Selasa, 3 April 2012

Here we go again..

Chamakh hilang dalam kepulan2 asap2 shisha di kota London telah menjawab misteri kehilangan jiwanya di atas padang. Lebih syok lagi apabila gambarnya ditangkap bersama rakan senagara yang merupakan penjaring gol QPR ke atas Arsenal Adel Taarabt. Jadi tidak haranlah mengapa dia langsung seperti tidak lagi memberi najis akan aksinya bersama Arsenal setiap kali diberi peluang dicampakkan ke atas padang pada ketika2 saat2 genting. BUkan nak dikecoh dan beratkan sangat mengenai aktivitinya itu selain daripada menjadi perhatian lensa media, cuma ko baru kalah, ko boleh pulak pergi berjoli tanpa memikirkan nasib fan2 yang menderita menanggung malu-lebih kurang gitu laa metaforanya. Mungkin bukan seratus peratus salahnya tetapi paling kurang tunjuklah sedikit effort jika jarang2 mendapat peluang. Ini tidak, persembahannya lebih teruk daripada 2 striker yang kita pinjamkan ke Sunderland dan Real Soceidad.

Bukan nak mencari kambing hitam sebenarnya ketika rata2 skuad di Loftus Road itu hari hilang fokus dan seorang demi seorang, otak mereka tiada di situ. Paling mengecewakan persembahan di bawah par dual leader kapten dan vice captain Verminator dan RVP. Verminator mempunyai saham yang banyak dalam membiarkan kedua2 pemain lawan masing2 menjaringkan gol premier league pertama musim ini manakala RVP walaupun anda boleh menuding jari pada fungsi Rambo dan Rosicky apabila talisman kita kurang mendapat service, dia jarang2 sekali nampak interested  dan cuba melibatkan diri dalam game.Apa2pun all to blame even Wenger himself who puts that line up. Mungkin kemasukan Rambo agak menganggu flow kita dimana dalam run in 7 game kita, Rosicky banyak bergandingan dengan Chambo ataupun Gervinho memberi lebih directness untuk pace dan tempo yang agak laju. Rambo dilihat lebih sesuai sebagai sub pada form semasa ini. Mungkin Yossi sendiri kalau diberi peluang takkan beraksi sedull begitu sekali. Game2 seperti itu kita sebenarya memerlukan player yang pandai cari ruang terutama dalam meloboskan ruang2 seni yang telah ditinggalkan. Percaturan Hughes berjaya dalam mengcompactkan midfield 4-5-1 untuk menafikan Arsenal daripada bermain. Lebih syok lagi padang yang licin benar2 membantu mereka apabila pemain2 kita berulang kali tergelincir dan paling tinggi bayarannya apabila Mael terslip di sebelah kiri memberi Jamie Mackie memilih passing ang betul kepada Diakite. Kita langsung tak bernafsu lack of urgency, peluang yang dimiliki dan disudahkan Walcott itupun nasib2 kerana offensive play kita ternyata tak berhasil. kuantiti shot on target kita jugak kurang dari biasa.


Dalam game sebegini menunjukkan siapa yang lebih inginkan 3 mata tersebut, ketika QPR tengah struggle dalam zon relegation. Arsenal pada ketika mencari kemenangan kelapan berturut2 kononnya nampak ambil mudah. Jadi elokalah result sebegitu muncul pada saat sebegini. Sekurang2nya  ia sebagai wake up call buat kita. agar jangan syok sangat. Kini Spuds sudah menyamakan mata dengan kiat cuma beza satu gol menjadi pemisah manakala Chelsea dan Newcastle mencucuk rapat dengan 5 mata sahaja di belakang, baki peralwanan kesemuanya hanya 7. Melihat pada situasi realistik pada ketika ini 4 team merebut dua tempat. Sekurangnya2 ini pengajaran berguna buat Arsenal, siapa tahu mungkin terlalu beban untuk arsenal membawa rekod 8 kemenangan  menjelang game bertemu Man City Ahad ini jadi setelah 'tekanan dikurangkan' eloklah kita membina streak itu semula. Baki pun tinggal tujuh game lagi, 7 game berturut2 menang sekali break dengan kekalahan, kemudian sambung balik 7 kemenangan berturut2. Bunyinya taklah teruk sangat bukan?Perjalanan roller coaster ini tidak pernah bosan bagi sesiapa yang berjiwa Gunners terutama pada ketika musim nak sampai ke penghujung, pikiran emosi bercampur baur ini pasti relief ketika mendapat tahu masih ada sesuatu yang hendak diperjuangkan walaupun hadiahnya bukanlh sekilau piala. Maruah tak pernah kurang harganya! Lets start it all over again!

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: