Phewww... hampir seminggu merehatkan diri tapi hati aku tak terlepas dari asyik memikirkan apa khabar Arsenal agaknya.Kecewa dengan Carling Cp yang takde live, sekurang2na kemenangan bergaya di malam raya dan gung ho pasukan belia dalam aksi piala liga mejadi pengubat rindu..Ape lagi yang aku tertinggal?Erk.. banyak jugak berita2 terkini yang menyelubungi Arsenal sepanjang minggu sudah.
Arsene Wenger dan kehidupan di pub?Hoih..huhu takde tempat lain ke untuk belajar erti kehidupan selain dari tempat tak senonoh tu?Haha tapi itulah realitinya, Wenger menceritakan bagaimana dia mula bergaul dengan orang2 lebih tua dan berpengalaman yang selalu melepak di pub milik ibu bapanya sambil menonton bola sepak.Weenge melihat dari perspektif yang berbeza perihal laku manusia dan memahami selk belok psikologi dengan realiti kehidupan sekeliling di zaman kanak2 nya.Dari situ proses kematangan menjadi pantas dan melihat gaya seta lagak2 sembang orang tua sedikit sebanyak memulakan pembelajaran falsafah teknikal,taktikal bola sepaknya.Hai...macam2.
Ape lagi? Oh.. Presiden Bordeaux menyelar cara Wenger yang ala2 tapping player ketika cuba mendapatkan si Camak.Aku pun tak tau nak komen ape sebab bila kelab lain membuat perkara yang sama pada player2 arsenal yakni cuba meng'unsettled'kan (perosak bahasa) player Arsenal, Wenger sendiri akan marah .Jadi aku beraharap dalam konteks ni ape jua pendekatan Wenger bukanlah sekeji ape yang dibencinya, dan hanya omongan presiden Bordeaux yang berasa terancam Si Camak akan meninggalkan mereka January ini dengan harga lelong.Tapi yang peliknya, kebiasaan Wenger akan menutup mulut tentang transfer plan nya selagi belum sah tapi untuk kes si Camak ni seperti ade yang istimewa, sama sepertimana Wenger menggelarkan Camak adalah istimewa.Kau terlalu istimewa~adibah Nor?Wenger tak bersorok nafsu dan cintanya kepada Camak tidak seperti soalan2 Nas Ahmad dan Michelle Wee yang dijawab Wenger dengan jawapan "No komen".Tapi saga yang kelihatan bakal berlanjutan ditutup rapat oleh pengakuan terbaru Wenger bahawa dia TIDAK AKAN kembali merisik Si Camak.Merajuk kut bunyinya.
Lagi? tentang kecederaan,Walcott dah kembali tapi tak akan dirisikokan untuk match liga malam ini.Ya malam ini...Rupanya pejam celik2 dah malam minggu yang mesra.Tengah malam nanti Arsenal akan diketemukan dengan Fulham.Tempat di mana Arsenal kecundang seawal perlawanan kedua liga musim lepas melalui jaringan payer yang tak henti2 dikaitkan dengan Arsenal Brede Hangeland aka Abang Hang Glem.Selepas tamat wisel match ini tahun lepas, orang ramai terus memperosalkan kemampuan perasingan Arsenal sebagai pencabar liga dan dari situ ARsenal bergelut sebelum kembali ke prestasi tapi dah terlambat.Tapi dengan 2 kekalahan di dalam tangan setakat ini, takkan Arsenal sanggup menerima satu lagi tamparan hebat yang bakal diikuti dengan tohmahan2 dan kritikan dari media2 tabloid dan arus perdana.
Asyik sembang bende yang sama.Yang berlalu biarlah berlalu, malam ini cerita lain cerita baru.Dengan persembahan mantap dan kembalinya Arshavin dan Vela aku yakin sinar terlampau silau.Mael pulak umpama verminator yang tak pernah kenyang mangsa.RVP pulak dengan Brotherhood of the Wolves nya..Rosicky pulak dahnak clash dengan awek nursenya.Wow! positif...
------------Manone-------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
------------Song---------------
-----Fabregas----Rosicky-------
Arshavin----RVP-------Dudu------
Barisan kat atas ni mantop! Kompom 100% kalau die start dengan team ni, tak akan kalah mahupun seri.3 mata dah kompom dengan syarat line up sekreatif macam tu.Bukan lagi line up takut2 seperti startkan Bendi Diaby atau Eboue.. Jika nak jadi team terbaik, kita harus turunkan pemain terbaik yang available..Kamon Wenger, jangan hampakan kami!!
Astro 812 ESPN 12:25 Am..Fulham 0 Arsenal 3...
Sabtu, 26 September 2009
Pre Match: The taking of Fulham 1 2 3 Gol!!
8:41 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan