Hanya masa depan sahaja yang akan menentukan sama ada result Sabtu lepas benar2 tinggi risikonya atau tidak. Kerana kita hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Chelsea, Spuds tewas , Newcastle pulak nampak benar2 ingin mencipta kejutan tapi mereka masih perlu bertemu Manchester City.Di penghujung2 ni tidak kira sama ada anda bertemu dengan pasukan atasan liga mahupun bawahan, kesemuanya sedang berhempas pulas untuk mengejar sesuatu. Cuma mungkin apabila bertemu middle team, pressure tersebut kurang dari opponent yang tidak ada apa lagi yang ingin diperjuangkan kecuali memperbaiki kedudukan. Baki 3 peralawanan Arsenal adalah Stoke(a), Norwich dan WBA(a) yang kini berada di tangga ke14 13 dan 10 ,kesemuanya telah selamat dari zon penyingkiran. Jadi kunci masih di tangan kita tapi tak semudah yang dijangka.
Siapa sangka Chelsea yang sepatutnya lebih patut menang game ini hadir ke Emirates dengan corak yang negatif. Merehatkan lebih separuh daripada pemain2 yang bertemu Barcelona dengan harapan mungkin mereka boleh layak melalui jalan belakang, iaitu menang Piala Champions League itu sendiri tahun ini.Awal pagi nanti menjadi saksi, kemenangan Real memberikan mereka lebih kepercayaan untuk melakukannya di sana. Arsenal mungkin bagi mereka lebih kurang Barcelona jadi mereka cuba mempraktikkan cara2 kekangan terutama menyempitkan ruang2 midfield supaya menggagalkan pergerakan pihak lawan. Dan kita pulak kehilangan Mikel Arteta, hilang balance dan nampak sumbang. Gua tak tahu macam maa kita nak habiskan season ni tanpa Arteta dan kali ini Theo pulak. Setelah terhincut2 dilayankan saja kemahuan untuk bermain dan akhirnya..hamstring, bye2 season 11/12. Tapi dia pun nampak dah kurang efisyen, sama seperti rakan2 lain, hilang idea2 segar. Flank mati, RVP pun tak berfungsi, sekurang2nya 2 3 peluang keemasan gagal disudahi. Nasib baik result untuk PFA award ni tak tunggu lagi 2 3 game, kalau tak mungkin ada suara2 yang mahukan keputusan ini dikaji semula berikutan keramaunya kebelakangan ini.Bagi gua apa jua result, takde masalah, dia memang layak, selain memecah rekod2 individu, keupayaan menyamai rekod2 lain dalam BPL selain secara langsung membantu kepada pendakian Arsenal dalam table liga. Dia adalah wira kita, gua harap sangat dia stay dan janji wenger untuk membuka perbincangan kontrak dengan segera adalah benar.
Kita lebih mengancam dari segi percubaan. sekurang2nya ada terkena tiang dan paling hampir adalah tandukan free header Koscielny, terkena palang. Kos baru kembali dan anda boleh lihat perubahan ketara di pertahanan di mana dia membawa kestabilan. Chelsea yang main counter attack , menggunakan kepantasan Sturridge. Tapi nasib baik jiwa muda dia ni tak mematangkan pergerakannya dan gua pasti ramai penyokong Chelsea sendiri berang dengan aksi gelojoh dan tamak Sturridge. Torres Kalou pulak umpama hanya melengkapkan skuad. Kos dan Verminator mempersembahkan satu defensive display yang menarik dengan Kos sebagai MOTM bagi gua.Tackle terbang tepat ke arah bola sebelum sempat dirembat Sturridge memang gua tak akan lupa. Bagus kerana dapat clean sheet tapi agak malang gagal score. Adakah ini keputusan yang adil, apakah sepatutnya ada penalti terhadap Cahill yang dikatakan menerjah RVP dari belakang? Macam yang gua cakap, hanya masa menentukan adil tak adilnya result ini kerana kedua2 sangat memerlukan kemenangan ini dan bagi insiden panggilan penalti tersebut tak banyak yang mampu di argue bila ref nya adalah Mike Dean.
Kita pun perlu salahkan diri sendiri, main dengan handbrake. Nampak gugup mungkin ternyiang2 dengan kekalahan kepada Wigan. Pergerakan serta passing kita lembap, fluency takdak. Sekarang segalanya terletak di tangan pemain2 seperti Chamberlain dan Yossi untuk menggalas cabaran. Yossi yang diharamkan bermain menentang Chelsea tempoh hari dilihat antara pemain yang boleh support RVP dengan mobility dan work rate nya.Chamberlain akan menggantikan Theo di bahagian wide.Seorang lagi pemain yang kita terlupa adalah Diaby. Cameo 25 minit dan tak cedera?! wow.. satu 'Ripley's percaya ke tak?' 3 game lagi. 3 kemenangan untuk memastikan tempat ke3.
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan