Sabtu, 18 September 2010

Pre Match : Kacau kucing hitam.

Sebelum kita pergi lebih lanjut terhadap perlawanan malam ini, kita bincangkan sorotan2 yang berlaku spanjang 2 3 hari. Paling menggemparkan adalah 'Bendi bersara?'! Lantas Bendi yang senyap sunyi akibat kecederaan tiba2 muncul di Arsenal.com segera menafikan khabar angi kus2 itu. Mana mungkin seorang pemain yang claim diri dia BAKAL penyerang terbaik dunia tiba2 menyerah kalah mengakui dirinya hanya BEKAS BAKAL pemain terbaik dunia. Self confidence nya terlalu tinggi, jika dia bersara sekalipun, dia takkan mengakuinya dan mungkin ketika duduk sebelah seat flight dengan Daniel Karbassiyoon pergi menjelajah mencari bakat2 baru, dia akan berkata 'akulah scout terbaik dunia'. Tapi jangan panik, walaupun belum ada return date, Bendi tetap mampu kembali sepak bola cuma persaingan makin sengit dengan kehadiran Chamakh dan aksi Vela.

Aku sekapal dengan kapten kita Fabregas, hanya kemenangan ke atas pasukan seperti Blackburn, Blackpol dan Bolton maka  belum lagi boleh diisytiharkan musim ini milik kita. Lebih baik kita pergi game by game, menang dan terus menang tanpa mendabik dada. Memang benar ada yang dah meletakkan arsenal sebagai pilihan, tak kurang juga memuji melambung2 pemain2 yang tengah on form seperti Walcott dan Wilshere, tak salah, mereka layak mendapat kredit tetapi masih terlalu awal. Bukan tidak pernah berlaku- gah di awal, lembik di akhir- itulah sebabnya pemain2 seperti  Clichy dan Fabregas yang jatuh bangun bersama Arsenal demand consistency daripada pasukan. Itulah sebabnya gua risau mendengar kenyataan Wenger terhadap Almunia tapi bila dipikir2 balik, bukan Wenger tak pernah pun cakap bohong, biasalah dia memang suka menanam keyakinan kepada para pemain dan memuji mereka di khalayak.

"I'm ready for them [Arsenal's goalkeepers] to prove you [the media] wrong.With goals, you usually make five errors but it is always the 'keeper who gets the blame. There was pressure in the summer on the 'keepers. But we have four great 'keepers. At the moment Almunia is the No. 1 and he has been outstanding."

Sebenarnya masih terlalu awal untuk memuji lebih2.Maka targetnya tidak perlu jauh, stadium of light sahaja malam ini kita fokuskan.Tempat yang dah 2 tahun berturut2 Arsenal tak menang2. 2 musim sebelum ini pun hanya tandukan last minit daripada Fabregas yang menyelamatkan maruah Arsenal tapi musim lepas jaringan Bent membuatkan Arsenal yang penat selepas kembali dari internationaleleh tersungkur. Kita bernasib baik kerana match Champions League itu hari adalah di rumah sendiri dengan Fabregas menjadi arkitek dan man of the match, sentuhan kapten menjadi harapan malam ini. Sampai Kevin Keegan pun puji habis.

Kucing hitam bukan sebarang kucing, mereka dah mengalahkan pasukan jutawan Mancis. Pembelian baru mereka Mat Gian juga semakin gian nak buktikan kehebatan di BPL. Arsene Wenger sendiri mengakui dia 'menjeling2' pemain Ghana ini ketika berada di Afrika, tetapi setelah dia ditampar dan dicubit pipi oleh Pat Rice, barulah dia sedar bahawa dia dahpun beli Marwan Chamakh. Selain itu, Lee Cattermole dah dapat 2 kad merah musim ini, jadi anda boleh jangkakan jenis permainan apa yang akan dihidangkan mereka malam ini, tak jauh beza dengan pasukan2 fizikal yang lain cuma musim ini tanpa bekas hardman mereka Lorik cana.

Arsenal pula tanpa kelibat Mael dan Diaby selain yang dah sedia ada cedera. Ini bermakna gandingan Squaillaci dan Koscielny akan diteruskan.Ada eloknya jugak kerana ini buat pertama kali gandingan ini diuji secara away, maka persefahaman akan bertambah  biarpunsesekali tu kekekokan masih ketara antara mereka. Laci dengan 'kepala lama' old school defendingnya , manakal aKos dengan tight marking dan interception nya. Diaby dan Mael dijangka hanya pulang ketika bertemu West Brom namun kaki Abou mungkin mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Inilah masanya untuk Denilson mengambil alih tapi dengan Wilshere yang dah start 4 perlawanan sekarang ini, mungkin Wenger tidak berhasrat menukar strateginya. Song dan Fabregas pastinya starter, Nasri dan Arshavin akan mengapit dari wide memberi support pada Chamakh. Bench kita nanti masih lagi kuat dan ada option dengan Vela, Rosicky, Eboue, Denilson. Bayangkan kalau semuanya fit, pasti Wenger dalam dilema.

--------------Almunia----------------
Sagna----Kos----Laci--------Clichy
-------------Song-------------------
-------Fabregas---Wilshere---------
---Nasri----Chamakh-----Arshavin-

Nampaknya sama seperti line up menentang Braga, tapi jika Wenger ingin merehatkan beberapa muka mungkin wenger akan memilih Rosicky yang flexible membantu bahagian atas.Menang malam ini  kita boleh tunjuk kematangan dan konsistensi. Astro 817 12:30 am , Sunderland 1- Arsenal 3.


0 ulasan: