Salam Aidilfitri buat semua muslim yang berekesempatan mengunjungi blog ini.Setelah selesai persiapan yang ala kadar, barulah dapat berposting biarpun di malam raya(buat Abou dan Bacary,RVP?)Perlawanan menentang Wigan tetap penting.2 kekalahan di Manchester diikuti persembahan berterabur di Belgium pasti ingin dilupakan.Tapi cara mereka comeback awal khamis lalu sedikit sebanyak memberikan kepercayaan dalaman.
Buat Wenger, kes bekas pemain sudah dibakulsampahkan dan tidak perlu disebut2 kerana die pun dah menerima hukuman yg sewajarnya.Wenger lebih gemar menyebut kes2 pemainya terutama Eboue yang mempunyai sejarah tersendiri bertemu Wigan di Emirates.Masuk sebagai pemain gantian dan dikeluarkan akibat persembahan merapu, tapi bukan itu yg Eboue tangiskan tetapi lebih kepada layanan segelintir fan yang mem'boo dirinya.Namun selepas insiden itu, Wenger menyifatkan bagaimana Eboue menukarkannya kepada sesuatu yang positif.Wenger tidak lokek memuji kekuatan mental yang ditunjukkan Eboue.Start Khamis lepas, adakah Eboue akan diberi kepercayaan lagi? Manone masih diberi kepercayaan.Harap takde lagi bolos 2 bijik dalam masa 5 minit awal.
RVP disahkan fit dan boleh beraksi.Denilson terpaksa diketepikan.Nampaknya rekod sebagai pemain paling banyak penampilan terjejas untuk musim ini kerana bakal menjalani rawatan 3 minggu mungkin.Arshavin 10% tak akan diturunkan.Jadi line up mungkin...
------------Manone------------
Sagna----Gallas---Mael---Clichy
Rosicky---Song----Fabregas---Diaby
----------RVP-----Eduardo-------
Untuk emmbutkikan Arsenal masih relevan dalam title challenge, 3 mata adalah wajib.Biarpun persembahan tak standard ketika bertemu Standard tempoh hari, tak kesah.Janji menang.955pm ESPN.(terpaksa la berebut dengan sanak saudara keluarga mara yang nak tengok movie2 raya..mamak tetap bukak 24 jam..heheh)Arsenal 3 Wigan 0.
Aku ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak dan menyusun 20 jari termasuk jari kaki memohon ampun dan maaf sekiranya pernah mengguris mana2 hati dan perasaan dengan nukilan selama berposting di Arsenalaysia tak kisahlah dari peminat mahupun 'pelawat2' tetap.Utamakan keselamtan di mana jua anda berada, ingat orang yang tersayang, ingat orang susah, sentiasa beringat2.Berayalah dalam suasana yang penuh kesederhanaan dan harmoni.Kalau boleh jauhi mercun, MERIAM buluh takpe, kalau Arsenal menang.Hahahaha...
Sabtu, 19 September 2009
Pre Match:Malam Raya bertemu Wigan
5:58 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan