Khamis, 3 September 2009

Bendi Denilson upgrade kontrak,internationaleleh.



Minggu internationaleleh kembali.Arsenal hanya akan menyambung aksi 12 Sept nanti melawan Mancis.Biasanya Internationaleleh tak kire Kelayakan Piala Dunia ataupun friendly diadakan mase Arsenal tengah memuncak on form, terutama dari segi result tapi kali ini oleh kerana kite baru tewas walaupun dengan aksi yang boleh dipuji, ia bagai satu peluang untuk berehat mencari nafas segar supaya pemain dapat kembali ke kem Gunners dan melupakan peristiwa malang di old kerepot.



Berita Di arsenal, Bendi dan Denilson sign kontrak baru.Ini menunjukkan betapa Wenger percaya sangat2 dekat batchnya kali ini yang ditatang sejak 2007.Walaupun tiada signing selain Mael, pemain2 yang sign kontrak baru atau yang kembali dari kecederaan adalah satu bentuk 'signing' juga bagi Wenger.Bendi merupakan penjaring terbanyak bagi player paling muda berumur 21 dengan 15 gol musim lepas manakala Denilson pemain Arsenal paling banyak muncul dalam perlawanan sebanyak 49 match.Tengok atas padang takde laa macam hebat sangat kadang2 menghampakan tapi bagi Wenger, Denilson adalah enjin manakala Bendi bakal diasah dengan lebih tajam.Melihat kepada umur, pengalaman yang mereka peroleh di peringkat ini amat berharga serta mengejutkan dan terlalu banyak ruang untuk mereka menjadi player yang lebih mantap dengan syarat tidak terjebak dalam adat Arsenal iaitu kecederaan.



Bagi kes Eduardo pulak, Arsenal secara rasmi mengeluarkan kenyataan akan merayu supaya hukuman itu dianalisis semula dan ditarik balik atas alasan keputusan UEFA itu meragukan dan tidak konsisten,malah tidak berpandukan 100 peratus pada bukti video.Ada relevan untuk kita melawan kes ini kerana Arsenal dilihat sebagai mangsa keadaan.Banyak lagi kes2 seperti ini yang tidak disiasat malah langsung tak diketengahkan,UEFA menutupkan mata membuktikan betapa tiada keselarasan dalam membanteras gejala kurang sihat tersebut.Hanya serkap jarang.Walaupun peluang tipis, harap peguambela kita berhujah kaw2 dan boleh menang.



Internationaleleh menyaksikan seramai 18 player Arsenal terlibat dan seperti biasa Almunia duduk di rumah goyang tangan.Antara pertemuan menarik ialah Fabregas vs Mael dalam kelayakan piala dunia dan juga England vs EDUARDO.Mungkin juga media menghangat2kan cerita Dudu sebagai persiapan build up hate untuk match ini.Eduardo pasti menjadi sasaran di Wembley nanti.Walaupun gua menyokong England, tapi kali ini atas dasar kemanusiaan gua berharap agar Eduardo dapat score dan tutup mulut para penyokong dan pembenci yang teruk belaka.Arshavin pulak tak dapat berita sama ada masih cedera atau dibolehkan beraksi untuk Russia.Ada khabar mengatakan Arshavin bakal pulang semula ke kem Arsenal menjalani rehab untuk kembali paling awal bertemu Man City nanti.Lain2 kecederaan terkini dan tarikh dijangka kembali adalah seperti berikut.

C Vela Ankle/Foot Injury 26th Sep 09
T Walcott Back Injury 12th Sep 09
J Djourou Knee Injury 19th Sep 09
T Rosicky Hamstring Injury 12th Sep 09
L Fabianski Cartilage Knee Injury 17th Oct 09
S Nasri Broken Leg 26th Sep 09


2 ulasan:

Hafiz Hamid berkata...

wah, aku baru jmpe blog ni..sekian lame aku cari..

Gunners & Roses berkata...

Selamat datang hafiz... rajin2 lah singgah..hoho