Game yang memberi implikasi penting pada table dan hala tuju pasukan masing2. Kedua2 pasukan mendambakan kemenangan, baik kita mahupun City. Kita memerlukan 3 mata demi menjarakkan kedudukan kerana semalam pesaing2 terdekat slot Champions League, Newcastle dan Chelsea masing2 telah mencucuk rapat manakala Spuds hanya mampu seri tapi mendahului dengan 1 point. Manchester City pulak akan hadir dengan impian menekan jiran mereka Manchester United bagi saingan perebutan gelaran liga, gagal untuk menang bermakna sorakan bakal bergema di Old Trafford jika mereka(united) berjaya meletakkan diri mereka sendiri 8 mata sebelum sepak mula Arsenal-city. Itu cerita mereka, fokus pada cerita kita belum tiba masanya untuk kita sibuk2 hal lain, bukan masa untuk cemburu dengan orang lain, bukan masa nak ambil pot Nasri nak balik ke Emirates bukan masa nak tengok Tevez tibe2 main balik, bukan masa nak tau nasib Mancini lepas match ini, bukan masa nak tengok penyokong United tumpang sekaki menghempuk2 meja mamak lebih dari kita bila chamak tak score.. ini masa untuk Arsenal. Sedetik lebih terleka, kita bakal dihukum sama macam kes QPR. Wenger kata kes dengan team Tony Fernandez itu hanya satu eksiden, jadi harap dia cakap tu biar betul. City tak pernah menang kat rumah Arsenal sejak tahun 1975. Lama banget. dua2 nak menang2 tapi kita wajib menang untuk menentukan nasib sendiri. Draw bukanlah yang terbaik buat kedua2 pasukan. Astro SuperSport 11PM Arsenal 3 Man City 2
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan