Jumaat, 17 Januari 2014

Kapten Jack inspirasi kemenangan di Villa Park + Rumors!



Kita hanya memerlukan tempoh 59 saat sahaja dari 45 minit 1st half untuk score 2 gol!  bagi meletakkan kembali Arsenal ke puncak liga.Jack Wilshere adalah man of the match dengan sebijik gol dan seketul assist malah menerajui midfield dengan cukupberkesan selepas ketiadaan Rambo dan Arteta.Sebijik lagi ditambah oleh orang yang bawah tekanan untuk score sepanjang Januari ni sebab tengah period maksud gua transfer period. Olivier Giroud, nice finish. 1st half memang kita control dalam tangan, Villa hanya beberapa kali seingat aku 2 ,create chances tapi gagal sudahkan. Perlawanan jugak terhenti beberapa minit akibat kecederaan kepala dialami oleh Baker yang dirembat padu Gnabry.



2nd half kita agak casual sedikit dalam membiarkan Aston Villa kembali perlahan2 ke dalam game ataupun Paul Lambert yang suntik menatang apa dalam team talk ketika half time.Malang buat Arsenal menambah senarai kecederaan, Monreal terpaksa dikeluarkan kerana kakinya mungkin terkehel akibat halangan rembatan semasa berada dalam kotak penalti Villa. Rosicky jugak menyusul bagi menggantikan Gnabry, Wenger rasa perlunya memasukkan pengalaman bagi cool down sikit situasi ketika Villa tengah bermatian mencari sesuatu untuk hidup. Arsenal cuba mencari gol ketiga tapi tak kesampaian.Sebaliknya Villa yang datang mengetuk pintu lamunan Arsenal.Benteke yang tak score2 sejak 12 game alih2 boleh pilih Arsenal pulak jadi mangsa. Memang sealalunya gitu la team2 oppo ni, kita jadi medan tempat depa pecah rekod la, cipta rekod la, pecah kebuntuan la..tadah aje asalkan result memihak kepada kita ok.Gol Benteke menghidupkan kembali api perjuangan VIlla serta menyentap kembali semangat Arsenal.Macam biasa kita resilient.Kental bertahan.Rekod gandingan Per dan Kos jika menamatkan 90 minit game bersama2 tidak pernah kalah 28 game dah berturut2.Wow!!

Gua tak puas hati dengan pengadil yang gagal nampak Rosicky terang2 disiku.Patah hidung beb.Sape nak jawab sekarang ni injured lagi seorang player.Game esok lawan Fulham pun belum tentu boleh main tapi Wenger cakap kalau boleh pun kene pakai mask of zorro(baca mask of rozza). Dah sub kene sub balik, memang kesian.Lagi kesian reaksi Podolski bawah ni haa yang nampak sangat kecewa bila Wenger memilih untuk memasukkan Chambo sekali lagi membiarkan Podolski jadi unused sub dalam bahasa melayunya pemain gantian tak guna, tapi tiadalah maksudnya teruk begitu.Dan media2 pun apa lagi ambil peluanglah nak buat onar cucuk jarum porak perandakan kem Arsenal kata Podolski unhappy lah takut hilang tempat World Cup lah , nak blah lah. Oi3! Memang patutlah Podolski ni unhapppy dan reaksi kecewa sebab tak dapat main kalau dia buat stone jek reaksinya , buat donno jek lagi masalah, dah macam orang tak kesah makan gaji buta.Itulah semangat player bola yang nampak kat situ, berkobar2 nak masuk padang main bola. Tapi bagi gua ini sub taktikal ikut situasi pada ketika itu.Kita tengah pertahan kan leading, maka apa rasional nak masukkan seorang lagi striker atau wide player, lagipun Rozza ketika dikeluarkan beraksi sebagai CM, Wenger nak compactkan bahagian tengah.Maka dicameokan Chambo bagi mendapat lari2 anak untuk memancing team lawan bukak ruang.Ini jugak perlahan2 memudahkan Chambo kembali pada game yang dah lama dia tinggalkan.Podolski dah dapat peluang, siap score dan assist, kemudian  bila dapat peluang start upfront dia agak janggal seab dah lama tak main terus isolated kat atas. Mungkin Wenger nampak jika di posisi itu dia kurang sesuai dengan corak yang dipamerkan Arsenal dan lebih prefer dia main wide tapi tak payah risaulah semua player akan dapat chances masing2.Gua percaya Podolski akan dapat peluang main esok lawan Fulham.


Untuk game menentang Fulham ni ada berita buruk.Arteta ,Mael, Rambo, Bendi semua belum boleh main. Monreal jugak macam out.Elok2 Gibbs pulak balik, dia bergilir injured. Rosicky macam cakap tai, kalau nak bagi main pun kene pakai topeng protection , patah hidung 2 bahagian tulang.Tak tahulah kalau Wenger berani nak ambil risiko atau tak. Wenger sempat memberitahu update tentang pemebdahan Theo yang berjalan dengan baik dan lancar.Namun dia tak mengharapkan Theo mampu terbang ke Brazil. Apa yang anda expect kan? Dia French.kah3 Baginya yang penting Theo fit untuk next season. Mari mengharapkan Theo speedy recovery .


Berita yang membanggakan pulak adalah Ozil merupakan satu2nya wakil tunggal dalam BPL(ikut team sekarang, gua bias, gua tak nak sebut player yang pindah pergi Real tu,suka hati gua.kah3) yang terpilih dalam kesebelasan terbaik UEFA.COM sepanjang 2013. Ia diambil kira dalam kempen hujung musimnya bersama Real Madrid dan kemudian awal musimnya dengan Arsenal.BErita transfer pulak tengah sibuk kita kejar Julian Draxler dari Shcalke, player bakal meletop keluaran Jerman.Satu downsidenya selain harga yang mahal, dia tengah injured dijangka sampai Mac. Masahnya alang2 dah melabur mahal sampai lebih kurang 40M takkan kita tak nak pakai urgent. Wenger target nak sambar summer ni, tapi disebabkan takut harga makin melambung dan menjadi buruan kelab2 lain, baik sekarang.Masalahnya pulak release clause budak ni hanya boleh ditrigger time summer jek. Arsenal perlu cari penguat jentera serangan lebih2 lagi kita dihimpit kecederaan Theo sampai sizen habis memaksa satu cover dalam jangka masa pendek. Masalahnya macam cakap tadi, dia pun injured. Tapi untuk jangka masa panjang dilihat pelaburan berbaloi lagi2 Arteta, Rosicky, Cazorla semua dekat2 dah nak habis minyak, sementara batch2 ni ada sebaiknya di mix bersama.Apapun ini baru rumors, tak ada apa2 tawaran rasmi


Satu lagi cerita pasal Paul George Ntep. Pada awalnya gua tak rasa macam betul tapi sebab ada cerita2 belakang tabir untuk digosipkan maka gua kongsilah bersama. Mula2 ada gambar instagram account si Ntep ni dengan gambar tiket flight cuba menggambarkan dirinya ke London.Lepas tu member dia tweet, si Ntep ni memang akan join Arsenal tapi akan dikembalikan ke France untuk pinjaman ke Rennes.Menurut laporan, Presiden kelab Auxerre, Guy Cotret cakap dia tak boleh bagitau lebih2 sebab dah sign benda confidential, apa yang dia boleh bagitau memang dah terima tawaran dari satu kelab France kemungkinan Rennes dan tengah dalam mode nego2 lagi. Tapi perihal si Ntep pergi ke London tu, dia kabo, yang gua paham la, si Ntep ni diberikan masa untuk pilih, maka penerbangan ke London tu untuk lawat club facilities, ada yang kata QPR, ada yang suggest Arsenal.Atau pun... ini cuma taktik nak pancing dan upkan bid sahaja....siapa tahu?
“This is a complicated transfer to finalise because there are several parts. The willingness of the club, the player’s … We have advanced in negotiations with the French club that I mentioned Sunday. For his part, Paul George is thinking. We are given another 24 hours to try to come to an agreement.He does what he wants from his weekends. In any case, I read they were talking to QPR. He was not at Queens Park. Was it Arsenal? Without a doubt! I’m not foolish. But in any case, I have no contact with an English club. There is the French club of which I speak has made an offer. After that, maybe the player and his agent have other contacts …” 
Keperluan untuk Januari signing terutama di bahagian atas adalah perlu tapi selain beli player apa kata Wenger beli coat baru tak payah susah2 pakai zip, beli yang butang pun ok.Masalah ni dah lama gua perhati dari dulu lagi tak sudah2 ape ke susah sangat nak pakai baju berzip2 ni tolong lah bagi le Prof yang berbutang pulak.Terbaru di Villa Park.haha



Agi idup agi mengGunners!!




0 ulasan: