Rabu, 28 September 2011

Pre match : Arsenal vs Olympiacos

“Certainly we know that some of their most important players will not be available for the match, but we are here to face Arsenal as a team and not 11 individual players.”

Itu kata2 pengurus Olympiacos Ernesto Valverde, menyanjungi Arsenal kasi up tapi dalam masa yang sama perang psikologi.Memang benar Arsenal dilanda krisis kecederaan. Umum sedia maklum tentang Jack Wilshere yang dikatakan bakal kembali tapi akhirnya apabila dijalankan scan, didapati dia memerlukan satu pembedahn kecil pada bahagian pergelangan kaki.Pembedahan itu kini berjaya tanpa sebarang masalah tapi Arsenal perlu menunggu sekurang2nya lima bulan unuk menagih kembali aksinya di atas padang. Kima harap dalam perjalanan itu tiada setback. Seorang lagi yang merisaukan ialah Mael, takut sangat jika kecederaaan dulu kembali menghantui, mula2 seminggu, kemudia dua lepas tu sebulan dan akhirnya terlepas satu musim.Arsenal dsperate untuk menggandingkan Mael dan Mertesacker kerana di aas kertas sekalipun ia pasti menjadi undian tertinggi walaupun kedua mereka belum pun beraksi bersama.Diaby masih lagi out, sorang pemain yang pasang surut tenggelam timbul.Sepatutnya backup kepada Wilshere, maka ketiadaan Wilshere dan Diaby akan cuba digunapakai oleh Frimpong dan Coquelin yang pastinya cuba sedaa upaya mendapat tempat dalam skuad utama.

 Pada Press Conference yang diwakili Wenger dan Arteta, Wenger memberitahu dia tidak teruja sangat walaupun menjelang beberapa hari sahaja lagi dia bakal menyambut ulang tahun ke 15 nya bersama Arsenal, 1 Oktober. Apa yang lebih mengujakan bagi dirinya sekarang ini ialah pandang ke hadapan, serta paling penting menonton aksi awal pagi nanti dari VIP stands akibat dari penggantungan.Ini adalah kali ketiga bagi dirnya musim ini.Wenger sempat melahirkan kekhuatiran terhadap jumlah penonton di stadium yan semakin lama semakin susut disebabkan beberapa faktor. Pertamanya sebab result di atas padang,, dan faktor kedua adalah sebab ekonomi di mana dunia sedang dilanda krisis kewangan, industri bola sepak juga tidak terlepas dari kesannya. kalau dahulu stadium sentiasa full house, walaubagaimanapun di Emirates suasananya tetap hangat dan kita masih ada ramai lagi penyokong yang mempercayai akan pasukan ini buktinya 3rd round piala liga, kita menduduki rekod penonton terbanyak.


Bercakap mengenai suasana, awal pagi nanti adalah kali perama buat Arteta dalam Champions League di Emirates. Arteta melahirkan perasaan bangga dan terujanya dapat beraksi di peringkat tertinggi di hadapan penyokong2 sendiri dan mengharapakan satu atmosphere yang lebih debom memandangkan kejohanan elit Eropah ini lebih besar dari Piala Dunia-kata Wenger jugak.Arsenal tidak keseorangan sebagai newcomer di Emirates, Mertesacker akan merasai pengalaman pertama atau mungkin kita boleh kira jugak Santos.Ini kerana Gibbs sudah beraksi 2 match dalam tempoh 5 hari,Wenger pasti ada memikirkan sedikit rotation.Walaubagaimanapun muka2 baru seperti Gervinho dan Yossi terpaksa menangguhkan home debut UCL mereka akibat kecederaan. Turut terlepas aksi ialah Koscielny dan Walcott.Walcott yang terhinut2 ketika game dengan Bolton 50-50 untuk NLD manakala KOs dan Gervinho ada peluang cerah untuk kembali.

Ketiadaan Kos adalah paling merisaukan memikirkan Johan yang bakal step in masuk menggantikannya. Melihat kepada rekod buruk Johan musim ini, kita pasti mengharapkan Olympiacos menukar taktik mereka kepada bertahan tapi perkara itu telah awal2 dinafikan Ernasto Valverde. Katanya pasukan yang lebih banyak tukar taktik semata2 kerana lawan adalah pasukan yang berpeluang cerah untuk kalah.HArapan adalah PM dan Johan dapat mencari keserasian agar tdak berkali2 dilabel sebagai lubuk. Tempat Gervinho bakal diambil alih kembali oleh Arshavin. sesudah menjaringkan gol kemenangan bertemu Swansea,Arshavin tenggelam di Edwood park memaksa Wenger memilih Walcott dan Gervinho berbanding dirinya. Tapi Wenger tak sama sekali risau kerana baginya, kapten Russia itu adalah seorang top class profesional.

-------------Szczesny---------------
Sagna-----Johan------PM------Santos
---------------Song---------------
---------Arteta----Rambo-----------
---Rosicky------RVP-----Arshavin---

Tak banyak yang tahu tentang Olympiacos tap season kat Greece baru bermula. Depa pun dah menang 2 game domestik bermakna mood diorang tengah high. Salah seorang muka yang pasti dikenali ramai adalah pertahanan yag pernah bermastautin 7 tahun kat England bersama Aston Villa, Ollof Mellberg. Seteru Ljungberg dalam skuad kebangsaan ini membangkitkan nama RVP sebagai pemain yang harus diawasi. Tak petik nama pun semua orang tau, siapa lagi pemain paling berpengaruh dalam Arsenal kalau bukan kapten RVP. Kalau tidak masakan sampai keluar gosip2 hangat Mancity nak datang meminang la, RVP frustrated laa, RVP silap kalau tak blah lah, macam2. Tak pasal2 Arsenal dalam tekanan terpaksa ikat kontrak pemain yang berbaki 2 tahun lagi, kalau tak, kes Nasri akan berulang. Wenger memberi jaminan, rundingan sedang dijalankan dan tidak tergesa2 kerana masa masih panjang, lagipun keputusan bergantung pada kedua2 belah pihak, kalau Arsenal offer, RVP tak setuju tak guna jugak begitulah sebaliknya. Jadi sementara dia masih kapten Arsenal dan baru sahaja masuk Kelab 100, kita duduk santailah menikmati aksinya ,just enjoy the game dalam masa yang sama harap Arsenal punya result atas padang dapat meyakinkan untuk RVP kekal sebagai Mr Arsenal yang baru dan mengikut jejak langkah lagenda DB10, bersemadi kerjaya bersama the Gunners. MAlam ini Arsenal kena menang sebab grouping kita bukan calang2, susah jugak.Oleh itu result kat home sangat2 bermakna.Biarlah jadi kemenangan pertama  dengan persembahan bergaya malam ini. ESPN 245 AM. Arsenal 3 - Olympiacos 1.

Agi Idup Agi mengGunners!


0 ulasan: