Selasa, 21 Januari 2014

Post Match : Cazorla meninggikan diri di celah2 ketidaktimbulan pemain lain


Job done. Winning ugly pulak kata depa. Lantak pi lah depa nak cakap Arsenal master of winning ugly ke, tak perform ke janji dapat result. Memang betul kemenangan 2-0 ke atas Fulham tu bukan dalam satu fesyen yang bergaya terutama di first half, tapi selagi kita konsisten deliver kemenangan orang lain hanya boleh cakap angin sahaja. Kerana selain konsisten, tuah dan ciri2 team nak menang sebarang kejuaraan ni kena ada sikap kedegilan,liat, ada resistance kuat mahupun resilient. Bukan salah kita game menentang anak buah Maulensteen agak hambar kurang gerakan berbahaya, tapi mereka sendiri hadir ke Emirates dengan corak negatif. Jadi taktik mereka untuk slowkan tempo dan cuba simpan bola sepanjang masa memakan diri.Sampai bila mereka boleh bertahan dari melakukan sebarang kesilapan. Arsenal dan Santi Cazorla menghukum di separuh masa kedua dengan 2 bijik gol cantik.

Di perspektif Arsenal, ketika nama2 seperti Ozil, Wilshere, Gnabry Giroud nampak lesu dan hilang idea, nasib baik Santi Cazorla tidak hayut sama, muncul sebagai penyelamat. Dari sepak mula, Monreal melepasi ujian kecergasan start, Gnabry mendahului nama Podolski lagi dalam kepala otak Wenger manakala Rosicky hanya sekadar di bangku simpanan, tak dapat tengok kelibat the mask of Rozza. Fulham memperlahankan rentak perlawanan dari awal dengan passing sesama mereka di kawasan sendiri bajet berhati2.Patutlah rumors si Berbatov tu bosan rupanya main tak dapat bola kat atas seorang2.Ada la sekali dua chances si Berba ni dah setting baik tapi budak Kecanikclic punya 2nd touch menghampakan.Itu je lah yang nampak bahaya nya Fulham pun. Arsenal pulak entah kenapa lemau lesu terikut2 dengan rentak lawan. Hanya satu gerakan sahaja betul2 yang melekat kat kepala gua , iaitu one two ozil dengan Wilshere tapi sepakan lemah Ozil tu sama ada pass ke rembat ke mudah dikeluarkan Hangelend ketika Stekelenburg dah tertewas. Ape ke susah bebenau nak ngeja nama player2 Fulham ni. Tapi itulah dia, lepas peluang Ozil tu , hampeh takde lagi gerakan menarik, harapan palsu. Shoot pun semua ke laut.

2nd half baru nampak keArsenalannya .Walaupun di awal2 berlaku kelam kabut pergelutan depan pintu gol Arsenal time set piece tapi kita boleh handle. Start tu takdak apa perlu dirisaukan. Step up gear. Gerakan cantik Cazorla-Giroud-Wilsher-Cazorla dan BANG! Tak lama lepas tu, gandingan ex malaga cipta gol kedua, Monreal cross cari Cazorla, lalu disudahkan dengan jayanya.Podolski diberi peluang test power, masuk2 dia lepaskan geram pada tiang, itu kalau masuk tu memang satu signal jelas untuk bagi Wenger pening kepala. Oxlade Chamberlain hanya diberi masa 5 minit untuk sekadar mencari game time. Satu lagi kemenangan satu lagi bonus iaitu clean sheet. Arsenal, kembali kekal mendahului puncak liga at least dalam masa 10 hari sebab hujung minggu ni game FA Cup menentang Coventry. Selasa depan baru sambung balik jumpe Soton.Boruc ajak Giruod repeat.

Bila tengok Cazorla pulak step up ni, apa rumusan yang boleh dibuat. Bagi gua secara peribadi, kita beruntung sebab Arsenal tak ketandusan player yang boleh mengisi posisi no 10, yakni di belakang central striker.Pemain seperti Ozil,Cazorla,Wilshere,Rosicky semuanya prefer role tersebut tapi hanya ada seorang sahaja yang boleh isi dalam satu masa dalam satu padang yang sama. Mungkin bila Ozil start join ni segala mata tertumpu pada dia untuk dia membawa tanggungjawab ni seorang diri memandangkan lagi pujian daripada ex managernya Jose Mourinho bahawa Ozil merupakan no 10 terbaik di dunia ketika ini. Tapi melihat pada keadaan semasa di Arsenal, ia seperti bergilir2. Bukanlah posisi tersebut sahaja , kita cakap di luar context posisi no 10 tu, maksud gua orang penting dalam sesuatu tempoh tu.Haa tak taulah kalau maksud ni sampai ke tidak tapi gua cuba nak explain kan bahawa ok, Mula2 Ozil lift the spirit, kemudian penjenamaan semula Rambo, lepas tu Kapten Jack kejap jadi adiwira ala Sparrownya, lepas tu time Rosicky pulak bawak attitude otai, kemudian Theo sempat mengisi slot orang penting dan kali ini giliran Santi Cazorla. Harap maksud gua ni sampai lah. Maka dalam makna yang mudahnya mereka ini bergilir2 step up.Itu yang bagusnya.Kita perlukan mereka begitu jugak dengan unsung2 hero seperti Flamini, Kos, BFG dan Sagna serta Szczesny.Kalau konsistensi ini diteruskan kita berpeluang cerah.Mana tahu boleh cipta nama jadi legend macam batch sedekad lalu.

Citer pasal legend ni Cazorla tak payah tunggu lama nak daftar nama. Dia punya gambar dah viral kat laman sosial sekarang ni.Cazorla dikenali sebagai seorang gentleman  dan kurang fasih berbahasa Inggeris tapi yang penting bukan buta huruf, boleh mengeja. Tak tahulah dia memang tak tahu atau sengaja buat2 tak tahu atau memang tak tahu pun.Alasannya dia kata kena scam.Siap ada Abang Bobby.Pihak Arsenal dah suruh dia berhati2 sikit lepas ni sebagai seorang atlet professional..Namun kita dok bising2 modern game dah hilang sentimen2 ala Vieira- Keane apa salahnya sekali sekala bahan kelab rival, join fan punya tradisi kelab.At least ini yang bakar balik suasana, kasi hangat balik. Tapi jangan bimbang Santi, ko buat benda betul..kah3...


Legend mewarisi Legend


Ada satu lagi cerita.Berita yang mengudang simpati. Boleh gua katakan ada pro and con. Difahamkan bahawa Abou Diaby kini yang tengah injured menjalani rehab, telah memikirkan keputusan untuk bersara summer nanti. Mungkin kerana selalu injured dan rasa body dia dah tak boleh nak fight dengan demand game sekarang ini, maka difikirkan adalah lebih baik dia memilih masa inilah untuk menggantung bootnya. Pada ketika umur mencecah 28 tahun, Diaby merasakan dirinya tidak akan lagi bertambah muda, jadi nak heal pun susah. Kecederaan lutut pulak tu. Kita paham dia pernah mengalami patah ankle sewaktu game lawan Sunderland 8 tahun lalu ditackle oleh Dan Smith. Masa tu nampak dia ala2 pengganti Vieira dengan badan tingginya, kaki panjang,rambut nak taknak, tapi terlalu besar sangat harapan yang diletakkan sampai setiap kali dia perform , dia akan injured balik bila waktu tengah high note. Lepas dah lama tak main, aksinya dalam jersi Arsenal awal musim lalu di Anfield mengundang pujian tapi sayang tiba2 dilanda kecederaan lutut, masa tu pun dia main tengah sedap.Cuba buat kemunculan bulan Mac tahun lepas menentang Swansea, injured balik.Itu aksi lastnya dalam jersi Arsenal setakat ini. Wenger mungkin boleh bersabar, medical juga mungkin boleh bagi harapan tapi kalau dah tuan empunya badan yang buat keputusan, mungkin ada baiknya jugak untuk kedua2 parti.Win-win situation. Arsenal taknak memaksa, dia pun tak nak menyusahkan lagi Arsenal bayar gaji dan tanggung kos perubatan.Untuk rekod, Diaby dah buat 178 kemunculan bersama Arsenal dengan 19 jaringan. Apapun sebelum keputusan dibuat,eloklah dipikir semasak2nya untuk kebaikan semua pihak.Teruskan melawan Abou.Get well soon, at least boleh tengok balik Diaby sepak bola atas padang dalam Jersi Arsenal lagi sekali pun ok. Proper goodbye.



Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: