Seperti lagu Raya Siti Nurhaliza "Sayuuuu~ hati ini makin sayu..rinduuuu~ terkenangkan desa permai~..." Mungkin itu yang masih ada lagi dalam kotak pemikiran Cesc Fabregas yang bagai masih lagi dalam mode teragak2 berpijak di alam nyata bahawa dia belum boleh pulang ke kampung asalnya.Mael dalam satu wawancara menceritakan bagaimana Fabregas berbelah bahagi dan sangat rindukan ayam itiknya di Catalonia sana.Tapi Mael percaya dalam beberapa tempoh masa, match nanti setelah Fabregas pekena lemang bakar dan nasi impit London fius otaknya akan segera di tunekan dan fokus kembali untuk membantu Arsenal.
Itu antara cerita yang tak habis2 yang perlu diulangdengar disebabkan tiada bahan cerita sepanjang minggu Internationaleleh. Dengan England menang kedua2 perlawanan, media bertambah 'sepi' kerana tiada benda yang hendak dikritik begitu juga dengan pasukan2 lain yang mencapai keputusan, France terselamat dari aib kali ini memberi ruang tabloid2 mengisi ruang berita mereka dengan perkara yang lebih senonoh. Tapi sempat jugak terselit komen tak senonoh dari Shawcross, apa dia Shawcross? ko bajet ko Big Show ingat orang takut? berani mau sound2 Wenger konon2 buat2 tak paham apabila mempersoalkan kenapa dia dikritik hebat oleh Pengurus Arsenal. Nasib baik dia Englishman dan mendapat perisai yang cukup kebal dilindungi segenap lapisan, Wenger pula yang dilihat sebagai watak antagonis.Mungin orang dah lupa akan mimpi ngeri yang terpaksa ditempuhi Rambo tapi Arsenal tidak pernah lupa.
Sementara itu , adalah perlawanan Reserve berlangsung membabitkan Arsenal menentang Blackburn. Resultnya 4-3 tapi ada yang lebih penting dari itu, Sebastian Squaillaci menyarung jersey Arsenal buat kali pertama. Tak dapat nak dikomen kerana gua tak berkesempatan tengok aksi signing terbaru ni tapi dengarnya impressive walaupun bolos 3 bijik. Perlu lebih menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru dulu jadi ambil masa, sama jugak seperti Koscielny yang menyimpan respect terhadap bekas juara League One itu.
Sabtu ini lawan Bolton.Denilson menyeru agar rakan2 lain anggap Bolton macam Chelsea. Lebih Afdal kita menganggap Chelsea bagaikan Bolton, jadi apa bezanya? Denilson yang tak pernah join kompetetif match musim ini mungkin berpeluang melakukan cameo nya. Seperkara lagi seperti dijangka RVP diketepikan sehingga pertengahan bulan Oktober. Arghhh.. gua mula tekanan dengan keadaan sebegini.Bila agaknya skuad ini mahu bebas dari anasir2 wabak penyakit. Oleh kerana match berlangsung pada Sabtu ini, berkemungkinan besar agak limited peluang untuk mengemaskini prematch dan postmatch. Jadi aku lontarkan awal2 harapan kemenangan sempena hiburan hari raya berbanding dengan siaran2 ulangan asro yang lain.
Sempena dengan kedatangan Syawal, aku mewakili Arsenalaysia ingin menyusun jari jemari memohon infiniti ampun dan maaf sekiranya hasil keybord kami mengguris mana2 perasaan dan terlanjur, terlajak kata.kepada anda sekalian. Sesungguhnya ia hanyalah pendapat ikhlas dan luahan hati kecil dari Arsenal untuk Arsenal. Terimakasih kepada anda kerana masih memberi sokongan kepada Arsenalaysia. Arsenalaysia mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua pembaca Muslim.Biarpun Ramadhan telah berlalu dengan tangisan kerinduan, raikanlah syawal dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. Ingatlah para saudara kita yang tak terdaya terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh Bumi milik Tuhan yang Satu ini.Ambillah kesempatan ini bermaaf maafan sesama insan, ibu bapa keluarga saudara rakan taulan. Salam Dunia~
Rabu, 8 September 2010
Salam Eid Mubarak
11:54 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan