Sedang rakan senegara lain Gareth Biri2 menggelabah-labah kerana takutkan Eduardo akan mengganas menutup mulut orang ramai, Terry mengauta dunia dengan mengatakan orang Inggeris paling berjiwa murni atas padang(bapak segala penipu)manakala Shrek terus hipokrit umpama dia orang paling jujur dalam dunia bola sepak dan tak pernah jadi bidang 'terjun', bekas kapten England pula, David Beckham menunjukkan kelas tersendiri apabila berfikiran terbuka dan matang, memberi ruang kepada Eduardo.Oleh kerana aku penyokong England, aku bersyukur dan bangga kerana England masih lagi mempunyai pemain berkualiti bukan sahaja di atas padang tapi masih berkualiti dari segi logik akal.
Beckham yang pernah berlatih bersama Arsenal mempertahankan Eduardo dengan menyuruh semua pihak fokus hanya kepada perlawanan England vs Crotia dan menutup cerita berat sebelah tentang Eduardo.Katanye lagi die perasan cerita ni sengaja dihebah2kan dan macam mana orang boleh lupa kecederaan gila yang pernah dialami Eduardo dan tiada siapa tahu apa dalam fikirannya, mungkin hanya untuk mengelak daripada dirempuh Boruc, macamlah Eduardo seorang jek yang pernah dive katenya.
''There has been far too much talk about diving.No-one wants to see it and it is disappointing when it happens. But it happens every week and Eduardo is not the first person to have done it. The whole thing should be put to bed.Eduardo is a great player. It is not that long ago that he suffered an horrific injury. You don't know what was going through his mind. He might have been trying to get out of the way of a tackle so he didn't get injured again.''
"This game is not about revenge, it is not about putting to rest what happened last time we played Croatia (at Wembley),''
Secara peribadi aku harap England menang tapi 4-3 dengan Eduardo menjaringkan hattrick, Shrek patah gigi depan,Gerard termasuk jerat,Terry disepak sekali lagi di kepala ala2 sepakan Diaby,Ketiga2 anak emas media dan darling FA memang diakui berbakat besar tapi juga penipu besar yang aku rasa sungguh memualkan.Biarlah mereka dilayan secara sama sepertimana pemain2 lain, barulah depa tau langit tinggi ke rendah.Beckham pernah mengeluarkan keyakinan England mampu memenangi Piala Dunia, tapi jika pemain2 England terus berfikir mereka adalah anak manja, tak boleh disentuh langsung, mentaliti ini tak akan membawa mereka ke mana kerana hanya pengadil Inggeris dan konco2 FA sahaja yang mem'protect' mereka. Apabila mereka di luar, barulah mereka tahu keadaan dunia sebenar.
Buktinya dah jelas lagi nyata, berapa kali dah England tersingkir dari kejohanan besar dan berapa kalikah antaranya dilanda kontroversi?? Masih tak paham2 lagi..Mereka hanya jaguh dan kebal di kampung sendiri tapi bila di luar sana di dunia realiti, masing2 kaget kerana tak pernah dilayan sebegitu rupa.Bile balik umah mula lah nak mengadu sana mengadu sini menyalahkan pihak lain.Lepas tu sambung balik mula musim, setiap minggu mintak protection kat bapak angkat(pengadil).Cukuplah tu.. Semua pihak terutama media harus berhenti memanjakan mentaliti si money grabber bintang2 lagak perimadona ini.Hanya dengan cara itu mereka dapat membiasakan diri dengan tekanan dan tak mudah dibuli di luar.Don Capello mungkin ada cara tersendiri..
P/S: Jozan bakal terlepas peluang Piala Dunia apabila ijured lutut 6 bulan dan hey, tibe2 nasib berubah kepada peluang baik rakan sepasukan, Sanderos yang dari mulanya tak nampak peluang kini boleh menjadi pilihan ke-3 backup kepada Gallas dan Mael malah kalau naib lagi baik boleh main World Cup.Erk..lupe, Silvestre ade lagi.
Selasa, 8 September 2009
Beckham bekap Eduardo.
5:56 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan