Sabtu, 1 Februari 2014

Kallstrom sebagai kalsium Arsenal! Bye2 Frimmy



Arsenal melakukan 1st Januari signing dengan meminjam pemain antarabangsa penuh berpengalman Kim Kallstrom dari Spartak Moscow hingga ke penghujung musim.  Pemain berusia 31 tahun ini telah memperolehi 108 cap antarabangsa, dan jugak 400 lebih penampilan bersama beberapa kelab Eropah dalam 3 negara, Sweden, France dan jugak Russia. Highlight kerjayanya pasti di France bersama pasukan Lyon setelah berpindah dari Rennes, di Lyon dia muncul juara liga , dan piala domestik beberapa kali di samping memantu Lyon mara ke Champions League semi pada 09/10.

Walaupun ia bukan jenis signing yang diharapkan sekali lagi Wenger berjaya prank dengan kejutan kerana tiada siapa menghidu pergerakan ini di las2t minit. Ketidaksanggupan Wenger untuk berbelanja lebih untuk Julian Draxler mungkin lebih costly berbanding harganya kerana summer nanti, lebih banyak pasukan akan datang mengetuk pintu dengna membawa tawaran2 yang lebih lumayan dan menarik, sekali lagi Wengger melepaskan peluang terhidang di depan mata. Walaubagaimanapun, signing Kallstrom ini hanya dilihat sebagai  back up dan emergency call up selepas kita sering dihimpit kecederaan di bahagian tengah dan jugak penggantungan. Satu lagi sebab, Kallstrom dibernakan mewakili Arsenal dalam Champions League walaupun telah bermain dalam  Europa League.

Raya disambut penuh bergaya,
Keluarga Pak Mat dan Puan Kalsom,
Player bukan sebarang player,
Selamat datang Kim Kallstrom!

Zaman muda2 dulu dia memang power, begitu jugak dalam game sehingga dilabel Championship Manager legend.haha sekarang ni may be dah ditelan zaman dan agak slow sikit namun untuk menggilap balik bakat serta sentuhan magik tiada yang lebih pakar, Wenger nampak sesuatu mungkin, at least untuk membantu Arsenal dalam baki kempen musim ini.Gol2 freekick dan gol2 lain memang padu.



Dalam pada itu pemain Ghana, Emmanuel Frimpong, 22 ,  yang suka membahan player terutama ex-player yang blah dari Arsenal tanpa respect, telah pun meninggalkan Arsenal untuk join Barnsley dengan jumlah yuran perpindahan yang tak didedahkan.Terkenal dengan tagline #DENCH nya dan selaku kawan baik kepada Jack Wilshere kerana membesar di Arsenal bersama, dia ala2 pengganti Eboue dalam bilik persalinan dengan telatah dan lawak badutnya. Membuat 16 kemunculan dan menjadi orang penting dalam kejayaan Youth FA Cup 2009.Lepas tu sering dihimpit kecederaan dan loan out sana sini, Wolves, Fulham dan Charlton. .Yang paling gua ingat kad merah menentang Liverpool beberapa musim sudah.Ada potensi tapi kerjayanya bukan di Arsenal walaupun dari segala tindakan dan video yang diupload kita dapat tahu betapa cintanya dia pada kelab sebenarnya. Apapun diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya.



p/s : Cuma sehingga Artikel ini ditulis, ini sahaja single signing kita setakat ini.Agak terkilan tiada striker baru paling kurang pun sebagai backup.

Agi idup agi mengGunners!!!!








0 ulasan: