Selasa, 13 September 2011

Pre Match : Borussia Dortmund vs Arsenal



Misi Arsenal ke Signa Iduna Park dalam menentang Borussia Dortmund membuka tirai peringkat kumpula Champions League akan diiringi 'pemandu pelancong', Per Mertesacker. Tidak ada pemain lain yang lebih arif tentang selok belok di Jerman selain pemain skuad kebangsaan negara itu sendiri. Wenger dan Koscielny dalam press Conference masing2 memuji dan berbesarhati akan kehadiran pemain setinggi 6 kaki ini. Bagi Wenger, pembelian jenis ini jarang2 dilakukan kerana kebiasaannya dia lebih gemar memiliki pemain2 yang berteknikal berbanding kelebihan fizikal.Oleh itu dapatlah kita lihat pemain2 skuad Arsenal semenjak dua menjak ini katik2 belaka.tapi bukanlah satu kesimpulan bahawa pemain berteknikal tinggi tidak mempunyai ketinggian yang mencukupi, cuma itu hanya kelazimannya dalam nisbah. Maka pembelian PM dianggap satu exception bagi Wenger kerana kelebihan fizikal dan pengalaman dengan harga yang masih logik adalah sukar untuk dilepaskan. Bagi Kos pula, kepentingan kehadiran pemain galah yang berpengalaman luas ini akan menyihatkan lagi plersaingan di samping mampu memberi calmness di kalangan rakan2 pertahanan lain.

Arshavin kata kalau boleh dia taknak terlibat langsung dalam sejarah hitam 8-2 tapi bubur dah jadi basi. Segalanya perlu dihadapi, hanya pandang ke hadapan. Seorang lagi pemain yang akan memandang ke hadapan adalah penjaga gol, Szczesny. Bukan sahaja kita merasai menjadi bahan lawak dan tohmahan, malah pemain sendiri turut merasainya. Szczesny menjadi bahan pada rakan2 senegara ketika internationaleleh lalu kerana dia melepaskan 8 bijik gol dalam hanya satu perlawanan.Lukasz Piszczek, Robert Lewandowski dan Jakub Blaszczykowski, 3 pemain Poland yang beraksi bersama Dortmund yang bakal ditentangnya awal pagi nanti. Dan yang paling bising banyak bunyik katanya adalah Jakub!- yang hanya lebih banyak memanaskan bangku simpanan.Szczesny berharap antara keempat2 mereka, dia yang akan tersenyum sinis sesudah game malam ini.

Antara group yang sukar semenjak 14 tahun kendalian Wenger dalam UCL. Marsseile, Olympiacos, dan lawan malam ini Borussia Dortmund. Yang pasti game malam ini pastinya sengit dan menarik kerana seperti Arsenal, Juara Liga Jerman ini gemar mengetengahkan bakat2 muda dengan corak sokongan yang pantas.Malah Wenger sendiri berpendapat bahawa pengurus mereka, Jurgen Klopp sebagai cermin dirinya dalam versi yang lebih muda. Walaupun dinobatkan sebagai juara liga musim lalu, musim ini Dortmund bermula agak pincang lebihkurang sama nasib dengan Arsenal. Kehilangan pemain tengah Nuri Sahin ke Real Madrid, Dortmund baru memenangi 2 game daripada 5 dalam Bundesliga. 2 yang terbaru mereka seri dengan leverkusen dan tewas di gelanggang sendiri kepada Hertha Berlin. Berita itu bukan bermakna Arsenal boleh ambil mudah kerana masih ada lagi pemain2 yang berwibawa seperti CB Subotic, pemain Jepun Shinji Kagawa, Robert Lewandoski, penjaring terbanyak mereka setakat ini Kevin Großkreutz. Tapi yang paling menjadi tumpuan dan amaran Wenger adalah perancang utama mereka Mario Gotze. Muncul membina nama sejak 2 tahun lalu, kini baru berusia 19 tahun dah menjadi antara top assist dalam Bundesliga.Tutup ruang 'Super Mario' ni, terkuncilah pergerakan Dortmund. Tugas besar buat 'cendawan jahat' Song n Co.

Baiklah, apa cerita tentang Arsenal pulak. Daripada 18 pemain, tentunya anda sedar akan khilangan nama starter yang selalu menjadi pilihan musim ini, Aaron Ramsey.Rambo mendapat kecederaan pada pergelangan kaki pada match Sabtu lalu. Selain Jack dan Diaby, Rosicky masih lagi menjalani rawatan batin kepala lutut jadi takboleh nak balik melawat kelab lama. Khabar mengembirakan,aksi Song dan Gervinho boleh ditonton. Jenkinson dah tamat tempoh penggantungan walaubagaimanapun tidak turut serta. Arteta tak sabar membuat kemunculan sulung di peringkat UCL.Pada tahun 2006 dia semakin hampir bersama Everton tapi tersangkut di kelayakan. Impian sejak kecilnya akhirnya tercapai ketika umur 29 tahun. Dengan adanya Gervinho, kreativiti Arsenal mungkin lebih lancar dengan pace, flair serta directness yang disumbangkan. Kemampuan untuk menewaskan pertahanan lawan dengan gelecekan2 yang mengelirukan juga adalah satu ability yang menambah variasi pada corak serangan Arsenal.Aku jugak harap Santos diberi peluang malam ini.

-------------Szczesny---------------
Sagna-------PM---------Kos----Santos
-------------Song-------------------
----Arshavin-------Arteta-----------
Walcott-----RVP-------Gervinho------


Satu-satunya kecacatan sebelum kita turun malam ini ialah kita bakal sekali lagi tuun tanpa kehadiran Wenger di tepi padang memberi arahan. Bil telepon yang tinggi kepunyaan Boro Primorac mengantoikan komunikasi antara Wenger dan bench dalam perlawanan pertama beremu Udines, lalu UEFA dengan bangangnye menghadiahkan 2 match ban yang bakal bermula malam ini.Namun semangat Pat Rice pasti dapat memfokuskan pasukan. Kemenangan away adalah satu bonus dan memberi peluang lebih cerah untuk kita mara terutama dalam group2 susah sebegini. Oleh kerana kita pasukan underdog, tiada slot live di Astro untuk kita.Yang ada hanyalah perlawanan ulangan jam 430 pagi.PIlihlah antara dua, bangun 245 untuk live streaming ataupun bangun jam 430 tanpa sebarang spoiler. Janji jangan terlepas aksi. Borussia Dortmund 0- Arsenal 1.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: