Sabtu, 4 September 2010

Sembang kosong sementara Internationaleleh.

Tak ada banyak yang mahu lagi diperkatakan setelah Kesuma Dewa telah pun mewakili kebanyakan suara Arsenal melahirkan rasa kekecewaan berhubung transaksi perpindahan dalam kem Arsenal. Arsenal telah pun mendaftarkan searai 25 pemainnya dan nama Manuel Almnia serta Wokash Fabianski masih terpahat. Beban dan tekanan besar menanti mereka kerana seluruh mata sedangan menantikan walaupun sekelumit kesilapan dari mereka. Dalam masa yang sama, sokongan harus terus diberikan. Mengenai peraturan 25 pemain tersebut, ada suara2 tidak puas hati apa guna status homegrown kalau semua player yang diklafikasikan homegrown adalah foreigner. Dan lebih membuatkan mereka tidak puas hati apabila Arsenal berjaya meloloskan diri mendaftarkan pasuka tanpa sebarang masalah malah masih banyak tempat kosong dengan ramai pemain bawah 21 tidak perlu difatarkan. Lantaklah, itu kena tanya FA dan Premier League, siapa suruh buat peraturan mengarut macam gitu konon nak bantu England, Wenger awal2 lagi tak bersetuju dan tak nampak apa yang menariknya akan peraturan serba tak siap semberono ini. Sebaliknya FA lebih berminat untuk menyaisat 'komen Ragbi' Wenger terhadap beberapa pasukan bawahan.

Selain pendaftaran pemain, minggu ini kita berehat dengan persiapan raya dan Internationaleleh. 16 pemain Arsenal terpilih membawa tanggungjawab negara masing2. Mujur RVP tidak turut serta. Agak kelakar penggantinya yang tak sedar2 diri pencen masuk balik RVN sempat mengomen  bahawa RVP tak cukup bagus di depan gol. Ya memang diakui, dia bukan jenis fox in the box tapi secara teknikal RVP lebih versatile dan tidak pernah pula mahu komen terhadap bekas pemain United itu. Sorang lagi pemain United yang tak habis2 komen terhadap rakan senegara adalah Andrei Kanchelskis. Apa yang dia tak puas hati terhadap Arshavin pun gua tak tau.Oh mungkin kerana zamannya Russia hanyalah rakan belasahan. Nampaknya ada sesetengah pemain kita menggunakan peluang Internationaleleh untuk berhat baring2 sambil bersanta berbantalkan bolai, betui tak Clichy?


Tugas berat menanti France mencari generasi pemain baru dan komitmen Wenger terhadap Arsenal hingga penghujung kerjayanya tidak dapat membantu France secara langsung menjadi jurulatih pasukan kebangsaan. Tapi dalam diam tak diam secara tak langsung, Wenger menjadi 'scou't bagi France apabila menaikkan nama2 pemain. Namun masih ada lagi yang tak beerterimakasih malah tak berpuas hati apabila Dr pasukan France menyalahkan sikap kerek Nasri sebagai punca kegagalan pasukan France di Afrika.Ape kejadahnya menyalahkan pemain yang tak langsung dapat tiket kapal terbang ke sana, apa ingat Nasri hantar santau ke apa. Jadi tak pelik lah kalau nama Silvestre,Cygan lepas ni pun tiba2 naik jugak

Apa lagi yang berlaku? Jack Wilshere, sesudah diakatakan hanya sebagai pelerai pergaduhan kini timbul kes 'upskirt'. Kalau itu hari ada CCTV sebagai bukti Wilshere terlibat tapi untuk kes macam ini masih belum ada lagi bukti kukuh. Cuma kalau betul, agak memalukan tapi tak pelik kerana inilah yang akan terjadi pada anda jika anda star England in the making.. Namun The Sun dan rakan2 sekutunya memang suka bebanr cerita2 macam gini yang mensensasikan Adams kaki botol, Henry cerai bini, Bendi londeh seluar, Gallas hisap rokok dan banyak lagi dari zaman dulu lagi. 

Balik pada berita bola sepak, Mael dengan konfidennya ada azam baru iaitu clean sheet lebih penting dari dia menjaringkan gol. Dia tahu setiap kali dia mara kedepan orang akan mengharapkan satu rembatan padu daripadanya, bukan dia tak suka, dia gembira dapat score tapi dia lebih inginkan Arsenal bertahan sebagai satu unit- suatu yang telah lama Arsenal kehilangan. Dengan pemergian Gallas, kini Mael ada role baru sebagai leader di bahagian back 4, commander kepada rakan2 lain, dia ada segalanya ciri2 sebagai pemimpin semulajadi. Kita dapat lihat musim ini bagaimana corak pimpinan Mael dan vokal yang lebih lantang daripada pemain Belgium ini.Apa yang perlu baginya adlaah protection terhadap Almunia. Berita baiknya adalah Nasri akan kembali pada pertemuan menentang Bolton. Ermm aku seakan2 hendak terpercaya dengan teori Nasri diberi fake injury dan pelepasan sempena bulan Ramadhan dan tiba2 disahkan cergas ketika hari Raya. huhuhu..

P/S : Menculik Miyaichi

Harap lebih menjadi dari Inamoto. Takpun Gazidis dah plan nak memperluas market Asia dengan jualan jersey..


0 ulasan: