Khamis, 16 September 2010

Post Match: Arsenal braya sakan



Arsenal betul2 beraya sakan apabila membuka kempen UEFA Champions League dengan ang paw raya besar 6-0. Pulang dari Ramadhan dan menyambut raya, Nasri menunjukkan tanda kepulihan selepas menamatkan 90 minit semalam. Paling best menyaksikan persembahan cemerlang kapten kita Fabregas score 2 bijik dan assist 2 bijik buat Mat Lob Dan Adek Andrei. Andrei dan Mat Lob sendiri bergandingan untuk gol ke lima, hantaran comel Andrei berjaya dikuis atau dilob cantik meninggalkan Felipe hopeless di pintu gol. Rakan sejawatnya Almunia duk rilek kat seberang padang rehat2 minum laici dan kire kos, hanya. Gandingan baru Laci dan Kos diteruskan.selain tu satu dua Si Camak dengan kapten Jack jugak menjadi. Digelar sebagai 'Arsenal do Miho' di Portugal, tapai nampak gayanya mereka masih belum setanding Arsenal. Kejayaan ini meneruskan momentum buat permulaan baik musim ini.4 kemenangan berturut2 dan satu seri di awalnya mampu menambahkan self belief di kalangan pemain yang rata2 mengalami kekecewaan ketika summer dan world cup. Biarpun perjalanan masih panjang, ada tanda2 positif dapat dilihat dan harap segalanya berterusan.


0 ulasan: