Ini bukan kumpulan rap unik unggul New Kids On The Block zaman 90 an dulu tapi Arsenalaysia kini berwajah baru dengan musim yang baru nak bermula! Terima kasih atas usaha Saudara Hadee aka Kesuma Dewa yang bertungkus lumus cuba memberi sentuhan seni agar suatu yang segar dapat dirasai, FORWARD! Kami juga akan cuba memperkemas dari semasa ke semasa agar memudahkan dan memberi keselesaan pada para pembaca.
Sedikit update tentang Arsenal seperti mana kita tahu musim internationaleleh, selain berita siapa jaringkan gol, siapa hebat, tak dapat lari jugak tentang siapa yang injured. Jack Wilshere yang kita tahu akan terlepas aksi 3 bulan, kini senarai diikuti oleh Mael yang mula2 dijangka out 2 bulan, tapi 'berita baik lega' dari Arsenal.com, tempohnya mungkin hanya sebulan. Namun perlu diingat janji2 manis dahulu kala, kecederaan otot Achilless nya konon hanya makan beberapa minggu tpi sampai ke akhir musim sudah, dia terpaksa berehat panjang. Walaupun dikatakan takde kaitan dengan sejarah hitam, kerana kali ini kecederaan ankle, langkah berhati2 awal diambil dengan membuat pembedahan kecil. Kita berharap mereka2 yang cedera ini segera pulih. Nampaknya gandingan Mael dan PM terpaksa ditangguhkan. Harap dapat lihat kombinasi mentor mentee antara PM dan Kos di mana yang berpengalaman tidak lokek ilmu, yang dah lama tolong member baru settle.
Di saat Internationaleleh, seorang player yang berbakat tapi namanya sukar disenaraikan di peringkat antarabangsa -sampai ada satu masa diberi ruang2 beraksi untuk negara lain seperti England macam kes Almunia- Mikel Arteta nampaknya tak sabar beraksi membuat kemunculan sulung di Emirates dalam warna baru, merah putih Sabtu ini bertemu Swansea. Sinonim dengan warna biru, Arteta kini pasti menjadi perhatian terutama sejauh mana signing terbaru ini mampu menggalas cabaran merencanakan kreativiti di tengah2 padang Arsenal.
Gibbs juga dah kembali menjalani latihan , tapi aku menjangkakan Santos akan diberi pelulang untuk home debut. Jadi tak sabar nak melihat apa sumbangan 3 pemain baru yang besar kemungkinan jadi starter hujungm inggu ini, Arteta, Santos,PM. Bagi Park pula mungkin akan membantu dari bangku simpanan, sama kes macam pengalaman Bennayoun.Rambo akan mendapat manfaat dari kehadiran pengalaman2 di kelilingnya. Arshavin , Rosicky juga harus step up dan berusaha keras bagi membuktikan masing2 masih lagi relevan dalam skuad Arsenal.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan