Isnin, 16 April 2012

Pre Match : Arsenal vs Wigan

Sebelum kita pergi lebih khusus berkenaan game awal pagi nanti bertemu Wigan, gua nak sentuh sedikit tentang perkara2 yang berlaku sekitar hujung minggu Setealah dikejutkan dengan berita insiden Muamba collapse, kali ini dunia bola sepak dikejutkan dengan kematian mengejut Piermario Morosini, pemain Serie B yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan antara Livorno dan Pescara akibat serangan jantung.Berikutan itu semua perlawanan di Italy ditunda sebagai penghormatan kepada si mati. Mendiang tak senasib baik Muamba, tapi serangan jantung serta tekanan darah tinggi bukan kes asing dalam sukan bola sepak.Ini bukan kali pertama,antara kes yang popular insiden Mark Vivien Foe, Miklos Feher,Antonio Puerta, Daniel Jarque malah di negara jiran kita sendiri, Eri Irianto 12 tahun yang lalu. Pendek kata ajal dan maut tidak mengenal waktu dan usia,bila2 masa sahaja nikmat dunia boleh ditarik balik. Sama2lah kita beringat dan beramal.

Bernasib baik juga merupakan satu nikmat. Satu lagi perkara adalah, mengenai goal line technology. Ini mula timbul sekali lagi malam tadi. Gua tidak memberi najis pun akan siapa menang semi final piala FA kerana ia tak memberi apa2 yang bagus pun pada Arsenal, kecuali hanya menambah bahan untuk kita mocking the spuds. Spuds claim gol kedua itu tidak sah kerana bola belum melepasi garisan dan replay slow motion menunjukkan ada benarnya dakwaan tersebut meyebabkan ref si Mat Akinson berada dalam teakanan keika ini. Yang gua hairan media memperbesar2kan 'hujah' John Terry yang menggesa penggunaan teknologi video dalam membantu pengadil membuat keputusan, padahal wenger awal2 lagi merupakan penyokong tegar gerakan ini tak de pun yang amik port sebaliknya gelaran stalker voyeur yang lebih diperbesarkan. Media England lah yang menaikkan Terry, kemudian menjahanamkannya dengan kes scandal dan kini terasa imej itu perlu dibersihkan semula secara halus bagi sokongan untuk Euro2012.Walaupun gua penyokong setia England, gua tetap dengan pendirian, John Terry is a disgrace. Kalau Uefa atau FIFA bersungguh2 mahukan keadilan, menolak bookie dan tangan2 ghaib, ikut awal2 teori Le Prof, pemain2 yang suka berlakon dan ketidakimbangan keputusan pengadil sedikit sebanyak mampu diatasi. Dengan kemasukan Chelsea ke final FA Cup dan jika mereka menang dan kelihatan United adalah favorite untuk memenangi liga, bersiap sedialah para Gooners untuk menerima sindiran2 ketika di satu musim, (the old)big 3 lain berkongsi piala domestik sorang satu. Jawapannya hanya satu, piala hanya pinjaman, class is permanent.

OK, cukup terpesong. Kembali ke perkara yang lebih penting. Apa jenis Wigan yang kita akan jumpa awal pagi ini. memang benar mereka berjuang dalam relegation zone tapi result2 mereka dikatakan tak selari dengan persembahan di atas padang. Mereka melakukan kejutan ke atas Liverpool United malah pendekatan corak yang diambil juga positive football dengan beralih dari 4-5-1 kepada 3-4-3. Keberanian Roberto martinez meletakkan hanya 3 CB selaku asas ketika mana pasukan2 'kecil' lain lebih selamat jika bertahan, wajar dipuji. keupayaan defensive play bagi wide man mereka seperti Emerson Boyce dan Beausejour membantu memberi keseimbangan kepada  trio Caldwell, Alcaraz dan Figueroa. Dan trio atas mereka pulak ketika ini tengah hangat dengan pemain kelahiran Malaysia Maloney, De Santo dan jugak Victor Moses. Mungkin agak sukar untuk membayangkan Wigan melakukan kejutan di Emirates ketika result semasa menjadi ukuran tapi jika tidak berwaspada, Arsenal mungkin dipaksa berputih mata kerana apa2 sahaja result selain 3 mata, seri bermakna 2 points drop. Itu sebablah Johan kena pastikan kubu Arsenal selamat di kakinya, dia masih lagi pilihan untuk  menggantik Koscielny akibat penggantungan. Gibbs, Coquelin, dan Diaby hanya lambat beberapa hari sahaja lagi sebelum boleh disatukan bersama skuad utama manakala Gervinho satu2nya nama yang dilihat boleh lari dari list kecederaan dengan peluang 80-20. Dijangka Rosicky kembali ke 1st eleven setelah direhatkan dan Yossi dibangkusimpanankan semula.

-------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Johan--------Mael-------Santos
-------------------Song-----------------------
----------Arteta----------Rosicky------------
-----Walcott-------RVP---------Gervinho---

Astro ESPN 3AM. Arsenal 4 Wigan 1.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: