Derby Day! Arsenal menjadi tuan rumah kepada Fulham.lawan yang kini tengah struggle berada di tangga ke 16 liga. Dan kita pulak dikaitkan dengan strikernya, paling mengengkelkan ex spuds, malah ex united. Wenger berkata dia rated highly Berbatov tapi tak lebih dari itu, jauh sekali nak bid.Lagipun pemain Bulgaria tu bukan dalam mood yang elok season ni kalau dilihat kedudukan Fulham sekarang. Sibuk ditanya tentang siapa yang nak dibelinya, jawapan klise adalah jawapan yang paling selamat baginya, "not close" dan dia juga mengulangi ketidakpatutan Januari transfer baginya kalau nak buat lebih baik bukak terus macam dulu2 sepanjang season hingga ditutup bulan April ,kalau tak, tak payah buat terus. Menyusahkan katanya, harga demand pun boleh cecah angka gila.Tapi bila time tanya situasi kotraknya yang bakal berakhir hujung musim ini, tenang pulak dia menjawab, bila sampai masanya akan diumumkan begitu jugak dengan situasi kontrak 2 pertahanan Sagna dan BFG.
Game malam ni merupakan game London Derby ke 200 dalam era Premier League dan ke seratusdi laman sendiri. Rekod jugak agak memberangsangkan Menang 103, seri 55 dan kalah 41.Lebih kurang 50% menang.Fulham tak pernah menang away dalam lawatan ke Arsenal kalah 22 daripada 27.Tapi 2 kali terakhir mereka hadir seri.Musim lepas Arteta gagal convert penalti last minit. Tapi kita dah pun balas dendam Ogos lalu dengan kemenangan 3-1 , 2 gol dari Podolski seelum dia injured. Game tu jugak bagi tekanan pada Martin Jol sampai Ex Spuds tu antara manager awal kena pecat musim ni.Penggantinya Renne Maulensteen masih lagi tercari rentak untuk pasukannya. Walaupun menang 3 daripada 6 game terakhir, 2 kali kalah besar pada Sunderland dan Hull suatu yang perlu dibimbangi.
Arsenal mungkin team yang lebih memerlukan 3 mata malam ini ketika Fulham selaku pasukan bukan pilihan, have nothing to lose.Ini kerana kita tak boleh lagi drop point sewenang2nya bertemu dengan pasukan2 dari lower dan mid table. Itu taktikal secara matematiknya kata Wenger, lawan team bawah2 ni kena kumpul mata maksimum, lawan team direct contender, bagi lawan yang secukup2nya, all out dan lepas tu tengoklah ape result. Ada logiknya di situ melihat pada konsistensi kita sepanjang tahun lepas(start 2nd half season onward) ,kita dilihat fokus ketika match mampu menang berbanding dengan musim2 atau tahun sebelum2nya di mana ada banyak setback dan kejutan.Lagi pula minggu ni ada match2 antara pencabar ,Chelsea bertemu United menjanjikan drop points maka Arsenal tak boleh melepaskan peluang ini.
--------------------Szczesny-------------------
Sagna---------Per-----------Kos-------Gibbs
----------------Jack------Flamini--------------
--------Cazorla-------Ozil-------Podolski------
--------------------Giroud---------------------
Astro 11 pm. Arsenal 3 Fulham 0
Agi idup agi mengGunners!!
0 ulasan:
Catat Ulasan