Khamis, 30 Januari 2014

2 points drop... untuk Saints

Kita hadir dengan niat nak menang sebenarnya tapi turun ke atas padang tak nampak pun macam nak dapatkan 3 mata.1stly kita hadir lambat di St.Mary's Stadium.Fokus dan persiapan agak terganggu. Kedua, kita dihimpit kecederaan setback tibe2 dari Rambo dalam latihan sehari sebelum match yang memaksa dia perlu menunggu entah berapa lama lagi sebelum buat comeback. Dengan Rosicky, Willshere out jadi tiada pilihan selain terpaksa mengisi dengan Arteta yang belum match fit sepenuhnya di samping Flamini. Terpikir jugak kenapa tak letak Chambo saja. Dekat situ dah nampak slack sedikit di mana kedua2nya sejak kebelakangan ini lebih kepada deep position, makanya ruang tengah agak lompong antara defend dan attack, link up play kurang lancar. Kemudian kita end up dengan 10 orang apabila Flamini entah pikir apa dengan tackle bodohnya itu, menang bola menang bola tapi kalau dah rule kata 2 kaki straight red, kad merah la jawabnya. Peraturan tetap peraturan walaupun kadang2 boleh dipersoalkan.. Dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan...itulah dia..



Gua tak mengharapkan Arsenal boleh menang setiap game tapi gua jugak tak expect yang kita akan main seteruk itu di separuh masa pertama.No offense to saints, tapi sepatutnya lawan team2 mampu makan ni lah kita tak patut drop points kalau hendak membiarkan hajat memenangi kejuaran liga masih menyala.1st half display antara yang terburuk musim ini. Southampton selaku tuan rumah menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk push kita. Dari awal lagi mereka lebih banyak memegang bola, lebih banyak mencipta peluang dan gerakan ketika kita kelihatan mengejar bayang. Dan kalau dah defend mereka sendiri Fonte yang ada kat atas sana boleh score , ini menunjukkan begitu mudah Arsenal diperkotakkatikkan 1st half.Gua  respect cara Southampton close down kita setiap kali kita baru dapat bola dan mencari target man untuk pass, tekanan yang diberikan mereka membuatkan player kita gelabah dan passing pun ke laut. Sepatutnya Arsenal yang main macam gitu.Kita paling hampir nak equalize pun last2 minit, tapi Boruc memburukkan keadaan dengan menepis tampanan Mertesacker dari corner kick.

2nd half lain pulak ceritanya. Kita step up, naik gear tapi setakat gear 2 kata Wenger, lawan dah masuk gear 4. Apapun persembahan 2nd half lagi kemas dan tak segan nak cerita kat orang. Yang nampak benar lainnya adalah Ozil, itu baru Ozil, sesudah 45 minit awal dia menghilang bersama rakan2 lain. Kita respond dengan pantas, Sagna punya semangat rampas bola dirembat atau pass tapi sempat disentuh Giroud untuk memperdaya Boruc. Tak habis syok lagi, selang 4 minit Ozil assist untuk Cazorla rembat cantik. Tapi yang kesalnya dalam 2nd half ni ada 2 perkata bak kata wenger. Pertama kita cepat sangat switch off bila dah lead, membiarkan kapten mereka yang berbakat besar untuk England,Adam Lallana score balik seminit kemudian. Makanya 3 gol dalam masa lima minit. Nampak macam exciting bukan?Kerana  ketika terikat, kita lebih diyakini untuk dapatkan gol pendahuluan terutama last2 minit berdasarkan rekod terdahulu. Tapi harapan Arsenal untuk cari gol ketiga punah, selepas Flamini dilayangkan kad merah. Itulah kekesalan kedua Wenger. Jadi dipikirkan terpaksalah dia mengorbankan match ini daripada kalah, oleh itu option yang ada bertahan lalu dimasukkan Gibbs. Podolski hanya gamble last2 minit tapi tak dapat membantu apa2 dalam masa yang begitu suntuk. Kesian jugak gua lihat Poldi ni entah apa lagi yang dia kena buat untuk dapat balik keyakinan untuk claim 1st spot padahal baru lepas score dua bijik gol match lepas, masih lagi di belakang Gnabry dalam pecking order.

Jadi pikir2 balik 1 mata not bad at all.Kerana gua bajet City akan seri dengan Spuds tapi hampeh jiran tak boleh harap, City main sepuluh orang pun boleh menang sampai 5 bijik.Kalau agregat dah 11-1 sebab dulu depa kena 6-0. West Ham pulak yang tiba2 semangat main game Derby, away pulak tu mengikat Chelsea. Maka kita hanya di tangga kedua dipisahkan dengan 1 kata ketika ini.Masih kuat untuk bersaing jangan risau para Gooners!!

Gossip2!! Menjelang hari2 terakhir transfer windows ni jadi fan Arsenal la yang paling seronok untuk kejutan.(at least lepas beberapa last windows ni-Monreal,Ozil) Dah macam lumrah pulak Arsenal suka last2 minit punya deal. Kali ini tak menjanjikan apa2 tapi kita sebagai fan, pemerhati dan Wenger sendiri tahu yang Arsenal memang memerlukan suntikan untuk membiarkan api perjuangan terus meyala kerana dah sampai separuh jalan, inilah masa yang paling afdal dan sesuai untuk tidak mempersia2kan harapan untuk menjulang piala. Kita dalam arah yang betul, maka sedikit sumber dari luar harus menjadi tonik untuk menyemarakkan lagi semangat melawan. Sebab itulah  gua terasa bagai ada suatu hadiah misteri dari Wenger berdasarkan post macth interview bila ditanyakan tentang transfer.Seperti biasa dia tak mahu menafikan dan jugak tak mahu bagi harapan, tapi instinct gua kuat mengatakan ada sesuatu.Gua harap senyuman di bawah adalah senyuman yang gagal menyorok rahsia.



Sepotensi Draxler atau seberpengalaman Vucinic?  Kerana 2 nama itu sedang hangat diperkatan di media2 ketika ini untuk memperkuatkan cabaran Arsenal . Sama2 kita nantikan dan anda boleh ikuti, keep update atau kongsikan bersama twitter @Arsenalasia_of jika ada sebarang pergerakan di hari terakhir January trasnfer window, gua akan cuba update menjelang waktu2 terkahir jika berpeluang.COYG!

Agi idup agi mengGunners!!!


0 ulasan: