Jumaat, 11 September 2009

Update kecederaan. + karutan FIFA

Jozan dah pun out 8 bulan.Arsene sekali lagi merah geram apabila mengatahui Arshavin pulak bakal terlepas 3 perlawanan penting dalam seminggu gara2 kedegilannya mewakili Russia untuk turun menentang Wales biarpun masih dihantui kecederaan groin.Nasb baik agak berbaloi baginya kerana Russia menang.Guss Hiddink memberi kepercayaan sepenuhnya sama ada Arhsavin nak main atau tidak, Ape laa kurang berakal sungguh, kau tanye sorang player yang ade nafsu dan determination yang tinggi macam Arshavin mestilah die mengaku fit dan nak main kalau boleh sampai mati.Tapi tindakan Hiddink yang menurunkan Ashavin 90 minit biarpun pada mulanya sendiri ragu2 boleh dipersoalkan.Ini bukan kes kali pertama player degil, Walcott juga pernah degil dan mengalami nasib yang sama.Berita baiknya Walcott akan kembali pertengahan minggu.



Jadi menentang Mancis kali ini , kelibat Rosicky yang muncul semasa international debutnya dalam 2 tahun rabu lepas, masih lagi menjadi teka teki.Wenger mungkin tidak bersedia merisikokan pemain mudah sakit itu.Lagipun Fabregas telah kembali selepas terlepas aksi di Old Kerepot.

Esok bertemu Mancis dan orang ramai takkan terlepas dari mengeluarkan nama2 seperti Toure dan Adebayor malah siap yakin lagi Adebayor pasti beriya2 nak menjaringkan gol melepasi Almunia.Bagi aku takde ape2, Adebayor hanyalah seorang bekas pemain Arsenal dan kini menjadi pihak lawan, sama sahaja seperti para pemain yang meninggalkan Arsenal dulu begitu juga dengan Toure.Jadi lantaklah die nak score kerana bukannya die sorang jek pernah buat macam tu, ramai jek lagi yang terbaru semusim 2 ni Anelka, Aliadiere, cuma tengok je lah sambutannya macam mane nanti, dan terima je lah seadanya.Aku lebih berminat untuk melihat aksi Eduardo dan ape environment yang akan diterimanya nanti setelah suasana yang tidak begitu positif di Wembley.Wenger memeprtahankan Dudu dan mentaliti kuatnya. Dudu pernah melalui apa yang lebih teruk dan malang bagi seseorang manusia tetapi berjaya bangkit dengan penuh kesungguhan dan disiplin , sesuatu disiplin yang jauh lebih baik dan mulia dari mereka2 yang mem'boo' dan mengutuk kerana berpandukan mentaliti yang ditunjukkan mereka bukanlah sesiapa sangat jika nak dibandingkan dengan Eduardo, jadi aku yakin Eduardo dapat tutup telinga dan mempersembahkan yang terbaik.



FIFA mahu bekukan perpindahan pemain bawah 18 tahun? Ok buatlah, teruskanlah hajat tu untuk lihat bola sepak yang semakin mundur, hambar dan ketandusan bakat.Tengah elok2 bakat2 muda ni diketengahkan dan menjadi aset dan mewarnakan variasi corak persembahan dalam perlawanan bola sepak itu sendiri, FIFA , badan INDUK sukan itu sendiri yang mahu menghancurkan segalanya.Itulah jadinya kalau politik dan perasaan iri hati menjadi teman dalam kehidupan, dan atas dasar ape perjuangan2 mereka yang berpangkat tinggi dalam FIFA jugak masih meragukan.Banyak sangat campur tangan luar,tipu helah, berat sebelah, kontoversi dalam apa jua tindakan dan peraturan yang cuba mereka ketengahkan.Tiada lagi 'Messi' atau 'Fabregas' selepas ini kate Wenger.



Senang saja kalau ikut kata falsafah logik akal Wenger.Dai mana sesebuah kelab tu dapat seorang pemain remaja? pasti dari sebuah kelab amatur, mana pulak kelab amatur tu jumpe? pasti dari kampung, mane pulak team kampung tu dapat player macam tu, pasti dari mak bapaknya .. Jadi kalau nak ban , apsal tak ban kat akar umbi jek terus, biarkan player tu main bola bawah ketiak mak dia!! Mana2 pemain pun mestilah nak meningkat, macam iklan Nike, to the next level..abis sampai remaja?? level terbantut..kene tunggu abis PLKN baru boleh study oversea...FIFA pendek akal,Tak munasabah!

Esok pre match Mancis Arsenal.


0 ulasan: