Nampaknya bukan sahaja Arteta injured, Chelsea sendiri pun ada masalah tersendiri apabila Didier Drogba disahkan tak dapat beraksi esok. Saka bagi Arsenal itu dikompomkan oleh Matteo akan terlepas aksi bersama2 pemain pertahanan David Luiz. Dah elok2 score untuk 2 2 semi dengan form yang baik, ini sudah tentu sedikit advantage buat Arsenal kerana anda tentu tahu rekod Drogba bila bertemu Arsenal, kecuali baru2 ini kita berjaya menyepikannya. Bagi Arsenal pulak kepulangan Koscielny amatlah ditagih. Cukuplah Johan kerana ketika bersamanya hati tak pernah rasa secure. Arteta seperti mana yang kita ketahui ruled out of the season. Apa yang melegakan tidak perlu pembedahan susulan cuma ankle nya mengambil masa sekitar 6 hingga 8 minggu untuk pulih.Yossi Benayoun pulak tak dibenarkan menikam belakang majikannya sendiri esok. Selain daripada itu tiada lagi kecederaan dengan Diaby sudah boleh main half time friendly, Coquelin dan Gibbs juga sudah kembali ke skuad.
Tanpa Arteta dan Yossi, besar kemungkinan Rambo akan sekali lagi mendapat peluang di samping Rosicky dan Song. rata2 mereka yang mengenali Arsenal kini nampak Rambo sering dikambinghitamkan terutama ketika match tidak berjalan seperti yang sepatutnya. Tak tahu nak cakap macam mana tapii tulah realiti di Arsenal sekarang, demand terlalu tinggi sehingga sedikit peratusan error pun , ancaman besar bakal menanti. Fan2 telah menghukum sebelum ini, aksi2 seperti lazy Adebayor, Eboue, Denilson dll telah mengundang kritikan. Jadi agak malang dan kesian jika Rambo terpaksa masuk dalam list tersebut kerana dia sebenarnya berbakat. dan ada potensi cuma mungkin sekarang adalah mental strength yang penting. Tak ada kekuatan mental, mungkin dia akan end up seperti Arshavin yang kelihatan fade away sehinggalah dipinjamkan ke kampungnya di Russia. Baru2 ini Andrei sendiri telah meletupkan bom jangka dengan mendedahkan kemusykilan betapa Wenger telah mula hilang kepercayaan padanya lalu peluang tidak banyak diberikan.Tak boleh nak salahkan pengurus sepenuhnya dalam hal ini ketika pemain sendiri yang lebih meemegang kunci haluan masing2. Arshavin mempunyai bakat istimewa dan seorang personaliti yang hebat, cuma apabila anda tidak mampu menghalang gangguan mental dan emosi, kesannya terkana pada aksi di atas padang. Setelah Russia gagal ke Piala Dunia 2010, Arshavin bukan lagi Arshavin yang 4 gol di Anfield. Dia masih menyimpan harapan untuk kembali ke London ketika Zenit jugak kelihatan samar2 untuk menyambung kontraknya secara permanent jadi eloklah dia set up mind betul2, sebagai seorang kapten skuad kebangsaan, tunjukkan leadership.
Begitu jugak dengan kapten Wales, Ramsey. Setelah baru patah kaki, dan dapat peluang full season akibat Jack Wilhere injured, dia bermula dengan bagus. Tapi mungkin sebab fatigue, overplayed dan burn out, minyak nak habis dekat2 hujung season. Itu tak boleh dijadikan alasan sebenarnya bagi seorang profesional tapi peminat dah lupa akan umur dan jugak kecederaan teruk yang dialami, mereka(kami) tak kesah. Ketika game lebih demanding pada ketika ini , fan pun mahukan yang lebih terutama dari player. Mengelak untuk jadi bahan kritikan jugaklah sebabnya kita tengok Rambo pada ketika ini bukan Rambo yang dulu. Lepas Gary Speed mati bunuh diri, lepas Rambo 'diusik' konon setiap setiap golnya public figure akan mati, dia mula hilang keyakinan. Rambo dulu berani mencuba passing pelik2, celah2, flip sana flip sini tapi kini berubah menjadi flip flop. Takut gagal, kerana setiap pass yang tak sampai fan akan bilang dan bila mereka dah tak sabar keluahan dan makian bakal kedengaran.Rambo tak boleh lagi nak beraksi bebas sebebas2nya. Kebebasan diberikan pada Fabregas untuk melakukan apa 2 ketika di usianya kerana dikelilingi dan dibimbing oleh Vieira dan Gilberto. Begitu jugak bila tiba masa Wilshere, dia ada Fabregas untuk membantu. Rambo? dia mungkin ada Arteta tapi Arteta pun baru sampai tapi tak cukup lama di Arsenal, Rosicky pulak baru nak pikir penjenamaan semula dirinya dulu jadi Rambo seorang diri menggalas cabaran ini.
Rambo bukan fabregas, dan tidak perlu ambil role Fabregas kerana projek Wenger dulu, team play kita berpaksikan Cesc Fabregas dan sekarang bila dia dah tiada, ia bukan lagi berpaksi pada Rambo atau Arteta atau Song atau Theo, kita lebih kepada kerja berpasukan. Cuma statistik menunjukkan kita lebih menyerang ikut flank terutama bahagian wide di kanan. Gandingan Theo dan Sagna lebih mengancam dari sebelah kiri di mana left back kita jarang2 diexplorekan. Namun Santos dan Gibbs adalah pairing yang ideal(kecuali kes kecederaan) cuma bila kadang2 wide kiri kita ni position tak konsisten, kejap Rosicky, kejap Gervinho, kejap Arshavin, kejap Yossi, kejap Rambo sendiri itulah team tak berapa nak balance. Wenger mempunyai option dalam Oxlade dan Ryo tapi kedua2nya belum cukup matang. Masalah Arsenal bukan potensi kerana bakat tak pernah berhenti, ada saja productio n yang jalan. Masalahnya adalah konsistensi dan balance. Sesudah tehantuk sendiri dek penangan kehilangan midfield duo, gua baru lihat Wenger mulai sedar bahwa faktor umur tak payah diobseskan sangat dan dia mula terbuka dan percaya akan pengalaman mematangkan gameplay itulah sebab borongan2 dia di hari2 terakhir transfer ada logik- kecuali Park (sehingga kini).Dia pun kini sala seorang nama yang bakal disebut2 mencari pintu belakang akibat peluang yang limited.
Jadi kalau betul musim depan Arsenal sudi nak melabur untuk player2 yang dah diwar2kan seperti Podolski, M'Villa, Hernanes , Vertoghen gua tak membantah. Mix of youth and experience.Sejauh mana berita ini tunggu pintu perpindahan dibuka. Jika ada yang masuk pasti ada yang keluar, begitulah dunia bola sepak disepak kesana kesini. Apapun maintain yang core2 dulu sebagai tunjang. Priority gua sekarang ini adalah Arsenal harus kekalkan RVP, itu signing paling hebat Arsenal summer ini jika berjaya dilaksanakan.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan