2 gol di setiap penghujung babak menyaksikan Arsenal dan Dortmund masing2 terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. Yang paling kecewa pastinya Arsenal apabila kita mendahului pada penghujung babak pertama melalui RVP, bertahan dan menjaga disiplin selama 89 minit, alih2 pemain gantian Dortmund Ivan Perisic menjaringkan gol dengan volley yang cukup cantik di luar jangkauan Szczesny hasil bola muntah dari sepakan percuma.
Iulah yang berlaku sekiranya Arsenal gagal mencari gol kedua dan membunuh perlawanan.Di tempat lawan, bila2 masa sahaja tuan rumah boleh menghukum jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada.Gervinho mempunyai peluang baik untuk memastikan 3 mata tapi sayang penyudah yang tumpul dan decision making tidak membantu.
Benayoun mendapat full debut malah beraksi selama 90++ minit. Andre Santos muncul di minit2 terakhir tak sempat nak tunjuk apa2 begitu jugak Frimpong yang masuk menggantikan Walcott konon sebagai langkah perlindungan.Sebelum itu Chamakh menggantikan RVP tapi dia tak perlu risau akan status arm band kerana awal2 lagi sebelum keluar, RVP melilitkannya pada Song. Aku pikir dia nak bagi Sagna.Terlalu banyak pertukaran di saat2 akhir oleh caretaker, Pat Rice yang dianggap sedikit mengelirukan pasukan mungkin penyebab kita kehilangan disiplin di minit2 terakhir. Perlawanan tadi jelas dikuasai Dortmund dengan mereka lebih menguasai bola dan kelebihan dari short on target. Tiada clear cut chances yang diilhamkan oleh Arsenal, kecuali gol hasil lorongan cantik walcott buat RVP dan Gervinho yang berjaya melepasi kawalan Subotic tapi gagal ketika hanya one on one dengan keeper. Ada la jugak sekali tu RVP diloloskan di sebelah kiri tapi rembatan half volleynya berjaya diselamatkan penjaga gawang.
Arteta sekali lagi bermain agak deep bersama2 Song di bawah, Ini mungkin penyebab kita kurang kreativiti di bahagian serangan kerana Yossi tak berpenegaruh langsung malam ini. Arteta merupakan pemain yang paling banyak distance cover bagi Arsenal dengan 11.9km diikuti, Yossi dan kemudian Song. Ini menceritakan kerja keras bahagian tengah yang terpaksa berlegar2 mengejar bola menutup ruang membantu bahagian pertahanan serta kadang2 cuba untuk counter attack yang tak kesampaian. Statistik lain pulak menyaksikan top pass complete adalah dari bahagian pertahanan dengan Bacary Sagna 41% diikuti oleh Mertesacker dan Gibbs. Tidak pelik kerana apa lagi yang kita mampu buat ketika Dortmund langsung tidak memberi kita ruang maka bola bagi Arsenal banyak digerakkan di bahagian2 bawah sebelum terbantut di pertengahan.
Sebaik wisel penamat pemain2 Dortmund dan Jurgen Klopp begitu beriya2 kerana mereka tahu mereka layak mendapat sesuatu atas dominasi persembahan manakala di atas stand sana, Wenger pulak kelihatan melepaskan kelegaaan menggenggam kedua2 tangan sambil bergoncangan sebelum bersalaman dengan Gazidis. Dia mungkin tahu persembahan kita pada malam ini tidak cukup bagus, dan pembolosan di saat2 akhir memang mengecewakan tapi mampu berlaku lebih teruk sekiranya ada lebihan masa berdasarkan semangat Dortmund.1 mata adalah keputusan yang adil bagi kedua2 pasukan. Tugas berat buat pemain dan Wenger pulak harus berpikir strategi yang lebih sesuai dan bijak dalam membunuh pasukan serta mengoptimakan keupayaan pemain.Kita perlu lebih banyak variasi. Wenger kata kita ada depth dalam kualiti, aku nak tengok sejauh mana kebenaran kerana jika selagi dia sendiri tidak berani berubah dan mencuba, selagi itu cakap2 itu hanya sekadar melepaskan angin. Mungkin dia boleh mulakan dengan satu lagi game away di Blackburn yang tengah struggle, hujung minggu ini.
Agi idup agi mengGunners!!
Rabu, 14 September 2011
Post Match : Perisik kecewakan Arsenal
5:13 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan