Khamis, 12 April 2012

Post Match : 5 points clear

Kita telah mengukuhkan cengkaman untuk tiket automatik ke Champions League musim depan apabila menewaskan 10 orang Wolves di Molineux. Permulaan yang baik dengan dua gol awal dari penalti RVP dan Theo serta berjaya mengawal game walaupun kurang sharp sebelum gol ketiga dari Yossi yang membungkus terus semangat juang Wolves.


Arsenal turun dengan Johan begandingan bersama Mael di CB , dan Rambo menggantikan tempat Rosicky, mungkin nak bagi pemain Czech itu rehat dan bagi peluang pada Rambo rediscover form nya manakala Yossi dikekalkan di barisan tengah sebagai balancing. Tak payah tunggu lama minit ke7 The membuat satu dua dengan RVP. Square pass Theo di pulangkan dengan chip cantik oleh RVP, The meluru dan kelajuannya sukar dihandle Bassong yang tidak bernasib baik terperangkap menjadi last man foul. Pengadil tidak teragak2 memberikan sepakan penalti dan layangan kad merah kepada pemain pinjaman Spuds itu, suatu yang dicemuh peminat tuan rumah yang selepas itu melepaskan kemarahan mereka kepada Theo sepanjang perlawanan. RVP menyempurnakan penalti dengan cukup bergaya dan konfiden dengan hanya satu chip slumber menewaskan Hennessey yang awal2 lagi sudah merebahkan badan.Wenger sendiri terkejut dengan cara RVP mengambil penalti tapi itu bukanlah yang terpelik dan berani dia pernah lihat kerana Henry & Pires bergandingan mengambil sepakan penalti menentang Manchester City masih berada dalam list no 1 memorinya. RVP kini menyamai rekod Ian Wright sebagai penjaring ke atas 17 kelab lawan berbeza dalam satu musim. 2 pasukan yang terselamat dari penangan RVP hanyalah City dan Fulham. Satu rekod yang fantastik untuk gol ke 27 liga dan ke 34 untuk keseluruhan kempen musim ini dengan baki masih ada 5 perlawanan.Sekurang2nya beban yang dibawak -4game tanpa gol- kini tak menganggu pikirannya.

Tak perlu tunggu lama untuk Arsenal dapatkan 2nd gol. Sekali lagi Theo bergandingan dengan RVP, dengan style yang hampir sama kecuali kali ini through pass cantik dari RVP meloloskan Walcott untuk disudahkan. Selepas itu Arsenal semacam mudah selesa dan hanya control game tanpa ada urgency manakala Wolves pulak agak sukar mencari rentak kerana bermain dengan 10 orang.Separuh masa kedua Wolves menggandakan fighting spirit tapi Ancaman2 lebih mengancam dari Arsenal. Percubaan dari Rambo dihalang, hantaran Arteta kepada RVP disepak wide. Wolves tak mengaku kalah dan terasa mereka boleh mendapatkan sesuatu terutama jika berjaya score gol pembakar semangat. Mereka hampir mendapat apa yang mereka tagihkan tapi terima kasih kepada ketangkasan SzcSAVEny yang melayangkan badan full stretch menampan keluar tandukan Doyle. Dan gol ketiga Yossi dari luar kotak penalti telah membunuh saki baki perjuangan anak2 buah Terry Connor mengesahkan kekalahan ketujuh berturut2.

5 points clear dari tempat keempat meninggalkan Spuds dan Newcastle dengan baki 5 game.Masih belum boleh berehat. Selepas ini bertemu Wigan, sebuah pasukan under-rated kini berjuang dalam zon penyingkiran. Tapi result2 mereka bukan calang2 terutama ketika bertemu big guns. Menang ke atas Liverpool, PErsembahan mantap dalam game yang tidak layak tewas kepada Chelsea dan awal pagi tadi mengejutkan United. Arsenal jangan masuk perangkap.

Agi idup agi MengGunners!


0 ulasan: