Selasa, 28 September 2010

Jangan biarkan Partizan pulak berParty

Walaupun sukar diterima, anggap sajelah ia hanya satu hari yang malang dan tak akan berulang kembali.BUat sahajalah apa2 yang patut, walaupun drop Almunia atau Diaby dengan cara berhemah pun, kami sudah pasrah, kerana pengganti mereka pun bukan boleh diharapkan sangat, Fabianski dan Denilson? meh.. yang penting Arsenal perlu bermati matian menebus maruah awal pagi nanti di Serbia. Almunia yang diasak teruk dari pelbagai pihak termasuk bekas pengurus Arsenal George Graham tiba2 injured siku.Buruk siku rasanya.Diaby entah tidak tahu menahu tiba2 hilang dari pandangan, mungkin Wenger memberi ruang untuk dia muhasabah diri dan clearkan apa2 yang tak patut dari kepala otaknya itu hari. Berikut adalah senarai pejuang, tapi agak simpati akan nasib Manone yang sentiasa dilepas pandang, selai n dari kesilapan kecil ketika bertemu West Ham , aku tak mengerti apakah yang menyebabkan Wenger tidak rate penjaga gol Italy ini.Mungkin Wnger lebeih mengenali.

21. Lukasz Fabianski
53. Wojciech Szczesny
3. Bacary Sagna
22. Gael Clichy
6. Laurent Koscielny
7. Tomas Rosicky
8. Samir Nasri
11. Carlos Vela
15. Denilson
17. Alex Song
18. Sebastien Squillaci
19. Jack Wilshere
20. Johan Djourou
27. Emmanuel Eboue
23. Andrey Arshavin
29. Marouane Chamakh
28. Kieran Gibbs
46. Henri Lansbury

Daripada senarai di atas, Fabregas sahsah takde, RVP belum baik, Almunia tiba2 injured, Mael sakit otot lagi jadi persoalan menariknya, siapa bakal kapten malam ini. Bercakap mengenai perlawanan tempoh hari, Wenger berkata Asenal hambar kerena kurangnya electricity, dan kehilangan generator.Bila ditanya adakah kehilangan Fabregas merpukan Arsenal takde generator yakni kurangnya leadership atas padang ketika itu, Wenger tidak berapa setuju kerana kepimpinan katanya dikongsi bersama. Menang bersama, kalah pun bersama katanya, itulah sebabnya dia backing Almunia kaw2 punya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga biarpun sudah terang lagi bersuluh, badut2 tersebut merupakan main culprit malam itu. Itulah prinsip Wenger tak pernah nak menyalahkan pemain2 sendiri secara terang terangan.Apakah pandangan anda dengan cara sebegini, bagus atau pemain akan naik tocang? Pada pendapat aku ada pro dan kontranya tapi kalau dah selalu macam ini, siku Almunia pun selalu naik lemak!

Ah..aku bercakap pasal apa tadi, ph ya kapten Arsenal untuk malam ini. Ermmm tidak sukar untuk predict, tapi jika berdasarkan umur, Squaillaci namun Arsenal jarang memberinya kepada muka2 baru, senioriti, Clichy tapi aku nak Gibbs main malam ini kerana Clichy dilihat sekarang tengah off form. Kematangan, Rosicky boleh jadi jugak tapii aku rasakan status dan aura Arshavin akan mengankatnya sebagai pemegang armband malam ni.Walaupun auranya hanya muncul sesekali tapi dia tetap perlu diakui watak penting. Walaupun ramai pengkritik melihtanya sebagai pemalasketika off the ball, tapi lihatlah posisi apa yang diisinya.Wenger banyak sangat eksperimen.Mungkin jika dia lebihkan larian di atas padang , orang kata akan nampak bersungguh2. Tapi dia bukannya jenis player yang lari ke sana kesini tanpa hasil umpama Baros, apa yang penting adalah sumbangan efektif ketika dia memegang bola.Nampak musim ini tak menyerlah tapi sedar tak sedar beberapa assist dan gol datang darinya.Cuma itulah, peminat mahukan pemain yang ada jiwa dan nampak kesungguhan di atas padang, mungkin Ashavin perlu belajar lebih sedikit membuat mimik muka.



----------------Szczesny--------------- kompom Fabianski
Sagna-------Laci------Kos------Gibbs
----------------Song------------------
----------Wilshere---Rosicky---------
-----Nasri-----Chamakh---Arshavin---

Cukuplah tu ambil mudah.Partizan bukan calang2 pasukan, pendahulu liga Serbia.Main di tempat mereka pula tu.Berdasarkan travel yang jauh, seri mungkin  bukan keputusan yang teruk tapi menang akan menjadi satu tonik dan pembakar semangat untuk match Ahad ini.Berita yang memberi harapan. Astro 813.2.40 Am Partizan 1- Arsenal 2.


Ahad, 26 September 2010

Flat

 It is always difficult to [sense it before the game] but something was not right and it is unusual to see a team as flat as we were today.
Flat apa weih Wenger?? Flat Sri Wangi ka... ?? Pimai pi mai tang tu jugak laa.....

Aku ingat lepas kita kalah dengan Hull City di Emirates dulu adalah kali terakhir Arsenal diberi kejutan dan kali terakhir Arsenal ambil mudah tentang lawan2 seperti itu tapi malangnya skrip yang sama sentiasa berulang, Arsenal tidak pernah belajar. Tiada nafsu, kontang, tak cukup sifat, main takde urgency langsung sampailah terkena 2 bijik. Baru nak menggelabah tapi dah terlambat apabila gol ketiga dijaringkan oleh bekas pelajar sendiri. Kadang2 mereka yang pernah dipingirkan ini lebih gemar menghantui ketika bertemu Arsenal. Almunia? cukuplah.. kalau posting pasal dia memang tambah dosa tapi nampaknya sepanjang summer tak ada tindakan yang benar2 serius dari pihak pengurusan, tunggu sajalah sehingga dia habis kontrak itupun jika tidak ditawar lanjutan ataupun dijual, itupun jika ada pembeli. Sepatutnya jika tahu sesampah ini persembahan mereka, lebih baik mengharapkan penalti yang dihadiahkan oleh Almunia masuk, jadi bila masuk, Arsenal terhantuk lebih awal dan lebih banyak masa untuk memperiki keadaan. Bolehlah Wenger mengeluarkan penumpang2 seeprti Diaby dan Eboue yang bermain di salah masa, salah match , salah posisi.Pendek kata trio midfield yang digunapakai tadi tak sepatutnya berkolobrasi. Jangan sesekali, mereka hanya boleh berada di atas padang pada waktu yang sama,dalam pasukan yang sama hanya sekiranya ada Jeneral di bahagian tengah ala Fabregas yang tahu mengemudi architecture serangan dan menjadi enjin.Ini apa?? Flat..mendatar.. hambar. Bila ada Orang skreatif  Nasri sepatutnya Wenger lebih bijak dalam menyusun strategi, kembalilah kepada 4-4-2 dan utilize kan kemampuan pemain.

Diaby yang baru pulih dari kecederaan serius tidak boleh diharapakan untuk start terus match. Aku tak tahu tapi mungkin faktor Carling Cup di pertengahan minggu yang membuatkan Wenger memilih untuk merehatkan Rosicky dan Wilshere padahal kalau mereka masuk lebih awal sebelum digantikan untuk rehat selepas itu pun apa bezanya dari segi masa rehat? setakat sejam dua? takde effect sangat, paling kurang Rosicky sepatutnya mendahului tempat Diaby.Nak sembang pun tara guna lagi bukan kerana nasi sudah menjadi bubur tapi kerana bubur telah basi. Tragedi lama duk berulang2 ulang kembali. Vela, kemasukannya jugak pointless jek aku tengok, maaf cakap tapi dia seperti tak mampu bersaing dalam liga yang penuh fizikal ini. Sementara menunggu kem 'klinik FC', Bendi dan RVP kembali, adakah Arsenal boleh bergantung harap pada kemampuan fizikal Vela ketika tiada support dari rakan2 sepasukan yang lain.

Tengah minggu ini jangan harap nak berparty walaupun bertemu Partizan. Hujung minggu pulak bertemu Chelsea, jadi bersedialah kerana kalau ikut dengar2, Almunia dah mengalami 'kecederaan' tangan atau bahu mungkin sebagai taktik  untuk di drop secara berhemah tak tahulah tapi jika Fabianski yang 2 kali 5 perangai digunapakai, berdoalah.. Keajaiban boleh datang, jangan berhenti berharap.Jika ditanya salah siapa, jawabnya adalah semua. Salah pemain kerena tidak fokus tidak konsisten, tidak bermain dengan hati dan jiwa, salah Wenger dengan taktikal selectionnya, salah Pat rice kerana muka toyanya dan bisikan2 hasut pada Wenger yang memperngaruhi keputusannya, salah Vick Akers sebab jadi Kit Man patutnya biar jadi manager Ladies terus pun ok(hahah apa salah.) salah aku kerana begitu mengharap, last2 terkejut sendiri melihat result perlawanan, aku tidak pernah terpikir akan Arsenal akan membazirkan mata di Emirates bertemu WBA, jadi memang aku bersalah kerana overkonfiden.

Nampaknya ciri2 juara masih belum ada pada kita. Carling Cup pun jumpa Newcastle, pasukan yang boleh tahan gagah. 'Hanya Carling Cup' ? Aku terpikir, rasanya Carling Cup menjadi medan untuk pemain2 ini memulakan langkah, ambil berat sajalah Carling Cup biarpun piala Mickey Mouse kerana mereka ini kebanyakannya batch pemain yang tidak pernah menang apa2 secara bersama, biarlah dengan permulaan Carling Cup sebagai moral boost untuk mreka rasa apa ertinya menjadi juara, biarpun kecik, rasailah dulu pengalaman, bila dah start hadiah kecik , baru lah nafsu membuak2 untuk mendapatkan yang lebih sebab dah ketagih. Harap jalan ceritanya macam itulah sebab yang aku nampak takde winning mentaliti dalam team sekarang ini kecuali Juara Dunia dan Eropah yang dirasai oleh Fabregas seorang. Wenger perlu berhenti jadi nice guy dalam office, bilik persalinan dan atas padang.Jadilah atuk yang garang bertempat untuk menghantar signal, tiada tempat dalam pasukan bagi mereka yang menyarung jersi merah putih sekadar suka2 isi masa lapang.


Salah siapa kalau jadi macam ni?

1) it's really upset bila melihat taktikal yg sgt x menjadi.
2) truly poor performance dari diaby, almunia,laurent, dan eboue
3) result harini prove kenapa arsenal perlu new keeper.
4) taktikal wenger hari ini sangat memualkan...
5) nasri kapten to-be. superb performance

7) salah siapa result malam ni?

Regards,
HaDee


Jumaat, 24 September 2010

Gibbs selamat, Diaby kembali

Brulangkali menonton klip video buak kecik spuds menangis itu tidak membosankan, agak lucu.Mungkin itulah besar maknanya piala tersebut pada kelab itu melihat reaksi mereka atau mungkin budak tersebut mengalami penderaaan kanak2, kecewaa kerana dia ingin menyokong pasukan utara London sebenar tapi dipaksa dengan kekerasan oleh otang2 tuanya menyarung jersi Spuds ke stadium. Baiklah, cukup dengan budak spuds itu. Cerita pasalbudak Arsenal pulak, berjasad budak,bervisi permainan dewasa itulah Jack Wilshere, man of the match bagi perlawanan tempoh hari.Kapten Jack st up 2 bijik untuk Lansbury dan Arshavin menunjukkan kelebihan ketenangan dan keseslesaan ketika mengawal bola berbanding dengan kebanyakan rakan2 seusianya,itulah bakat sedia ada bagi pemain yang baik.Masih terlalu awal, dan terlalu jauh, harapnya dia boleh kawal diri dan meniti perjalanan seperti jejak langkah Fabregas, slow2 mencipta nama dan tiada perkaraburuk berlaku sepanjang proses pembinaan kerjayanya.Melegakan, dia masih belum dikaitkan dengan mana2 DNA.

zzsatu lagi perkara melegakan adalah Gibbs terselamat daripada kecederaan yang merisaukan iaitu, keretakan metatarsal untuk kali kedua. Difahamkan kecederaan Gibbs yang dilepastayangkan oleh Astro adalah hanya kecederaan ringan membuatkan seluruh kem Arsenal lega sedikit kerana tidak mampu lagi nak handle bermacam2 lagi kecederaan yang selalu melanda.Apa puncanya? permakanan? corak permainan kita yang terlalu open? Hasad dengki dari pihak lawan? atau pun Doktor2 dan klinik kesihatan Arsenal?


Wenger pulak yang baru sudah mejaani satu penggantungan perlawanan berkata Dia menyuarakan pendapat bila perlu dan jika dia rasa dia betul dia akan menegaskan perkara tersebut dan jika sebaliknya dia tidak akan malu untuk mengaku sepertimana akuannya terhadap insiden di Sunderland. Terkenal dengan hubungan dingin bersama FA , Media dan tak pasal2 menjadi 'musuh' beberapa manager kecil BPL, Wenger sempat mengingatkan kembali kepentingan video teknologi terutama dalam kes2 kekasaran seperti tackle Robinson ke atas Diaby yang dilepas pandang. Sementara itu hanya Diaby sahaja yang dijangka kembali bagi pertemuan menentang West Brom Sabtu ini. Rosicky Eboue perlu menjalani pemeriksaan lanjut, Squaillaci mungkin pulih dari kecederaan otot, Song pulang dari penggantungan. Fabregas dan Mael sedang berhempas pulas nak menyiapkan diri bagi pertemuan menentang chelsea 3 Oktober tapi Wenger tidak memberi harapan.


Anda apsti dengar akan kekecewaan yang diluahkan Szczesny pada media terhadap Wenger  akibat tidak diberi peluang bermain, terutama terlepas Carling Cup yang diberi pada 'world class' Fabianski. Memang laa, siapa yang tak bengang kerana awal2 dijanjikan untuk rotation sekurang kurangnya kejohanan seperti Carling Cup boleh menjadi medan untk mereka menunjukkan bakat menimba pengalaman tapi alih2 diabgainya posisi itu pada pemain yang dah berapa tahun dapat peluang tapi tak improve2. Namun Wenger dengan tenang menyuruh Szesny jangan gelabah, jangan gelojoh dan bersabar kerana masanya pasti akan tiba. Dia memahami kekecewaan penjaga2 gol mudanya dan berkata adat laa tu pemain muda tak sabar cuma mereka perlu bersedia menghadapi sebrang kemungkinan persaingan kerana posisi mereka hanya ada satu slot di atas padang. Malah mereka mempunyai tempoh kerjaya yang lebih panjang berbanding outfield2 player yang lain.Jika begitu tambahnya,Manone pun berhak mendapat tempat tapi setakat ini dia masih diam dan berpijak di bumi nyata. Betul apa yang Wenger katakan itu tetapi,seperti Szczesny, gua sebagai penyokong pun agak kecewa kerana kepala otak dah bajet anatara kedua2 keeper muda yang dapat peluang untuk Carling Cup, dan kalau nak bagi sangat Fabianski peluang lagi, Fa Cup boleh menjadi medannya. Oleh itu aku rasa, kekecwwaan yang diluahkan Szczesny adalah kerana terlalu berharap lalu terkejut.Itu sahaja.

"When you have educated a player like we have with Szczesny, who arrives at the age of 16, it is a long-term investment which costs a lot of money, so you want to keep the players."


Rabu, 22 September 2010

Relax..'hanya Carling Cup'..kah kah kah



Kah Kah Kah..opss! 'hanya Carling Cup' tapi gua tetap nak gelak gak..'kah kah kah'..Spudss..Spuds.. dapat gol pun nasib.Satu lagi keputusan match official yang tak konsisten hampir memperngaruhi result Arsenal malam tadi. Di belah yang sama, sebelum itu Gibbs dikatakannya offside tapi alih2 Robie Keane yang kalau ikut kes Gibbs pun boleh didebatkan , diterima golnya, kurang ajar tapi pembalasan berlaku on the spot. Bajet nak tunggu penalti laa ke? nak taik ke masa tambahan konon nak bagi penat player2 Arsenal last2 Redknapp tengok sendiri playernya yang longlai tak fit siap ada cramp sekali, itupun dibantu pemain Arsenal. Wenger plak slumber usha dari atas malas nak layan kerenah FA biar diri digantung 1 match kerana apa..kerana 'hanya Carling Cup'..kah kah kah.. Maknanya dia akan kembali ke bangku pengurusan ketika bertemu West Brom Sabtu ini. Satu lagi hal adalah Astro, selepas 90 minit plus plus (l'ebih dari 4 minit'..aku tunggu)aku terpaksa rushing pergi on streaming bukak2 dah 3 bijik takde la miss sangat kerana gol2 adalah penalti Nasri-celebration gol keduanya mmg sempoi ketika melihat muka2 setiap Spuds di belakang nasri- tapi melihat pada muka seposen  Bentley dan Harry, gua rasa puas. Tak sampai seminit gol Arshavin muncul. Kah kah kah..opss 'hanya Carling Cup'.. Aku harap lepas ni Astro tayang sahaja 15 minit waktu rehat apa yang berlaku di stadium dan boleh skip 45 minit sebelum dan selepas itu, bukankah lagi bagus bagi menjana keuntungan..



Apapun tabik kepada Lansbury dan Wilshere kerana mendominasi bahagian tengah sambil Denilon melakukan kerja2 'kotor' membuatkan makhluk sebesar Palacios buntu.Selamat datang ke dunia sebenar Harry, barulah ko tau kenapa kena rehatkan pemain dan perlunya rotation kalau tak sebelum ni memekak siang malam tapi takpelah..'Hanya carling Cup' kah kah kah..di WHL..4  bijik..sorry Shebby.


Selasa, 21 September 2010

Tak abeh2 nak melayan Spuds..

Dah pulak.. mula2 Big sam, lepas ni sekarang VDV..Semuanya perasan lebih bagus dari Wenger dan Arsenal sedangkan fakta tidak pula membuktikan apa yang mereka sembang lebat itu. Cakap hanya sekadar cakap kosong, bukan nak berlagak, tapi itu realiti, Big sam tak pernah teruji di peringkat tertinggi, Spurs haram jadah nak sentuh tahap Arsenal sekarang ni.VDV yang tak tau apa baru sampai liga Inggeris sengaja memanaskan rival antara kedua2 kelab utara London.Masih kuingat waktu Ogos dulu katanya dia hanya akan menyertai kelab2 top di BPL atau seingat aku tidak akan menyertai mana2 kelab selain United..Tapi sekarang, dimana dia berada? Di sebuah kelab kecil tapi bercakap besar. RVP mungkin tak habis sekolahkan lagi rakan baiknya.

Berita mengenai kecederaan Fabregas, walaupun scan belum dijalankan Fabregas di Twitternya mempubnyai harapan besar bahawa dia kan mengemudi Arsenal ketika bertemu Chelsea 3Okt nanti.Arsenal pastinya amat ketagih aksi kepten profesional yang serara individu memperngaruhi keputusan perlawanan2 Arsenal trutama persembahan ketika menentang Braga.



Sibuk nak pikir tentang kecederaan, pastinya Wenger takde masa nak layan segala apa dakwaan FA terhadap Wenger. FA yang selama ini dikenali sebagai anti Wenger amek kesempatan ini sekali lagi untuk menyerang pengurus Arsenal atas sebab kononnya Wenger ada melakukan 'kekasaran' terhadap pegawai keempat perlawanan di Sunderland Sabtu lepas-isu nasi tambah. 8k pound dan 1 match penggantungan menanti jika Wenger didapati bersalah.Mengenali Wenger, dia pastinya akan mencabar kesahihan.Baginya, Lawan tetap lawan.

Awal pagi nanti World Cup Carling Cup, piala yang digila2 oleh Spuds. Aku harap Wenger meneruskan tradisi dengan hanya menurunkan pemain2 simpanan bagi mendapat pengalaman dan Spuds menurunkan barisan terbaiknya. Suka aku jika melihat Gallas mengetuai mereka keluar dari terowong Emirates, dan aku lebih suka jika mereka dimalukan oleh barisan muda Arsenal.


Ahad, 19 September 2010

Highlight Arsenal vs Sunderland


Wenger punya menyampah tahap mentibang laut dekat ref sampai dia dah malas nak komen, nanti ada laa suara2 sumbang dari kelab2 bawahan dok ngungkit2 bising2.. Ini bukan alasan tapi gua kepanasan. Walaupun dapat 1 mata, gua rasa dirompak, apapun terpaksa akur sebab kredit kepada semangat juang Sunderland. Defend kita pun semalam mean business gak, jadi dengan adanya laci, Kos dan Mael..gua rasa lega sket berbanding era Silvestre dan Sanderos ketika di atas padang.Cuma Clichy masih lagi tercari2 form apabila berapa kali diayamkan ElMohamady dengan taktik yang sama berulang kali, pelik kenapa Clichy tak pernah belajar.10 orang tapi kita masih mengawal penguasaan dan Song perlu memikirkan balik kerasionalan membuat tindakan2 yang tidak perlu , tapi Malbranque memang tunggu masa jek cari pemangsa buat2 berlakon jadi mangsa. Encik Rosicky tiada nasib, cukuplah dia menyalahkan diri sendiri pada raut wajahnya.Tapi kalau tak konfiden sepatunya jangan amek Tak tahu pulak tugas sepakan penalti diarahkan kepadanya yang menggantikan Fabregas.

Fabregas, 'superb ' goal tapi malang kene hamstring akibat impak tampanan tersebut.Masalah lagi melanda sesudah team kita dihujani kecederaan. Pendek kata Arsenal perlu memikirkan balik apa yang tak kena, apa yang tak kena adalah kita tidak membunuh perlawanan tersebut.Huhu kill the game, ada chance tapi tak mau pakai , Chamakh Arshavin, Rosicky, Nasri Denilson tapi tak banyak pun kita create chances sebenarnya. Itulah yang dijangka jika bertemu dengan persembahan pasukan yang all out macam Sunderland semalam, 1 gol tak pernahnya selamat. Bagi WIlshere pulak pengalaman macam ni tentunya 'baru' dan bagus untuk dipelajari tapi jangan ikut rentak abang2 yang tak pernah nak serik ni. Namun kewarasan gua masih rasa tercabar dengan Ref Si Daud..


Nasik Tambah Bawa Padah..

1st, aku dapat rasanya dengan semua performance yg ditonjolkan Arsenal dewasa ini, adalah sangat wajar kita menepuk tangan sambil mendabik sedikit dada kerna dengan kematangan team yg dibela, plan pembelian bijak Wenger, Arsenal maseh terus gah, masih lg x kalah walaupun dah sekali seri..KENAPA AKU KATA SEKALI SERI? WALHAL MALAM NI PUNYA SERI DAH MENJADIKAN ARSENAL SERI 2 KALI..

Ini adalah kerana aku rasa match malam ini tersangat berat sebelah..Disebalik spekulasi kecederaan yang melanda, kita masih boleh memberi saingan dan syabas kepada Fabregas kerana berjaya menjaringkan goal-tak-sengaja yang sekaligus mengInjuredkan dirinya sendiri..

Xperlu salahkan rosicky kerana dia dah lama sangat x main n mmg agak sukar untuk orang yg selalu jadi sub, lama x main n just recently main nak last-catch-up tempo semasa team..Namun good-job jugak aku rasa bg rosicky keranamasih boleh memberikan persembahan hebat..mungkin gandingan semasa sahaja belum serasi..

Song kena kad merah? aku x paham mengapa beliau kene scd yellow card..suppose it should be last warning kerana Melbourne muke sengal bukannyer dkt dgn goal pun n challenge tu pun without intend..cat stEVEN pengulas pun pelik dengan reff yg x semena-mena emo kasi card..

Xpleaaa, walaupun bermain 10-orang, kite maseh bergaya dengan passing2 dan corak bertahan yang mantap...TP agak kelakar aku lihat aksi reff yg begitu lembut hati dgn player2 SUNDALand dan paling xbleh trima, nasik tambah yang diberi bertalu2 sehingga SundalAND belahak goal, baru reff tiup..OK, STOP DISINI..ARSENAL SERI WALAUPUN PERFORMANCE MENARIK..KITA TERIMA SAHAJA HAKIKAT INI..

Nah, inilah puncanya mutu Bola Sepak England dan seterusnya corak permainan pasukan ENGLAND  x pernah berkembang..inilah puncanya aku rasa dek kerana keputusan dan corak pengadilan yang sememangnya x professional..Hakikatnya, pengdail pun dipengaruhi setuasi semasa dan genre perkauman-England..MU NGKIN inilah salah satu sebab yg harus Capello usyar..Nak kata player2 england x power, aku rase semue mantap tp mungkin kerana dah terbiasa dimanja atau terbiasa dengan senario pengadilan di England, mereka x dpt menyesuaikan diri sewaktu berganding bersama sebagai satu pasukan ENGLAND sewaktu menentang pasukan negara lain dalam corak pengadilan antarabangsa..MUNGKIN INILAH SEBABNYA aku rasa...

tp ni pendapat aku laa...kalo hngpa semua x setuju aku xleh wat apa..hehe..APA2PUN aku sronok tgk match malam ni..paling sronok bila usyar refree kena camdet dgn Wenger yg wat gaya sami mintak ampun..huhu...


Sabtu, 18 September 2010

Pre Match : Kacau kucing hitam.

Sebelum kita pergi lebih lanjut terhadap perlawanan malam ini, kita bincangkan sorotan2 yang berlaku spanjang 2 3 hari. Paling menggemparkan adalah 'Bendi bersara?'! Lantas Bendi yang senyap sunyi akibat kecederaan tiba2 muncul di Arsenal.com segera menafikan khabar angi kus2 itu. Mana mungkin seorang pemain yang claim diri dia BAKAL penyerang terbaik dunia tiba2 menyerah kalah mengakui dirinya hanya BEKAS BAKAL pemain terbaik dunia. Self confidence nya terlalu tinggi, jika dia bersara sekalipun, dia takkan mengakuinya dan mungkin ketika duduk sebelah seat flight dengan Daniel Karbassiyoon pergi menjelajah mencari bakat2 baru, dia akan berkata 'akulah scout terbaik dunia'. Tapi jangan panik, walaupun belum ada return date, Bendi tetap mampu kembali sepak bola cuma persaingan makin sengit dengan kehadiran Chamakh dan aksi Vela.

Aku sekapal dengan kapten kita Fabregas, hanya kemenangan ke atas pasukan seperti Blackburn, Blackpol dan Bolton maka  belum lagi boleh diisytiharkan musim ini milik kita. Lebih baik kita pergi game by game, menang dan terus menang tanpa mendabik dada. Memang benar ada yang dah meletakkan arsenal sebagai pilihan, tak kurang juga memuji melambung2 pemain2 yang tengah on form seperti Walcott dan Wilshere, tak salah, mereka layak mendapat kredit tetapi masih terlalu awal. Bukan tidak pernah berlaku- gah di awal, lembik di akhir- itulah sebabnya pemain2 seperti  Clichy dan Fabregas yang jatuh bangun bersama Arsenal demand consistency daripada pasukan. Itulah sebabnya gua risau mendengar kenyataan Wenger terhadap Almunia tapi bila dipikir2 balik, bukan Wenger tak pernah pun cakap bohong, biasalah dia memang suka menanam keyakinan kepada para pemain dan memuji mereka di khalayak.

"I'm ready for them [Arsenal's goalkeepers] to prove you [the media] wrong.With goals, you usually make five errors but it is always the 'keeper who gets the blame. There was pressure in the summer on the 'keepers. But we have four great 'keepers. At the moment Almunia is the No. 1 and he has been outstanding."

Sebenarnya masih terlalu awal untuk memuji lebih2.Maka targetnya tidak perlu jauh, stadium of light sahaja malam ini kita fokuskan.Tempat yang dah 2 tahun berturut2 Arsenal tak menang2. 2 musim sebelum ini pun hanya tandukan last minit daripada Fabregas yang menyelamatkan maruah Arsenal tapi musim lepas jaringan Bent membuatkan Arsenal yang penat selepas kembali dari internationaleleh tersungkur. Kita bernasib baik kerana match Champions League itu hari adalah di rumah sendiri dengan Fabregas menjadi arkitek dan man of the match, sentuhan kapten menjadi harapan malam ini. Sampai Kevin Keegan pun puji habis.

Kucing hitam bukan sebarang kucing, mereka dah mengalahkan pasukan jutawan Mancis. Pembelian baru mereka Mat Gian juga semakin gian nak buktikan kehebatan di BPL. Arsene Wenger sendiri mengakui dia 'menjeling2' pemain Ghana ini ketika berada di Afrika, tetapi setelah dia ditampar dan dicubit pipi oleh Pat Rice, barulah dia sedar bahawa dia dahpun beli Marwan Chamakh. Selain itu, Lee Cattermole dah dapat 2 kad merah musim ini, jadi anda boleh jangkakan jenis permainan apa yang akan dihidangkan mereka malam ini, tak jauh beza dengan pasukan2 fizikal yang lain cuma musim ini tanpa bekas hardman mereka Lorik cana.

Arsenal pula tanpa kelibat Mael dan Diaby selain yang dah sedia ada cedera. Ini bermakna gandingan Squaillaci dan Koscielny akan diteruskan.Ada eloknya jugak kerana ini buat pertama kali gandingan ini diuji secara away, maka persefahaman akan bertambah  biarpunsesekali tu kekekokan masih ketara antara mereka. Laci dengan 'kepala lama' old school defendingnya , manakal aKos dengan tight marking dan interception nya. Diaby dan Mael dijangka hanya pulang ketika bertemu West Brom namun kaki Abou mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Inilah masanya untuk Denilson mengambil alih tapi dengan Wilshere yang dah start 4 perlawanan sekarang ini, mungkin Wenger tidak berhasrat menukar strateginya. Song dan Fabregas pastinya starter, Nasri dan Arshavin akan mengapit dari wide memberi support pada Chamakh. Bench kita nanti masih lagi kuat dan ada option dengan Vela, Rosicky, Eboue, Denilson. Bayangkan kalau semuanya fit, pasti Wenger dalam dilema.

--------------Almunia----------------
Sagna----Kos----Laci--------Clichy
-------------Song-------------------
-------Fabregas---Wilshere---------
---Nasri----Chamakh-----Arshavin-

Nampaknya sama seperti line up menentang Braga, tapi jika Wenger ingin merehatkan beberapa muka mungkin wenger akan memilih Rosicky yang flexible membantu bahagian atas.Menang malam ini  kita boleh tunjuk kematangan dan konsistensi. Astro 817 12:30 am , Sunderland 1- Arsenal 3.


Khamis, 16 September 2010

Post Match: Arsenal braya sakan



Arsenal betul2 beraya sakan apabila membuka kempen UEFA Champions League dengan ang paw raya besar 6-0. Pulang dari Ramadhan dan menyambut raya, Nasri menunjukkan tanda kepulihan selepas menamatkan 90 minit semalam. Paling best menyaksikan persembahan cemerlang kapten kita Fabregas score 2 bijik dan assist 2 bijik buat Mat Lob Dan Adek Andrei. Andrei dan Mat Lob sendiri bergandingan untuk gol ke lima, hantaran comel Andrei berjaya dikuis atau dilob cantik meninggalkan Felipe hopeless di pintu gol. Rakan sejawatnya Almunia duk rilek kat seberang padang rehat2 minum laici dan kire kos, hanya. Gandingan baru Laci dan Kos diteruskan.selain tu satu dua Si Camak dengan kapten Jack jugak menjadi. Digelar sebagai 'Arsenal do Miho' di Portugal, tapai nampak gayanya mereka masih belum setanding Arsenal. Kejayaan ini meneruskan momentum buat permulaan baik musim ini.4 kemenangan berturut2 dan satu seri di awalnya mampu menambahkan self belief di kalangan pemain yang rata2 mengalami kekecewaan ketika summer dan world cup. Biarpun perjalanan masih panjang, ada tanda2 positif dapat dilihat dan harap segalanya berterusan.


Rabu, 15 September 2010

Champions League : Braya bersama Braga

Masih lagi dalam mode raya? Maaf atas ketidaksempatan , maaf zahir batin masih valid untuk diucapkan. Satu kemenganan yang cukup sempoi dengan partnership baru ketika bertemu Bolton. Kos-Laci. Agak memberangsangkan kerana mereka boleh coup dengan Daives dan Elmander.Satu lagi positif dari perlawanan itu adalah kemunculan Fabregas yang mula naik gear.

Awal pagi nanti kita akan memulakan kempen menentang kela Arsenal portugal Braga. Merka juga memakai jersey merah dan lengan putih seperti Arsenal suatu tradisi yang disemai selepas pengurus2 zaman dahulu kala mereka kagum dengan aksi Arsenal.Arsenalistas kata mereka. Mael dan Diaby masih lagi tak dapat beraksi. Diaby paling malang sekali kerana tackle selepas 11 minit di padang itu memberi kecederaan teruk pada pergelangan kaki. Nasri mungkin berpeluang malam ini selepas Wenger menukar taktik itu hari memasukkan vela..Tiada live malam ini difahamkan dari pihak Astro, maka yang dah terbiasa bangun sahur tu boleh lah bangun untuk melihat delayed..esok pun cuti umum apa salahnya duduk dalam gua matikan enset anda jika tidak ingin menerima sebarang kabar yang boleh buat spoiler.Arsenal 2 Braga 1..


P/S: Walaupun pendek tetapi posting ini tetap ikhlas.


Rabu, 8 September 2010

Salam Eid Mubarak

Seperti lagu Raya Siti Nurhaliza "Sayuuuu~ hati ini makin sayu..rinduuuu~ terkenangkan desa permai~..." Mungkin itu yang masih ada lagi dalam kotak pemikiran Cesc Fabregas yang bagai masih lagi dalam mode teragak2 berpijak di alam nyata bahawa dia belum boleh pulang ke kampung asalnya.Mael dalam satu wawancara menceritakan bagaimana Fabregas berbelah bahagi dan sangat rindukan ayam itiknya di Catalonia sana.Tapi Mael percaya dalam beberapa tempoh masa, match nanti setelah Fabregas pekena lemang bakar dan nasi impit London fius otaknya akan segera di tunekan dan fokus kembali untuk membantu Arsenal.

Itu antara cerita yang tak habis2 yang perlu diulangdengar disebabkan tiada bahan cerita sepanjang minggu Internationaleleh. Dengan England menang kedua2 perlawanan, media bertambah 'sepi' kerana tiada benda yang hendak dikritik begitu juga dengan pasukan2 lain yang mencapai keputusan, France terselamat dari aib kali ini memberi ruang tabloid2 mengisi ruang berita mereka dengan perkara yang lebih senonoh. Tapi sempat jugak terselit komen tak senonoh dari Shawcross, apa dia Shawcross? ko bajet ko Big Show ingat orang takut? berani mau sound2 Wenger konon2 buat2 tak paham apabila mempersoalkan kenapa dia dikritik hebat oleh Pengurus Arsenal. Nasib baik dia Englishman dan mendapat perisai yang cukup kebal dilindungi segenap lapisan, Wenger pula yang dilihat sebagai watak antagonis.Mungin orang dah lupa akan mimpi ngeri yang terpaksa ditempuhi Rambo tapi Arsenal tidak pernah lupa.

Sementara itu , adalah perlawanan Reserve berlangsung membabitkan Arsenal menentang Blackburn. Resultnya 4-3 tapi ada yang lebih penting dari itu, Sebastian Squaillaci menyarung jersey Arsenal buat kali pertama. Tak dapat nak dikomen kerana gua tak berkesempatan tengok aksi signing terbaru ni tapi dengarnya impressive walaupun bolos 3 bijik. Perlu lebih menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru dulu jadi ambil masa, sama jugak seperti Koscielny yang menyimpan respect terhadap bekas juara League One itu.


Sabtu ini lawan Bolton.Denilson menyeru agar rakan2 lain anggap Bolton macam Chelsea. Lebih Afdal kita menganggap Chelsea bagaikan Bolton, jadi apa bezanya? Denilson yang tak pernah join kompetetif match musim ini mungkin berpeluang melakukan cameo nya. Seperkara lagi seperti dijangka RVP diketepikan sehingga pertengahan bulan Oktober. Arghhh.. gua mula tekanan dengan keadaan sebegini.Bila agaknya skuad ini mahu bebas dari anasir2 wabak penyakit.  Oleh kerana match berlangsung pada Sabtu ini, berkemungkinan besar agak limited peluang untuk mengemaskini prematch dan postmatch. Jadi aku lontarkan awal2 harapan kemenangan sempena hiburan hari raya berbanding dengan siaran2 ulangan asro yang lain.

Sempena dengan kedatangan Syawal, aku mewakili Arsenalaysia ingin menyusun jari jemari memohon infiniti ampun dan maaf sekiranya hasil keybord kami mengguris mana2 perasaan dan terlanjur, terlajak kata.kepada anda sekalian. Sesungguhnya ia hanyalah pendapat ikhlas dan luahan hati kecil dari Arsenal untuk Arsenal. Terimakasih kepada anda kerana masih memberi sokongan kepada Arsenalaysia. Arsenalaysia mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua pembaca Muslim.Biarpun Ramadhan telah berlalu dengan tangisan kerinduan, raikanlah syawal dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. Ingatlah para saudara kita yang tak terdaya terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh Bumi milik Tuhan yang Satu ini.Ambillah kesempatan ini bermaaf maafan sesama insan, ibu bapa keluarga saudara rakan taulan. Salam Dunia~


Sabtu, 4 September 2010

Sembang kosong sementara Internationaleleh.

Tak ada banyak yang mahu lagi diperkatakan setelah Kesuma Dewa telah pun mewakili kebanyakan suara Arsenal melahirkan rasa kekecewaan berhubung transaksi perpindahan dalam kem Arsenal. Arsenal telah pun mendaftarkan searai 25 pemainnya dan nama Manuel Almnia serta Wokash Fabianski masih terpahat. Beban dan tekanan besar menanti mereka kerana seluruh mata sedangan menantikan walaupun sekelumit kesilapan dari mereka. Dalam masa yang sama, sokongan harus terus diberikan. Mengenai peraturan 25 pemain tersebut, ada suara2 tidak puas hati apa guna status homegrown kalau semua player yang diklafikasikan homegrown adalah foreigner. Dan lebih membuatkan mereka tidak puas hati apabila Arsenal berjaya meloloskan diri mendaftarkan pasuka tanpa sebarang masalah malah masih banyak tempat kosong dengan ramai pemain bawah 21 tidak perlu difatarkan. Lantaklah, itu kena tanya FA dan Premier League, siapa suruh buat peraturan mengarut macam gitu konon nak bantu England, Wenger awal2 lagi tak bersetuju dan tak nampak apa yang menariknya akan peraturan serba tak siap semberono ini. Sebaliknya FA lebih berminat untuk menyaisat 'komen Ragbi' Wenger terhadap beberapa pasukan bawahan.

Selain pendaftaran pemain, minggu ini kita berehat dengan persiapan raya dan Internationaleleh. 16 pemain Arsenal terpilih membawa tanggungjawab negara masing2. Mujur RVP tidak turut serta. Agak kelakar penggantinya yang tak sedar2 diri pencen masuk balik RVN sempat mengomen  bahawa RVP tak cukup bagus di depan gol. Ya memang diakui, dia bukan jenis fox in the box tapi secara teknikal RVP lebih versatile dan tidak pernah pula mahu komen terhadap bekas pemain United itu. Sorang lagi pemain United yang tak habis2 komen terhadap rakan senegara adalah Andrei Kanchelskis. Apa yang dia tak puas hati terhadap Arshavin pun gua tak tau.Oh mungkin kerana zamannya Russia hanyalah rakan belasahan. Nampaknya ada sesetengah pemain kita menggunakan peluang Internationaleleh untuk berhat baring2 sambil bersanta berbantalkan bolai, betui tak Clichy?


Tugas berat menanti France mencari generasi pemain baru dan komitmen Wenger terhadap Arsenal hingga penghujung kerjayanya tidak dapat membantu France secara langsung menjadi jurulatih pasukan kebangsaan. Tapi dalam diam tak diam secara tak langsung, Wenger menjadi 'scou't bagi France apabila menaikkan nama2 pemain. Namun masih ada lagi yang tak beerterimakasih malah tak berpuas hati apabila Dr pasukan France menyalahkan sikap kerek Nasri sebagai punca kegagalan pasukan France di Afrika.Ape kejadahnya menyalahkan pemain yang tak langsung dapat tiket kapal terbang ke sana, apa ingat Nasri hantar santau ke apa. Jadi tak pelik lah kalau nama Silvestre,Cygan lepas ni pun tiba2 naik jugak

Apa lagi yang berlaku? Jack Wilshere, sesudah diakatakan hanya sebagai pelerai pergaduhan kini timbul kes 'upskirt'. Kalau itu hari ada CCTV sebagai bukti Wilshere terlibat tapi untuk kes macam ini masih belum ada lagi bukti kukuh. Cuma kalau betul, agak memalukan tapi tak pelik kerana inilah yang akan terjadi pada anda jika anda star England in the making.. Namun The Sun dan rakan2 sekutunya memang suka bebanr cerita2 macam gini yang mensensasikan Adams kaki botol, Henry cerai bini, Bendi londeh seluar, Gallas hisap rokok dan banyak lagi dari zaman dulu lagi. 

Balik pada berita bola sepak, Mael dengan konfidennya ada azam baru iaitu clean sheet lebih penting dari dia menjaringkan gol. Dia tahu setiap kali dia mara kedepan orang akan mengharapkan satu rembatan padu daripadanya, bukan dia tak suka, dia gembira dapat score tapi dia lebih inginkan Arsenal bertahan sebagai satu unit- suatu yang telah lama Arsenal kehilangan. Dengan pemergian Gallas, kini Mael ada role baru sebagai leader di bahagian back 4, commander kepada rakan2 lain, dia ada segalanya ciri2 sebagai pemimpin semulajadi. Kita dapat lihat musim ini bagaimana corak pimpinan Mael dan vokal yang lebih lantang daripada pemain Belgium ini.Apa yang perlu baginya adlaah protection terhadap Almunia. Berita baiknya adalah Nasri akan kembali pada pertemuan menentang Bolton. Ermm aku seakan2 hendak terpercaya dengan teori Nasri diberi fake injury dan pelepasan sempena bulan Ramadhan dan tiba2 disahkan cergas ketika hari Raya. huhuhu..

P/S : Menculik Miyaichi

Harap lebih menjadi dari Inamoto. Takpun Gazidis dah plan nak memperluas market Asia dengan jualan jersey..


Rabu, 1 September 2010

Another Flop Perhaps?

So, tertutup sudah buku transfer untuk Sesi Awal Season ini dan seperti yang dijangka, tiada sebarang SIGNING keeper yang dibuat dan ternyata Almunia masih bakal menyarung jersi NO 1 Arsenal. Sekali lagi, hampir separuh peminat Arsenal (bukan semua) rata-rata kecewa dengan berita ini namun aku yakin, Wenger akan berkata yang pihak Arsenla sudah cuba sedaya upaya untuk Sign Best Player tp at the end, kita gagal. Persoalannya, mengapa kita GAGAL. Faktor DUIT? atau Faktor TIDAK TETAP PENDIRIAN DAN KEMUT. Itu yang menjadi persoalan setiap kali kita gagal SIGN player yang kita harap dapat memberi pembaharuan di Emirates. Namun, bagi aku secara peribadi, walaupun kita GAGAL mendapatkan keeper baru, kehadiran LUCI sedikit-sebanyak menyenangkan hati. Luci dilihat seorang predator yang bagus dan gandingannya bersama Verminator amat sesuai..Apabila Si Muda dan Si Matang bergabung, di situlah wujudnya keseimbangan..Aku yakin barisan pertahanan Arsenal sekarang agak kental dengan adanya Luci, Mael, Kuci, Jojo, Cici, Nana, eMboi & Gib. Ditambah pula dengan SONG yang dilihat permain serba-boleh di bahagian pertahanan, kita sudah mapan di situ. Mungkin kelibat mereka ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah Pertahanan kita dan boost MORAL ALMUNIA untuk terus perform bersama THE GUN GUN.
Okeh, berikut adalah rumusan player yang masuk dan kuar sepengetahuan aku. Kalo ade yang tertinggal or tak betul, korang komen k. Wassalam...JGN SEDIH2...

KELUAR :
Gallas > kenTOTENHAM
Silvestre > Wender BeROmen
Sanderos > FOOLham
Cambell > Newcastelo
Traore > Juve - on loan
Merida > At. Madrid
Eduardo > Shaktar Don.
Jay Simpson > Hull

MASUK:
Chamakh < Bordok
Laurent Kiki < Lorient
Luci < Sevilla
Wellington Silva < Fluminense


P/S: Berkenaan tajuk di atas, ramai pengkritik mempersenda Arsenal yang tidak berjaya secure mana2 keeper untuk menggantikan Almunia dan sesetengah dari mereka termasuk THE SPECIAL ONE mengatakan, "Arsenal will be facing another flop this season" WTH THE SPECIAL ONE..KO INGAT KO ONEjawak ONEhassan, ko bagus ke...1st game pun dah seri dgn kelab cikai..cakap banyak..