Sabtu, 4 Januari 2014

NLD , perencah pembuka selera FA Cup.


Adakah memang menjadi lumrah atau style Arsenal sengaja biar last2 minit, kasi dramatic tapi tak boleh buat selalu, boleh sakit jantung. Kemenangan Arsenal ke atas Cardiff 2-0 di hari pertama tahun baru 2014 menunjukkan harapan serta memaparkan misi yang diburu bukan angan2 kosong.Bendi dan Walcott membuatkan Vincent Tan kelihatan seperti Mamat poyo yang bawak awek ke hulu ke hilir nak tayang kasi propa lebih walhal tak seksi atau cun mana pun awek tersebut lebih2 lagi team mereka baru kalah di tangan pendahulu liga.Ole Gunnar pasti terasa diguna2kan oleh Vincent entah ke mana hala tuju kerjayanya dia pikir bila kerja dengan individu yang langsung tak tau apa pasal bola sepak, jauh sekali tradisi kelab, yang sewenang2nya diubah.Bukan masalah gua untuk pikir, kerana kita ada banyak masalah lagi nak dirisaukan. Bendi yang terkorban selepas menjaringkan gol memecah kebuntuan, Giroud yang cedera tapi kini demam, Sanogo yang memang dibeli sebagai alasan 'oh kami dah beli player tapi injured tidak berbau' , maka dari mana gol2 akan datang selepas ini. Simpati gua pada nasib Bendi, ketika Giroud kelihatan dah habis minyak dan perlukan ruang serta masa, Bendi pasti merasa ini saatnya untuk dia step up, dan dia tidak mengecewakan bila diperlukan Rabu lepas, tapi suatu terpaksa dikorbankan bagi mendapatkan gol kemenangan. Tak dapatlah Bendi nak merasa isi slot tu lama2.Jadi kini tanggungjawab dan peranan penyerang bakal dikongsi bersama antara Podolski, Theo mahupun Park Chu Young?Gua rasa Pakcu dah beku untuk satu sizen malah tak terkejut kalau Januari ni dia yang dilepaskan, kerana kalau nak pakai balik kena ambil masa lama untuk defrost, beku sangat. Apapun terima kasih pada Bendi dan pada player yang tak kenal erti putus asa, dengan Arsenal, gua pun yakin gol akan datang tapi masa sahaja yang buat suspen, itu antara sebab kita sayang lebih dekat Arsenal ni. kah3. Ok momentum liga kita dapat teruskan, tukar fokus ke piala FA pulak, walaupun dah 4 kali Wenger menang, orang tua itu pasti terpikir umornya bukan lama,, rindu jugak nak kucup piala.Last sekali piala itulah, hampir 9 tahun lepas.Itu sebab dia masih terasa lagi kekecewaan kalah pada Blackburn di home musim lepas, memang bengkek.

Kali ini masa untuk tebus balik maruah. Lebih2 lagi kita dapat NLD untuk pusingan ketiga ni.Biasanya pusingan2 awal tak menjanjikan apa2 sangat excitement kecualilah 2 tahun lepas cameo debut kedua Henry yang score gol kemenangan, itu antara special moment 3rd round. Jadi malam ni tak ada yang lebih istimwa dari menghapuskan sisa2 perjuangan jiran melalyui derby.Mereka juga baru tukar manager , tengah high sampai cloud 9 katanya lepas baru menang di Old Trafford. 2 Orang ni depa duk sebut menjelang NLD, Tim Sherwood, Adebayor, itulah nama mainan media sekarang. Kita boleh buat nama ni lenyap senyap at least 9 hari sebelum liga disambung semula , jika menang game malam ni. Bagi player seperti jack Wilshere dan Theo Walcott, player yang membesar dengan semangat derby, mereka pasti mengerti dan boleh bagi tunjuk ajar pada mereka yang berpengalaman baru terutama new signing-kecuali Flamini. Tanpa Ozil kita boleh menang ke atas mereka, jadi apalah sangat kalau Ozil dikhabarkan masih belum mampu untuk diturunkan malam ini.Gua ingat lagi kita menang NLD malam tu, esok dapat Ozil! memang edisi bumper ceria combo punya! Kut2 lah Wenger nak ulang balik, malam ni menang lawan Spuds, esok dapat player baru,siapa tahu ye tak?Yang pasti bukan Berbatov, itu Wenger dah nafikan.haha.

Wenger janji nak turunkan barisan terbaik mampu menang malah dia akan hormat FA cup dan layannya macam game liga. Memandangkan ada tempoh masa 9 hari jarak antara game liga berikutnya, gua pun rasa adalah elok kita letak full horsepower yang ada, bukan masa nak statisfied kan player2 yang tak ceria, ini masa nak bagi kemenangan pada fan, lebih2 lagi NLD ni! Selain itu, kemaraan dalam FA cup boleh jadi moral boost dalam meneruskan cabaran musim ini atau juga insuran seandainya apa2 terjadi pada perjuangan lain. Update kecederaan, yang sah tak boleh main ialah Bendi , Rambo, Gibbs, Sanogo,Chambo ( minggu depan full training), Abou. Doubtful, Ozil dan Giroud.Yang lain available untuk menjahanamkan Spuds.

-------------------Fabianski------------------
Sagns---------Per-----------Mael-------Monreal
----------------Arteta---Wilshere--------------
---------Rosicky-----Santi------Podolski------
------------------Theo------------------------


Last sekali NLD dalam FA Cup 13 tahun sudah, Semi 2001 kat Old Trafford, kita menang.Jom layan balik sejenak nostalgia lama.Classic!



Astro 1am. Arsenal 5 spuds 2.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: