Arsenal tidak perlu malu tewas kepada sebuah pasukan Wigan yang lebih bernafsu dan tersusun serta nampak ada misi kerana Liverpool dan United telah merasai penangan mereka terdahulu-Jangan kata kita tidak diberi amaran. Tetapi pemain2 Arsenal perlu malu pada diri sendiri kerana tidak berada benar2 dalam game, orang putih kata tidak up to it.Anda boleh kata mereke mencuba tapi ia masih tidak cukup ketika kita dihukum tatkala hilang fokus dalam masa beberapa minit. Arteta injured, tak mampu nak cover, kita terperangkap dengan counter attack dan Bam!!, 2 gol umpama stone cold stunner yang kadang2 rasa macam boleh nak bangkit balik tapi ini bukan harinya. Wigan mungkin menjengkelkan dengan taktik time wasting mereka tapi apa yang anda harapkan oleh sebuah pasukan yang sedang bermatian2 mempertahankan status Liga Perdana kelab mereka bermain away? Kita pulak jangan cepat syok sangat ambil mudah bagai tiket Champions League itu sudah milik kita.
Tiada alasan fatigue sebenarnya kerana Wigan pun beraksi di malam Rabu tempoh hari malah mereka terpaksa travel lagi ke kota London. Permulaan yang in control tapi setelah kita kehilangan Arteta, team kita hilang balance dan seakan sukar menembusi midfield Wigan yang compact. Nak dijadikan cerita menambah derita, kita hilang Arteta di atas padang dan bolos dalam masa yang serentak tanpa sempat melakukan sebarang pertukaran. Rambo belum sempat warm up katanya. 2 gol awal dibolosi berturut2 dari Di Santo dan Gomez boleh merosakkan moral. Al Habsi si pakar membuang masa beberapa kali menafikan tandukan Yossi. Bila mana Mael dapat tanduk gol, gua pikir kita ada chance tapi sayang tak ada pemain yang step up untuk create chances. RVP AWOL tanpa sebarang service dari bahagian midfield. Terlalu banyak penumpang terutama Theo yang anonymous sepanjang perlawanan dan awal lagi sepatutnya dikeluarkan. Team play kita jugak hilang anda boleh perhatikan bagaimana kita secara individu agak lama pegang bola terutama Rambo, begitu jugak Rosicky dan Song yang mengundang Wigan kesempatan untuk close down dan cover critical area. Through pass tak lepas2, crossing sangkut taktik 3 CB mereka berjaya kerana ada balance cover dari wing back.Manakala wide man kita gagal untuk beat 1st defender. Wigan pulak menggunakan kepantasan counter dengan Moses betul2 buat Sagna kerja overtime. Kita berakhir dengan lambakan offensive player , RVP Gervinho, Oxlade, Rosicky, Theo tapi melihat pada statistik percubaan, anda boleh nampak segalanya tak menjadi pagi tadi.flat ,kurang urgency. Bukan malam kita. Ayuh bangkit!
Game bertemu Chelsea selepas ini akan menjadi bertambah penting dan yang lagi penting akan menjadi lebih menarik!! Itu sebab sokong Arsenal tak pernah mebosankan. Player2 ajak kita bermain sekali dengan depa, bermain emosi sambil naik roller coaster. Kejap naik kejap turun tapi kita tak pernah bosan sampai nak termuntah. Koscielny bakal kembali menguatkan pasukan tapi walaupun masih awal lagi, peluang Arteta untuk kembali agak samar2 akibat kecederaan ankle yang dialami diberitakan agak serius. Ada 5 hari, kita perlu cepat recover mental dan fizikal. Play mind games, duduk santai dan relax lihat aksi bagaimana mereka melayan kunjungan Barcelona tapi kaji, ambil kesempatan dan react!
Oh dan sedikit khabar baik bagi para penyokong Gunners bolehlah menumpang bangga apabila dua pemain Arsenal dipilih(RVP dan Oxlade) masing2 dicalonkan untuk kategori PFA player of the year dan young player of the year. Berikut adalah senarai calon:
PFA Player of the Year shortlist: Robin van Persie (Arsenal), Wayne Rooney (Manchester United), Scott Parker (Tottenham), Sergio Aguero, Joe Hart, David Silva (all Manchester City).
PFA Young Player of the Year shortlist: Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Gareth Bale, Kyle Walker (both Tottenham), Danny Welbeck (Manchester United), Sergio Aguero (Manchester City), Daniel Sturridge (Chelsea).
Keputusan akan diumum Ahad ini. Jangan pulak ada yang mempersoalkan kemenangan berdasarkan passport. Parah.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan