Ahad, 4 September 2011

Rumusan ringkas saat2 akhir Perpindahan musim panas 2011



Raya yang penuh dan jugak transfer window aktiviti yang sibuk buat Arsenal. Seperti sedia maklum 5 signing di hari2 terakhir dengan Arteta menjadi bahan cerita di saat2 terakhir sebelum tingkap perpindahan ditutup, menjadikan kesemua sembilan muka baru di Arsenal.Dalam masa yang sama 21 pemain telah meninggalkan skuad musim ini dengan 10 daripadanya telah dipinjamnkan untuk semusim.Malam raya kedua, tak tido gua dibuatnya, untuk sentiasa update perkembangan terkini Arsenal.

Seperti yang dilaporkan BBC, Malam di mana bil telefon Ivan gazidis pasti meningkat naik setelah terpaksa berrgayut dengan serata agent2 pemain dan kelab2 majikan, itu belum campur terpaksa melayan kerenah dan pi'il2 banyak songeh mereka. Dan di satu pihak yang lain pulak, setiausaha kelab David Miles, ketua unit akaun, Stuart Wisely dan ketua peguam, Svenja Geissmar tak lekang tangan berhempas pulas menlengkapkan dokumen2 kertas kerja penghijrahan dan pendaftaran pemain. Belum campur lagi pihak medical di London Colney, dan jugak barisan penyokong2 yang berada di persekitaran Emirates ingin menyaksikan apakah respond kelab setelah ditelanjangkan oleh United beberapa hari yang lalu. Wenger tidak berada di tempat kejadian kerana didapati berada di Switzerland menghadiri Conference kejurulatihan UEFA, namun dia menggunakan bermacam medium untuk sentiasa keep in touch dengan Gazidis, tanpa pengetahuan Stan Karoenke mahupun Usmanov kerana tatkala saat2 genting, dah terlambat dan tiada masa lagi nak dengar apa pendapat2 mereka yang hanya pikir duit . Oleh itu jadilah satu rekod transfer di Arsenal apabila lebih kurang 55M dibelanjakan dalam satu musim panas, manakala kita mendapat kembali dalam anggaran 75M hasil jualan pemain2 kita, suatu jumlah baki yang masih menguntungkan kalau dikira.

Berikut adalah senarai ringkas dan anggaran harga.

Masuk:

Permanent Kelab Asal Tarikh Harga(M)
Mikel Arteta Everton 31-Aug 10
Per Mertesacker Werder Bremen 31-Aug 8
Andre Santos Fenerbahce 31-Aug 6.2
Chu YOUNG PARK AS Monaco 30-Aug 3-5
Joel Campbell Deportivo Saprissa 14-Aug 1
Alex Oxlade-Chamberlain Southampton 8-Aug 12-15
Gervinho Lille 18-Jul 10.7
Carl Jenkinson Charlton Athletic 8-Jun 1
Pinjam Masuk


Yossi Benayoun Chelsea 31-Aug






Keluar:


Permanent Club Date Harga
Gilles Sunu Lorient 31-Aug
Armand Traore                         QPR 30-Aug
Samir Nasri Manchester City 24-Aug 25
Emmanuel Eboue Galatasaray 16-Aug 4
Cesc Fabregas Barcelona 15-Aug 35
Jamie Edge Released 1-Aug
Mark Randall Released 31-Jul
Thomas Cruise Released 31-Jul
Roarie Deacon Released 31-Jul
Jay Emmanuel-Thomas Ipswich Town 21-Jul 2
Gael Clichy Manchester City 4-Jul 7
Pinjam Keluar


Henri Lansbury West Ham 31-Aug
Nicklas Bendtner Sunderland 31-Aug
Joel Campbell FC Lorient 31-Aug
Pedro Botelho Rayo Vallecano 16-Aug
Carlos Vela Real Sociedad 16-Aug
Kyle Bartley Rangers 5-Aug
Samuel Galindo Gimnastic De Tarragona 4-Aug
James Shea Dagenham & Redbridge 26-Jul
Denilson  Sao Paulo 20-Jul
Wellington Levante 10-Jul

Jadi , apa jadi pada kita dari sini?? Mengapa lewat sangat Arsene? Secara peribadi aku percaya Wenger akan sign beberapa muka dan membiarkannya lewat seperti kebiasaan tapi dek kerana kita dilaukkan oleh United pada hari dan waktu yang kebetulan ,tidak kena masa, maka ramai memandangnya sebagai panic buy. Adakah signing2 ini bagus? adakah mereka mampu mengisi kekosongan? adakah Arsenal membeli pemain yang betul degan harga yang betul? Itu semua persoalan subjektif, susah nak judge selagi belum dibuktikan. Jadi biar pemain2 ini mempersembahakan apa yang mereka akan sumbangkan dan dari situ kita jatuhkan hukum berbaloi atau tidak.

Nak cakap isi kekosongan, tempat Cesc Fabregas sememangnya sukar dicari ganti pemain sekaliber beliau, cuma kita dapat lihat kualiti depth yang masuk ini mampu membuatkan bebanan dipikul itu dirasai bersama hasil pengagihan tanggungjawab kepada satu pasukan bukan lagi terlalu bergantung pada individu. Cuma yang pasti signing2 ini adalah bukan target2 utama, Jagielka, Cahill, Hazard seperti kita sedia maklum , bid2 terhadap mereka telah direjected. Maka jalan penyelesaian dalam pilihan masa yang singkat adalah pemain2 seperti Mertesacker, Arteta yang walaubagaimanapun punyai nama dan reputasi yang positif. Kalau ada yang hendak dikesali pun hanya kerana masa, Wenger seakan tahu dia bakal kehilangan pemain2 penting kerana dia tak mampu melawan tangan2 tamak board, jadi sepatutnya perancangan rapi dan bidaaan2 awal harus dilakukan bagi mendapatkan target2 utama.

Signing seperti Park Choo Young dan santos adalah satu hadiah kejutan dan membuatkan kita tertanya2 tentang kemampuan mereka tapi gua rasa mereka berdua satu lagi signing berkualiti dari Wenger berpandukan pada rekod antarabangsa kedua2nya. Kita sudah melihat apa yang Gervinho mampu sumbangkan, dan kita jugak tahu Campbell Jenkinson dan Oxlade adalah signing potensi untuk masa hadapan. Harga Chamberlain yang paling mahal membuktikan Wenger masih setia pada asas falsafahnya- projek belia. Status signing yang pasti gua rasa rata2 Muslim tak sedap hati dengan perkembangan ini adalah pemain Israel, Yossi Bennayoun. Gua memang kurang senang tapi harapan gua harapnya dia bukanlah yahudi Zionis. begitu jugak harapnya kepada yahudi2 dari negara2 lain yang ada dalam bidang sukan yang sama. Tapi apapun dia masih milik Chelsea, kita hanya meminjamnya.Antara persamaan yang ada dalam kelima2 signing terkahir ini adalah dari segi umur-kesemua usia matang , kapten kebangsaan(park,Yossi), kapten pasukan(Mertesacker), dan fizikal(Santos,Mertesacker).Ini membuktikan Wenger mendengar apa yang dironta dan diritih2 selama ini, kepentingan pengalaman dan fizikal. Satu tindak balas yang positif , terima kasih kerana sudi mendengar.

Cerita di sebalik tabir, selepas kita berjaya mendapatkan Bennayoun, Arsenal telah menarik diri dari meneruskan rundingan untuk mendapatkan Arteta, walaubagaimanapun kurang daripada sejam tempoh perpindahan bakal ditutup, lampu hijau kembali setelah Arteta sendiri menemui David Moyes, meminta untuk dilepaskan. Dengan nawaitu yang ada dan tak ingin melepaskan peluang beraksi bersama Arsenal di peringkat yang lebih tinggi, Moyes tidak mampu menghalang, pilihannya hanya satu, jual. Dan Wenger sendiri menghubungi gazidis agar nego diteruskan dalam masa yang sama ini kerana dia tahu kreativiti kita limited lebih2 lagi berita kurang senang yang menjangkakan Wilshere bakal terlepas aksi lagi 3 bulan. Oleh itu, boleh dikatakan di sini, kita hanya akan lebih bagus dengan adanya pemain yang merupakan penyokong kita sejak kecil lagi (Mertesacker), pemain yang memang ingin menyertai kita dan sanggup merendahkan demand gaji(Arteta), pemain yang akan bagi semangat dan peluh masam 100%(Park) pemain yang boleh stabilkan antara defend dan attack(Santos) daripada pemain2 yang sudah tiada hati, kejar duit, dan beberapa kali dilihat sebagai lubuk. Walaupun mereka2 ini bukanlah sekelas mereka2 itu, tapi sekurang2nya mereka layak diberi masa, selamat datang ke Arsenal FC. Harap setiap dari mereka faham erti memakai warna kebanggan merah dan putih dan menghayati serta menghormati nilai meriam di setiap dada mereka. Musim Arsenal belum berakhir, ia baru bermula!!

Agi idup agi mengGunners!!!!


0 ulasan: