Rabu, 18 April 2012

Propaganza RVP check in hotel.

Biaq p la dia nak p mana pun. Awat kecoh sangat. Dia nak check in hotel ka, keluar masuk hotel ka tumpang tandas ka.. itu hak dia sebagai marhaen. Tapi selepas baru sahaja tewas kepada Wigan, dengan track bottom dan sweater arsenal yang tak tanggal lagi, paparazi berjaya menjejak kelibat RVP hingga ke Marriott Hotel di Park Lane, tempat di mana skuad Barcelona menginap untuk pertemuan menentang Chelsea awal pagi nanti.


Dan darpada situlah pihak2 media ni mula bersppekulasi bagi menjual berita2 kononnya ada unsur tap up di situ padahal RVP ni hanya berjumpa dengan rakan senegaranya Ibrahim Affelay dan jugak bekas rakan sepasukan, Fabregas. Jadi apa masalahnya? Orang kata masa tak sesuai untuk jumpa , tak patut,lagipun baru sudah kalah, itu semua tak masuk akal. No big deal, habis tu bila lagi mau jumpa ketika Barcelona mungkin lepas itu pack dengan training dan RVP pulak hanya free tang tu. Lagipun tak salah nak bagi tips untuk cara2 score hattricks kat stamford bridge. Jangan diperbesarkan cerita mengarut hanya kerana kontraknya tinggal setahun dan ada kemungkinan untuk dipancing summer ini. Jangan pulak nanti Barcelona claim ada DNA 'B' yang dikatakan sepadan dengan DNA RVP ditinggalkan di hotel tersebut.kah kah kah kah kah...


0 ulasan: