Selasa, 21 September 2010

Tak abeh2 nak melayan Spuds..

Dah pulak.. mula2 Big sam, lepas ni sekarang VDV..Semuanya perasan lebih bagus dari Wenger dan Arsenal sedangkan fakta tidak pula membuktikan apa yang mereka sembang lebat itu. Cakap hanya sekadar cakap kosong, bukan nak berlagak, tapi itu realiti, Big sam tak pernah teruji di peringkat tertinggi, Spurs haram jadah nak sentuh tahap Arsenal sekarang ni.VDV yang tak tau apa baru sampai liga Inggeris sengaja memanaskan rival antara kedua2 kelab utara London.Masih kuingat waktu Ogos dulu katanya dia hanya akan menyertai kelab2 top di BPL atau seingat aku tidak akan menyertai mana2 kelab selain United..Tapi sekarang, dimana dia berada? Di sebuah kelab kecil tapi bercakap besar. RVP mungkin tak habis sekolahkan lagi rakan baiknya.

Berita mengenai kecederaan Fabregas, walaupun scan belum dijalankan Fabregas di Twitternya mempubnyai harapan besar bahawa dia kan mengemudi Arsenal ketika bertemu Chelsea 3Okt nanti.Arsenal pastinya amat ketagih aksi kepten profesional yang serara individu memperngaruhi keputusan perlawanan2 Arsenal trutama persembahan ketika menentang Braga.



Sibuk nak pikir tentang kecederaan, pastinya Wenger takde masa nak layan segala apa dakwaan FA terhadap Wenger. FA yang selama ini dikenali sebagai anti Wenger amek kesempatan ini sekali lagi untuk menyerang pengurus Arsenal atas sebab kononnya Wenger ada melakukan 'kekasaran' terhadap pegawai keempat perlawanan di Sunderland Sabtu lepas-isu nasi tambah. 8k pound dan 1 match penggantungan menanti jika Wenger didapati bersalah.Mengenali Wenger, dia pastinya akan mencabar kesahihan.Baginya, Lawan tetap lawan.

Awal pagi nanti World Cup Carling Cup, piala yang digila2 oleh Spuds. Aku harap Wenger meneruskan tradisi dengan hanya menurunkan pemain2 simpanan bagi mendapat pengalaman dan Spuds menurunkan barisan terbaiknya. Suka aku jika melihat Gallas mengetuai mereka keluar dari terowong Emirates, dan aku lebih suka jika mereka dimalukan oleh barisan muda Arsenal.


0 ulasan: