Khamis, 30 Januari 2014

2 points drop... untuk Saints

Kita hadir dengan niat nak menang sebenarnya tapi turun ke atas padang tak nampak pun macam nak dapatkan 3 mata.1stly kita hadir lambat di St.Mary's Stadium.Fokus dan persiapan agak terganggu. Kedua, kita dihimpit kecederaan setback tibe2 dari Rambo dalam latihan sehari sebelum match yang memaksa dia perlu menunggu entah berapa lama lagi sebelum buat comeback. Dengan Rosicky, Willshere out jadi tiada pilihan selain terpaksa mengisi dengan Arteta yang belum match fit sepenuhnya di samping Flamini. Terpikir jugak kenapa tak letak Chambo saja. Dekat situ dah nampak slack sedikit di mana kedua2nya sejak kebelakangan ini lebih kepada deep position, makanya ruang tengah agak lompong antara defend dan attack, link up play kurang lancar. Kemudian kita end up dengan 10 orang apabila Flamini entah pikir apa dengan tackle bodohnya itu, menang bola menang bola tapi kalau dah rule kata 2 kaki straight red, kad merah la jawabnya. Peraturan tetap peraturan walaupun kadang2 boleh dipersoalkan.. Dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan...itulah dia..



Gua tak mengharapkan Arsenal boleh menang setiap game tapi gua jugak tak expect yang kita akan main seteruk itu di separuh masa pertama.No offense to saints, tapi sepatutnya lawan team2 mampu makan ni lah kita tak patut drop points kalau hendak membiarkan hajat memenangi kejuaran liga masih menyala.1st half display antara yang terburuk musim ini. Southampton selaku tuan rumah menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk push kita. Dari awal lagi mereka lebih banyak memegang bola, lebih banyak mencipta peluang dan gerakan ketika kita kelihatan mengejar bayang. Dan kalau dah defend mereka sendiri Fonte yang ada kat atas sana boleh score , ini menunjukkan begitu mudah Arsenal diperkotakkatikkan 1st half.Gua  respect cara Southampton close down kita setiap kali kita baru dapat bola dan mencari target man untuk pass, tekanan yang diberikan mereka membuatkan player kita gelabah dan passing pun ke laut. Sepatutnya Arsenal yang main macam gitu.Kita paling hampir nak equalize pun last2 minit, tapi Boruc memburukkan keadaan dengan menepis tampanan Mertesacker dari corner kick.

2nd half lain pulak ceritanya. Kita step up, naik gear tapi setakat gear 2 kata Wenger, lawan dah masuk gear 4. Apapun persembahan 2nd half lagi kemas dan tak segan nak cerita kat orang. Yang nampak benar lainnya adalah Ozil, itu baru Ozil, sesudah 45 minit awal dia menghilang bersama rakan2 lain. Kita respond dengan pantas, Sagna punya semangat rampas bola dirembat atau pass tapi sempat disentuh Giroud untuk memperdaya Boruc. Tak habis syok lagi, selang 4 minit Ozil assist untuk Cazorla rembat cantik. Tapi yang kesalnya dalam 2nd half ni ada 2 perkata bak kata wenger. Pertama kita cepat sangat switch off bila dah lead, membiarkan kapten mereka yang berbakat besar untuk England,Adam Lallana score balik seminit kemudian. Makanya 3 gol dalam masa lima minit. Nampak macam exciting bukan?Kerana  ketika terikat, kita lebih diyakini untuk dapatkan gol pendahuluan terutama last2 minit berdasarkan rekod terdahulu. Tapi harapan Arsenal untuk cari gol ketiga punah, selepas Flamini dilayangkan kad merah. Itulah kekesalan kedua Wenger. Jadi dipikirkan terpaksalah dia mengorbankan match ini daripada kalah, oleh itu option yang ada bertahan lalu dimasukkan Gibbs. Podolski hanya gamble last2 minit tapi tak dapat membantu apa2 dalam masa yang begitu suntuk. Kesian jugak gua lihat Poldi ni entah apa lagi yang dia kena buat untuk dapat balik keyakinan untuk claim 1st spot padahal baru lepas score dua bijik gol match lepas, masih lagi di belakang Gnabry dalam pecking order.

Jadi pikir2 balik 1 mata not bad at all.Kerana gua bajet City akan seri dengan Spuds tapi hampeh jiran tak boleh harap, City main sepuluh orang pun boleh menang sampai 5 bijik.Kalau agregat dah 11-1 sebab dulu depa kena 6-0. West Ham pulak yang tiba2 semangat main game Derby, away pulak tu mengikat Chelsea. Maka kita hanya di tangga kedua dipisahkan dengan 1 kata ketika ini.Masih kuat untuk bersaing jangan risau para Gooners!!

Gossip2!! Menjelang hari2 terakhir transfer windows ni jadi fan Arsenal la yang paling seronok untuk kejutan.(at least lepas beberapa last windows ni-Monreal,Ozil) Dah macam lumrah pulak Arsenal suka last2 minit punya deal. Kali ini tak menjanjikan apa2 tapi kita sebagai fan, pemerhati dan Wenger sendiri tahu yang Arsenal memang memerlukan suntikan untuk membiarkan api perjuangan terus meyala kerana dah sampai separuh jalan, inilah masa yang paling afdal dan sesuai untuk tidak mempersia2kan harapan untuk menjulang piala. Kita dalam arah yang betul, maka sedikit sumber dari luar harus menjadi tonik untuk menyemarakkan lagi semangat melawan. Sebab itulah  gua terasa bagai ada suatu hadiah misteri dari Wenger berdasarkan post macth interview bila ditanyakan tentang transfer.Seperti biasa dia tak mahu menafikan dan jugak tak mahu bagi harapan, tapi instinct gua kuat mengatakan ada sesuatu.Gua harap senyuman di bawah adalah senyuman yang gagal menyorok rahsia.



Sepotensi Draxler atau seberpengalaman Vucinic?  Kerana 2 nama itu sedang hangat diperkatan di media2 ketika ini untuk memperkuatkan cabaran Arsenal . Sama2 kita nantikan dan anda boleh ikuti, keep update atau kongsikan bersama twitter @Arsenalasia_of jika ada sebarang pergerakan di hari terakhir January trasnfer window, gua akan cuba update menjelang waktu2 terkahir jika berpeluang.COYG!

Agi idup agi mengGunners!!!


Selasa, 28 Januari 2014

FA Cup + Jadual + Soton + PUMA!!


Tepat prediction gua 4-0 Arsenal membenam Coventry untuk layak ke last 16 FA Cup. Game yang dipengaruhi pengaruh2 Jerman terutama di 1st half. 2 gol dari Podolski hasil dari rakan sepassoprt Ozil, dan kemudian untuk gol kedua peribadinya malamm itu hasil dari Gnabry-Mertesaceker dan Podolski menanduk masuk. Tak banyak yang boleh ditunjuk oleh coventry tapi mereka sebenarnya berpeluang mengejutkan Arsenal. 2nd half kita macam tertido, gegaran palang dari Coventry menyedarkan Arsenal yang leka. Itu lah sampai BFG nampak basuh kaw2 pada Chambo yang start game malam tu atas kesilapannya walaupun sedikit tapi mampu jadi costly.Argument biasa dalam team kata Wenger asalkan jangan terlampau dan tak bawak ke luar padang. Itulah keharmonian dressing room yang perlu dijaga. Chamberlain terima dengan tenang dan setuju dengan tindakan rakan sepasukan yang lebih tua itu, sebagai peringatan dan pembelajaran dalam mematangkan kerjaya.Di Arsenal katanya lagi ada high standard yang perlu dijaga, kesilapan walaupun minima harus dielakkan, mereka sama2 profesional dan saling memperingati di atas padang bagi menjaga standard tersebut.Class is permanent. Game ini jugak memberi ruang pada seorang lagi bakat muda berpotensi besar ,juga dari Jerman, Gedion Zelalem melakukan debut untuk 20 minit. Nampak bagus dan tak kaget dengan occasion besar macam ni, berani pegang bola.Ada masa depan. 2 gol di akhir2 dari Giroud dan Cazorla menghapuskan saki baki Coventry yang terpaksa akur dengan status Arsenal.Oh ya dan game tersebut adalah salah satu game yang pasti mahu dilupakan oleh senjata rahsia Arsenal, Bendi yang baru kembali dari kecederaan. Menghabihkan boreh.

Kemaraan Arsenal dihangatkan lagi dengan berita undian FA Cup di mana kita dapat Liverpool sebagai tetamu untuk pusingan kelima. Yang menariknya lagi Bulan Februari punya jadual memang pack dan 'menghiburkan'  terutama bagi haters dan neutral. Lepas game malam ni bertemu Soton, kita jumpa Crystal Palace Ahad ni.Lepas tu startlah Liverpool,bpl (a) Manchester United(h) liverpool(h) Bayern (h). Memang betul2 menguji mental dan fizikal pemain dan penyokong.wow! excited , tak sabar! Jose dengan Wenger sekarang saling berbalahan , yelah siapa lagi si Mourinho tu nak berbalah kalau tak dengan otai lama BPL, bajet die nak jaga standard laa taknak layan cicak mengkarung. Isu2 macam transfer dan schedule, siapa yang dapat fixture mudah itu yang jadi modal. Mourinho sepatutnya kena tengok balik siapa punya jadual lagi senang baru boleh bising. Wenger bising2 mengeluh pun katanya dia tak boleh nak salahkan sesiapa mahupun BPL atau FA sendiri kerana dia tahu kata putus dibuat oleh syarikat2 tv broadcasting ni yang beli hak penyiaran, kapitalis. Ini pun dah beberapa game dalam Arsenal.Com umum pindaan tarikh dan waktu game sebab TV nak broadcast. Sebagai pengurus,apa yang dia hanya boleh buat ialah bersuara dalam mesyuarat UEFA kalau boleh pastikan semua team yang bertanding peringkat Eropah dapat waktu rehat sama rata kerana sebarang kecederaan walaupun sebesar kuman bakterianya boleh bagi impak pada game secara tidak langsung pada result. Tahun lepas waktu2 gitu kita kalah pada Blackburn, kemudian kalah pada Bayern.2 harapan piala out dalam satu tempoh masa. Musim ni harap ada sedikit tuah.

Game malam ni menentang Southampton di Stadium St Mary. Sebagai pendahulu liga, Arsenal kena terus bagi tekanan pada pesaing terdekat terutama City dan Chelsea yang akan start menyepak bola esok.Nak2 ada Mersyside Derby, Chelsea layan London Derby dan City ke Spuds yang gua harap seri, kedua2 drop points. 3 mata perlu dikutip malam ini. Catch me if you can!-tema dia. Dulu masa insiden Boruc tu, jarak sebelum game Saint dengan Gunners cuma dipisahkan 3 mata, sekarang 20. Begitulah jauh evolusi kita.Jadi rugi kalau momentum tu terbantut begitu sahaja ketika kita dalam driving seat.  Ramai yang kata Arsenal akan mampuih kalau tak dapat beli siapa2 Januari ni.Ada logik tapi itu cuma andaian kerana pada ketika ini result ditentukan oleh siapa yang atas padang bukan dalam suratkhabar, ayat Wenger. Anak buah Pochettino di tangga ke 9 ketika ini.Tapi tak bermakna Arsenal boleh selamba ambil mudah. Southampton menang 3 dari 6 game terakhir manakala Arsenal menang kesemuanya. Itu satu berita positif. Menambahkan moral boost lagi adalah kepulangan Aaron Ramsey,Arteta dan jugak Mael yang available.Cuma kita kehilangan Jack Wilshere yang mengalami kecederaan ankle. Kembalinya Rambo dan Arteta memberi option lebih di bahagian tengah kerana ketika match coventry Arsenal memilih untuk tidak menggunakan DM ketika Flamini juga direhatkan memberi laluan gandingan CM Chambo dan Jack. Gua suspek Flamini akan kembali start, daripada trio yang kembali tadi mungkin hanya Rambo yang akan start manakala yang lain2 boleh di call up dari bench. . Podolski deserves untuk start lepas display FA cup hari tu tapi tak taulah kalau Wenger kekal prefer Gnabry.

--------------------Szczesny------------------
Sagna---------Per----------Kos-------Gibbs
---------------Flamini---Rambo------------
-------Cazorla-----Ozil------Podolski------
-------------------Giroud--------------------


Berita transfer tiada yang baru cuma rumors tentang Draxler dan bidaan Arsenal 30M up kepada 35M sedang hangat diperkatakan terutama di hari2 terakhir transfer window. Memang frust lagi2 bila tahu berita kecederaan Walcott yang boleh jadi kat siapa2 juga makanya adalah gamble untuk tidak mnyediakan payung sebelum hujan. Apa yang penting ialah Wenger ikat kemas2 dulu player yang ada sekarang ni terutama core player, Sagna,Mael Mertesacker.Dengar cerita Wenger jugak nak lanjutkan kontrak tapi tak sedia nak umum, gua rasa tunggu dulu dan lihat sejauh mana boleh pergi.Jangan dah sign kontrak tiba2 Arsenal terkandas, fan pun backlash balik kembali meroyan , kita akan jadi bahan jenaka sahaja. Namun gua percaya apa2 keputusan yang akan dilakukannya demi masa depan kelab. Kalau transfer deal belum muncul, mungkin certita pasal sponsorship deal dari Puma yang memecah rekod sebanyak 150M (30M setahun) boleh memberi senyuman. Selepas 20 tahun dengan Nike, Arsenal akan start pakai Puma difahamkan start musim 14/15.Mungkin dah tiba masanya untuk berubah dengan wajah yang lebih segar. Bye2 and tq Nike. COYG! "Oi, lengan dia macam mana, lengan !?", jerit Flamini.


  Astro 345AM. Southampton 1 Arsenal 3.

Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 24 Januari 2014

Pre Match : FA cup AFC vs CCFC

“It’s been a long time since the club won a competition, so we’ve got to grab the chance to win something this year.We’ve got a lot of hope as we’ve already knocked out a big rival in Tottenham.
Lepas menTahikan mereka, Cazorla sekali lagi membahan Spuds untuk mengingatkan tentang result FA Cup 3rd round di mana kita menyingkirkan mereka.Dia sendiri adalah penjaring. Jadi awal pagi nanti, game Jumaat yang rare, menentang Coventry City agak sia2 kita mengalahkan spuds jika kita tak dapat meneruskan cabaran dalam Piala FA . Tak ada yang boleh ambil mudah dalam cup game, apa2 boleh jadi.Ingat Blackburn musim lepas? ketika ramai menyangka Arsenal mudah mara ke separuh akhir alih2 tewas di home. Memang kecewa.

Jarang Arsenal tewas kepada pasukan liga bawahan tapi Blackburn memecahkan rekod itu musim lepas.Coventry City dari League One mungkin tertanya2 apa resipi kemenangan tapi ketika itu situasi agak berbeza dengan kita tengah struggle, kini mood di sekitar utara London positif penuh keyakinan. Ini game hari jumaat yang pertama kali di Emirates malah amat membanggakan ia sold out bagai pisang panas. Wenger masih ingat Coventry City merupakan lawan pertamanya ketika home debut 18 tahun lalu di Highbury yang berkahir 0-0.

Wenger menjanjikan skuad yang lebih kurang sama menentang Spuds sebagai bukti dia memandang serius Piala FA. Arsenal mendapat berita positif apabila Bendi available dan besar kemungkinan boleh dipilih untuk game malam ini.Rambo, Arteta Sanogo bakal kembali paling awal minggu hadapan. Mael pulak injured dan bakal terlepas aksi malam ini sudahlah jarang2 dapat peluang , ditimpa malang pulak. Tapi bagi kes Kapten Mael, Wenger menegaskan dia tidak akan ke mana2 sama ada Januari ini malah mungkin summer nanti jugak sebab dia akan duduk bincang dengan kapten akan situasi sekarang. Dia memahami desire semua player yang berkobar2 nak main tapi Wenger berbesar hati akan kesabaran dan profesionalisme yang ditunjukan Mael.Rosicky masih injured dan tak available hari ini.

---------------Fabianski---------------
Jenkinson-----Per-----Kos------Gibbs
------------Flamini---Wilshere---------
----Cazorla----Chambo-----Podolski------
---------------Bendi------------------

Transfer? Belum ada lagi.Sekarang kecoh isu perpindahan Mata dari Chelsea ke United yang semakin menjadi realiti.Gua sebenarnya malas komen perihal team2 lain tapi dek kerana orang sibuk kondem Wenger atas ulasan 'unfair' nya yang dilihat hipokrit, mungkin gua boleh timbulkan andaian. Melihat pada situasi Mata dan RVP dulu mungkin ada bezanya, RVP dalam keadaan di mana dia hanya berbaki kontrak setahun, tak lepaskan ketika dia awal2 lagi tak mau sign kontrak yakni tak komited, Arsenal rugi. Mengapa ke United, kita tiada pilihan lain, tiada bidaan lain kalau ada mungkin dari Juve tapi tak dapat disahkan, malah Arsenal terpaksa berlawan dengan 'suara budak kecik' dalam kepala RVP yang awal2 dah memang memasang niat bertali barut untuk ke Old Trafford. jadi Wenger tiada pilihan pun terpaksa jual, Arsenal dapat duit, kesannya agak perit united dapat piala.Ya itu menguatkan rival, tapi takdelah kes macam Mata ni di mana tak ada tekanan pun untuk dilepaskan. Malah Jose sengaja tunggu lepas dia dah bertemu United maka dilepaskannya konon bagi menyusahkan rival, mungkin itu persepsi 'unfair' dari kaca mata Wenger. Kalau mahu label tentang hiprokrasi tentang jual ke direct rival  ni, mungkin boleh guna point kesungguhan Wenger nak beli Suarez summer lalu.Itupun kalau Liverpool direct rival.Tapi ia tak berlaku.Cuma pendapat peribadi gua.COYG!!


Astro 345am. Arsenal 4 Coventry 0

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 21 Januari 2014

Post Match : Cazorla meninggikan diri di celah2 ketidaktimbulan pemain lain


Job done. Winning ugly pulak kata depa. Lantak pi lah depa nak cakap Arsenal master of winning ugly ke, tak perform ke janji dapat result. Memang betul kemenangan 2-0 ke atas Fulham tu bukan dalam satu fesyen yang bergaya terutama di first half, tapi selagi kita konsisten deliver kemenangan orang lain hanya boleh cakap angin sahaja. Kerana selain konsisten, tuah dan ciri2 team nak menang sebarang kejuaraan ni kena ada sikap kedegilan,liat, ada resistance kuat mahupun resilient. Bukan salah kita game menentang anak buah Maulensteen agak hambar kurang gerakan berbahaya, tapi mereka sendiri hadir ke Emirates dengan corak negatif. Jadi taktik mereka untuk slowkan tempo dan cuba simpan bola sepanjang masa memakan diri.Sampai bila mereka boleh bertahan dari melakukan sebarang kesilapan. Arsenal dan Santi Cazorla menghukum di separuh masa kedua dengan 2 bijik gol cantik.

Di perspektif Arsenal, ketika nama2 seperti Ozil, Wilshere, Gnabry Giroud nampak lesu dan hilang idea, nasib baik Santi Cazorla tidak hayut sama, muncul sebagai penyelamat. Dari sepak mula, Monreal melepasi ujian kecergasan start, Gnabry mendahului nama Podolski lagi dalam kepala otak Wenger manakala Rosicky hanya sekadar di bangku simpanan, tak dapat tengok kelibat the mask of Rozza. Fulham memperlahankan rentak perlawanan dari awal dengan passing sesama mereka di kawasan sendiri bajet berhati2.Patutlah rumors si Berbatov tu bosan rupanya main tak dapat bola kat atas seorang2.Ada la sekali dua chances si Berba ni dah setting baik tapi budak Kecanikclic punya 2nd touch menghampakan.Itu je lah yang nampak bahaya nya Fulham pun. Arsenal pulak entah kenapa lemau lesu terikut2 dengan rentak lawan. Hanya satu gerakan sahaja betul2 yang melekat kat kepala gua , iaitu one two ozil dengan Wilshere tapi sepakan lemah Ozil tu sama ada pass ke rembat ke mudah dikeluarkan Hangelend ketika Stekelenburg dah tertewas. Ape ke susah bebenau nak ngeja nama player2 Fulham ni. Tapi itulah dia, lepas peluang Ozil tu , hampeh takde lagi gerakan menarik, harapan palsu. Shoot pun semua ke laut.

2nd half baru nampak keArsenalannya .Walaupun di awal2 berlaku kelam kabut pergelutan depan pintu gol Arsenal time set piece tapi kita boleh handle. Start tu takdak apa perlu dirisaukan. Step up gear. Gerakan cantik Cazorla-Giroud-Wilsher-Cazorla dan BANG! Tak lama lepas tu, gandingan ex malaga cipta gol kedua, Monreal cross cari Cazorla, lalu disudahkan dengan jayanya.Podolski diberi peluang test power, masuk2 dia lepaskan geram pada tiang, itu kalau masuk tu memang satu signal jelas untuk bagi Wenger pening kepala. Oxlade Chamberlain hanya diberi masa 5 minit untuk sekadar mencari game time. Satu lagi kemenangan satu lagi bonus iaitu clean sheet. Arsenal, kembali kekal mendahului puncak liga at least dalam masa 10 hari sebab hujung minggu ni game FA Cup menentang Coventry. Selasa depan baru sambung balik jumpe Soton.Boruc ajak Giruod repeat.

Bila tengok Cazorla pulak step up ni, apa rumusan yang boleh dibuat. Bagi gua secara peribadi, kita beruntung sebab Arsenal tak ketandusan player yang boleh mengisi posisi no 10, yakni di belakang central striker.Pemain seperti Ozil,Cazorla,Wilshere,Rosicky semuanya prefer role tersebut tapi hanya ada seorang sahaja yang boleh isi dalam satu masa dalam satu padang yang sama. Mungkin bila Ozil start join ni segala mata tertumpu pada dia untuk dia membawa tanggungjawab ni seorang diri memandangkan lagi pujian daripada ex managernya Jose Mourinho bahawa Ozil merupakan no 10 terbaik di dunia ketika ini. Tapi melihat pada keadaan semasa di Arsenal, ia seperti bergilir2. Bukanlah posisi tersebut sahaja , kita cakap di luar context posisi no 10 tu, maksud gua orang penting dalam sesuatu tempoh tu.Haa tak taulah kalau maksud ni sampai ke tidak tapi gua cuba nak explain kan bahawa ok, Mula2 Ozil lift the spirit, kemudian penjenamaan semula Rambo, lepas tu Kapten Jack kejap jadi adiwira ala Sparrownya, lepas tu time Rosicky pulak bawak attitude otai, kemudian Theo sempat mengisi slot orang penting dan kali ini giliran Santi Cazorla. Harap maksud gua ni sampai lah. Maka dalam makna yang mudahnya mereka ini bergilir2 step up.Itu yang bagusnya.Kita perlukan mereka begitu jugak dengan unsung2 hero seperti Flamini, Kos, BFG dan Sagna serta Szczesny.Kalau konsistensi ini diteruskan kita berpeluang cerah.Mana tahu boleh cipta nama jadi legend macam batch sedekad lalu.

Citer pasal legend ni Cazorla tak payah tunggu lama nak daftar nama. Dia punya gambar dah viral kat laman sosial sekarang ni.Cazorla dikenali sebagai seorang gentleman  dan kurang fasih berbahasa Inggeris tapi yang penting bukan buta huruf, boleh mengeja. Tak tahulah dia memang tak tahu atau sengaja buat2 tak tahu atau memang tak tahu pun.Alasannya dia kata kena scam.Siap ada Abang Bobby.Pihak Arsenal dah suruh dia berhati2 sikit lepas ni sebagai seorang atlet professional..Namun kita dok bising2 modern game dah hilang sentimen2 ala Vieira- Keane apa salahnya sekali sekala bahan kelab rival, join fan punya tradisi kelab.At least ini yang bakar balik suasana, kasi hangat balik. Tapi jangan bimbang Santi, ko buat benda betul..kah3...


Legend mewarisi Legend


Ada satu lagi cerita.Berita yang mengudang simpati. Boleh gua katakan ada pro and con. Difahamkan bahawa Abou Diaby kini yang tengah injured menjalani rehab, telah memikirkan keputusan untuk bersara summer nanti. Mungkin kerana selalu injured dan rasa body dia dah tak boleh nak fight dengan demand game sekarang ini, maka difikirkan adalah lebih baik dia memilih masa inilah untuk menggantung bootnya. Pada ketika umur mencecah 28 tahun, Diaby merasakan dirinya tidak akan lagi bertambah muda, jadi nak heal pun susah. Kecederaan lutut pulak tu. Kita paham dia pernah mengalami patah ankle sewaktu game lawan Sunderland 8 tahun lalu ditackle oleh Dan Smith. Masa tu nampak dia ala2 pengganti Vieira dengan badan tingginya, kaki panjang,rambut nak taknak, tapi terlalu besar sangat harapan yang diletakkan sampai setiap kali dia perform , dia akan injured balik bila waktu tengah high note. Lepas dah lama tak main, aksinya dalam jersi Arsenal awal musim lalu di Anfield mengundang pujian tapi sayang tiba2 dilanda kecederaan lutut, masa tu pun dia main tengah sedap.Cuba buat kemunculan bulan Mac tahun lepas menentang Swansea, injured balik.Itu aksi lastnya dalam jersi Arsenal setakat ini. Wenger mungkin boleh bersabar, medical juga mungkin boleh bagi harapan tapi kalau dah tuan empunya badan yang buat keputusan, mungkin ada baiknya jugak untuk kedua2 parti.Win-win situation. Arsenal taknak memaksa, dia pun tak nak menyusahkan lagi Arsenal bayar gaji dan tanggung kos perubatan.Untuk rekod, Diaby dah buat 178 kemunculan bersama Arsenal dengan 19 jaringan. Apapun sebelum keputusan dibuat,eloklah dipikir semasak2nya untuk kebaikan semua pihak.Teruskan melawan Abou.Get well soon, at least boleh tengok balik Diaby sepak bola atas padang dalam Jersi Arsenal lagi sekali pun ok. Proper goodbye.



Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 18 Januari 2014

Pre Match : London Derby Arsenal vs Fulham

Derby Day! Arsenal menjadi tuan rumah kepada Fulham.lawan yang kini tengah struggle berada di tangga ke 16 liga. Dan kita pulak dikaitkan dengan strikernya, paling mengengkelkan ex spuds, malah ex united. Wenger berkata dia rated highly Berbatov tapi tak lebih dari itu, jauh sekali nak bid.Lagipun pemain Bulgaria tu bukan dalam mood yang elok season ni kalau dilihat kedudukan Fulham sekarang. Sibuk ditanya tentang siapa yang nak dibelinya, jawapan klise adalah jawapan yang paling selamat baginya, "not close" dan dia juga mengulangi ketidakpatutan Januari transfer baginya kalau nak buat lebih baik bukak terus macam dulu2 sepanjang season hingga ditutup bulan April ,kalau tak, tak payah buat terus. Menyusahkan katanya, harga demand pun boleh cecah angka gila.Tapi bila time tanya situasi kotraknya yang bakal berakhir hujung musim ini, tenang pulak dia menjawab, bila sampai masanya akan diumumkan begitu jugak dengan situasi kontrak 2 pertahanan Sagna dan BFG.



Game malam ni merupakan game London Derby ke 200 dalam era Premier League dan ke seratusdi laman sendiri. Rekod jugak agak memberangsangkan Menang 103, seri 55 dan kalah 41.Lebih kurang 50% menang.Fulham tak pernah menang away dalam lawatan ke Arsenal kalah 22 daripada 27.Tapi 2 kali terakhir mereka hadir seri.Musim lepas Arteta gagal convert penalti last minit. Tapi kita dah pun balas dendam Ogos lalu dengan kemenangan 3-1 , 2 gol dari Podolski seelum dia injured. Game tu jugak bagi tekanan pada Martin Jol sampai Ex Spuds tu antara manager awal kena pecat musim ni.Penggantinya Renne Maulensteen masih lagi tercari rentak untuk pasukannya. Walaupun menang 3 daripada 6 game terakhir, 2 kali kalah besar pada Sunderland dan Hull suatu yang perlu dibimbangi.

Arsenal mungkin team yang lebih memerlukan 3 mata malam ini ketika Fulham selaku pasukan bukan pilihan, have nothing to lose.Ini kerana kita tak boleh lagi drop point sewenang2nya bertemu dengan pasukan2 dari lower dan mid table. Itu taktikal secara matematiknya kata Wenger, lawan team bawah2 ni kena kumpul mata maksimum, lawan team direct contender, bagi lawan yang secukup2nya, all out dan lepas tu tengoklah ape result. Ada logiknya di situ melihat pada konsistensi kita sepanjang tahun lepas(start 2nd half season onward) ,kita dilihat fokus ketika match mampu menang berbanding dengan musim2 atau tahun sebelum2nya di mana ada banyak setback dan kejutan.Lagi pula minggu ni ada match2 antara pencabar ,Chelsea bertemu United menjanjikan drop points maka Arsenal tak boleh melepaskan peluang ini.

--------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Per-----------Kos-------Gibbs
----------------Jack------Flamini--------------
--------Cazorla-------Ozil-------Podolski------
--------------------Giroud---------------------


Astro 11 pm. Arsenal 3 Fulham 0

Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 17 Januari 2014

Kapten Jack inspirasi kemenangan di Villa Park + Rumors!



Kita hanya memerlukan tempoh 59 saat sahaja dari 45 minit 1st half untuk score 2 gol!  bagi meletakkan kembali Arsenal ke puncak liga.Jack Wilshere adalah man of the match dengan sebijik gol dan seketul assist malah menerajui midfield dengan cukupberkesan selepas ketiadaan Rambo dan Arteta.Sebijik lagi ditambah oleh orang yang bawah tekanan untuk score sepanjang Januari ni sebab tengah period maksud gua transfer period. Olivier Giroud, nice finish. 1st half memang kita control dalam tangan, Villa hanya beberapa kali seingat aku 2 ,create chances tapi gagal sudahkan. Perlawanan jugak terhenti beberapa minit akibat kecederaan kepala dialami oleh Baker yang dirembat padu Gnabry.



2nd half kita agak casual sedikit dalam membiarkan Aston Villa kembali perlahan2 ke dalam game ataupun Paul Lambert yang suntik menatang apa dalam team talk ketika half time.Malang buat Arsenal menambah senarai kecederaan, Monreal terpaksa dikeluarkan kerana kakinya mungkin terkehel akibat halangan rembatan semasa berada dalam kotak penalti Villa. Rosicky jugak menyusul bagi menggantikan Gnabry, Wenger rasa perlunya memasukkan pengalaman bagi cool down sikit situasi ketika Villa tengah bermatian mencari sesuatu untuk hidup. Arsenal cuba mencari gol ketiga tapi tak kesampaian.Sebaliknya Villa yang datang mengetuk pintu lamunan Arsenal.Benteke yang tak score2 sejak 12 game alih2 boleh pilih Arsenal pulak jadi mangsa. Memang sealalunya gitu la team2 oppo ni, kita jadi medan tempat depa pecah rekod la, cipta rekod la, pecah kebuntuan la..tadah aje asalkan result memihak kepada kita ok.Gol Benteke menghidupkan kembali api perjuangan VIlla serta menyentap kembali semangat Arsenal.Macam biasa kita resilient.Kental bertahan.Rekod gandingan Per dan Kos jika menamatkan 90 minit game bersama2 tidak pernah kalah 28 game dah berturut2.Wow!!

Gua tak puas hati dengan pengadil yang gagal nampak Rosicky terang2 disiku.Patah hidung beb.Sape nak jawab sekarang ni injured lagi seorang player.Game esok lawan Fulham pun belum tentu boleh main tapi Wenger cakap kalau boleh pun kene pakai mask of zorro(baca mask of rozza). Dah sub kene sub balik, memang kesian.Lagi kesian reaksi Podolski bawah ni haa yang nampak sangat kecewa bila Wenger memilih untuk memasukkan Chambo sekali lagi membiarkan Podolski jadi unused sub dalam bahasa melayunya pemain gantian tak guna, tapi tiadalah maksudnya teruk begitu.Dan media2 pun apa lagi ambil peluanglah nak buat onar cucuk jarum porak perandakan kem Arsenal kata Podolski unhappy lah takut hilang tempat World Cup lah , nak blah lah. Oi3! Memang patutlah Podolski ni unhapppy dan reaksi kecewa sebab tak dapat main kalau dia buat stone jek reaksinya , buat donno jek lagi masalah, dah macam orang tak kesah makan gaji buta.Itulah semangat player bola yang nampak kat situ, berkobar2 nak masuk padang main bola. Tapi bagi gua ini sub taktikal ikut situasi pada ketika itu.Kita tengah pertahan kan leading, maka apa rasional nak masukkan seorang lagi striker atau wide player, lagipun Rozza ketika dikeluarkan beraksi sebagai CM, Wenger nak compactkan bahagian tengah.Maka dicameokan Chambo bagi mendapat lari2 anak untuk memancing team lawan bukak ruang.Ini jugak perlahan2 memudahkan Chambo kembali pada game yang dah lama dia tinggalkan.Podolski dah dapat peluang, siap score dan assist, kemudian  bila dapat peluang start upfront dia agak janggal seab dah lama tak main terus isolated kat atas. Mungkin Wenger nampak jika di posisi itu dia kurang sesuai dengan corak yang dipamerkan Arsenal dan lebih prefer dia main wide tapi tak payah risaulah semua player akan dapat chances masing2.Gua percaya Podolski akan dapat peluang main esok lawan Fulham.


Untuk game menentang Fulham ni ada berita buruk.Arteta ,Mael, Rambo, Bendi semua belum boleh main. Monreal jugak macam out.Elok2 Gibbs pulak balik, dia bergilir injured. Rosicky macam cakap tai, kalau nak bagi main pun kene pakai topeng protection , patah hidung 2 bahagian tulang.Tak tahulah kalau Wenger berani nak ambil risiko atau tak. Wenger sempat memberitahu update tentang pemebdahan Theo yang berjalan dengan baik dan lancar.Namun dia tak mengharapkan Theo mampu terbang ke Brazil. Apa yang anda expect kan? Dia French.kah3 Baginya yang penting Theo fit untuk next season. Mari mengharapkan Theo speedy recovery .


Berita yang membanggakan pulak adalah Ozil merupakan satu2nya wakil tunggal dalam BPL(ikut team sekarang, gua bias, gua tak nak sebut player yang pindah pergi Real tu,suka hati gua.kah3) yang terpilih dalam kesebelasan terbaik UEFA.COM sepanjang 2013. Ia diambil kira dalam kempen hujung musimnya bersama Real Madrid dan kemudian awal musimnya dengan Arsenal.BErita transfer pulak tengah sibuk kita kejar Julian Draxler dari Shcalke, player bakal meletop keluaran Jerman.Satu downsidenya selain harga yang mahal, dia tengah injured dijangka sampai Mac. Masahnya alang2 dah melabur mahal sampai lebih kurang 40M takkan kita tak nak pakai urgent. Wenger target nak sambar summer ni, tapi disebabkan takut harga makin melambung dan menjadi buruan kelab2 lain, baik sekarang.Masalahnya pulak release clause budak ni hanya boleh ditrigger time summer jek. Arsenal perlu cari penguat jentera serangan lebih2 lagi kita dihimpit kecederaan Theo sampai sizen habis memaksa satu cover dalam jangka masa pendek. Masalahnya macam cakap tadi, dia pun injured. Tapi untuk jangka masa panjang dilihat pelaburan berbaloi lagi2 Arteta, Rosicky, Cazorla semua dekat2 dah nak habis minyak, sementara batch2 ni ada sebaiknya di mix bersama.Apapun ini baru rumors, tak ada apa2 tawaran rasmi


Satu lagi cerita pasal Paul George Ntep. Pada awalnya gua tak rasa macam betul tapi sebab ada cerita2 belakang tabir untuk digosipkan maka gua kongsilah bersama. Mula2 ada gambar instagram account si Ntep ni dengan gambar tiket flight cuba menggambarkan dirinya ke London.Lepas tu member dia tweet, si Ntep ni memang akan join Arsenal tapi akan dikembalikan ke France untuk pinjaman ke Rennes.Menurut laporan, Presiden kelab Auxerre, Guy Cotret cakap dia tak boleh bagitau lebih2 sebab dah sign benda confidential, apa yang dia boleh bagitau memang dah terima tawaran dari satu kelab France kemungkinan Rennes dan tengah dalam mode nego2 lagi. Tapi perihal si Ntep pergi ke London tu, dia kabo, yang gua paham la, si Ntep ni diberikan masa untuk pilih, maka penerbangan ke London tu untuk lawat club facilities, ada yang kata QPR, ada yang suggest Arsenal.Atau pun... ini cuma taktik nak pancing dan upkan bid sahaja....siapa tahu?
“This is a complicated transfer to finalise because there are several parts. The willingness of the club, the player’s … We have advanced in negotiations with the French club that I mentioned Sunday. For his part, Paul George is thinking. We are given another 24 hours to try to come to an agreement.He does what he wants from his weekends. In any case, I read they were talking to QPR. He was not at Queens Park. Was it Arsenal? Without a doubt! I’m not foolish. But in any case, I have no contact with an English club. There is the French club of which I speak has made an offer. After that, maybe the player and his agent have other contacts …” 
Keperluan untuk Januari signing terutama di bahagian atas adalah perlu tapi selain beli player apa kata Wenger beli coat baru tak payah susah2 pakai zip, beli yang butang pun ok.Masalah ni dah lama gua perhati dari dulu lagi tak sudah2 ape ke susah sangat nak pakai baju berzip2 ni tolong lah bagi le Prof yang berbutang pulak.Terbaru di Villa Park.haha



Agi idup agi mengGunners!!




Isnin, 13 Januari 2014

Pre Match : Arsenal vs Aston Villa


Kali terakhir kita bertemu Aston Villa Ogos lalu, ending dia macam haram .Aura negatif di segenap pelusuk Stadium Emirates, di luar perkarangan stadium,di Utara London,di UK mahpun dunia bola sepak amnya. Semua menuju pada satu konklusi, Sack da boss! Dalam masa 4 bulan segalanya bertukar smoothly,perlahan tapi lancar, keyakinan terhadap pasukan, pengurusan(at least buat masa ini)  malah begitu juga kepercayaan fan pada Wenger sendiri mula kembali terima kasih pada rekod signing Mesut Ozil yang membawa Arsenal step up to the next level, internally dan externally.Walaupun Ozil belum mencapai tahap maksima tapi tak syak lagi impak kehadiran nama besar sepertinya memberi moral boost dan satu keyakinan bahawa Arsenal benar2 serius hendak bersaing , bukan lagi kelab penjual.Itu cerita 4 bulan sudah, malam di mana Wenger menyalahkan pengadil atas insiden 2 penalti yang tak patut, Chambo injured , dan kemudian kad merah Koscielny, tapi langsung orang dah tak pandang dah semua tu, semua tengok kantung penuh tapi tak pakai, itu yang menjadi target.

Malam ni kebetulan match juga masih berada dalam transfer period tapi tekanannya agak kurang, berbeda dengan summer lalu. Chambo jugak kembali pulang ke match yang di mana dia tinggalkan, mungkin dia akan buat cameo dari bench.Wenger menegaskan Chambo dan Theo adalah dua jenis pemain berbeza , Oxlade merupakan CM manakala Theo Wenger anggap lebih kepada bahagian serangan. Kecederaan Theo memang satu ranjau musibah , diakui sendiri oleh Wenger tapi dia masih upkan player2 lain seperti Podolski, Gnabry malah Bendi sendiri yang katanya tak lama lagi akan muncul balik.Tapi gua dapat rasakan Wenger ada simpan no2 agent pemain bola dan mewassap mereka untuk update jika ada player available yang boleh disambar Januari ini. Sebabnya melihat kepada cerita dia membandingkan Theo dan Chambo, mengatakan Podolski great finisher tapi lebih prefer dia main wide,  Gnabry masih dalam model pembelajaran dan juga pengakuan dia target Suarez dan Higuain bukan untuk ganti Giroud tapi main bersama2 di sisi Giroud, ini semua hint2 dan ayat selamat untuk tidak menafikan malah tidak juga mengiyakan nanti dilihat memberi harapan.Maka kita tunggulah last2 minit transfer dah dekat hujung2.
"Susah-susah sangat amek gua jek Le Prof.."

Melihat kepada result kelmarin dan semalam di mana semua pesaing besar menang, tak ada sebab lagi untuk Arsenal boleh sewenang2 membazir mata. Menang awal pagi esok, kita kembali duduk di atas.Ini jugak medan menebus maruah akibat kekalaan home 1-3 dulu. Anak buah Paul Lambert pun bukan dalam mood sangat, hanya sekali sahaja menang dalam 6 perlawanan terakhir.Kini di tangga ke 11 hanya dipisahkan 5 mata sahaja dari zon relegation. Benteke musim ni pun tak menyerlah tak score2 sejak 12 game.Mereka juga struggle dengan hilang dua defender Ron Vlaar dan Nathan Baker.

Update kecederaan. Selain Theo, Diaby, Bendi, Sanogo, nama2 lain yang masih belum sempat kembali adalah Kapten Mael, Gibbs dan jugak Rambo.Olivier Giroud disahkan boleh kembali lead the line, bebas dari demam dan kecederaan ankle.

----------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Per------------Kos------Monreal
------------------Arteta---Jack------------------
--------Rosicky------Ozil-------Cazorla---------
------------------Giroud-------------------------

"Bukan nama2 yang banyak disembangkan dalam suratkhabar yang akan membantu result Arsenal, tapi nama2 yang ada atas padang yang menentukan kejayaan" Sasterawan Negara Arsene Wenger.

Astro 4 am. Aston Villa 0- Arsenal 3


Agi idup agi mengGunners!!!




Khamis, 9 Januari 2014

Teruskan berjuang untuk Theo!!

Bukan gua nak tarik kegirangan lepas baru menang bergaya dengan jiran poyo, tapi berita Theo Walcott out 6 bulan akibat kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) tu benar2 buat gua secara peribadi lagi tersentak. Sedih kecewa dan simpati atas nasib Theo dengan perkhabaran dia bakal terlepas flight ke Brazil summer nanti.Theo baru nak click, baru dapat cari form  setelah kembali dari kecederaan, boleh gua katakan dia boleh jadi game changer. kita bakal kehilangan gol2nya, larian off the ball behind defend,assist, cross, pace dan gol2nya kebanyakan tahap layak upload youtube. Gutted. Gua akui gua selalu kondem Theo dan kritik dia time dia muda berhingus dulu tapi kritikanlah yang mematangkan seseorang player.ecececeh. Siapa yang kata takde hal langsung kalau Theo takde, harus berpikir kembali. Setelah kebelahan si pengecut atau pembelot RVP, ramai yang kata kita akan struggle cari gol. Namun statistik tidak menipu. Theo Walcott step up musim lepas saja dapat 21 bijik. Musim ini game liga baru buat 13 penampilan dah score 5 bijik. Game lawan Spuds dia ambil alih posisi dari Giroud, Bendi, Podolski untuk giliriannya lead upfront.Ternyata tak mengecewakan malah lebih dinamik dengan mobilitinya.Jadi setiap kali dia baru nak 'bermesra' dengan posisi attack selain wide,dia ditimpa kemalangan. Get well soon Theo! At least dia sign off musim ni dengan cukup bergaya.


Dan Theo jugak tidak dikenakan apa2 tindakan dari FA atas dakwaan konon timbulkan kontroversi.Bloody Spuds! Syiling mau baling, mulut mau bising! Patut baling syiling balik kat Daniel Levy, mungkin 100M++ tak cukup untuk pulangkan balik ROI jauh sekali nak dapat seketul piala.Kah3. Seronok dapat mara ke pusingan keempat ni tapi lagi seronok bila mana dapat menyingkirkan rival tradisi dari saingan. GAme dicontrol dengan penuh bergaya. 2 ekor bekas gooner, sorang sokong gunners time kecik,seorang ex player,Tim Sherewood dan Adebayor, terus senyap tak terkata walhal sebelum game punya lah auta dari media pong pang sana sini.Tak de lah hebat mana.Respect dan kredit gua pada barisan midfiel, terutama Cazorla Gnabry dan Rosicyky yang jadi master mind orchestra malam itu.Gnabry gaya permainan cukup matang, promising dan ada masa depan.Bola assistnya pada Santi Cazorla smart, lagi2 dengan ketiadaan Theo ni inilah masa buat anak2 muda seperti Gnabry untuk ambil peluang.Seorang lagi player England, Oxlade Chamberlain yang dah berehat 5 bulan nampaknya kini kembali ke full training dalam persiapan menghadap Aston Villa Isnin ini.Jadi anatara Gnabry dan Chambo masing2 perlu berusaha kerasa sekurang2nya agar tidak membiarkan kehilangan Theo begitu dirasai terutama di wide area.Kedua2nya mempunyai  ability kepantasan dan gerakan menarik untuk beat defender, memacu pasukan ke posisi lebih offensive.Kita perlukan player2 yang lebih direct.


Namun kehadiran player2 muda atas padang ni perlu dibimbing oleh player2 otai atau yang lebih senior tapi masih berbisa. Wilshere dan rakan2 seangkatan patut berasa bertuah . Ambil contoh Thomas Rosicky.Gol pertamanya musim ini time lawan Spuds memang layak  atas usaha kerja kerasnya yang tak berhenti2 kejar bola dan close down opponent. Hero depa time 2010 score time debut kini jadi badut bajet nak main gelecek2 dengan Rozza.Respect sikit..Cazorla, memang sharp dan energetic malam tu. Gol superb timing larian dengan baik. Abang Arteta, tenang dan cool buat kerje2 kotor jadi perisai defend. Pertahanan pulak, kita start dengan Mael kembali selaku kapten.Tapi 2nd half terpaksa dikeluarkan sebagai langkah berjaga2, mengalami sedikit kecederaan. Ini antara game di mana 3 kapten dapat pakai armband, bermula dari Mael, kemudian Arteta disudahi dengan Mertesacker. Arsenal tak payah nak tunggu lama dah nak cari bakal kapten baru, budak yang jadi maskot ni dah ada ciri2 kelayakan.kah3.


Kemaraan kita bakal diuji oleh Coventry City dalam pusingan kelima di mana kita jadi tuan rumah.24 Januari , jarang game hari Jumaat. Tapi memandangkan game berikutnya liga menentang Saints pada hari Selasa, mungkin sebab itulah jadualnya begitu. Dan ada 5 hari lagi sebelum game menentang Aston Villa. Rehat lama2 pun bagi peluang banyak cerita  belakang tabir masuk yakni macam sekarang, popular dengan cerita2 transfer. Arsenal dikaitkan dengan banyak nama2 lepas tengok Giroud habis minyak, Bendi injured, Podolski baru boleh start main. Tapi bila dah Theo punya musim berakhir sekelip mata, itu dia, list nama tadi dah panjang berjela. Kadang2 terfikir tang mana logiknya, hampir semua unwanted player oleh kelab atau striker2 yang dikatakan unsettled semua nak dikaitkan dengan Arsenal. BAgi gua kalau anda tanya, mestilah gua mengharapkan ada January signing terutama di bahagian serangan,kerana adalah satu gamble untuk mengharapkan pemain yang sedia ada dengan kuantiti mahupun kualiti back up, meneruskan cabaran setelah mengetahui situasi sebegini.Kalau tak dibendung, ia mungkin jadi lebih parah, jadual semakin padat .FA cup, liga, Champions League.Semua berat2. Rugi atau menyesal tak sudah kalau tak ambil peluang sebegini sebagai insuran. Susah nak cari long term, short term deal pun ok.Loan mungkin satu win-win situation.

Jasad Theo mungkin terkandas di pertengahan jalan .Tapi jiwa dan semangatnya harus kekal bersama, jangan biarkan perjuanganna dipersiakan. Marilah memburu kejuaraan dalam masa yang sama hadiahkan  untuk Theo Walcott!

Agi idup agi mengGunners!!


Sabtu, 4 Januari 2014

NLD , perencah pembuka selera FA Cup.


Adakah memang menjadi lumrah atau style Arsenal sengaja biar last2 minit, kasi dramatic tapi tak boleh buat selalu, boleh sakit jantung. Kemenangan Arsenal ke atas Cardiff 2-0 di hari pertama tahun baru 2014 menunjukkan harapan serta memaparkan misi yang diburu bukan angan2 kosong.Bendi dan Walcott membuatkan Vincent Tan kelihatan seperti Mamat poyo yang bawak awek ke hulu ke hilir nak tayang kasi propa lebih walhal tak seksi atau cun mana pun awek tersebut lebih2 lagi team mereka baru kalah di tangan pendahulu liga.Ole Gunnar pasti terasa diguna2kan oleh Vincent entah ke mana hala tuju kerjayanya dia pikir bila kerja dengan individu yang langsung tak tau apa pasal bola sepak, jauh sekali tradisi kelab, yang sewenang2nya diubah.Bukan masalah gua untuk pikir, kerana kita ada banyak masalah lagi nak dirisaukan. Bendi yang terkorban selepas menjaringkan gol memecah kebuntuan, Giroud yang cedera tapi kini demam, Sanogo yang memang dibeli sebagai alasan 'oh kami dah beli player tapi injured tidak berbau' , maka dari mana gol2 akan datang selepas ini. Simpati gua pada nasib Bendi, ketika Giroud kelihatan dah habis minyak dan perlukan ruang serta masa, Bendi pasti merasa ini saatnya untuk dia step up, dan dia tidak mengecewakan bila diperlukan Rabu lepas, tapi suatu terpaksa dikorbankan bagi mendapatkan gol kemenangan. Tak dapatlah Bendi nak merasa isi slot tu lama2.Jadi kini tanggungjawab dan peranan penyerang bakal dikongsi bersama antara Podolski, Theo mahupun Park Chu Young?Gua rasa Pakcu dah beku untuk satu sizen malah tak terkejut kalau Januari ni dia yang dilepaskan, kerana kalau nak pakai balik kena ambil masa lama untuk defrost, beku sangat. Apapun terima kasih pada Bendi dan pada player yang tak kenal erti putus asa, dengan Arsenal, gua pun yakin gol akan datang tapi masa sahaja yang buat suspen, itu antara sebab kita sayang lebih dekat Arsenal ni. kah3. Ok momentum liga kita dapat teruskan, tukar fokus ke piala FA pulak, walaupun dah 4 kali Wenger menang, orang tua itu pasti terpikir umornya bukan lama,, rindu jugak nak kucup piala.Last sekali piala itulah, hampir 9 tahun lepas.Itu sebab dia masih terasa lagi kekecewaan kalah pada Blackburn di home musim lepas, memang bengkek.

Kali ini masa untuk tebus balik maruah. Lebih2 lagi kita dapat NLD untuk pusingan ketiga ni.Biasanya pusingan2 awal tak menjanjikan apa2 sangat excitement kecualilah 2 tahun lepas cameo debut kedua Henry yang score gol kemenangan, itu antara special moment 3rd round. Jadi malam ni tak ada yang lebih istimwa dari menghapuskan sisa2 perjuangan jiran melalyui derby.Mereka juga baru tukar manager , tengah high sampai cloud 9 katanya lepas baru menang di Old Trafford. 2 Orang ni depa duk sebut menjelang NLD, Tim Sherwood, Adebayor, itulah nama mainan media sekarang. Kita boleh buat nama ni lenyap senyap at least 9 hari sebelum liga disambung semula , jika menang game malam ni. Bagi player seperti jack Wilshere dan Theo Walcott, player yang membesar dengan semangat derby, mereka pasti mengerti dan boleh bagi tunjuk ajar pada mereka yang berpengalaman baru terutama new signing-kecuali Flamini. Tanpa Ozil kita boleh menang ke atas mereka, jadi apalah sangat kalau Ozil dikhabarkan masih belum mampu untuk diturunkan malam ini.Gua ingat lagi kita menang NLD malam tu, esok dapat Ozil! memang edisi bumper ceria combo punya! Kut2 lah Wenger nak ulang balik, malam ni menang lawan Spuds, esok dapat player baru,siapa tahu ye tak?Yang pasti bukan Berbatov, itu Wenger dah nafikan.haha.

Wenger janji nak turunkan barisan terbaik mampu menang malah dia akan hormat FA cup dan layannya macam game liga. Memandangkan ada tempoh masa 9 hari jarak antara game liga berikutnya, gua pun rasa adalah elok kita letak full horsepower yang ada, bukan masa nak statisfied kan player2 yang tak ceria, ini masa nak bagi kemenangan pada fan, lebih2 lagi NLD ni! Selain itu, kemaraan dalam FA cup boleh jadi moral boost dalam meneruskan cabaran musim ini atau juga insuran seandainya apa2 terjadi pada perjuangan lain. Update kecederaan, yang sah tak boleh main ialah Bendi , Rambo, Gibbs, Sanogo,Chambo ( minggu depan full training), Abou. Doubtful, Ozil dan Giroud.Yang lain available untuk menjahanamkan Spuds.

-------------------Fabianski------------------
Sagns---------Per-----------Mael-------Monreal
----------------Arteta---Wilshere--------------
---------Rosicky-----Santi------Podolski------
------------------Theo------------------------


Last sekali NLD dalam FA Cup 13 tahun sudah, Semi 2001 kat Old Trafford, kita menang.Jom layan balik sejenak nostalgia lama.Classic!



Astro 1am. Arsenal 5 spuds 2.

Agi idup agi mengGunners!!


Rabu, 1 Januari 2014

Mulakan tahun baru dari puncak.

Selamat Tahun Baru 2014! Top of the league! Jadual yang sangat padat terutama di akhir tahun sehingga digelar oleh Wenger sebagai horrendous schedule mungkin kerana penysusunan dan pasukan pilihan yang diketemukan back to back. Namun kita berjaya melupakan minggu yang suram dan hambar, memecah kebuntuan kembali ke landasan kemenangan dengan menang 2 game away yang sukar , pertama West Ham pada Boxing Day kemudian ulangan debaran final day musim lalu di St James Park ,Ahad lepas. Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan Arsenal kembali menerajui liga walau hanya dengan satu mata, tapi itu sudah cukup bagi moral boost terutama apabila mengingat kembali perjuangan 2013 di mana kita merupakan antara team paling konsisten di Eropah, maka dengan form terpuji sepanjang tahun, -lupakan beberapa setback seperti game ,Bayern City,- Arsenal selayaknya diberikan kredit dan mengakhiri tahun 2013 di puncak merupakan satu saguhati ataupun cermin kepada usaha yang dilakukan sebelum ini, sekurang2nya mereka2 yang selalu mengkritik tanpa asas  itu sedar.Walaupun ia tidak memenangkan Arsenal sebarang trofi tapi ia cukup kuat untuk membuktikan konsistensi.



Back to the real business.Game lawan West Ham menceritakan tentang keparahan kita jika tiada penyudah berkesan. Separuh masa pertama beberapa kali bola melintas di depan gol tanpa siapa2 pun mau ambil peluang menyambar, jangan salahkan Giroud sorang sahaja walaupun dialah yang memang tak on form. Kemudian defend tersedak sebentar dengan gol awal 2nd half. Nasib baiklah ada on form Theo Walcott. Brace ke atas City diteruskan dengan 2 lagi gol ke atas West Ham. Itupun sesudah kebetulan Rambo injured, akhirnya Wenger dengar jugak suara hati memasukkan Podolski . Dari musim lepas dikenali sebagai bukan pilihan popular Wenger, tapi Poldi selalunya deliver bila keadaan memerlukan. 1 assist dan sebijik gol adalah hadiah buat peminat dan dirinya sendiri sesudah kembali dari kecederaan hampir 4 bulan.Namun itu tidak cukup untuk menjamin spotnya daam 1st eleven di St James Park. Ambil yang positif dan tidak berprasangka buruk, ini semua mungkin sebagai langkah berhati2 untuk tidak terlalu tergesa2 menggunakan Podolski. Sekurang2nya kita dapat kembali melihat aksi Jack dari penggantungan. Macam lari berganti2, kini Rambo pulak bakal melupakan aksi selama 3 minggu.


Game di St James Park.Ini game banyak tension banyak ketat.Dah lama tak win ugly sekali sekala apa salahnya.Memang antara ciri2 tuah kalau nak jadi champion ialah dapat result walaupun main tak seberapa. Kita perlukan sangat2 3 mata ini, lebih2 lagi Newcastle tengah meletupform mereka, antara team yang paling banyak kumpul point dari November selai ManCity jadi tak terkejut kalau kita dapat halangan sukar.Macam lawan Team France, plik dulu pernah dengar si Alan Pardew duk bising Arsene Wenger ni asyik beli player France sekarang ni ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Dan penjaring gol kita jugak adalah dari France, ini mungkin terlepas dari list Pardew sebab kita dah sambar awal.kah3. Tapi sekali lagi ini menunjukkan betapa pentingnya ada finisher ang boleh finish off the game dengan awal, mengharapkan Giroud seorang memikul beban adalah satu risiko kerana nampak sangat dah dia terbeban dengan workload dan hampir setiap game dia kena lead the line seorang diri. Hasilnya, dia kini injured dan bakal terlepas aksi bertemu Cardiff malam ni. Game menentang Newcastle jugak menunjukkan kurangnya keseimbangan antara 2 blah flank bila mana Newcastle target belah kiri kita melalu Debuchy yang sering terlepas dari markernya melakukan overlapping. Cazorla kurang mampu memberi suppport kepada Gibbs, dan ditambah pula Gibbs mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.15 minit terakhir memang cukup mendebarkan bila mana Wenger memilih untuk "cukup sudah serangan,mari kita defend dengan apa yang ada,1 gol dah memadai". Nasib baik kita ada gandingan yang tak pernah  tewas game liga tahun ini bila mana mereka beraksi hingga 90 minit, Koscielny kembali berganding dengan mertesacker mengisi slot Mael dan Monreal yang demam adalah satu bentuk blessing in disguise sebenarnya. maka minit2 last tu Sagna diarah himpit ke tengah menjadikan 3 CB bagi menutup sebarang ruang buat Newcastle.Carl Jenkinson masuk cover kanan, belah kiri Flamini ganti Gibbs dengan Arteta dimasukkan buat kerja2 kotor. Tapi gua paling respect MOTM bagi gua secara peribadi adalah Thomas Rosicky. Wenger membiarkan Rosicky menghabiskan gamenya sebagai satu kredit kepada pemain yang tak berhenti memberikan segalanya, berlari ke atas, bawah, kejar bola, tackle intercetpnya, pure passion and hunger. Sebagai antara orang lama di Arsenal , seolehnya gua harap sangat dia mampu peroleh sekurang2nya satu piala di Arsenal sebagai penghargaan.

Jadi Arsenal menutup tirai 2013 dengan kemenangan. Tak kena kalau kita bukak 2014 tanpa kemenangan.Maka game malam ini bertemu Cardiff di Emirates jugak sangat penting bagi meneruskan momentum.Cardiff yang dimonopoli dibuli oleh Vincent Tan, baru sahaja kehilangan manager Malky Mackay akibat aksi hambar kutip 5 point sahaja dari 18 yang sepatutnya. Tapi team inilah yang telah menewaskan City bila kena hari mereka. Jadi ini satu peringatan buat Arsenal jangan overkonfiden. Lebih2 lagi kita beraksi di laman sendiri maka orang expect kita menang mudah, masalah bagi Arsenal ni ialah time diexpect menang time tulah mereka tak deliver.Ternyata kita lebih sesuai dengan gelaran undedog, kurang tekanan dan suka cipta kejutan tapi tak boleh menghromati sangat lawan sampai main pun style sendiri hilang ke mana, kita mesti kekal dengan identiti bola sepak kita.

Update kecederaan, Ozil Gibbs Rambo Giroud sah tak boleh beraksi.Walcott, Wilshere, Monreal Mael Rosicky doubtful. Tapi gua konfiden mleihat kepada gambar siapa yang turun training, Walcott besar kemungkinan tak ada masalah untuk ditrutunkan malam ini. Cuma Wenger masih belum membuat kata putus berhubung siapa bakal mengisi posisi ditinggalkan Giroud sama ada Podolski, Theo,Bendi bergantung pada keseimbangan pasukan katanya.JIka Mael dan MOnreal masih demam mungkin kita akan melihat barisan seperti berikut.

------------Szczesny-------------
Sagna-------Per----Kos----Flamini
-------------Arteta---Wilshere----
-------Theo-----Santi-----Poldi----
--------------Bendi---------------

Januari jugak menandakan bahawa pintu perpindahan telahpun kembali dibuka. Dan seperti biasa Arsenal jugak tidak terlepas dari dikaitkan terutama sekali di bahagian serangan.Tapi biasanya kalau ada pun nama2 besar atau backup, tunggu last2 minit.Kerana ia adalah berbeza sekali dengan perpindahan summer di mana selalu  big move berlaku namun perlu diingat dalam tahun world cup, jangan kosongkan impian anda. Tahun lepas Wenger bawak masuk Monreal semasa deadline day. Arsenal penuh dengan kejutan kadang kala boleh tahan kehambaran dari segi transfer.

Agi idupagi mengGunners!!