Jumaat, 9 September 2011

Pre Match :' Back To school' tapi koyakkan beg sekolah swan!



Sudah menonton cerita psiko Black Swan? Tak cukup psiko, sebab esok game Arsenal Vs Swansea lagi psiko. Rata2 peminat Arsenal dan pemerhati bola sepak tak sabar2 menunggu match ini, match pertama setelah transfer deadline ditutup dan pendek kata, skuad yang telah didaftarkan Arsenal paling tidak sehingga ia dibuka kembali January nanti. Yang pastinya menjadi tumpuan adalah sejauh mana impak signing2 terutama pada Arsenal yang memborong secara pukal di hari2 terakhir. dan kita juga masih menantikan kemenangan pertama dalam 4 perlawanan, haa psiko tak , psiko tak? cukup psiko jika kita sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri esok. Bagi media mereka mungkin dah sediakan template untuk hanya copy paste di akhbar, tapi perenggan lebih siket laa, mungkin ada tambah 'dah aku cakap mertesacker ni memang lembap nak mampus tinggi macam galah tapi tak berotak macam robot crouch'. Ini yang kita dengari saban hari , semuanya negatif, mamat ni belum pun sarung jersi Arsenal, begitu jugak dengan rakan2 yang lain. Paling tidak bagi la peluang dan masa.

Internationaleleh merencatkan sedikit perkembangan latihan kerana pemain tidak sempat membentuk persefahaman serasi. Namun begitu, ada antara mereka yang telah pun menjalani latihan dengan skuad utama. Harapnya juga pemain2 yang on form di peringkat antarabangsa seperti Pak Cu dan RVP boleh meneruskan di peringkat kelab. Tentang kecederaan, kita masih tidak dapat melihat aksi Wilshere dan Mael dalam tempoh yang agak panjang. Mael tu yang gua paling risau, walaupun diberi harapan bahawa ini bukan kecederaan yang sama, apa2 boleh berlaku, sejarah boleh berulang. Turut MC adalah Diaby, Laci dan Rosicky. Remaja Jepun, Ryo jugak hanya akan kembali dalam masa 2 tiga hari sebelum boleh menyertai latihan bersama skuad utama. Theo yang bermain 82 minit sebelum dikeluarkan kerana hamstring pada pertemuan menentang Bulgaria dijangka tiada masalah untuk diturunkan. Turut serta adalah bek kiri England Gibbs yang kini dah mula menjalani latihan. LB baru Santos, belum lagi bermain perlawanan kompetitf sejak habis Copa itu hari jadi, kita mungkin perlu menunggu sebelum dapat melihat aksi Samba di bahagian kiri kita. Rambo dan Bennayoun yang masing2 menjadi kapten dalam aksi skuad kebangsaan yang kurang memberangsangkan jugak available. Frimpong yang tak habis2 dengan #DENCH nyatelah bebas dari penggantungan walaubagaimanapun, Song Gervinho dan Jenkinson belum tamat tempoh.

Jadi macam mana line up 'Arsenal baru' kita esok? Szczesny yang semakin hari makin mendapat perhatian lagi2 dah menjadi penjaga gawang skuad senior Poland akan teruskan aksi di gol.Sagna pemain paling senior kita esok dalam zon pertahanan akan dibantu oleh bantuan pengalaman Per Mertesacker. Ketiadaan Mael memberi peluang utuk Koscielny membuktikan dia masih mampu menyumbangkan sesuatu, awareness dan passing Kos adalah satu kelebihan, dan jika bergandingan dengan fizikal dan panduan Mertesacker mungkin kita dapat melihat persefahaman yang baik. Gibbs akan mengisi terus slot bek kiri kerana Santos belum bersedia. Tengah. Mikel Arteta nama yang hangat menjadi sebutan. Jualan baju paling laris laa kut antara signing2, muka pun boleh jual. Ada yang kata panic buy ini sudah sizen tapi kita perlukan kreativiti. Buat masa ini Ramsey belum boleh mampu jadi arkitek yang diharapkan, Rambo tanpa Wilshere umpama semut yang mencari2 rakannya yang sudah dipijak, hilang arah tuju.Jadi kehadiran pemain berpengalaman dalam BPL seperti Arteta tidak memberi apa2 yang buruk pun. tiada pun 'pembunuhan' pemain2 muda yang selalu diwar2kan Wenger. Frimpong kembali bermakna barisan pertahanan kita ada kereta kebal EnGhana sebagai perisai.

4-3-3, 4-4-2 atau 4-4-1-1 mana satu pilihan anda. Memtik kata2 Wenger dalam pre match satu perkara yang menarik, " kita tak lightweight, cuma permainan kita bersandarkan pada pergerakan, kita adalah satu pasukan yang mobile". Transfer yang berlaku menunjukkan Wenger masih berorientasikan polisi yang sama, iaitu kekalkan corak permianan dan memberi peluang kepada para belia untuk menyinar. Pengalaman2 yang dibawa masuk adalah pemain2 yang mempunyai kawalan bola yang bagus dan movement yang tepat.. Pemain seperti Santos dan PakCu akan memvariasikan serangan di bahagian atas.Cuma mungkin ketunjangan akar cuba ditanam melalui signing mertesacker. Berbalik pada esok, Swansea lebih kurang sama sahaja corak seperti kita. Brendan Rodgers pun guna taktik 4-3-3, mereka suka dominasi game tapi kurang umph bila masuk final third, tak ada idea, sering terperangkap ketika hilang posession di bahagian atas. Itulah sebab depa bawak masuk 2 signing pertahanan baru Rafik Halliche dan Darnel Sittu bintang muda Perancis. Orang lama akan memberi bimbingan,salah satunya pastinya bekas pemain remaja Arsenal Leon Britton. Jadi kalau Arsenal mau kutip mata penuh dan mau makan angsa panggang, Arsenal perlu bijak mendominasi Swansea dan menggunakan kelebihan di wide area serta kepantasan terutama melalui Theo. Kalau ikut form, aku rasa Arshavin akan dibangku simpanankan tapi mengharapkan Yossi tiba2 dapat tempat secara tak langsung boleh ganggu balance pasukan yang rata2 masih belum menyesuaikan diri. Tapi aku lebih gemar nak tengok Pakcu diberi peluang, -tp dpt plak tgk gaya 'ritual' lepas dia score- sambil RVP dapat free role seperti bersama pasukan Belanda ataupun beraksi di wide area belah kanan.

-----------Szczesny-----------
Sagna---PM-------Kos-----Gibbs
-----------Frimpong------------
-----Ramsey---------Arteta----
---Walcott---RVP----Arshavin---



Mesti menang malam esok.Wajib. Swansea pun dah atas kita sekarang ini dengan 2 point. Jangan kita biarkan diorang tiba2 boleh terbang tinggi. Makin pelik nanti.Kalau Wenger nak memperbetulkan balik keadaan, inilah masanya. Di laman sendiri bertemu pasukan yang baru naik dan sama2 masih belum menang, Swansea City. Wenger boleh sign 6 orang mertesacker dan 5 orang Arteta. Tapi kalau seorang pun daripada mereka tiada hati atau jiwa seperti Tony Adams, tiada gunanya jugak. Cukuplah kita ditogel, dijadi bahan gurau senda sembang raya,sudah tiba masanya Arsenal kembali ke landasan.Aku masih ada dalam gerabak,biar tergolek tergelincir, aku tak mau turun lagi selagi kita tak sampai stesen terakhir. COYG!!

Astro SuperSport 10PM Arsenal 4- Swansea-0

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: