The Art. Bilamana dia berjaya merampas bola dari Pizzaro dan meluru ke depan dengan full speed ketika pihak lawan hanya sempat menoleh dan melihat tanpa closing down, anda hanya ada satu fikiran tentang outcome daripada Arteta, shoot... dan betapa clean nya strike yang telah dilakukan, rembatan derasnya dari luar kotak penalti menewaskan Joe Hart, keeper yang paling sibuk dalam match semalam. Di depan Khaldoon Mubarak, di depan Vieira,David Platt, di hadapan Nasri Clichy dan atau mungkin jugak Toure, Emirates gegak gempita menyambut gol sulung perlawanan dengan sambutan ala poznan yang paling menggairahkan bagi membahan fan2 Mercenary City.
Hanya satu bijik gol. Tapi sebijik gol itu besar harganya bagi Mancini lagi besar buat Arsenal sebagai tonik kekalahan kepada QPR. Ramai yang ingin lihat respond Arsenal, dan ternyata sekali lagi kita menunjukkan karektar kita.Gol ini mungkin memisahkan perbezaan antara satu bandar yang dikongsi antara lautan merah dan biru tetapi di saat London bertukar merah, gelombang merah Manchester turut menumpang kemeriahan. Arsenal selayaknya menang, kita control game hampir 80 minit, terkena tiang dua kali, terkena pemain sendiri depan gol lawan, 3 peluang terhidang yang gagal disudahkan serentak dalam satu masa, dan peluang last minit yang dipersiakan Rambo. City hanya hidup 10 minit di separuh masa kedua, itupun sesudah mereka sedar talihayat title journey mereka di hujung tanduk. Yang selebihnya hanya sepak terajang dan taktikal busuk terutama dari the unmanageable Balotelli(baca Bahloltelli). Dia sepatutnya sudah tidak layak meneruskan perlawanan akibat terjahan kerasnya ke atas Song dan jika itu tidak cukup sila lihat tackle2 ke atas Sagna. Tapi hanya ref yang mempunyai denial syndrom mahupun cuai akibat terlepas pandang sahaja, akan gagal mengakui bukti2 untuk layangan kad merah pada Balotelli.
Song hanya bernasib baik beberapa saat, jika tidak kerana sempat reflex menarik kakinya dalam sekelip mata, kita mungkin akan lihat Eduardo II.Gua malas nak memanjangkan cerita tentang itu, kacau mood sahaja. Biarlah FA sendiri yang membuat keputusan ditambah pula dia akhirnya menerima hukuman di minit2 terakhir atas bentesan bodohnya ke atas Sagna. Sudah pasti satu penamat season untuk pemain Italy itu..Kita ada perkara sendiri yang perlu dirisaukan. Penggantungan 2 match terhada Koscielny setelah menerima kad kuning melepasi had yang dibenarkan. Games bertemu Wolves dan Wigan selepas ini menjadi ujian besar buat back 4 kita yang solid. Baik Johan mahupun Song harus step up untuk beregu bersama Mael.
Arsenal turun tanpa kelibat Gervinho menyaksikan Yossi mengambil alih. Wenger memilih keputusan yang tepat untk merehatkan Rambo yang langsung tak membantu di Loftus Road. Mungkin kapten wales ini di overplayed, burn out.Kita bagi dia tarik nafas dulu dan belajar dengan orang lebih berpengalaman seperti Rosicky tentang apa ertinya 'resurrection'. Berbalik pada Si Yossi,Beberapa siri perlawanan di mana Yossi beraksi cemerlang , kemudian dia dilepas pandang. Mungkin kerana faktor status pinjaman mahupun umur, tapi kini Wenger sedar pada saat liga menuju ke penghujung dengan semua team all out mempertahankan kedudukan masing2, untuk kekal bersaing, midfield perlukan stabilization. Dan Yossi, Rosicky, Arteta serta Song mampu memberikannya. Jelas sekali kita mengawal kawasan tengah dengan begitu baik menyahfungsikan Barry, Milner dan Toure.Nasri sendiri kelihatan sesat di padang yang suatu ketika merupakan padang permainannya.Jongkang jongkit tak turun naik, gelongsor pula terus terjunam ke dalam tanah, begitulah adanya bagi City yanng konon dikataka title contender tapi tidak beraksi sebegitu. Off the ball, kita closing down dengan konsisten, dapat bola, passing kita kemas memudahkan penjanaan serangan.MOTM Arteta selain gol hebatnya, ground yang dia cover malam tu mmg superb, dari atas bawah kiri kanan serata padang.Lihat passing ratio nya
Pasti ramai yang risau akan form RVP yang kini 4 game tanpa sebarang gol. Lagi bengkek apabila mereka yang memilihnya dalam team fantasy dan meletakkannya sebagai kapten. Tak ade masalah..Percayalah, gol tersebut akan datang. RVP masih lagi berfungsi dan memberikan sesuatu dalam game (kecuali game QPR). Itu hari pun hampir2 kalau tak kerana Mael menghalang tandukannya, dan kalau dia memilih untuk control ball atau volley selain dari tanduk dan terkena tiang. Oh dan satu lagi, kalau tidak kerana Rambo yang overkonfiden pada peluang last2 minit, tentu dia memilih untuk passing kepada RVP yang lebih terbuka.
Macam Wenger cakap, kalau boleh tak nak musim ini berakhir sekarang tengah2 kita syok menuju puncak. Kalau tidak kerana malapetaka di awal musim sudah tentu kita kini sebaris sedang bersaing kejuaraan liga.24 daripada 27 mata dalam 9 game terakhir, kita merupakan satu2nya pasukan yang on form seperti United.Tapi tak nak ia berhenti kat sini sahaja, malah tak boleh sebenarnya untuk berhenti relax2.Kita perlu konsisten sampai ke penghujung, dan bawak momentum ini untuk mulakan pengembaraan baru ke musim depan.'Musim depan' adalah frasa yang sinonim dengan Arsenal tapi pedulik apa gua, sekarang ni kita tengah masyuk jadi layankan saja jangan banyak komplen. Aku percaya pasti ramai lagi team2 yang dambakan kedudukan seperti ini, hilang star2 di summer, belanja berjimat cermat, kene bahan kaw2 awal musim,tapi full tank di last2 episod, dan masih memberikan saingan serta ada yang boleh dikejarkan sebagai kelayakan minima.Bukan gua tujukan pada Liverpool dan bukan jugak bermakna gua berpuas hati.Cuma kita tahu apa yang realistik pada ketika ini walaupun potensi tersebut ada.Harapan yang dah ditanam jangan digali balik. Kekalahan Spuds semalam mengukirkan senyuman pada wajah gooners pagi tadi, Chelsea pulak hanya mampu seri dan kini pencabar serius seperti Newcastle yang menang malam tadi tak boleh dipandang enteng. Jangan juga wajah kita dibiarkan dicakar serigala awal pagi Khamis ini.Relegation team tengah bermatian berjuang untuk survival mereka.Tunjukkan pada mereka siapa yang lebih berjiwa...
Agi idup agi mengGunners!