Rabu, 30 September 2009

2 Kosong...

Hohoi..

Sedikit update mengenai match pagi td..Arsenal berjaya menumpaskan OLIMpiaKOS-KOS dengan 2 berbalas 0..GoaL telah berjaya dijaringkan oleh Van-Tastic dan ArShave-Vin. Wenger dalam pada itu memancungkan idung dengan mengatakan squad squid Arsenal skank sudah akil baliqh dan lebih matang dan dia yakin project POP nya ini akan berjaya meraih beberapa CUP musim ni.

Dalam pada itu, sekali lg kita melihat Walcott disisihkan..Adakah ini kerana beliau mmg takut walcott cedera lg atau sengaja mengenakan penalti dek keteganqkan WALCOTT ARitu..

HUhu..ape2pun semalam Eduardo pun maen gak..Bendi masih mengalamai kecederaan hati dek kereta yg luluh remuk..


Isnin, 28 September 2009

Arsenal Penghibur



Duit banyak ada dalam bank.Tapi siket pun tak effect pada falsafah Arsene Wenger.Walaupun gembira dengan keuntungan bersih £313.3m yanng dikecapi sehingga May 2009, Arsenal tetap dengan falsafahnya membentuk bintang lebih daripada membeli.Dan perkara ini dipersetujui oleh Chairman Arsenal sendiri, Peter Hillwood yang berkata memang trofi penting, tapi ape yang Wenger buat pada kelab ni adalah mustahil untuk dituruti oleh manage2 lain.Trofi penting tapi persembahan bola sepak perlukan seni yang menghiburkan dan Arsenal adalah penghibur!.. tegas Hilwood lagi. Ini kerana trofi memang menjadi impian baik UCL mahupun BPL tapi kene realistik, hanya satu jek pemenang, tapi biarpun Arsenal belum ade rezeki tapi peminat2 bolas sepak natural akuan memilih Arsenal sebagai pasukan mesti tonton ini kerana game dan corak yang menghiburkan dan penuh dramatik. Itulah sebab kita menyokong Arsenal, bukan trofi semata2.Trofi adalah bonus atau icing on the cake.



Dan kadangkala persembahan kita boleh menjadi hambar serta mencuakkan seperti Sabtu lalu tapi persembahan Don Manone cukup menghibukan.Di akhirnya,satu orang mampu mengubah segalanya.Cam Mano Nie Wenger? Pilih lah ekau Almunia ko, Fabianski ko atau sapo.Manone pun dah mula mencucuk rapat.Perlawanan yang menyaksikan 5 minit masa tambahan(aku agak cemas tapi seronok) adalah perlawanan terbaik sepanjang kerjaya Manone sepanjang menangkap bola.Satu lagi sebab Wenger tak akan melabur pada posisi penjaga gol -posisi yang jarang dipandang WEnger apdahal paling penting.

Kemaskini berita kecederaan ntuk pertemuan dengan Olympiacos, UCL esok.Bendi tak akan terlibat sebab kemalangan kereta.Hanya luka2 kecik tapi Wenger bagi chance rehat dan claim insurance serta bagi cuti beli kereta baru.Bendi ni memang belia generasi Y pantang dapat kereta.Contoilah pemain2 senior yang berjimat cermat dan matang dalam perbelanjaan dan simpanan hari tua seperti Gallas.

Eduardo akan kembali, Walcott pula masih disisihkan.Haaa baru ko tau betapa perit dan azabnya akibat langgar arahan Wenger, terus diketepikan tak dapat main biarpun Walcott meronta2 untuk diturunkan, Wenger masih tidak memberi peluang pada pemain degil England 21 ke England(pilih laa mana2) kerana kononnya belum match fit.

Tamparan hebat ialah keretakan tulang belakang Denilson yang bakal mengetepikannya selama 2 bulan.Ape anda fikir? selamat? atau selamat jalan? Anda silap kerana ini adalah jalan selamat yang terbuka luas bagi Diaby untuk lebih memonopoli tanpa saingan.Get Well soon Denilson.Cuma aku terkilan kenapa Arsenal tak putus2 dari dilanda kecederaan,Rosicky dah kembali tapi meningglakan 'jangkitan'.Kami merindui kelibat Nasri.

Manone akan terus diberi peluang memandangkan kedua2 keeper hebat kita terlantar lagi.Aku ade terbaca di shoutbox ade yang menggelar pemain susah nak eja itu Syazwani?Hahahaha... Ok gak tu.Tapi Manone akan main esok dan tak ade sebab untuk Wenger membuat rotation di posisi itu dalam perlawanan penting esok.


Ahad, 27 September 2009

Mak Enon yang Superb!!!

Hah! Tamparan untuk Almengelamunia kali ni!
Persembahan paling superb dari Mannone..Dengan tindakan refleks 19/20, Mannone berjaya membenarkan kemenangan tipis Arsenal semalam..Selain Mannone, pujian harus diberikan kepada Gallas dan Vermaelen yang sememangnya bertungkus-lumus menjaga halaman arsenal semalam dari dibolosi squad FoolHamster..

Arshavin kelihatan agak kurang konsisten setelah pulih dari kecederaan manakala Diaby sangat kurang memberangsangkan di awal babak pertama. Fabregas dan Persie juga seakan-akan tumpul mata pencarian, namun satu gerakkan menarik tlah berjaya mebuahkan hasil dan 1 gol sudah cukup untuk Wenger memperolehi 3 mata.

Mengenai formation 4-3-3..Aku mash melihat banyak lobang2 yang terbuka dan Fabregas ternyata tidak selesa dengan formasi ni. Namun kelibat Song si penyanyi itam semakin hari semakin bertenaga dan x mustahil beliau bakal kekal di posisinya skank dek kekentalan beliau. Namun aku maseh percaya masalah tengah kita maseh belum selesai...

Apa2pun, aku harap selepas ni Mannone terus on form dan x mustahi L L L Wenger akan menggantikan Almunia dengan Mannone yg bagi aku sangat2 promising..

Ape2pun, cayalah..1-0...


Sabtu, 26 September 2009

Pre Match: The taking of Fulham 1 2 3 Gol!!



Phewww... hampir seminggu merehatkan diri tapi hati aku tak terlepas dari asyik memikirkan apa khabar Arsenal agaknya.Kecewa dengan Carling Cp yang takde live, sekurang2na kemenangan bergaya di malam raya dan gung ho pasukan belia dalam aksi piala liga mejadi pengubat rindu..Ape lagi yang aku tertinggal?Erk.. banyak jugak berita2 terkini yang menyelubungi Arsenal sepanjang minggu sudah.

Arsene Wenger dan kehidupan di pub?Hoih..huhu takde tempat lain ke untuk belajar erti kehidupan selain dari tempat tak senonoh tu?Haha tapi itulah realitinya, Wenger menceritakan bagaimana dia mula bergaul dengan orang2 lebih tua dan berpengalaman yang selalu melepak di pub milik ibu bapanya sambil menonton bola sepak.Weenge melihat dari perspektif yang berbeza perihal laku manusia dan memahami selk belok psikologi dengan realiti kehidupan sekeliling di zaman kanak2 nya.Dari situ proses kematangan menjadi pantas dan melihat gaya seta lagak2 sembang orang tua sedikit sebanyak memulakan pembelajaran falsafah teknikal,taktikal bola sepaknya.Hai...macam2.

Ape lagi? Oh.. Presiden Bordeaux menyelar cara Wenger yang ala2 tapping player ketika cuba mendapatkan si Camak.Aku pun tak tau nak komen ape sebab bila kelab lain membuat perkara yang sama pada player2 arsenal yakni cuba meng'unsettled'kan (perosak bahasa) player Arsenal, Wenger sendiri akan marah .Jadi aku beraharap dalam konteks ni ape jua pendekatan Wenger bukanlah sekeji ape yang dibencinya, dan hanya omongan presiden Bordeaux yang berasa terancam Si Camak akan meninggalkan mereka January ini dengan harga lelong.Tapi yang peliknya, kebiasaan Wenger akan menutup mulut tentang transfer plan nya selagi belum sah tapi untuk kes si Camak ni seperti ade yang istimewa, sama sepertimana Wenger menggelarkan Camak adalah istimewa.Kau terlalu istimewa~adibah Nor?Wenger tak bersorok nafsu dan cintanya kepada Camak tidak seperti soalan2 Nas Ahmad dan Michelle Wee yang dijawab Wenger dengan jawapan "No komen".Tapi saga yang kelihatan bakal berlanjutan ditutup rapat oleh pengakuan terbaru Wenger bahawa dia TIDAK AKAN kembali merisik Si Camak.Merajuk kut bunyinya.

Lagi? tentang kecederaan,Walcott dah kembali tapi tak akan dirisikokan untuk match liga malam ini.Ya malam ini...Rupanya pejam celik2 dah malam minggu yang mesra.Tengah malam nanti Arsenal akan diketemukan dengan Fulham.Tempat di mana Arsenal kecundang seawal perlawanan kedua liga musim lepas melalui jaringan payer yang tak henti2 dikaitkan dengan Arsenal Brede Hangeland aka Abang Hang Glem.Selepas tamat wisel match ini tahun lepas, orang ramai terus memperosalkan kemampuan perasingan Arsenal sebagai pencabar liga dan dari situ ARsenal bergelut sebelum kembali ke prestasi tapi dah terlambat.Tapi dengan 2 kekalahan di dalam tangan setakat ini, takkan Arsenal sanggup menerima satu lagi tamparan hebat yang bakal diikuti dengan tohmahan2 dan kritikan dari media2 tabloid dan arus perdana.

Asyik sembang bende yang sama.Yang berlalu biarlah berlalu, malam ini cerita lain cerita baru.Dengan persembahan mantap dan kembalinya Arshavin dan Vela aku yakin sinar terlampau silau.Mael pulak umpama verminator yang tak pernah kenyang mangsa.RVP pulak dengan Brotherhood of the Wolves nya..Rosicky pulak dahnak clash dengan awek nursenya.Wow! positif...


------------Manone-------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
------------Song---------------
-----Fabregas----Rosicky-------
Arshavin----RVP-------Dudu------

Barisan kat atas ni mantop! Kompom 100% kalau die start dengan team ni, tak akan kalah mahupun seri.3 mata dah kompom dengan syarat line up sekreatif macam tu.Bukan lagi line up takut2 seperti startkan Bendi Diaby atau Eboue.. Jika nak jadi team terbaik, kita harus turunkan pemain terbaik yang available..Kamon Wenger, jangan hampakan kami!!

Astro 812 ESPN 12:25 Am..Fulham 0 Arsenal 3...


Rabu, 23 September 2009

Carling Cup: Arsenal mara!

Arsenal mara ke pusingan ke 4 piala Carling dengan barisan muda menewaskan WBA 2-0.WBA bermain dengan 10 orang apabila bekas player arsenal Jerome Thomas dilayangkan kad merah apabila berlaku sedikit kekecohan dengan jacksparrow.



Pada yang tak sempat menyaksikan perlawanan liga di malam raya, highlight di bawah:




P/S: Masih dalam mood Raya, akan kembali sepenuhnya beberapa hari lagi.Salam Dunia~huhu..


Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari Raya..4-0 memadai

Hahaha..dek kesibukan hari raya, x sempat gue & GnR nak updae blog..Blog mungkin bakal menyepi sehari dua ni..Tp kalo ade kesempatan, gua akan update..

Berbalik kepada match semalam..haha, prediction 4-0 gua mmg tepat..walaupun prediction penjaring x tepat, janji goal last tu btul2 Bendi pass ke Fabregas dan Fabgregas kasi Goal..haha..Sape yang x perasan, sila rujuk posting Gua yang lepas..

Semalam mmg tgh agak tempang dek kerana Fabregas yang agak ketandusan idea dan Diaby yang kejap masuk tengah, kejap ketepi. Namun pujian kepada Clichy yang mengelecek untuk membenarkan Dudu merembat mengenai tiang dan setrusnya merembat masuk menerusi celang kangkang Eboue untuk menjaringkan Goal yang ke-3. Aku rasa tu still Goal Eduardo walaupun Eboue yang claim. Ape2pun, mmg mantapan la Squad Wing, Wingback, cENTRE baCK DAN jentera serangan Arsenal semalam.

Vermaelen?Hahaha..Muka ala2 vidic tp lg tampan dari vidic la..The rising star yang mmg promising gile..Tp harap2 tiada injuries yang menyelubungi mamat ni kerana setakat yang aku sedar, backup die hanya ada Sanderos je. Djorou injured agak lame.

Rosiki? HAHA..ape hal baju koyak..Baju raye baru2 beli dah koyak..Sape suh beli yang x ori..AHha..ape2pun aku puji sikap rajin mamat ni yang nampak lebih seswai berada di posisi attacking tengah sebab die lebih pandai main one touch n rembatan die mmg dasat..

Okeh, gua xnak cakap banyak.Nak smayang raye.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR BATIN.


GO GO GUNNERS...


Sabtu, 19 September 2009

Pre Match:Malam Raya bertemu Wigan



Salam Aidilfitri buat semua muslim yang berekesempatan mengunjungi blog ini.Setelah selesai persiapan yang ala kadar, barulah dapat berposting biarpun di malam raya(buat Abou dan Bacary,RVP?)Perlawanan menentang Wigan tetap penting.2 kekalahan di Manchester diikuti persembahan berterabur di Belgium pasti ingin dilupakan.Tapi cara mereka comeback awal khamis lalu sedikit sebanyak memberikan kepercayaan dalaman.

Buat Wenger, kes bekas pemain sudah dibakulsampahkan dan tidak perlu disebut2 kerana die pun dah menerima hukuman yg sewajarnya.Wenger lebih gemar menyebut kes2 pemainya terutama Eboue yang mempunyai sejarah tersendiri bertemu Wigan di Emirates.Masuk sebagai pemain gantian dan dikeluarkan akibat persembahan merapu, tapi bukan itu yg Eboue tangiskan tetapi lebih kepada layanan segelintir fan yang mem'boo dirinya.Namun selepas insiden itu, Wenger menyifatkan bagaimana Eboue menukarkannya kepada sesuatu yang positif.Wenger tidak lokek memuji kekuatan mental yang ditunjukkan Eboue.Start Khamis lepas, adakah Eboue akan diberi kepercayaan lagi? Manone masih diberi kepercayaan.Harap takde lagi bolos 2 bijik dalam masa 5 minit awal.

RVP disahkan fit dan boleh beraksi.Denilson terpaksa diketepikan.Nampaknya rekod sebagai pemain paling banyak penampilan terjejas untuk musim ini kerana bakal menjalani rawatan 3 minggu mungkin.Arshavin 10% tak akan diturunkan.Jadi line up mungkin...

------------Manone------------
Sagna----Gallas---Mael---Clichy
Rosicky---Song----Fabregas---Diaby
----------RVP-----Eduardo-------

Untuk emmbutkikan Arsenal masih relevan dalam title challenge, 3 mata adalah wajib.Biarpun persembahan tak standard ketika bertemu Standard tempoh hari, tak kesah.Janji menang.955pm ESPN.(terpaksa la berebut dengan sanak saudara keluarga mara yang nak tengok movie2 raya..mamak tetap bukak 24 jam..heheh)Arsenal 3 Wigan 0.

Aku ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak dan menyusun 20 jari termasuk jari kaki memohon ampun dan maaf sekiranya pernah mengguris mana2 hati dan perasaan dengan nukilan selama berposting di Arsenalaysia tak kisahlah dari peminat mahupun 'pelawat2' tetap.Utamakan keselamtan di mana jua anda berada, ingat orang yang tersayang, ingat orang susah, sentiasa beringat2.Berayalah dalam suasana yang penuh kesederhanaan dan harmoni.Kalau boleh jauhi mercun, MERIAM buluh takpe, kalau Arsenal menang.Hahahaha...


Jumaat, 18 September 2009

Kecederaan terkini



RVP mungkin akan kembali untuk match esok bertemu Wigan.

Denilson mungkin berminggu terpaksa berehat akibat sakit belakang.

Arshavin hanya ada 10% untuk esok

Vito Manone akan terus menjadi penjaga gol esok.

Theo Walcott (back), Samir Nasri (leg), Lukasz Fabianski, Johan Djourou (both knee) and Carlos Vela (ankle) masih menjalani Rehat&Rawat.


Borak Berak Raya..


Ohoi..Chup sebentar..Apa hangpa suma dah beli sempena raya neh? Baju Jersi Arsenal sebagai baju raya? Baju Hujan Arsenal sebagai Baju Hujan Raya? Boot Pink Bendi sebagai kasut Raya? atau Seluar Pendek Arsenal sebagai boxer raya?

Hahaha..MCM mana persiapan raya hangpa suma? dah lengkap ka?Sempena nak raya ni aku ingin memohon sepuluh jari memohon ampun dan mangap di atas ketelanjuran teka silang kata yang selalu berkumandang di blog ni. Bg yg suka, syabas bete, korang mmg peminat Meriam (Pontianak) dan bg yang tak suka, korang maybe sitam (pembantu meriam) atau penyokong atau anasir luar yg x suke the gunners.
(rujukanL anasir = musuh, bukan pakcik Nasir mahupun a nasi )

Berbalik kepada objektif penubuhan blog ini, mengenai match2 yg lepas, aku rase so far g&r dah utarakan pendapat yang bernas lg mengghairahkan. (apehal G&R mengUTARAkan, die org selatan..xbleh blah tui)

Selepas ini kita bakal bertandang ke Wigan..Kelab wikit2 yang kadang2 bisa meluruhkan jantung Almunia..Sebut pasai Almunia, aku harap dia jangan mengelAMUNia lg..dan sebut pasai almunia gak, aku teringat kueh ALMUN-London..huhu..kueh favret di kala raya selain maruku, kacang goreng dan air ribena..huhu..

Okeh, aku sebenarnya x tau hape nak tulis lg ni..Lepas sahur terus kena Insomnia. Terus aku x bleh tido.
(insomnia: bukan adik perempuan almunia, ia adalah sejenis penyakit xbley tido)

Ape2pun raya sudah makin dekat,
jgn lupe bayar zakat,
pagi raya makan ketupat,
duit raye stanby padat,
usyar awek kebaya ketat,
usyar lama2 lempang mendapat,
menjelang esok atau tulat,
Itu WIGAN kita lipat,
paling busuk skor empat,
Eduardo Tanduk Rosicky Rembat,
Diaby Shooto masuk tepat,
Clichy Kelecek macam ketupat,
Passing ke Denilson si Kaki cacat,
Denilson x tau mana nak sumbat,
Wigan berkampung mcm ulat,
Bendi Fabregas datang rapat,
Bendi Chips Fabregas Rembat...

GOALL..........WIgan 0, Arsenal 4..

HAHAHAH...


Fabre


Khamis, 17 September 2009

Post Match : Nyaris2

Arsenal umpama diberi talian hayat apabila hampir dimalukan oleh pasukan newcomer dalam UCL Standard Liege di Belgium.2 gol awal dalam masa 5 minit menyaksikan Standard keluar dari keupayaan standard mereka dengan mendahului Arsenal 2-0.Satu permulaan yang pasti ingin dilupakan buat Manone yang menjadi tumpuan alam ini.Dudu membuat kesilapan budak sekolah apabila menghadiahkan Mangala jaringan pertamanya.-Yang akhirnya diri sendir menjadi wira dengan gol kemenangan malam ni.Ape pun Gol Bendi di hujung separuh masa pertama yang memberi nafas kepada Arsenal dalam satu persembahan yang teruk tapi yang penting kini adlah 3 mata.









2 lagi gol dijaringkan oleh Mael dan Dudu walaupun kontroversi menyelubungi gol Mael dengan possible handball dari Song mahupun offside.Apapun tuah nyata milik Arsenal yang terus menunjukkan karekter dan terus berjuang hingga ke wisel penamat.Arsenal memperoleh gol ke 2 dalam masa ke minit sekaligus gol kemenangan melalui lutut Dudu menjadikan kedudukan kekal 3-2.Rosicky start dan nampak cuba mengembalikan ketajamannya.Diaby tetap bermain 90 minit seperti biasa.Wilshere dan Ramsey masing2 merasai pengalaman UCL sekali lagi apabila masuk sebagai pemain gantian.

Kita tak boleh berterusan sebegini mengharapkan gol2 scrappy dari set pieces.Sesuatu perlu dilakukan segera Wenger.


Rabu, 16 September 2009

Pre Match : Mano nak dapet can camni Manone?

Tiba2 Almunia dilanda 'virus'.Sama seperti tibe2 Lehman jugak dulu dilanda kecederaan setelah 2 mistake bodoh di awal musim 07/08.Adakah ini jalan yang sama berlaku pada Almunia setelah persembahan hambarnya di awal musim ini? Ape pun ini pastinya peluang buat Vito Manone 21 keeper dari Fiorentina Italy dan juga seorang lagi warga negara Poland yang sukar disebut dan dieja namanya,Wojciech Szczesny menunjukkan kebolehan masing2 dengan Manone dijangka mengambil posisi di gawang malam ini.Manone aka Joaquin Phoenix.Almunia pasti berpeluh, sedang Fabianski sibuk memperbaiki screw di lutut.



Arsenal juga turun menentang Standard Liege tanpa kelibat Denilson dan RVP yang dilanda kecederaan.Wenger sibuk membacking RVP dalam kes terbarunya, sesuatu yang pasti meningkatkan motivasi pemain.Dijangka boleh mengisi kekosongan mereka berdua pastinya Dudu dan Rosicky, 2 watak kekal dalam wad pesakit musim lepas.Musim ini pastinya besar bagi kedua2nya.Eduardo yang terlepas hukuman berbesar hati diberi kepercayaan oleh Wenger.Walcott pulak yang dikhabarkan boleh turun, terpalsa menunggu.Turut tersenarai adalah pemain muda Sanchez Watt

Arsenal squad:

Vito Mannone
Wojciech Szczesny
Bacary Sagna
Gael Clichy
William Gallas
Thomas Vermaelen
Mikael Silvestre
Kieran Gibbs
Emmanuel Eboue
Alex Song
Cesc Fabregas
Abou Diaby
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Jack Wilshere
Nicklas Bendtner
Eduardo
Sanchez Watt

Satu yang pasti dari kelab Belgium adalah mereka bakal turun tanpa aksi pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal iaitu bintang mereka Steven Defour.Walaupu mengucap selamat datang ke dalam group stage UCL, Arsenal akan spoilkan party mereka setelah menjadi singa yang luka akibat kekalahan back 2 back di Manchester.Harap Wenger dapatkan taktik yang betul kali ini.

AKu prefer 4-4-2 untuk game malam ini kerana kita kehilangan sentuhan kreativiti Arshavin,Nasri dan Rosicyky yang belum fit 100%.Tapi harap die diberi peluang starting berbanding jalan yang selalu dipilih Wenger iaitu mendahulukan Eboue atau mungkin Diaby.Ape kata rehatkan Clichy kali ini, bagi die sedar dari mimpi ngeri sabtu lepas.

-------------Manone--------------
Sagna----Mael----Gallas-----Gibbs
Eboue---Fabregas--Song---Rosicky
---------Bendi----Dudu----------

Line up macam tu, Arsenal boleh bubuh 2 atau 3 bijik.Tiada live, hanya delayed.Bagi mereka yang rajin tontonilah Straming online.Bagi mereka yang ingin menyaksikan delayed, ESPN selepas sahur jam 630.Arsenal 2 Standard Liege 0.


Selasa, 15 September 2009

Dudu oh Dudu


Kita boleh menarik nafas lega apabila rayuan Arsenal untuk megetepikan penggantungan 2 perlawanan buat Eduardo telah diterima Arsenal.Akhirnya kebenaran telah terbukti jua.Tapi apakah kesan daripada keputusan UEFA ini? Pastinya ia akan menjadi sebutan dan rujukan pada masa akan datang terutama bagi 'melepaskan' mereka2 yang tak sepatutnya.Jadi, oleh kerana kesilapan teknikal terburu2 UEFA, reputasi Eduardo terjejas teruk baik dalam dunia bola sepak BPL mahupun antarabangsa di mana dirinya terpkasa menerima kejian di mana pun dia beraksi kecuali di Emirates dan Crotia.Ape kata Dudu saman malu UEFA.Buat dudu , dia percaya dirinya tidak bersalah dan telah pun fokus untuk perlawanan UCL di Belgium esok.

“I’m very pleased that we have finally arrived at the truth. All we needed to do was to prove what happened and we have managed to do that. This decision makes me feel a lot better.

“I certainly feel relieved now. I have had great support from my family, friends and of course everyone at the Club.

“Now I just want to forget about this and think about our match against Standard Liege on Wednesday. I was always prepared for the match in Belgium because I had good feeling and I always remained positive about the outcome. Now we have a final result, I can now look forward to helping the team on Wednesday night.

“All I remember of the incident is that as soon as I had possession of the ball I headed towards goal at full speed. I was very close to the Celtic keeper and felt contact on my foot and then lost my balance. I know perhaps more than anyone else that when you have contact at speed it can be dangerous.

Tapi gua amat berharap, pelepasan ini bukan tiket untuk tidak mempedulikan ,menyiasat atau menghukum golongan pemain yang tidak profesional dan rendah mentaliti.Tapi jika pengurus sendiri mem'backup' player2 yang tak bertamadun ini, adlah sesuatu yang memalukan untuk dunia bola sepak amnya.Mark Hingus yang memekakkan telinga dan membutakan mata adalah salah satu contoh low class manager dengan komen yang bangang.

“I just want to say that I’m a fair player. To score goals you must take your opportunities and I’m not the type of player who needs to be dishonest to score goals.”


Sementara itu mengikut peraturan baru Premier League, Arsenal dilihat tiada masalah dalam menghadapinya.Peraturan tersebut mahukan mulai musim depan seramai 25 pemain perlu didaftarkans sebelum tamat tempoh perpindahan bulan Ogos.Dan daripada 25 tersebut 8 orang mestilah terdiri daripada home grown player-iaitu pemain yang pernah terlatih/berlatih bersama2 mana2 kelab England atau Wales 3 tahun sebelum mencecah usia 21 tahun.BIarpun ini tak menghalang kelab untuk mengambil bakat2 belia dari luar tapi peraturan ini dilihat lebih bagi menggalakkan kelab mencungkil lebih banyak bakat tempatan.Sekali dipandang Arsenal nampak dalam bahaya kerana rata2 skuad utama dibarisi oleh foreigners.Tapi realitinya Arsenal dan akedeminya banyak melahirkan produk2 berbakat yang dikumpul dari seluruh rantau dunia malah England pun ramai dan dilatih, dijaga dengan didikan baik di bawah pengendalian Wenger.

Pasal match itu hari pulak Wenger mengaku Arsenal kalah sebab gol bodoh.

"We conceded a stupid second goal and after that we were exposed, and I don’t think it was the third or fourth goal [which were turning points]. Even at 4-2 we had a chance to come back to 4-4, but we lacked a little bit of belief to really come back because I felt that there was enough room to come back."

Jadi siapa yang bodoh, Clichy? ang terlepas bola masa nak overlap dan tak dicover oleh Diaby? Atau bagi aku gol pertama Almunia yang membagi mancis keyakinan dan memberikan kesukaran untuk Arsenal kejar dari belakang?Pendek kata satu unit kite merapu malam tu terutama di bahagian pertahanan.

"Defensively we had not a good enough performance [against Man City]. Now we have to focus on our next game and we have to live with the disappointment of losing."

Bagus Wenger, sentiasa yakin dan positif.Tapi agak2 bila lah aku boleh dengar dari mlutnya "It's my fault!"


Ahad, 13 September 2009

AdeBuyWhore

"You wanna play rough, lets get rough" semangat Tony Montana bakal membakar di Emirates ketika Mancis bertandang nanti dan sasaran utama, AdeBuyWhore!!

Gua boleh terima die menjaringkan gol, tetapi sebelum ni gua pernah kata bersiap sedia dengan sambutannya..kan gua dah cakap, Orang mentaliti rendah tahap hina jek yang akan menunjukkan reaksi dan emosi yang terlebeh samapai macam tu sekali.Sambutan yang sungguh menjelekkan dan memualkan.AdeBuyWhore memudahkan aku untuk membuat keputusan mulai hari ini hilang rasa hormat aku sebagai manusia kepada manusia sepertinya dan tiada lagi kata2 terima kasih atas memori lalu yang tak sedikit pun memberi ape2 pulangan pada Arsenal.

Berbeza dengan pemain yang profesional dan punya kelas tersendiri.Tak payah pergi jauh, RVP adalah simbol tahap profesionalism.Ape yang berlaku atas apadang adalah atas padang dan hanya satu permaianan bola sepak.Walaupun dipijak kepala oleh bekas rakan sepasukan yang sama2 bersusah senang dulu, ini menunjukkan mmg RVP jauh lebih matang dan luahan kecewa RVP hanya diluahkan ketika tamat perlawanan.Dalam interviewnya die meluahkan betapa rasa terkilannya terhadap pemain togo tak sedar diri atas sikap yang tak profesional dan sungguh memalukan.Mengenali RVP, agak pelik kerana die tidak bertindak balas tapi itulah manusia yang mempunyai naluri kemanusiaan .Itu lah beza mentaliti pemain yang punyai sikap humanisasi dan pemain yng gila glamour/duit/dendam/dan cemuburu pada kasut pink Bendi.

AdeBuyWhore gila


Kegilaannya dan kebangangannya tak menghalangnya dari tak kisah jika RVP mungkin menjadi buta:


Komen RVP:

"I am sad and disappointed by my former team-mate Emmanuel Adebayor's mindless and malicious stamp on me during today's match.

"We are both professional footballers and I know that the game is physical, I too have made hard and sometimes mis-timed challenges but never with the intention of hurting an opponent. He set out to hurt me today.

"I knew he was aiming for a collision because he changed the angle of his body to allow contact to be made. He moved backwards when his natural momentum would have taken him forward. I find that deeply disrespectful. He has shown a real lack of class today, to me and the fans.

"I do feel lucky that I have not suffered a greater injury. The contact was only centimetres from my eye. I have not received an apology from him, there were no words exchanged afterwards. He had his own agenda today and that is bad for football. It's bad for the game we all love.

"I want to make it clear that this has nothing to do with the result of today's match. We do not hide from that disappointment but I need to speak out about his behaviour."


Cukup tentang najis AdebuyWhore yang kini setaraf dengan Cashley Hole.

Gua tau ramai yang masih kecewa dengan aksi semalam.Bukan kite di'Outplayed' City dapi defend kita yang begitu shocking!! Trutama kedua2 bek kiri dan kanan yang beraksi di bawah par melihat bagaimana SWP bermain umpama lipas kudung jumpe sampah.Mancis mengambil kesempatan dari kelkaan dan peluang yang ade di guna sepenuhnya.Penjaga Gol badut juga tak bnyak membantu.Lehman pernah terkena dengan 2 error di wal musim 07/08.Adakah Wenger akan mengambil jalan yang sama tapi mungkin tidak, kerana Wenger tak pernah konsisten dalam tindakannya.Adakah dia akan percaya pada Manone?? Belum lagi,He had n o balls for that walaupun mempercayai pemain2mudanya tapi die takut hendak memasukkan player2 mudanya beraksi so ape gune? no point kat situ!! Dengan Fabianski injured, Almunia berasa dirinya untouchable dan tak ade persaingan akibat kegagalan Wenger menambahkan saingan di posisi itu.Kita perlu berhadapan dengan sebarang kemungkinan untuk musim ini melihat BEKAS BAKAL Enland no 1 itu tak konsisten mampu menggugat harapan utk sebarang piala.

Wenger tiada pelan B.Taktikalnya semalam merapu.Gua sokong Kesuma Dewa.Apesal masukkan Dudu kalau sayang sangat, kenapa tak biar jek die kat bench..Baru minit ke 80 nak tukar player, gilo! Bendi adalah pembaziran untuk malam tadi di baagian kanan.4-3-3 hanya jadi jika ade player2 skreatif Arshavin Fabregas Rosicky dan Nasri.Dengan Dudu dan RVP adlah wajib di bahagian atas.Tiada player lain yang mampu menghidu peluang sehebat Eduardo kerana itu memang tugasnya.Jadi WEnger , nape ko tak gunekann semaksimum yang mungkin!!

Clichy antara yang turut merasai kesilapan teknikal apabila 4-3-3 membiarkannya tidak ada cover di bahagian bawah.Diaby tak mampu untuk memberikannya sepertimaana Rosicky dalam 4 orang midfield.Itulah yang menyebabkan Clichy seringkali terperangkap malam tadi.

Janganlah kite menggelabah sepertimana Adebuywhore menggelabah.Marilah kite berdiri di belakang team kerana ade yang positif dari match semalam.

Kehadiran semula Rosicky dengan jaringan, sayang event yang tidak kene pada masanya.Kalau tidak, what a comeback.Juga RVP yang membukan akaun jaringan musim ini.Wenger dan team perlu bekerja keras, dan penyokong perlu bersatu tak henti2 memberi support.Melalui game semalam, kita akhirnya dapat tahu barah yang selama ini ada dalam pasukan kita telah dikeluarkan dan telah pun nampak jijiknya dan watak sebenar..Masih ade peluang,Tahun ini 1 piala..itu pasti!


Apa Sudah Jadi? Darah Tinggi.....


Pastinya semua fan arsenal skank tgh kecewa dek kekalahan ke atas Mak Cik Siti yang berkesudahan 4-2..Wah! 4-2..Berikut adalah analisis aku dari perlawanan tadi:

1) Apehal Diaby? Sampai bile nak gilap ko? Kejap bersinar, kejap malap, dan seterusnya xkan penah nak mantap..

2) What The Fcuk Almunia. No karisma. Ko xkan tired sebab ko xde pun match internationaleleh. Ape masalah Ko?

3) Apa Wenger wat? Kuarkan 2 DM, then sape jadi DM lepas tu..

4) 3 goal disebabkan Clichy overlapping, tinggalkan tempat die.. Tp, cube rujuk point nombor 3), mane DM yg akan backup wing back kalo wingback overlapped

5) Rosicky muncul membawa Sinar, tp Fabregas yng terkinja2 kepenatan, No DM, Almunia pura2 stunning susah..X berapa nak mejadi seterusnya.

6) Percaturan yang sangat2 slah..Persie xkn penah seswai sebagai Center Forward..Bendtner kenapa di letakan di posisi flank..N Eduardo?DUDU>?Kenapa x start dengan die..4-3-3 menetang team yg tengah nyer di penuhi Barry, Ireland, De Jong? kot celah mane nak lepas..

7) Adebayor? xnak komen banyak2 pasal Ko..KITA JUMPA DI EMIRATES NANTI!!!

8) Bulan 1 mesti:
a) jual Almunia..Beli keeper baru
b) jual diaby, loankan denilson, ramsey, dan beli sorang DM world Class
c) Wenger plzz letak jawatan sekiranya kite kalah lebih dari 5 perlawanan sebelum bulan 1

Ok suma, ni just analisis dan pendapat aku..Ada kalanya bila sesuatu polisi itu tidak relevan, ia seharusnya ditukar..Masa sangat singkat..Tiada masa untuk develop & tiada masa untuk testing..Wenger semestinya skarang buntu dengan apa yg terjadi td..Namun, jika dia terus mengekalkan polisinya, x mustahil kita akan melihat Fabregas, Arshavin, Rosicky, Eduardo dan Van Persie meninggalkan arsenal kelak..Bukan salah mereka sebab player akan semakin meningkat umur mereka dan dalam karier mereka, mereka mahukan sesuatu yg boleh mereka banggakan..Itulah yang terjadi keapda Henry..Vierra..Hleb..Flamini..Toure..Mereka mahu mencapai sesuatu sebelum usia menjengah senja...

So, jgn emo rakan2..perjalanan season ini masih panjang...Salam...


Sabtu, 12 September 2009

Pre Match : Just Do It vs Just Duit !

Adebayor vs Kasut Bendi vs Penyokong Arsenal... Jika anda nak kenal sejauh mana mentaliti Adebayor, anda boleh nilaikan sendiri melalui artikel tersebut.


Sekadar sempat pre match yang pendek.

Jadi Arsenal akan bertemu sebuah lagi Mancis di bandar Manchester.Jika musim dulu ini adalah kekalahan ke-5 & yang terakhir dalam 14 perlawanan sebelum rekod tanpa kalah 21 kite dimusnahkan chelsea.Arsenal tumpas 3-0.Perlawanan yang paling menyakitkan hati dan antara yang terburuk musim lpas.Gallas pasti tidak mahu mengingatinya kerana tidak beraksi akibt dipecat dari jawatan kapten.

Tapi itu cite tahun lepas, tahun ini Mancis adalah berbeza baik dari segi kewangan atau kewengan.Lambakan striker, overrated dan overprice player, Arsenal akan buktikan duit bukan jaminan kejayaan malam nanti sepertimana disebut2 RVP.

Daipada update kecederaan semalam aku predict line up ini akan turun malam ni:

-----------ALmunia-------------
Sagna---Gallas--Mael-----Clichy
---------Song--Denilson--------
------------Fabregas------------
Bendi-------RVP---------Eduardo

Mungkin akan dapat lihat cameo dari Rosicky!!

Arsenal akan menjadi team pertama yang mencalarkan rekod cleansheet mereka musim ini.Mancis 1 Arsenal 2.AstroESPN 812 9:55pm.


Jumaat, 11 September 2009

Sempat berlakon iklan

Arshavin terus menjadi buruan baik peminat ataupun jenama2 besar.Biarpun tak beraksi esok, melihat aksinya dalam iklan ini sedikit sebanyak melepaskan rindu.Hahaa..iklan terbaru Nike..make a difference , bersesuaian dengan kehadiran Arshavin yang betul2 mengubah nasib Arsenal musim lepas! Enjoy..


Update kecederaan. + karutan FIFA

Jozan dah pun out 8 bulan.Arsene sekali lagi merah geram apabila mengatahui Arshavin pulak bakal terlepas 3 perlawanan penting dalam seminggu gara2 kedegilannya mewakili Russia untuk turun menentang Wales biarpun masih dihantui kecederaan groin.Nasb baik agak berbaloi baginya kerana Russia menang.Guss Hiddink memberi kepercayaan sepenuhnya sama ada Arhsavin nak main atau tidak, Ape laa kurang berakal sungguh, kau tanye sorang player yang ade nafsu dan determination yang tinggi macam Arshavin mestilah die mengaku fit dan nak main kalau boleh sampai mati.Tapi tindakan Hiddink yang menurunkan Ashavin 90 minit biarpun pada mulanya sendiri ragu2 boleh dipersoalkan.Ini bukan kes kali pertama player degil, Walcott juga pernah degil dan mengalami nasib yang sama.Berita baiknya Walcott akan kembali pertengahan minggu.



Jadi menentang Mancis kali ini , kelibat Rosicky yang muncul semasa international debutnya dalam 2 tahun rabu lepas, masih lagi menjadi teka teki.Wenger mungkin tidak bersedia merisikokan pemain mudah sakit itu.Lagipun Fabregas telah kembali selepas terlepas aksi di Old Kerepot.

Esok bertemu Mancis dan orang ramai takkan terlepas dari mengeluarkan nama2 seperti Toure dan Adebayor malah siap yakin lagi Adebayor pasti beriya2 nak menjaringkan gol melepasi Almunia.Bagi aku takde ape2, Adebayor hanyalah seorang bekas pemain Arsenal dan kini menjadi pihak lawan, sama sahaja seperti para pemain yang meninggalkan Arsenal dulu begitu juga dengan Toure.Jadi lantaklah die nak score kerana bukannya die sorang jek pernah buat macam tu, ramai jek lagi yang terbaru semusim 2 ni Anelka, Aliadiere, cuma tengok je lah sambutannya macam mane nanti, dan terima je lah seadanya.Aku lebih berminat untuk melihat aksi Eduardo dan ape environment yang akan diterimanya nanti setelah suasana yang tidak begitu positif di Wembley.Wenger memeprtahankan Dudu dan mentaliti kuatnya. Dudu pernah melalui apa yang lebih teruk dan malang bagi seseorang manusia tetapi berjaya bangkit dengan penuh kesungguhan dan disiplin , sesuatu disiplin yang jauh lebih baik dan mulia dari mereka2 yang mem'boo' dan mengutuk kerana berpandukan mentaliti yang ditunjukkan mereka bukanlah sesiapa sangat jika nak dibandingkan dengan Eduardo, jadi aku yakin Eduardo dapat tutup telinga dan mempersembahkan yang terbaik.



FIFA mahu bekukan perpindahan pemain bawah 18 tahun? Ok buatlah, teruskanlah hajat tu untuk lihat bola sepak yang semakin mundur, hambar dan ketandusan bakat.Tengah elok2 bakat2 muda ni diketengahkan dan menjadi aset dan mewarnakan variasi corak persembahan dalam perlawanan bola sepak itu sendiri, FIFA , badan INDUK sukan itu sendiri yang mahu menghancurkan segalanya.Itulah jadinya kalau politik dan perasaan iri hati menjadi teman dalam kehidupan, dan atas dasar ape perjuangan2 mereka yang berpangkat tinggi dalam FIFA jugak masih meragukan.Banyak sangat campur tangan luar,tipu helah, berat sebelah, kontoversi dalam apa jua tindakan dan peraturan yang cuba mereka ketengahkan.Tiada lagi 'Messi' atau 'Fabregas' selepas ini kate Wenger.



Senang saja kalau ikut kata falsafah logik akal Wenger.Dai mana sesebuah kelab tu dapat seorang pemain remaja? pasti dari sebuah kelab amatur, mana pulak kelab amatur tu jumpe? pasti dari kampung, mane pulak team kampung tu dapat player macam tu, pasti dari mak bapaknya .. Jadi kalau nak ban , apsal tak ban kat akar umbi jek terus, biarkan player tu main bola bawah ketiak mak dia!! Mana2 pemain pun mestilah nak meningkat, macam iklan Nike, to the next level..abis sampai remaja?? level terbantut..kene tunggu abis PLKN baru boleh study oversea...FIFA pendek akal,Tak munasabah!

Esok pre match Mancis Arsenal.


Khamis, 10 September 2009

England,Spain mara..Dudu, Cesc Bendi temui sasaran.



Sekitar Kelayakan Piala Dunia.Pemain2 Arsenal sekali lagi menemui sentuhan jaringan ketika Internationaleleh menyaksikan England berjaya mengesahkan tempat ke Afrika dengan kemenangan bergaya membenam cabaran Crotia, pasukan yang menyingkirkan mereka dari Euro08 5-1 di Wembley.Eduardo menjaringkan gol saguhati sebelum dibawa keluar oleh Bilic.Gol yang sekali lagi membuktikan mengapa die digelar Fox in the box.Ini adalah rekod 100% 8 kemenangan dari 8 match di bawah Capello dalam kempen kelayakan kali ini.



Bendi sekali lagi menjaringkan gol di peringkat antarabangsa meletakkan nama sebagai permata harapan Denmark tapi sekali lagi match berkesudahan seri 1-1.

Kapten Arsenal Fabregas menjaringkan gol pertama Spain membantu kemenangan 3-0 mengesahkan tempat ke Afrika.Spain disebut2 sebagai pasukan yang perlu dilihat dan bakal juara nanti.





Dalam match lain menyaksikan pemain2 Arsenal Sagna dan Gallas bakal berhempas dalam play off pulas setelah sekali lagi gagal mengutip 3 mata ketika hanya mampu seri dengan pendahulu Serbia.RVP bermain 84 minit dalam perlawanan 'pemanas badan' Belanda yang telah pun layaka, menewaskan Scotland-si penagih simpati 1-0. Rambo vs Arshavin pulak menyaksikan Aaron Ramsey tewas terduduk 1-3 dengan Ashavin bermain 90 minit suatu yang pasti menggembirakan pemain Arsenal kerana die dilaporkan baru kembali dari kecederaan.Alex Song menemani pakciknya Rigobert Song di bahawagian bawah membantu Cameroon menewaskan Gabon 2-1 dalam saingan kelaaykan Afrika.Satu lagi berita baik adalah Thomas Rosicky beraksi dalam kesebelasan utama sebelum dikeluarkan separuh masa kedua dalam perlawanan menyaksikan Milan 'Berus' menjaringkan 4 bijik menewaskan 10 orang San Marino 7-0.

Habis Internationaleleh kem Arsenal akan kembali berlatih Jumaat sebelum perlawanan menentang Mancis Sabtu ini.


Selasa, 8 September 2009

Beckham bekap Eduardo.


Sedang rakan senegara lain Gareth Biri2 menggelabah-labah kerana takutkan Eduardo akan mengganas menutup mulut orang ramai, Terry mengauta dunia dengan mengatakan orang Inggeris paling berjiwa murni atas padang(bapak segala penipu)manakala Shrek terus hipokrit umpama dia orang paling jujur dalam dunia bola sepak dan tak pernah jadi bidang 'terjun', bekas kapten England pula, David Beckham menunjukkan kelas tersendiri apabila berfikiran terbuka dan matang, memberi ruang kepada Eduardo.Oleh kerana aku penyokong England, aku bersyukur dan bangga kerana England masih lagi mempunyai pemain berkualiti bukan sahaja di atas padang tapi masih berkualiti dari segi logik akal.

Beckham yang pernah berlatih bersama Arsenal mempertahankan Eduardo dengan menyuruh semua pihak fokus hanya kepada perlawanan England vs Crotia dan menutup cerita berat sebelah tentang Eduardo.Katanye lagi die perasan cerita ni sengaja dihebah2kan dan macam mana orang boleh lupa kecederaan gila yang pernah dialami Eduardo dan tiada siapa tahu apa dalam fikirannya, mungkin hanya untuk mengelak daripada dirempuh Boruc, macamlah Eduardo seorang jek yang pernah dive katenya.

''There has been far too much talk about diving.No-one wants to see it and it is disappointing when it happens. But it happens every week and Eduardo is not the first person to have done it. The whole thing should be put to bed.Eduardo is a great player. It is not that long ago that he suffered an horrific injury. You don't know what was going through his mind. He might have been trying to get out of the way of a tackle so he didn't get injured again.''

"This game is not about revenge, it is not about putting to rest what happened last time we played Croatia (at Wembley),''


Secara peribadi aku harap England menang tapi 4-3 dengan Eduardo menjaringkan hattrick, Shrek patah gigi depan,Gerard termasuk jerat,Terry disepak sekali lagi di kepala ala2 sepakan Diaby,Ketiga2 anak emas media dan darling FA memang diakui berbakat besar tapi juga penipu besar yang aku rasa sungguh memualkan.Biarlah mereka dilayan secara sama sepertimana pemain2 lain, barulah depa tau langit tinggi ke rendah.Beckham pernah mengeluarkan keyakinan England mampu memenangi Piala Dunia, tapi jika pemain2 England terus berfikir mereka adalah anak manja, tak boleh disentuh langsung, mentaliti ini tak akan membawa mereka ke mana kerana hanya pengadil Inggeris dan konco2 FA sahaja yang mem'protect' mereka. Apabila mereka di luar, barulah mereka tahu keadaan dunia sebenar.











Buktinya dah jelas lagi nyata, berapa kali dah England tersingkir dari kejohanan besar dan berapa kalikah antaranya dilanda kontroversi?? Masih tak paham2 lagi..Mereka hanya jaguh dan kebal di kampung sendiri tapi bila di luar sana di dunia realiti, masing2 kaget kerana tak pernah dilayan sebegitu rupa.Bile balik umah mula lah nak mengadu sana mengadu sini menyalahkan pihak lain.Lepas tu sambung balik mula musim, setiap minggu mintak protection kat bapak angkat(pengadil).Cukuplah tu.. Semua pihak terutama media harus berhenti memanjakan mentaliti si money grabber bintang2 lagak perimadona ini.Hanya dengan cara itu mereka dapat membiasakan diri dengan tekanan dan tak mudah dibuli di luar.Don Capello mungkin ada cara tersendiri..

P/S: Jozan bakal terlepas peluang Piala Dunia apabila ijured lutut 6 bulan dan hey, tibe2 nasib berubah kepada peluang baik rakan sepasukan, Sanderos yang dari mulanya tak nampak peluang kini boleh menjadi pilihan ke-3 backup kepada Gallas dan Mael malah kalau naib lagi baik boleh main World Cup.Erk..lupe, Silvestre ade lagi.


Ahad, 6 September 2009

Ape cerita diorang?

Ape cerita player2 Arsenal yang berjuang bersama negara tercinta masing2 dalam internationaleleh kali ini?Antara yang menarik ialah :

RVP menemui sentuhan jaringannya yang pertama musim ini tapi di peringkat antarabangsa membantu Belanda menewaskan Jepun 3-0.Harap jadi rangsangan untuk gol pertama Arsenal musim ini.


Bendi, persembahan mantap dan bertenaga menjaringkan 1 gol dalam match seri 1-1 Denmark Portugal


Fabregas masuk minit ke 70 dan Mael mengalami trauma mimpi ngeri bermain 90 minit dibuli oleh pasukan Spain yang membelasah Belgium 5-0.Ini menunjukkan permaianan bola sepak bukan permainan individu.


Eduardo bermain 80 minit utk Crotia manakala Gallas dan Sagna masing2 bermain sepenuh hati sepenuh masa dalam perlawanan seri 1-1 menentang Romania.Song pulak tak main? huhuh keluarganya hanya diwakilkan oleh pakcik tuanya Rigobert Song.Eboue jugak berpesta gol dalam 90 minit membantu Ivory Coast membenam Burkina Faso 5-0.


Khamis, 3 September 2009

Bendi Denilson upgrade kontrak,internationaleleh.



Minggu internationaleleh kembali.Arsenal hanya akan menyambung aksi 12 Sept nanti melawan Mancis.Biasanya Internationaleleh tak kire Kelayakan Piala Dunia ataupun friendly diadakan mase Arsenal tengah memuncak on form, terutama dari segi result tapi kali ini oleh kerana kite baru tewas walaupun dengan aksi yang boleh dipuji, ia bagai satu peluang untuk berehat mencari nafas segar supaya pemain dapat kembali ke kem Gunners dan melupakan peristiwa malang di old kerepot.



Berita Di arsenal, Bendi dan Denilson sign kontrak baru.Ini menunjukkan betapa Wenger percaya sangat2 dekat batchnya kali ini yang ditatang sejak 2007.Walaupun tiada signing selain Mael, pemain2 yang sign kontrak baru atau yang kembali dari kecederaan adalah satu bentuk 'signing' juga bagi Wenger.Bendi merupakan penjaring terbanyak bagi player paling muda berumur 21 dengan 15 gol musim lepas manakala Denilson pemain Arsenal paling banyak muncul dalam perlawanan sebanyak 49 match.Tengok atas padang takde laa macam hebat sangat kadang2 menghampakan tapi bagi Wenger, Denilson adalah enjin manakala Bendi bakal diasah dengan lebih tajam.Melihat kepada umur, pengalaman yang mereka peroleh di peringkat ini amat berharga serta mengejutkan dan terlalu banyak ruang untuk mereka menjadi player yang lebih mantap dengan syarat tidak terjebak dalam adat Arsenal iaitu kecederaan.



Bagi kes Eduardo pulak, Arsenal secara rasmi mengeluarkan kenyataan akan merayu supaya hukuman itu dianalisis semula dan ditarik balik atas alasan keputusan UEFA itu meragukan dan tidak konsisten,malah tidak berpandukan 100 peratus pada bukti video.Ada relevan untuk kita melawan kes ini kerana Arsenal dilihat sebagai mangsa keadaan.Banyak lagi kes2 seperti ini yang tidak disiasat malah langsung tak diketengahkan,UEFA menutupkan mata membuktikan betapa tiada keselarasan dalam membanteras gejala kurang sihat tersebut.Hanya serkap jarang.Walaupun peluang tipis, harap peguambela kita berhujah kaw2 dan boleh menang.



Internationaleleh menyaksikan seramai 18 player Arsenal terlibat dan seperti biasa Almunia duduk di rumah goyang tangan.Antara pertemuan menarik ialah Fabregas vs Mael dalam kelayakan piala dunia dan juga England vs EDUARDO.Mungkin juga media menghangat2kan cerita Dudu sebagai persiapan build up hate untuk match ini.Eduardo pasti menjadi sasaran di Wembley nanti.Walaupun gua menyokong England, tapi kali ini atas dasar kemanusiaan gua berharap agar Eduardo dapat score dan tutup mulut para penyokong dan pembenci yang teruk belaka.Arshavin pulak tak dapat berita sama ada masih cedera atau dibolehkan beraksi untuk Russia.Ada khabar mengatakan Arshavin bakal pulang semula ke kem Arsenal menjalani rehab untuk kembali paling awal bertemu Man City nanti.Lain2 kecederaan terkini dan tarikh dijangka kembali adalah seperti berikut.

C Vela Ankle/Foot Injury 26th Sep 09
T Walcott Back Injury 12th Sep 09
J Djourou Knee Injury 19th Sep 09
T Rosicky Hamstring Injury 12th Sep 09
L Fabianski Cartilage Knee Injury 17th Oct 09
S Nasri Broken Leg 26th Sep 09


Rabu, 2 September 2009

Arsenal sign De Rossi...CKY

Setelah melihat perkembangan transfer yang lembap dan cukup hambar untuk musim ini, kita perlulah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada skuad yang sedia ada dan berharap tiada lagi kecederaan cuma yang merisaukan backup untuk Song Januari nanti.Positifnya, walaupun mendapat hanya Mael, ia nampak seperti transfer yang berbaloi dan tidak mengecewakan.Dan bagi yang cedera, cepat2lah kembali sembuh.Dan antara yang kembali adalah seperti signing baru(ayat biasa Wenger nak selamatkan diri).We revealed our new signing...... De rosiCKY!!!!



Get Fully Fit Soon....


Selasa, 1 September 2009

Eduardo digantung 2 perlawanan

Oi Oi oI... Laju bebebor bile nak jatuh hukum kat Arsenal.2 match banned pulak tu hukumannya terhadap Eduardo.Itulah yang diputuskan oleh panel berat sebelah pengaruh Scottish UEFA, satu match kurang daripada Drogba yang memaki hamun Ref tahun lepas.Walaupun mendapat backup yang luas terutama dari Arsenal dan Crotia,takpela, kite terima je lah seadanya, ambil sajek yang positif, harap UEFA lepas ni serius nak membanteras dengan kes Eduardo ni jadi benchmark,tak kesahlah tengah2 match ke, gol dah 4-0 ke, diving nak selamatkan diri ke, kat corner flag ke, semua kene hukuman yang sama barulah adil.Namun Eduardo masih boleh merayu dalam 3 hari bekerja.McGeady terhegeh2 ape cerita?? siasat laa woi!!! Double Standard!!!






Transfer Deadline yang sepi

Chamakh? Matuidi? Viera? Ian Wright siap suruh Wenger beli Gattuso lagi.Ape pula nasib Sanderos?Tapi Wenger tetap membiarkan detik dan saat dan jam berlalu sehingglah tamat transfer deadline kul 12-1 pagi waktu Malaysia meninggalkan hanya Mael sahaja signing untuk summer ini. Adakah ade kejutan? Jika mengenali Wenger pastinya tipis tapi tak mustahil.. Tak kisahlah Arsenal ade ke tak, ikuti perjalanan transfer di hari2 terakhir live dari sky sport.



P/S:Masih ku ingat perjalanan transfer Arshavin yang berliku2 dan penuh ranjau, berdebar2 peminat meengikuti ke saat2 terakhir, banyak khabar angin tapi akhirnya happy ending buat Arsenal..Transfer summer ni agak boring.huhuhu