Khamis, 9 Januari 2014

Teruskan berjuang untuk Theo!!

Bukan gua nak tarik kegirangan lepas baru menang bergaya dengan jiran poyo, tapi berita Theo Walcott out 6 bulan akibat kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) tu benar2 buat gua secara peribadi lagi tersentak. Sedih kecewa dan simpati atas nasib Theo dengan perkhabaran dia bakal terlepas flight ke Brazil summer nanti.Theo baru nak click, baru dapat cari form  setelah kembali dari kecederaan, boleh gua katakan dia boleh jadi game changer. kita bakal kehilangan gol2nya, larian off the ball behind defend,assist, cross, pace dan gol2nya kebanyakan tahap layak upload youtube. Gutted. Gua akui gua selalu kondem Theo dan kritik dia time dia muda berhingus dulu tapi kritikanlah yang mematangkan seseorang player.ecececeh. Siapa yang kata takde hal langsung kalau Theo takde, harus berpikir kembali. Setelah kebelahan si pengecut atau pembelot RVP, ramai yang kata kita akan struggle cari gol. Namun statistik tidak menipu. Theo Walcott step up musim lepas saja dapat 21 bijik. Musim ini game liga baru buat 13 penampilan dah score 5 bijik. Game lawan Spuds dia ambil alih posisi dari Giroud, Bendi, Podolski untuk giliriannya lead upfront.Ternyata tak mengecewakan malah lebih dinamik dengan mobilitinya.Jadi setiap kali dia baru nak 'bermesra' dengan posisi attack selain wide,dia ditimpa kemalangan. Get well soon Theo! At least dia sign off musim ni dengan cukup bergaya.


Dan Theo jugak tidak dikenakan apa2 tindakan dari FA atas dakwaan konon timbulkan kontroversi.Bloody Spuds! Syiling mau baling, mulut mau bising! Patut baling syiling balik kat Daniel Levy, mungkin 100M++ tak cukup untuk pulangkan balik ROI jauh sekali nak dapat seketul piala.Kah3. Seronok dapat mara ke pusingan keempat ni tapi lagi seronok bila mana dapat menyingkirkan rival tradisi dari saingan. GAme dicontrol dengan penuh bergaya. 2 ekor bekas gooner, sorang sokong gunners time kecik,seorang ex player,Tim Sherewood dan Adebayor, terus senyap tak terkata walhal sebelum game punya lah auta dari media pong pang sana sini.Tak de lah hebat mana.Respect dan kredit gua pada barisan midfiel, terutama Cazorla Gnabry dan Rosicyky yang jadi master mind orchestra malam itu.Gnabry gaya permainan cukup matang, promising dan ada masa depan.Bola assistnya pada Santi Cazorla smart, lagi2 dengan ketiadaan Theo ni inilah masa buat anak2 muda seperti Gnabry untuk ambil peluang.Seorang lagi player England, Oxlade Chamberlain yang dah berehat 5 bulan nampaknya kini kembali ke full training dalam persiapan menghadap Aston Villa Isnin ini.Jadi anatara Gnabry dan Chambo masing2 perlu berusaha kerasa sekurang2nya agar tidak membiarkan kehilangan Theo begitu dirasai terutama di wide area.Kedua2nya mempunyai  ability kepantasan dan gerakan menarik untuk beat defender, memacu pasukan ke posisi lebih offensive.Kita perlukan player2 yang lebih direct.


Namun kehadiran player2 muda atas padang ni perlu dibimbing oleh player2 otai atau yang lebih senior tapi masih berbisa. Wilshere dan rakan2 seangkatan patut berasa bertuah . Ambil contoh Thomas Rosicky.Gol pertamanya musim ini time lawan Spuds memang layak  atas usaha kerja kerasnya yang tak berhenti2 kejar bola dan close down opponent. Hero depa time 2010 score time debut kini jadi badut bajet nak main gelecek2 dengan Rozza.Respect sikit..Cazorla, memang sharp dan energetic malam tu. Gol superb timing larian dengan baik. Abang Arteta, tenang dan cool buat kerje2 kotor jadi perisai defend. Pertahanan pulak, kita start dengan Mael kembali selaku kapten.Tapi 2nd half terpaksa dikeluarkan sebagai langkah berjaga2, mengalami sedikit kecederaan. Ini antara game di mana 3 kapten dapat pakai armband, bermula dari Mael, kemudian Arteta disudahi dengan Mertesacker. Arsenal tak payah nak tunggu lama dah nak cari bakal kapten baru, budak yang jadi maskot ni dah ada ciri2 kelayakan.kah3.


Kemaraan kita bakal diuji oleh Coventry City dalam pusingan kelima di mana kita jadi tuan rumah.24 Januari , jarang game hari Jumaat. Tapi memandangkan game berikutnya liga menentang Saints pada hari Selasa, mungkin sebab itulah jadualnya begitu. Dan ada 5 hari lagi sebelum game menentang Aston Villa. Rehat lama2 pun bagi peluang banyak cerita  belakang tabir masuk yakni macam sekarang, popular dengan cerita2 transfer. Arsenal dikaitkan dengan banyak nama2 lepas tengok Giroud habis minyak, Bendi injured, Podolski baru boleh start main. Tapi bila dah Theo punya musim berakhir sekelip mata, itu dia, list nama tadi dah panjang berjela. Kadang2 terfikir tang mana logiknya, hampir semua unwanted player oleh kelab atau striker2 yang dikatakan unsettled semua nak dikaitkan dengan Arsenal. BAgi gua kalau anda tanya, mestilah gua mengharapkan ada January signing terutama di bahagian serangan,kerana adalah satu gamble untuk mengharapkan pemain yang sedia ada dengan kuantiti mahupun kualiti back up, meneruskan cabaran setelah mengetahui situasi sebegini.Kalau tak dibendung, ia mungkin jadi lebih parah, jadual semakin padat .FA cup, liga, Champions League.Semua berat2. Rugi atau menyesal tak sudah kalau tak ambil peluang sebegini sebagai insuran. Susah nak cari long term, short term deal pun ok.Loan mungkin satu win-win situation.

Jasad Theo mungkin terkandas di pertengahan jalan .Tapi jiwa dan semangatnya harus kekal bersama, jangan biarkan perjuanganna dipersiakan. Marilah memburu kejuaraan dalam masa yang sama hadiahkan  untuk Theo Walcott!

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: