Khamis, 31 Julai 2008

Lehman bocor 3 kali.

Amacam? hebat tak prediction aku.. VFB Stuggart 1 Arsenal 3. Sok leh la hantar resume kat ESPN football forecast. heheh. Arsenal buat pertama kali secara rasmi mengenakan jersey kuning away yang nampak begitu cool dan sempoi. Tapi di sebalik starting eleven dengan name2 pemain senior, persembahan pada awalnya tidaklah sehebat mana dengan Adebayor dan RVP jelas masih belum match fit. Malam yang sepi juga buat debut Nasri kerana hanya beberapa kali sahaja aksinya kelihatan, namun masa masih panjang baginya. Dan taktik terbaru eksperimen Wenger meletakkan Eboue sebagai DM bergandingan dengan Denilson yang langsung tak efisyen, Eboue jarang sekali memegang bola, hanya kelibat Denilson jek yang ade. Walcott mengambil posisi asal Eboue, seperti yang diharapkan oleh ribuan peminat Arsenal musim lepas. Di bahagian CB Gallas yang menghabiskan 90 minit, bergandingan dengan encik Johan sambil diapit 2 best fullback EPL.

Segalanya bermula di separuh masa kedua, dengan gandingan Bendtner Vela menggantikan RVP Ade dan Hoyte menggantikan Djourou dan Almunia memberi ruang kepada Fabianski. Seperti biasa, Arsenal kene titik dahulu melalui Basturk yang memberi 50 sen kepada Gallas. Namun kekebalan Lehman di separuh masa pertama berjaya dirobohkan melalui Carlos Vela , satu gol yang cukup menarik, menggelecek orang tua sebelum merembat masuk. Class, sekali lihat tak padan dengan umur. Gandingan Vela dan Bendtner sekali lagi berjaya mencipta jaringan yang disudahkan dengan kemas oleh penyerang Denmark itu. Eboue yang tak kelihatan digantikan oleh Ramsey manakala Jack Wilshere..ingat nama nie!!! Jack Wilshere 16 tahun menggantikan Nasri.Dalam post semalam jek baru aku menyatakan banyak gol yang akan datang dari budak nih dan kite tak perlu menunggu mase yang lame untuk melihat bukti. Jacksparrow mengspoilkan party Pak leman dengan jaringan yang cukup tenang, mendado sebelum membuat 1st timer kaki kiri setelah crossing yang superb dari clichy. Dan selepas itu perlawanan terus menjadi milik Arsenal, pemain2 muda menguasai padang dengan sedikit pun tidak mennjukkan rasa gentar. Pak Leman sugul di wisel penamat...mangsa seterusnya, Real Madrid.



Amaury Bischoff??




Tanpa segan silu Wenger dengan jayanya membeli lagi seorang pemain muda jambu..Sebelum ini diwar-warkan bahawa Wenger ingin membawa masuk seorang muka berpengalaman..So, apa kejadahnya semau ini..adakah ini suatu malapetaka ataupun Wenger sememangnya kemut teramat utk beli player yg experienced..Ape2pun, selamat datang wahai Bischoff..


Rabu, 30 Julai 2008

Pre-match : Arsenal vs Pak Leman

Setelah memberi peluang team2 muda bermain dan menunjukkan bakat di Austria, kali ini, giliran pemain2 senior mungkin akan turun beraksi menentang VFB Stuggart sebagai persiapan yang lebih serius bagi musim depan. Mungkin kita akan dapat saksikan Gallas, Eboue, Adebayor RVP Diaby ,Sanderos dan kemunculan sulung Samir Nasri. Dan kali ini dengan secara ironi dan terhormatnya rakan2 Arsenal akan bertemu bekas penjaga gol paling gila dalam sejarah Arsenal, Pak Leman yang baru sahaja meninggalkan Arsenal season lepas dan akan muncul dalam aksi sulungnya bersama VFB Stuggart. Hanya kemenangan ke atas kelab jerman ini sahaja di ercedes-Benz Arena yang mampu meyakinkan peminat2 Arsenal bahawa mereka semakin hampir dan sedia berperang setelah kehilangan beberapa watak utama. Ayuh kita di Malaysia bagi yang mempunyai saluran astro supersport boleh lah bangun menonton secara langsung jam 0210 am. Bagi yang ingin menyaksikan streaming , seperti yang diminta oleh beberapa rakan2 kita di Arsenalaysia, boleh lah memilih mana2 link di sini.

ramalan : Stuggart 1- Arsenal 3



CESC kembali, azam RVP dan masa depan Arsenal di tangannya..?

Mulekan dengan berita2 mengutuk jiran tetangga.Chelsea menang 2 bijik jek?????!!!! Aku rase kalau diorang lawan burgerland pun boleh kalah chelsea nih.. Dah la tu, 2 2 gol dari sisa sarap Arsenal, Anelka ragam dengan Cashley hole. Malaysia jgn la plak bangga sgt, jangan salah paham, aku sayang malaysia dan gambar sebelah ni adalah gambar hiasan, sekadar luahan kekecewaan dari peminat2 yang begitu kecewa agaknya. Tapi tibe2 ade aku perasan muke yang mencapub tak pernah2 nak turun padang tibe2 ade kat situ.Woi buat ape ko kat situ?! Kalau kat Colombia dah lame kene target sniper agaknye. Spurs pulak, how on earth??? macam mane boleh jual robie Keane sampai 20M?Henry legend pun 16M.. Liverpool gile...inilah yang merosakkan EPL, player2 di overrated. Bayangkan kalau harga Keane dah camtuh camne plak harga si barbie nanti.. jual 2 ekor tu jek dah mampu cecah 50M! ntah sape2 la diorang beli pasni, sekarang tgh ura2 nak beli sisa arsenal Bentley. beli2 jangan tak beli, sejarah dah membuktikan Spurs takkan ke mana.. ke White Hart Longkang gak.

Ok mari ke segment memuji pasukan sendiri.heheheh. Cesc Fabregas dah kembali ke latihan..yahoo!! Namun die hanya kembali ke London Colney dan berlatih bersama2 dengan Kolo Toure sambil diperhatikan coach Colbert.sahaja yang dapat pelepasan awal di Austria. Rakan2 masih ada lagi di sana dengan perlawanan seterusnya esok 31 JUly bertemu VSB Stuggart. Perlawanan yang sudah mule serius dengan lawan yang makin mencabar. Adakah sesuatu yang hendak dibuktikan oleh mario Gomez tentang kekecewaan aksinya di Euro, tapi sayang Stuggart tidak dapat melihat bagaimana Arsenal menatang dan membelai bekas pemainnya Alex Hleb .

Siapakah lawan Arsenal di qualifier UCL season ni. kalau season lepas, kelab sparta prague menjadi mangsa, kali ini giliran siapa, semuanya akan ditentukan oleh draw yang akan berlangsung Jumaat ini. 1st round qualifier akan disepak mula sebelum EPL iaitu pada 12/13 Ogos. Tapi Arsenal tidak akan diundi menentang tempat ketiga seperti BArca mahupun Juventus.

Apakah azam musim baru bagi player2? Paling lega didengar ialah azam RVP iaitu kekal injury free sampai akhir season.Sedar pun die bahawa rekod die yang begitu teruk. Asal mule nak mengganas jek mule lah dihantui pelbagai kecederaan. Dah memang nasib, apa nak buat. Namun harap RVP dapat melupakan saat2 menegcewakan dalam kariernya dan muncul dengan fitness dan azam yang baru.Berhati2 juga di medan antrabangsa kerana di situ jugalah anda sering pulang ke Arsenal dengan balutan dan parut2 di kaki. Sementara itu,Arsene Wenger begitu optimis dengan kelibat Toure di awal musim walaupun diserang Malaria.Wenger berkata Demam Malaria tidaklah seteruk serangan Histeria di Kuantan mungkin..Tidak, itu aku yang tambah. Toure adalah penting bagi membentuk konsistensi di bahagian CB, lubang utama Arsenal sejak beberapa musim ini.Harap Wenger dapat mencari jalan penyelesaian.Ayuh lakukan sesuatu!

Kalau dulu aku pernah berkata Arsenal punyai pelapis Cesc Fabregas dan kini kata2 ku mule terbit kebenarannya. Jack Wilshere adalah satu2 nya pemain berusia 16 tahun yang dieserap ke dalam skuad utama ke Austria menunjukkan betapa tinggi kepercayaan Wenger kepadanya. Namun psikologi sang profesor tidak ingin membuat player itu lupa diri dengan mengatakan Wilshere masih perlu banyak belajar dan menunggu peluang,tidak adil jika die memetik nama seorang player walahal rakan2 lain juga bermain dengan baik.Bijak Wenger. Kite mungkin akan dapat melihat lagi koleksi gol2 tambahan akan datang setelah 2 gol yang dijaringkan oleh Wilshere ke atas burger king.Wilshere, kami menanti anda..


Selasa, 29 Julai 2008

2nd half :Arsenal 10 - Burger 2

10-2.Arsenal hanya tambah 3 gol jek semasa 2nd half.Dah kenyang mungkin. Vela menambah 1 menjadikan hattrick, Wilshere 1 (penalti) dan satu gerakan cantik seperti biasa Arsenal yang disudahkan oleh TW14. Yang mengecewakan tiada clean sheet. Burger berjaya dinaik taraf jadi cheese burger, dapat gak tu 2 bijik membolosi Manone. Kesimpulan, match seperti training biasa petang2 tapi bagus untuk mentaliti dan fitness player terutama yang muda2nih. Sabtu depan bermula serious dengan Juventus dan Real Madrid menanti di Emirates.Ayuh Arsenal!!

1st half :


2nd half:


Rumusan 1st half. : Arsenal makan Burger jek..


Hahahaahahahahahaha.. memang puas hati, 1. sebab aku tak terlepas 1st half macam sebelum2 ni, 2.Arsenal buat Burgenland IX dah tak rupe macam lauk burger tapi dah macam ulam aku tengok.7-0 baru 1st half. Ye la untuk bangga lebih2 memang tak boleh la kan sebab ape la taraf burger ni dibandingkan dengan Arsenal tapi pengalaman dan pendedahan memang cukup bagus untuk pemain2 muda ni. Sepatutnya 1st half nie mungkin dah berbelas2 kerana Burgenland cam mengejar bayang saje. 4 gol dari Bendtner (walaupun miss bnyk chance) 2 gol dari Carlos Vela..sempoi dan 1 gol sulong untuk Aaron Ramsey. Kawalan bola cukup kemas, hantaran tepat dan yyang penting tumpuan, fokus dan konsistensi yang ditunjukkan.Walaupun dah kompom menang, player tidak besar kepala dan menunjuk2 dan sentiasa memberi semangat kesukanan yang tinggi. Syabas. Baju Arsene Wenger pun cukup sempoi, rase macam nak angkut 1 la, kat mane ade ek.heheh.

Tak sabar nak tunggu 2nd half, mungkin Randall, Walcott dan player2 muda lain akan diberi peluang. Namun ini persiapan terakhir sebelum Emirates Cup dan mase tu baru la dapat tengok aksi 1st team dengan kemunculan debut Nasri. Tak sabar2!! JAck Wilshere dan Denilson begitu meyakinkan dengan Clichy ketua pasukan dan Sagna selalu jek overlaping kiri kanan .Tak banyak tugasan untuk Almunia, silap haribulan naik ke atas die ni. Nanti kalau sempat ade video akan kupostkan . Aku harap Malaysia malam nie tak jadi cam burgerland nie, jadi burger special ok gak. Tolong la Malaysia malukan siket Chelsea nih, jadikan diorang benjo. Esok aku jadi warganegara Malaysia yang setia di belakang Harimau Malaya. Hidup Malaysia!! sambung 2nd half...


Isnin, 28 Julai 2008

Kenyataan Fabregas di masa dan ketika yang tepat dan jitu.

Tatkala Arsenal teruk dihujani pelbagai spekulasi, pemain itu nak keluar la, pemain nie tak puas hati gaji la, Arsenal selling club , Arsenal budak mentah, takkan menang ape2..Cesc Fabregas tampil dengan kenyataan rasmi memberi penjelasan tentang penipuan sesetengah media dan meyatakan komitmen nya yang 200% di Arsenal at least di sepanjang zaman era Wenger. Inilah motivasi dan tonik yang sememangnya diperlukan oleh Arsenal pada masa dan ketika ini. Sungguh tepat dan tidak syak lagi!

Terima kasih Fabregas dengan statemet di Arsenal.Com dengan menidakkan mane2 pertemuan dengan media dan petikan2 ayat yang ditulis.

"I have not spoken to any media so it's frustrating to read quotes that I have supposedly said about my future.

"I have spent the summer relaxing with my family, friends and girlfriend and I return to training with Arsenal tomorrow.

"I think that some people are just trying to make mischief but my intentions are very clear. I am happy here at Arsenal, my future is with Arsenal and the priority is to achieve success and win trophies at Arsenal."

Jadi dia akan kembali ke latihan esok, dan akan menyertai rakan2 lain. Paling melegakan adalah kelibat Toure yang dilihat sudah mula menjalankan latihan2 ringan dengan jogging, walaupun baru beransur pulih dari demam malaria tapi dia tetap riang ria dengan rambut barunya yang cool. Diaby pula seperti dapat menghidu peluangnya untuk menunjukkan kemampuan dek kekosongan di bahagian tgh yang ditinggalkan. Namun jika dalam sebuah bilik darjah, Diaby tidak perlu angkat tangan sebagai sukarelawan pun Arsene dah boleh nampak die duduk dengan kepala botaknya dan adakah Wenger boleh nampak bakat sebenar yang ada dalam dirinya terutama di bahagian yang paling diminati Diaby. Perlu diingat, Diaby beraksi kadang2 sebagai badut dan mengarut musim lepas adalah kerana dianjak keluar dari posisinya tapi belum diberi peluang sepenuhnya untuk bergandingan dengan Cesc, ini mungkin peluang terbaiknya membuktikan cemuhan adalah pembaziran air liur.

Satu lagi positif, Kapten Marvel Gallas yang sedia menggalas cabaran sekali lagi sebagai ketua pasukan.Gallas dilihat begitu bersemangat mejalani latihan dan menunjukkan azam yang sangat tinggi. Mengakui kesilapan yang dilakukan musim lepas, Gallas memberi jaminan trofi adalah buruan utama musim ini.

ops..ade friendly la sekarang..Arsenal lawan Burgenland IX ..siaran live..klik sini.



Ahad, 27 Julai 2008

Frank McLintock mewakili suara hati peminat Arsenal.

Persetankan berita-berita yang tiada hujung pangkal seperti ini.. Real Madrid hendak beli Cesc Fabregas, PSG mau beli Gallas, Newcastle mau sambar Sanderos (huh? ape salahnye..hihi..jual jgn tak jual), Arsenal nak beli Inler, Given mungkin ke Arsenal atau mulut bising hleb yang lebih 'bising' dari kota London. Ini kerana aku menyokong 100% ape yang diluahkan oleh lagenda Arsenal, Frank McLintock yang telah sejujurnya memberi pandangan tentang Arsenal dan cara mereka mengendalikan transfer di masa kini. Frank McLintock yang bermain untuk Arsenal di era 1964-1973, kini sering diundang sebagai salah seorang pundit di Sky Sports merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman dan ingin berkongsi sedikit pendapat tentang bagamana harusnya Arsene mengendalkan pasukan jika tidak mahu peminat terus kecewa tanpa sebarang musim buat kali ke 4 berturut2 sejarah terburk Arsenal dalam tempoh 21 tahun. Aku tidak boleh tidak setuju lagi dengan ape yang diluahkan kerana ia memang amat memenuhi ape yang aku rase. Ikuti pandangan beliau , tentang kelab2 besar England khusunya Arsenal yang nyata lebih mengutamakan Champions League dan memandang sebelah mata saja kejuaraan domestik terutama piala FA.( aku dah translate ke BP bahasa pasar.Originalnya di sini)

" Aku tau yang main dalam Kejuaraan Eropah nie kire gah aa, power, cukup otai, tapi tak kisah lah ape orang cakap, jiwa aku nie tetap Old School... FA cup memang aku cukup ambik serius dan bagi tumpuan, klasik tu. FA Cup final tu, bukan calang2 satu dunia tengok tuh. Walaupun budak kecik kat kampung aku Scotland pun diorang tengok tau.

Tapi sedih aa sekarang, aku kecik hati aa, nampak gaya macam Arsene Wenger tak pandang pun piala FA. Korang boleh tengok lah tah sape2 die bagi main hari tu. At least respek laa sket..
Korang boleh counter aku balik , ape beza dengan Manchester Utd yang pernah langsung tak ambik pot dalam FA Cup tahun 2000, tapi bile masuk semi final, diorang dah mule start serius.

Lain pulak halnya si Wenger nie, Carling Cup semi final..lawan rival!!aku terkejut tengok line-up mase tuh.. Lawan seteru utama jiran tetangga, patutnya kite perlu serius sket, letaklah team yang lebih kuat bukannya takde, ade.. Ok la, aku tak nafikan, aku cukup realistik la tentang Kejuaraan Eropah nie, lepas dah labur punya banyak duit, mestila ia akan jadi lebih dan lebih penting kan. Ia lebih kurang sama dengan menang kejuaraan liga la dari pelbagai sudut.

Tapi aku tak nampak yang Arsenal mampu menang semuanya sampailah ade perubahan polisi tentang transfer nih. Nampak gaya, Arsene tidak berminat beli player dalam lingkungan umur 25-28. Mengapa?? Mungkin dia fikir player2 nie dah menjadi nama2 bintang, dan tak mudah nak bentuk cara permainan dan mentaliti diorang lagi.Kalau asuh player muda lagi senang.

Jangan salah faham, Ape yang aku nak katakan di sini adalah Arsenal menzahirkan antara permainan tercantik yang pernah ak tengok, tetapi diorang takde killer instinct. Arsena hanya cipta dan cipta dan cipta peluang tanpa ada penyudah berkesan, Team lain tu kadang2 tak perlu bertubi2 sekali serang pun dah masuk pun ade. Pada aku, aku rase Arsene perlu tambah lagi 2 atau 3 muka baru yang dah terbukti dan berpengalaman. Maka akan tibalah masanya Arsenal diramalkan akan lebih serius untuk memenangi mana2 trofi. Satu lagi bahayanya jangan sampai peminat2 dah tak dapat bersabar dan kecewa tak tidur malam. Mereka sayangkan Arsene dan falsafah bola sepaknya, sama la macam aku, aku teruja jugak. Cuma.. mereka nak tengok sesuatu di akhirnya supaya kepercayaan mereka itu ada hasil.

Aku tahu melalui pengalaman diri sendiri betapa mahalnya dan susah gile penyokong nak datang ke stadium semata2 nak tengok Arsenal beraksi dan memberi sokongan padu tapi ape yang dilihat, Arsenal hanya belanjakan ciput jek kat transfer market hingga kini(mane hilang duit tu?) " - Frank McLintock.

Adakah perasaan anda diwakili beliau atau anda ada wakil lain?


Jumaat, 25 Julai 2008

Clichy dimamah usia?

Gael Clichy dalam temuramah selepas friendly match bertemu Zomba mengakui tanggungjawab yang semakin besar perlu dipikulnya selaku pemain senior walaupun usianya baru mencecah 23 tahun!! Die mengakui dirinya adalah antara yang tertua di arsenal dan kalau 23 dah tua bayangkan betapa mudanya dan gemilangnya masa depan bintang2 Arsenal..dengan syarat, mereka tak naik kepala dan mereka tak dijual! Pemain2 muda yang matang seperti Gael, Cesc dan RVP ini menunjukkan mereka sudah punya cukup aksi dan pengalaman ditimba untuk dikongsi bersama dengan generasi Ramsey, Lansbury,Wilshere.Agak menarik melihat 2 full back kite ditemuramah dan memberi reaksi positif dan nampak betul2 bersemangat.Bacary Sagna di musim keduanaya inginkan lebih dari kejayaan peribadi yang dikecapinya di musim pertama EPL sabagai bek kanan terbaik, season ni, hanya medal dan piala yang menjadai buruan katanya.

Arsenal meneruskan latihan di Austria seperti baiasa dengan perlawanan seterusnya Isnin ini bertemu dengan Burgenlend XI. macam burgerland jek. Adebayor sudah kelihatan di training camp namun apakah reaksi peminat2 terhadapnya, patut diboo atau tidak?anda rasa? Aku masih berfikir sama ada hendak memberinya peluang atau terus menjatuhkan hukuman, hhoho.. tunggu sehingga Kita mencapai kemerdekaan ke 51 kerana tarikh itulah transefer close dan nasib Adebayor musim ini juga ditentukan secara sah.Di samping itu mari kita lihat player2 menjalani latihan di Austia.





Ade berita lawak yang tak kelakar, Man u dikhabarkan cuba memancing THIERRY HENRY diulangi TH14 Legend ARSENAL jika gagal mendapatkan Barbie dari spurss. hahahaa.. kepada fan2 Man U dan Media mereka, get a life..anda semua dah lupekah ini...??



Rabu, 23 Julai 2008

Toure Dijankiti Malaria


Kolo Toure menambah sedikit lagi kegusaran Arsenal kerana khabar dari Austria menyatakan dia dikhuatiri dijangkiti demam malaria. Dia dikatakan berjangkit ketika pulang bercuti ke tanah air Ivory Coast.Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-sahara Afrika Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

Namun Professor Christopher Whitty, pakar hospital Viena, memberitahu Kolo punye malaria baru diperingkat awal. Dia mungkin akan terlepas dari kesan2 sampingan yang berpanjangan tetapi memerlukan masa 2 minggu hingga sebulan untuk recover.Ini bermakna Toure mungkin terlepas aksi permulaan EPL.Get well soon!!!

Sementara itu , Wenger dalam temurahnya selepas perlawan dengan Zomba memberitahu Arsenal.com bahawa seorang player yang mungkin dibawa masuk adalah dari posisi Midfield. Lagi berita yang penuh harapan, Eduardo dijangka pulang awal bulan ini sebagai pemangkin semangat atau cheerleader bagi Arsenal semasa Emirates Cup 2 Ogos ini. Walaupun masih belum mapu beraksi namun semangat sepasukan yang ditunjukkan Eduardo memang suatu yang boleh deibangga.Get well soon too!!

“It is difficult to assess. He will be back for the Emirates Cup, at the moment he is in rehabilitation.

“We hoped he would be back earlier but it is very difficult to say. It will be three or four weeks more [until he comes back to England] but I don’t really know yet.”



Zomba ikat Arsenal

Arsenal anya sekadar mampu seri 1-1 dengan kelab Szombahelyi Haladas. Sekali lagi aku kompius dengan masa kick off. Tapi kali ni burn 1st 30 minit pulak. Tanpa kelibat Gallas, Toure, Fabregas, Nasri dan Adebayor dengan kedua2 adik beradik Hoyte bermain sebagai CB, Arsenal ketinggalan dulu di minit ke 24 sebelum disakana kedudukan oleh Theo Walcott yang bermain di bahagian sayap.Carlos Vela diberi debut bergandingan dengan Bendtner di hadapan.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran dengan Vela, Ramsey, Almunia dikeluarkan. gandingan tengah Jack Whilshere dan Denilson juga boleh tahan. Yan menariknya di separuh masa kedua Clichy dan Sagna pulak jadi CB dengan Traore dan Justin Hoyte bertindak sebagai fullback. Beberpa pergerakan menarik dilakukan oleh kedua2 belah pasukan tetapi kurangnya percubaan dan shoot menyebabkan perlawanan kekal hingga ke wisel penamat.Satu keputusan yang, boleh la...





Selasa, 22 Julai 2008

Szombathelyi H. VS Arsenal pre-match

Szombathelyi (tak tau macam mane nak sebut..teringat zombie kampung pisang zomba..zomba..) akan menerima kunjungan Arsenal sekejap sahaja lagi. Ini adalah perlawan persahabatan kedua dan pertama yang menemukan muke2 skuad utama. Senarai pllayer yang beraksi mungkin sama dengan adanya tambahan player2 dari Euro seperti Gallas, Nasri, RVP , Fabregas??? di manakah kelibat palyer ini, dikhabarkan mengikuti Barcelona ke Uzbekistan sebagai tetamu lawatan ke kelab tempatan Kuruvuchi. Ape yang ko cube tunjukkan Cesc, jangan biarkan media menjadikan ini sebagai isu pulak. Hleb lah paling tersenyum sinis mase nih. Harap ini hanyalah sebahagian daripada siri jelajah Spain walaupun sumnber menyatakan Cesc mengikuti Barcelona, namun gambar2 hanya terdapat player Spain tapi dari Barcelona.

Tidak mengapa, aku tak bimbang langsung kerana percaya akan kesetiaan Cesc paling tidak pun buat masa kini, cume yang menariknya tiada kelibat Adebayor di padang latihan. Tak tau lah tertinggal flight atau ape cume barisan 1st eleven masih lagi belum ditentukan untuk match awal pagi nanti. Seronok tengok Player2 arsenal kembali ke latihan.
Jadi kepada anda yang tak tidur lagi dan sempat membaca post ini, heheh.. marilah kite menonton perlawanan ini di live stream online. Klik di sini. Sebagai langkah awal, pastikan juga anda telah menginstall Sopcast. Arsenal kompom menang malam ni tapi tak tau berapa.Bukan jumlah jaringan yang dipinta tetapi lebih kepada keserasian dan fitness setelah lame berehat panjang.

Transfer rumors, Arsene mengintai 2 kelibat pasangan dari Juventus Giovinco dan Claudio Marchisio dan rumor ini menjadi rating 0/10 setelah mereka menyatakan kedua2 ini sanggup dilepasakan seabgai pertukaran dengan RVP. Dalam mimpi,main FM pun tak tentu dapat.Gambar lambaian terakhir? jangan harap.. Berita malang, Eduardo terpaksa melupakan hasrat untuk kembali seawal bulan 8 kerana kecederaannya dikejutkan dengan sedikit kesan sampingan yang menyebabkan beliau dinasihati supaya hanya kembali paling awal, akhir September. Lagipun Wenger tak mungkin akan berani menanggung risiko kalau ye pun Eduardo sudah begitu yakin dapat beraksi di permulaan musim.
Ok,gua predict.. arsenal 3 Zomba 0. Tidur dulu..zzzz..


Isnin, 21 Julai 2008

Wenger mahukan 1,2 masuk, MEDIA mahu SEMUA keluar!!

Kepada Aleksender Hleb, diam!! dan zip mulut anda!!Tunjuklah sedikit hormat kepada pasukan yang telah menaikkan name Hleb sekaligus Belarus. Setelah 'seronok' meninggalkan Arsenal ssehingga mencium2 badge barca, Hleb bagaikan lupe diri setelah menyatakan Barcelona adalah kelab yang bermain bola sepak tercantik di Eropah tanpa sedikit pun memuji bekas kelabnya. Dengan selumbernye die juga cube memancing Fabregas ke Barcelona dengan ayat2 yang sinis setelah diajukan soalan mengenai rakan sepasukannya itu. Jika Hleb jujur dan beringat, kerana sudah tahu sememangnya wartawan akan menanyakan soalan2 maut dan perangkap untuk dibuat2 cerita, sepatutnya die jawab begini,

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Fabregas kerana anda perlu bertanya kepada tuan empunya badan.Cesc seorang player yang hebat dan begitu sayang dan komited pada Arsenal, sememangnya diketahui die berasal dari Barcelona tapi die memilih untuk setia pada Arsenal"

Itulah jawapan yang paling sesuai untuk mengendurkan keadaan bukan dengan menyatakan "Oh saya pasti, Fabregas akan ke Barcelona suatu masa nanti, Saya harap agar dapat kembali bermain dengannnya" Hleb hanya cube mengeruhkan keadaan dan itulah jawapan yang diminta oleh media sebenarnya. Sebab lagi satu berita yang menggemparkan dan tak masuk akal ialah PSG cuba memancing kapten Arsenal yang kini membisu William Gallas, Barcelona juga dikatakan cuba memancing CB perancis ini. Juventus pula dikatakan sanggup menawarkan 15M bagi khidmat RVP.. Jadi tak hairan kalau esok akan keluar berita , Marseille berminat untuk membeli semula Nasri.. HAHAHA, semua media nak kasi gosip sekali dengan player2 baru pun korang nak perngaruh ek.

Di sudut kenegatifan, ape yang positif dan terpacul dari mulut Wenger sendiri adalah tentang new signing. Setelah kehilangan 3 tonggak di bahagian tengah dan diganti 2 muke baru yang masih muda, Wenger memberi jaminan setelah perlawanan dengan Barnet bahawa beliau akan membawa masuk 1 atau maksimum 2 orang pemain baru, dan 1 adalah jumlah yang pasti. Wenger juga memberi hint bahawa seorang player itu adalah mungkin player yang berpengalaman bagi memberi keseimbangan dan perngaruh tetapi enggan didedahkan nama dan posisi bagi tujuan keselamatan mungkin. Menyentuh mengenai Adebayor, Wenger begitu yakin akan kesetiaan pemain ini tapi dalam keyakinannya terdapat nada yang semacam, suatu yang mungkin x mustahil berlaku kerana Wenger dilihat enggan tunfuk pada tuntutan gaji Adebayor..

“Adebayor is a player of Arsenal Football Club and I am very confident he’ll stay.If you come in tomorrow with £400 million then maybe I would think about it. But I don’t really want to go in to speculation. I want to keep Adebayor.”

"I've not met many people who do not believe they have a case to improve their contract, I fight to get the players the maximum wages, but you have to respect that we have a wage structure."


Adebayor kene histeria dan mengamuk tak naik gaji?lihat video ni:



mmm... Takdebayor perlu membeli kapas atau gula2 kapas untuk diletakkan di telinga kerana bakal dihentam oleh fan2 arsenal, atau terpaksa mencari lenggok tarian baru supaya tidak dibaling dengan selipar nampaknya.

Hari ini adalah sesi latihan 1st team pertama, jadi mari kita lihat sama ada muncul atau tidak kelibat Adebayor dan yang menariknya Nasri, Vela dan Ramsey akan berpeluang bertemu dengan rakan2 sepasukan buat julung kalinya.Meraka akan bertolak ke Austria dan meneruskan friendly menentang Szombathelyi H. esok.

Khabar gembira buat penyokong Arsenal, berita tentang aksi sulung Sagna setelah 3 bulan menanggung kecederaan. Bacary Sagna berjaya menyelesaikan 45 minit sewaktu perlawanan bertemu Barnet. Biarpun masih terasa sedikit kesakitan namun, player yang terlepas aksi Euro bersama Perancis ini agak yakin bahawa die sedang menuju fit 100% dengan beberapa perlawanan friendly. Kelibat Sagna amatlah penting buat permulaan musim kerana kejatuhan Arsenal di hujung2 musim lepas salah satu faktornya akibat ketiadaan Sagna.

Seperkara lagi yang positif dari match di Underhill adalah kenyataan Wenger yang inginkan lebih dari TW14 musim ini. Walcott yang bermain sebagai CF bersama Bendtner sabtu lepas dilihat kurang menyengat tetapi satu perlawanan belum cukup untuk dijadikan ukuran kata Prof. Wenger masih belum membuat keputusan sama ada membiarkan terus Walcott bermain di wide flank atau pun meletakkannya di bahagian serangan, kerana impaknya di bahagian sayap musim lalu begitu jelas berhasil. Dengan adanya kejohanan Emirates, Amsterdam dan perlawanan persahabatan lain Wenger bolehlah menggunakan kesempatan ini dengan mencampur adukkan segala resepi dan ramuan taktik untuk menyediakan kelengkapan perang Ogos ini.Jangan ko letak Almunia jadi striker, Eboue jadi GK dah lerrr...




Ahad, 20 Julai 2008

Arsenal mulakan pra-musim

Pemain Arsenal memulakan sesi latihan Pra-musim :



Highlight perlawanan persahabatan Arsenal pertama bertemu Barnet Underhill :



Link: sevenload.com


Terkini : Barnet 1 Arsenal 2

Arsenal memulakan pra-musim dengan langkah kemenangan yang sudah dijangka.Tetapi match nie dikatakan menjadi tempat untuk payer2 muda menunjukkan bakat masing2.

Aku ingat match start kul 11. Hampeh. Aku bukak2 internet dengan streamyx yang lembap, carik2 mane P2P, last2 dapat tengok 15 minit jek. Tapi dapat tgk highlight lepas tu. 1st half mule2 ramai player 1st team.2nd half terus tukar semua kate Steve Bould yang bertindak sebagai pengulas. Ramsey dikatakan menyerlah 1st half dengan Walcott dan Bendtner jadi striker.No Nasri nor Vela. Arsenal kene tibai sebijik dulu(free kick,mistake Almunia) macam biasa hero kalah dulu.2nd Half Arsenal taboh balik, Jay Simpson dan Nicer Barazite. Jack Wilshere agak mernyerlah gak kate pengulas. 15 minit yang aku sempat tonton pun nampak agak ok Wilshere.Player baru Francis Coquelin pun main jugak.Diorang ni bakal menyinar kalau diberi harapan. Isnin ni bertolak ke Austria pulak..Video akan diuploadkan nanti.Aku baru lepas edit avatar aku untuk forum Arsenal Malaysia. Cukup seni x? hahaha..




Sabtu, 19 Julai 2008

Arsene, "Why So Serious?!"

Arsene Wenger meneruskan projek 'muda mudinya'. Arsenal telah mengesahkan pemain ke-3 yang baru ditandatangani. Francis Coqelin ,17 seorang lagi bakat muda Perancis akan diserapkan ke dalam skuad reserve Asenal yang rata2 dibanjiri player muda sahaja. Pemain DM dari Stade Lavallois ini yang memikat perhatian sewaktu trial, telah diikat kontrak selama 4 tahun walaupun semasa trial tersebut die telah mengalami kecederaan. Francis seperti biasa diintai oleh kelab2 dari negaranya sendiri seperti Lyon, Nantes namun seperti biasa juga bagi player muda, Pengaruh Arsene Wenger yang dikatakan menjadi daya penarik. Francis diserah jersey bernombor 59 dan mungkin jika prestasinya yang bagus bakal diserapkan dalam skuad Carling Cup. Kini suatu statistik yang menarik, hanya tinggal Almunia(31) dan Gallas(30) sahaja merupakan pleyer paling tua di Arsenal diikuti Rosicky dan Toure(27). Dan Arsenal membuat pengakuan bahawa die tak sanggup 'membunuh' karier pemain2 muda dengan membawa masuk player2 baru yang lebih berpengalaman dan sudah bersatatus bintang.

"Of course I am in a position where I can spend the money. But every time we have done such a great job with the young players that you are concerned 'do we kill a young player or not by bringing another player in?' It is a very sensitive subject which is not specially linked with money."

Aku ingin meminjam quote dari watak villain paling hebat abad ini The Joker, yang baru aku tonton semalam.Mr. Arsene Wenger," Why So Serious?!" Kenapa ko perlu begitu serius dengan eksperimen ko ni? Brapa tahun lagi diperlukan untuk ko tengok player2 yang ko tatang bagai minyak yang penuh, berlalu meninggalkan ko selepas hanya 2 atau 3 tahun diujikaji.Jadi skripnya bakal berulang sama jika Arsenal gagal menjuarai apa jua kejuaraan musim ini Adakah Wenger betul2 mahu mencabar kejuaraan liga dengan skuad yang ade sekarang? Kami penyokong Arsenal bukannya apa, hanya meminta 1 atau 2 lagi experience signing sudah cukup. Untuk menutup buku cek tanpa mengganti player2 yang telah meninggalkan Arsenal terutama lubang di bahagian tengah adalah suatu yang gila. Gunakan duit itu sepatutnya Wenger. Memang benar Diaby, Denilson , dan Song ada.. tapi bolehkah diberi jaminan mereka bertiga akan sentiasa fit sepanjang musim dan dapat menanggung tanggungjawab tanpa bimbingan player yang lebih berpengalaman, tentulah tidak. Lihat sahaja Rosicky, berpengalaman, namun jatuh hati pada nurse di klinik Arsenal mungkin.Terbaru, Rosicky disahkan akan terlepas aksi pra dan permulaan musim dan hanya akan kembali di bulan September. Jadi Arsene, ceriakanlah penyokong2 Arsenal dengan signing2 yang hebat2 sekali 2 jek, tak rugi sesen pun. Jualan jersey makin menigkat, fan base makin ramai, keyakinan player2 senior juga akan diteruskan.

Bercakap menganai player senior, Gallas begitu senyap summer ni. Biasanya dielah player yang begitu lantang di waktu yang sama seperti ini season lepas, berani bersuara, apa2 jua yang Wenger buat ade jek yang die komen. Team mates punye kereta pun die nak komen. Tapi senyap jek sekarang. Mengapa Gallas? Mengapa anda bisu, adakah Gallas kecewa dengan season lepas dan prestasi buruknya di Euro lalu. Atau adakah Gallas diam mengambil pendirian tunggu dan lihat kerana takut kelantangannya menyebabkan die dipecat dari jawatan kapten yang begitu dibanggakannya. Di waktu2 Arsenal dalam kesukaran dihimpit kelab2 yang memberi tekanan ingin membeli dan mempengaruhi star2 Arsenal, Fabregas yang tegas bersuara mengkritik kelab asalnya Barcelona supaya tidak mengganggu keharmonian bilik persalinan Arsenal. Itu sepatutnya adalah tugas seorang kapten. Di mana kapten Arsenal?? Memanglah die sedang bercuti, tapi biasanya die tetap akan memperdengarkan suara garau serak basahnya ala2 papa rock gitu, tak kira di mana jua die berada. Atau mungkin die sudah tahu, sesuatu bakal berlaku. Dia mungkin sudah duduk berbincang dengan Wenger dan diberi jaminan bahawa Wenger akan membawa masuk star2 atau pengalaman ke dalam skuad ini. Itulah sebabnya die tak komen ape2 dan yakin dengan apa jua langkah Wenger. Aku bercakap pada asas itulah, tapi tak tahulah ape yang akan berlaku sebenarnya.huhu..

Jadi sebentar lagi Arsenal akan memulakan 1st match pra-musimnya. Kepada mana-mana penyokong Arsenal Malaysia yang mempunyai ArsenalTV Online boleh le tengok perlawanan Arsenal VS Barnett Underhill.Jadi aku terpaksalah cari streaming TV di internet nih..kalau lah ade. Tanpa Adebayor, Arsenal bakal julung kalinya menurunkan Carlos Vela dan Ramsey, waaa best2..tak sabar nak tengok aksi bintang2 muda nih.Francis Coquelin pun ade jugak kut. Semacam satu tradisi sejak beberapa musim ini Arsenal mengadakan perlawanan bersama Barnett. Rekod menunjukkan Arsenal tiada masalah menentang kelab kecil ini tetapi sebagai persediaan, perlawan ini tidak boleh diambil mudah, jika Wenger ingin betul2 SERIUS musim ini.

P/S: Arsene Wenger mahukan darah muda dalam skuadnya kerana darah lama sudah tak boleh dipakai lagi.


Khamis, 17 Julai 2008

MARI berFANTASI!!

EPL bakal menjelang tiba..Ayuh pakat ramai-ramai main fantasy premierleague..
Maklumat lanjut layari : http://fantasy.premierleague.com

SERTAI LIGA ARSENALAYSIA SEBELUM 16 OGOS INI!!!


Xabi Alonso??

XABI ALONSO!! ADAKAH BENAR???
Sememangnya ramai yang berpendapat pemergian HLEB susahpun ada penggantinya yakni Nasri..Namun, stelah Flamini & Gilberto meninggalkan Arsenal, siapakah pula bakal menjadi pasangan Fabregas musim hadapan. Adaka hWenger akan stick to the current team dengan memperkenalkan muke2 Defensive Midfielder baru seperti SONG BILONG @ Diaby @ Denilson. Sukar untuk menjawab soalan itu namun semestinya apa yg bermain di Kepala Wenger sekarang adalah seorang Defensive Midfielder yg haru dibelinya untuk persediaan squad musim hadapan. Adakah Wenger tegar menjual Adeebayor ke Barca yg mana Barca willing to lend Yaya Toure ke Arsenal. ATaupun Wenger dgn cadangan lamanya, convert Kolo Toure ke posisi DM bersama Fabregas. Ataupun Wenger akan membeli player Spain yg agak kontrovesi dgn Aarsenal iaitu, Xabi Alonso..Xabi Alonso merupakan pilihan yg ideal untuk mengisi kekosongan tgh bersma Fabregas. Namun Gareth Barry juga mampu untuk itu. Sekarang terserah kepada Wenger untuk membuat keputusan dan semestinya selaku peminat Arsenal, ramai yg akan berpendapat bahawa Wenger akan membeli seorang Star Midfield pada masa terdekat ini..Sama2 kita nantikan..


Rabu, 16 Julai 2008

Merekalah ---> Arselona


Adakah ini dejavu??? lepas ni siapa pulak season depan.Kalo aku ade mase aku dah lame super imposekan sume 1st team arsenal pakai baju kelabu sambil tangan tunjuk kacang cap ngan yin depan lambang kelab Barcelona. Hampeh, Hleb player terbaru yang mengikut tradisi dari Arsenal ke Barcelona.

Hleb, 27 telah membuat medical check up, takde sakit ape2, darah manis, kencing tinggi, sume takde , homesick pun takde, sakit jiwa jek ade, sakit jiwa dek tekanan kotaraya London yang orang utara kata hingaq. Itulah alasan Hleb ke Barcelona. Barcelona dikatakan sudi membayar sejumlah 11.9 M. Hleb yang dibeli dari stuggart 3 tahun lalu dengan 11.7 M bakal diperkenalkan kepada media Spain dan dipress conference kan petang esok. Nasib yang sama turut menimpa Gilberto yang bakal diperkenalkan sebagai player Penantian Kos. Jadi ,jika berjalan dengan lancar.. officialnya, Flamini, Hleb, Gilberto out... semua player midfield.Tugas besar Wenger sekarang untuk meyakinkan peminat dengan yang tinggal hanyalah Diaby/Denilson muke simpanan lame.Mampukah mereka naik gear?atau Arsenal bakal reinforce dengan muke baru?

Nasib Adebayor bagai telur masin di hujung tanduk? Kalau lame2 disimpan jadi telur tembelang agaknya.Peram lama sangat dah tak laku. Berita Ronaldinho ke Milan bermakna pintu Adebayor ke Milan dah tertutup rapat, manakala Barcelona telah pun mendapatkan Hleb. Tinggal lah Adebayor yang terpaksa menebalkan muke ,jambang dan rambut supaya tak dikenali oleh peminat2 Arsenal kerana terpaksa kekal di Emirates, menghadap cemuhan dan cacian lepas nih.


SELAMAT JALAN GILBERTO..

Akhirnya Arsenal melepaskan Gilberto Silva, 31 yg sudah pun memeterai perjanjian dengan Panathinaikos. Gilberto yg dijual pada harga £1.5m akan menjadi CAPTAIn Panathinaikos dan ini sememangnya disahkan oleh jurulatih baru kelab itu sendiri, Ten Cate.

"Brazilian Gilberto, 31, will complete his £1.5m move to Greece today after six years with Arsenal. He has agreed a £50,000-a-week deal with Panathinaikos and will be named as captain by new boss Henk Ten Cate." - sumber The Sun UK

Semua org di Arsenal mengharapkan yg terbaik untuk Gilberto dan semoga beliau sukses sokmo.


Selasa, 15 Julai 2008

PERSEDiaan MANTAP

Arsenal dikatakan sudah membuat persediaan yg mantap menjelang kempen musim hadapan..Dgn squad yg rata2 berkeyakinan tinggi, Arsenal sedia memanaskan TV - TV di dunia bermula dgn perlawan pre-Season. Walaupun diberitakan bahawa RVP, Eduardo & RoSICKy berada dalam keadaan was-was, ketigatiga mereka dijangka pulih sepenuhnya dan CARGAS utk menghadapai liku-liku onak berduri musim HADAPAN.. Berikut adalah jadual pre-Season Arsenal untuk tatapan korang:

Sumber: Arsenal.com


"BARRY will be with us next Season" - Pat Rice

Diluah mati emak..Ditelan mati bapak..Begitulah situasi Gareth Barry, player ENGLAND dan Aston Villa yg berusia 27 tahun ini..Mengenangkan kisahnya di Villa, Barry sememangnya diakui sebagai tulang belakang Villa dan kapten yg sungguh optimis dgn pasukan yg membelanya sejak beliau muda remaja..Namun, Barry sekarang bakal menjadi cemuhan penyokong Villa sendiri sekiranya beliau masih kekal di Villa..Semuanya bermula dgn Uncle Benitez yg mahu membeli beliau setelah kehilangan Risse, Kewell, Crouch, dan Xavi Alonso..Banitez sdg mencari tonggak tgh utama yg dapat bergandingan dgn Gerrad utk membentuk formasi attacking defensive yg kebal bg Liverpool..Akan tetapi, tiba2 manager berkepala botak ini hanya mahu memberikan 15 juta pound untuk Barry walhal Oneil (Boss Villa) telahpun meletakkan harga tetap Barry, 18juta pound..

Sehubungan dgn itu, Encik WENGER yg sedia maklum akan hal ini menyasarkan bahawa Barry bakal menjadi pengganti kepada FLAMINI yg lupa daratan mahupun lautan..Setelah kehilangan Flamini, Wenger juga bakal kehilangan HLEB goblin dan ADEEBAYOR dan si tua ini sedar, setelah beliau berjaya memancing dua bakat muda, NASRI & RAMSEY, beliau memerlukan seorang player berpengalaman utk mengemudi bahagian tgh Arsenal. Dgn berbaki beberapa hari sahaja lg, GILBERTO yg terus-teras menyatakan hasratnya utk berpindah dari Arsenal sedikit-sebanyak menggusarkan Wenger yg nampaknya kehilangan beberapa tonggak Kebal di tgh..Namun semuanya dijangka akan berakhir apabila Arsenal sedia untuk bid BARRY dgn menyertakan juga, Justin Hoyte..

Sebelum bulan 8 menjelang, dijangka ADEEBAYOR, HLEB & GILBERTO akan meninggalkan Arsenal manakala Wenger hanya akan menambah 2 pemain ke dalam Squadnya untuk musim hadapan dan diyakini bahawa beliau tidak teragak-agak untuk memancing menggunakan pukat tunda untuk mendapatkan ARSHAVIN & BARRY..Dua player berpengalaman yang semestinya akan memberikan impak yg mantap bg ARSENAL musim hadapan..


Isnin, 14 Julai 2008

Arshavin adalah Hulk Hleb


Transformasi Hleb apabila dihulkkan jadilah Arshavin.



ESPNSOCCERNET melaporkan Dennis Lachter, agent pemain Russia, Andrei Arshavin telah dipetik sebagai berkata Arsenal adalah destinasi paling sesuai bagi pemain itu dan ditambah pula dengan pengaruh Wenger. Semua cakap2 dilakukan oleh Letcher tanpa sebarang frasa pun dipetik dari mulut arshavin jadi , motif sebenar Latcher yang gagal memikat Barcelona masih belum diketahui. Setelah rundingan dengan Barcelona gagal dan menemui jalan buntu, Latcher cuba menaikkan saham pemainnya dengan mengaitkan Arshavin yang sememangnya didambakan Wenger.Barcelona pula lebih tertarik dengan want away Arsenal , Alex Hleb ang dikatakan jauh lebih murah tetapi.. entah lah pada aku, kalau aku jadi Barcelona aku ambil Asharvin dari Hleb jika status ratio assist dan jaringan dijadikan ukuran.

Namun , bukanlah kesahihan berita ini yang hendak diperbincangkan kerana rumors sememangnya memaksa kite tunggu dan lihat.Cuma idea aku adalah aku nampak Arshavin ni lebih kepada jelmaan Hulk dari Hleb. Hleb yang dilihat agak fragile , muke pun, innocent sket daripada Arshavin yang nampak macam budak2 ganas yang tak cukup didikan sivil di sekolah dulu walaupun struktur wajah mereka seakan2 hampir.Hleb agak pemalu, di dalam mahupun di luar padang. Kalau boleh rembat die akan pass. Tapi bagi Arshavin, mobilitinya lebih terserlah, selain assist, die boleh menjadi predator, menjaringkan gol sesuka hati.Pasal tak tau malu?mungkin la kut sebab kebanyakan gambar2 yang diambil apabila mimik mukanya dibuat tak rupe orang.hahah..Kedua2nya seiras, sama, lahir di bulan yang sama May, berasal dari rantau balkan, umor 27 tahun tapi yang membezakannya sikit ialah Arshavin dilihat lebih ganas.Sebab itulah aku terpikir pasal Hulk. Bagi mereka yang tidak selera makan kerana gambar Hulk nie, neutralkanla semula , nie die awek Samir Nasri yang korang sibuk2 nak tengok.. calo.




David Seaman Tribute.

Kali ini aku aku kongsikan cerite pasal Hero sepanjang zaman Arsenal bagi aku -David Seaman. David Seaman adalah antara sebab2 utama aku mula menyokong dan merasai nikmat menjadi gooners pada pertengahan 90-an.Dan beliau juga merupakan antara lagenda pemain England yang pernah menyarung jersey Arsenal. 75 cap dengan England dan 405 appearance untuk Arsenal, Seaman telah memenangi 3 kejuaran Liga dan 4 FA Cup. Suatu CV yang cukup membanggakan. Biasanya kita, selalu dihiburkan dengan aksi2 pemain di tengah2 padang tetapi kite perlu menyedari juga keberkesanan dan kepentingan seorang penjaga gol yang berkarisma, dan berwatak besar bagi keutuhan sesebuah pasukan.Seaman di sepanjang kariernya penuh dengan turun naik, tapi itulah drama dan asam garam bola sepak. Tetapi pemain yang mempunyai sepasang tangan yang tangkas dan keras bak simen konkrit ini memang layak digelar wira lagenda sepanjang sejarah Arsenal.Menduduki tempat ke-7 baru2 ini dalam 50 pemain terhebat arsenal sepanjang zaman dalam Arsenal.Com, ikutilah secebis coretan2 aksi sejarah beliau..Tepukan gemuruh untuk 'Orang Laut'..Siapa pula player lagenda anda?



Ahad, 13 Julai 2008

Kes harga Adebayor yang turun..

Tiada makna sama sekali jika Arsenal bersetuju untuk menurunkan harga Adebayor hampir 50% daripada harga yang sepatutnya.No Way!!Tidak sama sekali. Tetapi itulah yang cuba dimainkan oleh agent Adebayor, Vincenzo Morabito yang mengatakan Arsenal bersetuju dan desperate untuk menjual Adebayor sehingga sanggup menurunkan harga nya lebih sediki sahaja dari pada separuh daripada harga asal yang diminta 35M.Ini bermakna dalam belas2 saje la.. tidak mungkin semudah itu.Jangan harap. Arsenal patut menunjukkan ketegasan dan jangan biarkan pihak2 cuba mengambil kesempatan. Bak kata Tony Montana dari filem Scarface "You wanna play rough?" Let's play rough!!

Jika Adebayor terus-terusan begini, adalah lebih baik Arsenal menghukum saja player ini di reserve team musim depan, sampailah die mengubah perangai, ubah sikap dan sedar berpijak di bumi nyata bahawa die bukanlah King Henry ataupun Zidane. Adebayor perlu ingat bahawa die masih berbaki kontrak 3 tahun dan selagi tiada tawaran dan ape2 bid dari kelab lain , dia masih lagi terikat dengan Arsenal sealam 3 musim dan mampukah die berhadapan dengan cemuhan dan cacian peminat yang selama ini menganjungi dan menghormati beliau untuk satu season lepas.Hanya satu season! satu musim! satu musim score 30 gol, 6 daripadanya ke atas lawan yang tak patut bermain di EPL derby country, die dah mule berlagak bak diva. Jadi Wenger yang semakin meluat dengan perangai tamak player perlu bertindak lebih tegas! Jual, dengan harga berpatutan, atau pun jika tiada pembeli, menuntut profesionalism yang lebih jitu daripada para player dan jika mereka enggan, humban ke reserve team sepanjang musim. Kenaikan gaji kepada Adebayor tak perlu dilakukan kerana dia baru jek memperbaharui kontrak musim lepas, dah nak tuntuk kenaikan gaji lagi? ape kate rakan2 lain? Mintak para player bersabar kerana masanya akan pasti tiba dan terbayar jika mereka berusaha demi nama kelab.Lebih baik turun harga minyak dari turun harga orang minyak.

AC Milan berkata hanya antara dua, Ronaldinho atau Adebayor.Sumber2 mengatakan Milan semakin hampir mendapat kan Ronie gigi, namun terpaksa berfikir kembali kerana kehilangan Ronie pada awal msim yang terlibat dalam sukan Olimpik di Beijing tanpa perestuan Barcelona.Barca semakin takut tiada pembeli buat player ini kerana akan membantutkan usaha memancing hleb atau adebayor ke Nou Camp. Arsenal juga tidak terlepas, Alexender Song bakal terlepas aksi permulaan musim kerana beliau juga akan menuntut ilmu hingga ke negeri China. Diharap pengalaman yang ditutuntut berasama skuad olimpik Cameroon itu akan dapat digunakan bagi membantu Arsenal apabila pulang nanti.

Lagi berita yang mnyayat hati adalah, pakar kecederaan Arsenal, Robin Van Persie dikhabarkan telah sekali lagi mengalami kecederaan dalam satu perlawanan amal di Allianz Arena dengan tema Goal to Africa sempena piala Dunia 2010 dan juga Hari lahir Nelson Mandela ke-90 pada 18 Julai ini. Harap kecederaan ini tidak seseirus mana dan mampu mengikuti skuad ke Austria minggu hadapan.

Ada media yang menggembar-gemburkan kemungkinan Arsenal akan membuat last minit transfer, menyambar Gareth Barry sebelum Liverpool bertindak dengan harga 18M + Hoyte/Eboue kerana O'Neil memerlukan bek kanan bagi menangani kepincangan di bahagian bawah sepeninggalan Olaf Malberg ke Juventus. Namun, seperti biasa, rumours ini boleh diberi rating 0/10 kerana tidak ada logikanya Arsenal sanggup membayar 18M untuk seorang player dalam masa yang sama menafikan 60k seminggu untuk Flamini dahulu. Jadi peminat Arsenal boleh melupakan hasrat untuk memancing player2 yang sudah mencipta nama di EPL kerana inilah yang diberitahu oleh encik Professor yang mungkin juga agak kedekut untuk membeli hadiah hari jadi buat anaknya,

“I’m in a position where I can spend but I am concerned that if I do it might kill the young players coming through. It's a very sensitive subject."



Jumaat, 11 Julai 2008

Kemungkinan YG besar!!


Setelah ketandusan idea nak dapatkan Adeebayor dengan rege yg agak murah, AC MILAN yg sudah mengetahui Wenger meminati player muda menawarkan player muda gagah perkasa france, Yoann Gourcuff bersama-sama wang berjumlah 30 juta. Ini semestinya menyebabkan Wenger rambang mata. Setelah HLEB di ambang pintu keluar ARSENAL, wenger juga akan kehilangan Adeebayor yg dahulunya dikatakan player harapan ARSENAl. Kedua-dua berita mengenai mereka akan disiarkan dalam masa terdekat ini. Tunggu...


Berakhirnya Samir Saga

Haa sorok2 lagi..sorok lagi belakang tembok tu.. Orang semua dah tau, Wenger ko jek yang tak nak mengaku..heheheh


Samir Nasri AKHIRNYA disahkan 200% tanpa perlu menyebut," mungkin".. "akan".. "minggu depan" atau perkataan2 lain merujuk kepada penantian yang menyiksakan kerana secara sah dan officialnya di laman web rasmi Arsenal.com, Nasri berposing dengan jersey baru Arsenalnya.Ini adalah signing arsenal yang kedua musim ini selepas Aaron Ramsey.

Samir Nasri,21 tiba dari Olympic Marseille dengan yuran perpindahan yang tak didedahkan( standard Arsenal) tapi dianggarkan berjumlah 12M. Kontrak mungkin selama 4 tahun. Nasri yang menghadapai kekecewaan di Euro08 dan muncul dalam hanya 2 perlawanan di peringkat kumpulan boleh bermain di serata bahagian tengah termasuk sayap kanan dan kiri.Memang pakej yang lengkap dan digemari oleh Wenger.
'He is young, quick and technically an outstanding player,'Samir has shown great potential with his performances for Marseille and the French national team over the past two seasons and he will add great quality to our squad.' hujah Wenger

Bagi pihak empunya badan, Nasri memberitahu :

'This is a very important step in my life as a football player because Arsenal is a massive club. 'I really hope everything will go well for me here. I do will my best for Arsenal and its fans and I am honoured to be part of such a great football club.'
'The fact that Arsene Wenger gives great opportunities to young players is very important for me 'Arsene has a great reputation and he is one of the best managers in the world. He has proved that he puts a lot of confidence in the young players and he gives them a chance. 'It was very important for me to have such a great manager to work with and I'm really looking forward to working with both Arsene Wenger and all my new team mates.'

Nasri akan berkampung di Emirates selewat2nya minggu depan sebelum bertemu rakan sepasukan dan travel ke Austria untuk pra-musim pada 21 Julai.Brliau juga menyatakan pengaruh Perancis di Arsenal banyak membantu beliau membuat keputusan yang tepat dengan Viera dan Henry dirujuk sebagai ikon.

2 in, 1 out, so far.. what's next?

Lihatlah gambar2 di bawah ini, ,tak hairanlah kenapa Arsenal benar2 menyorokkan proses transfer mereka, gambar pun diambil macam kat tempat tersorok bawah2 pokok, bukan macam Press Conference yang biasa... huhu ..Wenger2..















Khamis, 10 Julai 2008

Falcao la pulok

Adebayor, nasri, Hleb..Hleb,Adebayor, Nasri...Nasri , Hleb Adebayor.. itulah cerita yang berlegar2 pusing takat tu jek tanpa nampak sebarang kesudahan.Cite Hleb mungkin dah semakin hampir ke penamat setelah sumber2 menyatakan persetujuan die ke Barcelona telah dicapai dan akan berlaku pada isnin nanti.Tengah2 crite mereka bertiga menjadi watak penting summer nie, munucl laa para pelakon pembantu membawakan watak2 mereka, ade yang protagonis dan antagonis.. Lalu muncul juga watak veteran yang sudah lame berkecimpung dengan dunia ini, kali ini giliran Gilberto yang dikatakan bakal dijual ke Pananthikos kelab Greece dengan harga 1.9M. Gilberto adalah hamba arsenal yang setia,bekas kapten yang diam dan cool.Sayang die tak dapat menterjemahkan dirinya yang sebenar setelah diberi peluang ketika flamini injured.Tap, ape2 pun tq Gilberto kalau benar ko nak berhijrah.Aku salute your professionalism. watak pak pacak,Kari Gilbert juga dah meninggalkan Arsenal untuk loan ke Liciester city..

Tak kurang dengan watak A-Z yang dikaitkan, ade sorang lagi pelakon yang datang audition. namanya Falcao dari Sungai Pinggan.berharga 12M Menjaringkan 38 gol dari 58 match di argentina.No wonder media selalu melink kan player2 yang hot2 di pasaran dengan arsenal kerana kerusi2 yang ditinggalkan atau bakal ditinggalkan sememangnya panas..


Rabu, 9 Julai 2008

"satu ribu darham..dua ribu darham...3 ribu darham...!"

Secara spontan aku terbayangkan babak dalam cerita lagenda P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok takpun 3 Abdul.Babak di pasar di mana Adebayor dan Hleb dengan muka kuyunya berdiri nak tak nak di tengah2 lautan orang ramai, sambil Wenger membunyi-bunyikan loceng menunggu pembida yang tertinggi.Itulah yang aku bayangkan tatkala mendapat tahu, Arsenal bersetuju: Adebayor untuk dijual.

Naib presiden Milan Galliani, telah mendedahkan bahawa Arsenal sedia untuk membuat rundingan dan menjemput AC milan jika masih berminat terhadap Adebayor dengan syarat yuran perpindahan tak kurang dari 36M.

"Today Arsenal sent us a letter saying they were willing to talk to us about Adebayor," Galliani memberitahu Antenna3 TV.

"The letter from Arsenal that says, 'Following our communication of 13th June, in which we informed you we were not willing to deal over Adebayor, now we are writing to tell you that we will consider a deal if it still interests you'.

"If Adebayor decides to leave, Milan definitely want him but it is clear that if an offer arrives from Barcelona it would be difficult for him to say no."

In bermakna Arsenal telah U-turn dari prinsip awalnya dan terpaksa melepaskan adebayor kerana hatinya tiada di emirates lag. Persoalaanya siapakah yang mampu menjadi target man baru Arsenal. Jika Arsenal ingin menggunakan taktik dan formasi yang sedia ada tanpa banyak melakukan perubahan, orangnya mestilah tinggi dan boleh tanduk kemas, ade strength, stamina kuat dan paling penting pengalaman dan bebas kecederaaan.Setelah ditapis2 pilihan yang ada mungkin Roque Santa Cruz dan Huntelaar.atau hanye dongengan..

Hleb pula dilaporkan telah mendapat persetujuan menjalankan medical dengan Barcelona. Jam berdetik laju tik tok tik tok menandakan tempoh mase Hleb bersama Arsenal semakin luput.. Di mane Samer Nasri?? Agak melegakan kerana Sagna telah memberi hint bahawa Samir akan muncul di Arsenal tak lame lagi, walaupun agak terkilan dengan keputusan rakan-rakan meninggalkan Emirates.Perjuangan akan tetap ditruskan kata Bacary Sagna.


"It's part of football…we also lost Mathieu Flamini, who was an important player in midfield," Sagna bagitau L'Equipe apabila diajukan soalan berkaitan Hleb.

"That's a shame, but I'm not worried.

“Samir [Nasri] should arrive soon and then there are a lot of young players knocking at the door.

"It may be a good chance for them to make the step.

“Then, of course if Emmanuel [Adebayor] was to leave, it'd be a massive loss. But we're not there yet."



Buah hati Arsenal

Alop.. Oleh kerana ramai yang tak percaya gambar post sebelum ni adalah gambar bini Hleb, aku terpaksa jadi paparazi malam ni.. ini bukti2 yang berjaya dikumpul. Nah, bola2 jugak, tapi bile part jiwang diorang ni boleh tahan, Adebayor punye mane?Tu la kau memilih sangat.. huhu..
Dalam banyak2 ni siapa yang anda rasa paling bertuah..









Eduardo..tampak begitu ceria di samping keluarga tercinta. Kini tampak semakin cergas dan pulih.. kalau dulu ade vido tentang rehab nya kini dah siap boleh berlakon jadi model iklan NIKE baru..NIKE BOOT CAMP Sungguh sempoi lagi tough mamat ni walaupun dihujani dengan pelbagai kesukaran, namun die membuktikan..just never give up!