2 sudah hilang fear factor terhadap Arsenal. Kalau dahulu dalam terowong awal2 lagi mereka dah pasang niat seri umpama menang cup. Tapi sekarang setiap pasukan boleh mengalahkan Arsenal. Itu petanda yang sihat dari segi persaingan, tak sihat untuk ditonton buat kita peenyokong2 Arsenal. Namun kita harus ada kerpercayaan terhadap pasukan ini walaupun jangan percaya bulat2.Kalau bukan kita siapa lagi mahu percaya. Jika kita boleh kalah di tangan2 siapa2 sahaja, tak mustahil kita akan berada di situasi mana2 pun. mana2 pun kita duduk dalam table liga, di situlah jiwa kita kena duduk bersama.Bukan senang nak menang, bukan susah nak kalah. Dah jadi macam ni, setiap kali menang ia bagai suatu yang sangat indah.Tak kisahlah walaupun ia hanyalah Shewsbury sekalipun, ia tetap satu game bola sepak yang menarik kerana penuh dengan kejutan dan result yang sukar dijangkakakn. Jatuh bangun apa2pun anda tak akan bosan jika anda benar2 peduli. Yang membezakan hanyalah banyak puji atau banyak maki. Masa itulah kita akan tahu tahap mana 'Arsenal di hatiku'

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

Sofea berkata...

ini pendapat aku pasal arsenal buat masa sekarang

http://saedramadhan.blogspot.com/2011/09/not-so-sweet-17.html