Ahad, 11 September 2011

Post Match : Beberapa lagi kemenangan, kita akan sebati.



Walaupun bukan satu persembahan yang memberangsangkan, namun 3 mata penuh pertama dilihat cukup penting sebagai membentuk asas keyakinan serta mengurangkan nerve terutama bagi signing2 baru yang beraksi menjalankan tugas mereka seperti diarahkan. Kita dapat lihat limited creativity dari Arsenal terutama pada separuh masa kedua tapi ini kerana kita bertemu sebuah pasukan yang jugak bercorak Arsenal, bermain positf dengan dominasi bola yang cukup baik-dan juga seperti Arsenal, tiada mesin penyudah. Kredit kepada Swansea. Satu persembahan yang beremangat sebagai menghormati kematian bapak pengurus mereka , Brendan Rodgers.

Arsenal memulakan perlawanan dengan line up seperti yang dijangkakan.Hanya 2 signing baru Arteta dan PM dalam kesebelasan utama.Tak perlu menunggu masa yang lama untuk menunjukan secebis kebestarian yang ada,belum sampai 60 saat, Arteta melorongkan bola cantik kepada Rambo hanya untuk kapten Wales itu merembat tersasar. teryata event itu menaikkan mood Emirates yag ketgaih lagi aksi2 sebegitu dan tak sabar melihat impak2 wajah baru. Swansea jugak kadang2 hadi memberi ancaman, kalau tidak kerana ketangkasan Szczesny menerbangkan badan, episod misteri bersiri Arsenal mungkin berulang kerana tandukan Graham yang mendahului PM merupakan satu peluang keemasan bagi Swansea. Ya PM mungkin perlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan pace BPL tapi melihat kepada fizikal dan positioningnya dan ketenangannnya memberi psikologi bukan sahaja buat defend Arsenal malah pemain lawan.Sekurang2nya Arsenal kini mempunyai unit pertahanan dan corak yang versatile. Koscielny semalam adalah top class. Menang segala header dan tackle kecuali untuk kad kuning yang dimiliki. Jika Mael kembali kita pasti mempunyai persaingan yang sihat dan ini akan membantu kematangan defend.

Arsenal mungkin lebih awal mendahului jika tidak kerana pemain pertahanan yang berDNA spuds mengeluarkan bola Walcott sebelum sempat melepasi garisan gol. Satu lorongan cantik dari Arshavin untuk Theo melepasi marker nya sebelum menolak menewaskan Vorm tapi tengok Steven Caulker sanggup hentam tiang gol lagi Ouch! Arteta dijatuhakn dihadapankotak penalti tapi sayang freekick dari debutan itu hanya singgah di benteng, ramai yang percaya pemain Spaniard itu boleh melakukkan lebih baik dari itu sebenarnya. Swansea kembali , melepasi Bacary Sagna membuat hantaran lintang, PM< Graham, Kos, dan Szczesny sendiri masing2 terlepas hanya terbias dek kaki Gibbs yang berada di far post, nasib baik tak tertampan ke dalam gawang sendiri. Satu lagi wake up call buat anak2 buah Arsene Wenger.Jangan tido.

Tak kiralah bagaimana gol itu didapati walaupun nampak sebagai hadiah saguhati, ia tetap gol yang Sah. Pada awalnya aku sangkakan adik Dida yang berada di gol, tapi Vorm mengiyakan bahawa paling tidak, ada jugak blunder iras2 Dida dalam dirinya. Sesudah berjaya menghalang bola daripada keluar dengan machonya dan over konfiden, Vorm cuba melontarkan bola buat rakan2 dengan harapan dapat counter attack, tapi dia tak sangka pulak, boleh singgah blakang tumit rakannya sendiri sebelum melantun kembali di depan Arshavin.Arshavin tenang mencapai target dari satu sudut yang boleh dikira sukar. Memang kadang2 ianya kejam tapi itulah bola sepak.

Gua berpuas hati dengan attitude yang ditujukkan oleh Arshavin. selama ini banyak kata2 tohmahan bahawa dia tidak memberi najis tapi itu tidak berlaku malam ini. selain gaya persembahannya malam ini, gua suka melihat cara dia consult rakan sepasukan terutama pemain2 muda seperti Frimpong di akhir babak pertama dan Gibbs sebelum sepak mula babak kedua.Selain itu dia, kelihatan dia cuba menenangkan Walcott yang tak pasal2 dapat kad kuning atas bentesan bodoh yang tidak perlu hanya kerana terpedaya dengan emosi yang tidak berpuas hati tak dapat free kick.

Separuh masa kedua kita nampak tumpul manakala Swansea lebih banyak mengancam. Freekick Sinclair terkena palang gol adalah tanda2 bahawa mereka memang hadir nak main bola. Barisan tengah Arsenal nampak kurang kreativiti dan idea setelah Arteta main lebih deep bersama2 Frimpong.RVP cuba menggandakan score tapi rematannya hanya terkena tiang. Wenger tahu pasukan ini memerlukan sedikit suntikan lalu dimasukkan lagi seorang signing baru, Yossi menggantikan Arshavin. Alasan Wenger adalah Yossi adlaah pemain yang mobile dan tak cepat berpeluh. Tapi walaupun hidung yang mancung, penyokong2 Arsenal masih lagi muncung cuak memikirkan nasib serta kebarangkalian yang tak diingini berlaku. Ketika kita tertunggu2 lagi 2 aksi pemain baru yang ada di bench, Santos dan Pakcu, Wenger merasakan perlu untuk menstabilkan defends ,Frimpong dikeluarkan dan digantikan dengan Coquelin. Satu perubahan entiti tanpa perkuran strategi. Mengharapkan 5 pemain baru diblendkan kedalam match pertama ketika keadaan belum scure adalah too much. Jadi pertukaran yang boleh difahami dari bench Arsenal.

Kemudian Arsenal mengeluarkan RVP yang nampak bukan seperti harinya. Gua sangka PakCu.Tapi Chamakh. Yang kelakar dan bestnya RVP menyerahkan armband pada Chamakh tapi pemain Maghribi tu dah macam tak keruan cari pada siapa la dia nak bagi. Dijerit2nya pada bench tanaya nak bagi siapa padahal banyak jek leader dan kapten2 kebangsaan atas padang last2 dipakainya sendiri. Wenger cakap dia masa tu tengah cari Mael tapi mael dalam hospital! hahah.10 minit berlagak jadi kapten apa ada hal la Camak oi, takkan takut. Hantaran Gibbs berjaya ditanduknya , mungkin boleh jadi gol pertamanya sejak Novermber lepas tapi sayang Vorm menangkap kemas.Di minit2 terakhir swansea mendapat corner berlaku keadaan kelam kabut di depan pintu gol tapi ketika Szczesny pun dah entah ke mana,Volley Graham hanya tinggi melepasi palang, sekaligus tiada mata sebagai takziah dibawa pulang buat Breandan Rodgers.Bagi Arsenal, ia satu kemenangan penting untuk moral dan yakin Wenger yakin jika beberapa kemenangan konsisten selepas ini, para pemain dalam pasukan akan sedap diadun sebati. Kemenangan ini jugak akan meningkatkan keyakinan untuk terbang ke Dortmund!!

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: