Sabtu, 8 Februari 2014

Santapan Istana sebelum ke Anfield.

Lama tertangguh posting, mungkin sebab 'terkesima' dengan gerakan transfer yang berlaku bulan Januari. Transfer bagi Arsenal hanyalah hari terakhir transfer deadline, tapi kali ini penyokong terpaksalah pasrah tanpa sebarang lagi kejutan sepertimana summer lalu. Yang hanya ada pinjaman seorang player yang cukup legend dalam game Championship Manager suatu ketika dulu ketika zamannya. Gua cuba berfikir dan berfikir akhirnya gua rasa ada jugak la logiknya signing itu kerana ia sekadar menambahkan kuantiti, emergency backup, kualiti? hanya masa akan menentukan. Gua tak nampak pun signing loan baru ni akan terus main straight ke dalam 1st eleven lebih2 lagi kita sign player yang dah memang sedia injured. Kim Kardashian Kalsom( baca kim Kallstrom) sakit belakang sewaktu bermain bola sepak pantai ketika mengikuti pra musim Spartak Moscow, lalu diceritakan kepada para medical Arsenal , medical sampaikan pada Wenger, Wenger kata tiada pilihan selain memberi lampu hijau gamble.Ini kerana dah takde masa nak pikir katanya, tak payah nak merungut nak bagi alasan dah kalau takde masa kenapa tak prepare awal2, jawapan yang ternyata menyakitkan hati dan mempermain2kan intelektual penyokong.Gua pun tak tahu sama ada valid atau tidak Spartak Moscow sanggup membayar gajinya untuk menunggu sementara dia available untuk bermain atau sekadar alasan untuk meredhakan kemarahan fan. Satu lagi kita stuck dengan Bendi sahaja sebagai backup kepada Giroud jika berlaku sebarang kecederaan walaupun dari start musim lagi tahu kita memang short upfront tapi tak ada langsung tindakan susulan, itu yang mengecewakan. Segala apa tindakan yang berlaku, hanya masa yang menentukan hujung May ini sama ada betul2 terkesan atau sekali lagi Wenger selamat. Pada gua kali ini, bukanlah sama ada dia buat menda betul atau salah pun kerana secara peribadi memang terang2 dia buat keputusan yang silap jadi hanya tunggu sama ada dia terpaksa bayar dengan harga yang tinggi ataupun selamat-jika Arsenal mampu habiskan season sekurangnya dengan satu kejuaraan.


 Tamat transfer.Move on dengan player yang sedia ada. Tapi media memang tak pernah berhenti dari sebarang spekulasi.Hari ni transfer deadline esok dah keluar rumors baru. Siap cakap Arsenal desperate nak beli player2 yang out of contract dan boleh sign kuda2 tua ni bila2 masa. Lagi sakit hati bila baca pasal nama2 besar yang dikatikan lagi dengan Arsenal yang daripada dulu lagi duk kait walhal tak de apa2 pubn berlaku. Nasib baiklah player yang sedia ada ni kekal fokus atas padang danjalankan tugas dalam London Derby menewaskan wakil Istana Kristal.Lauk dari istana jadi santapan Arsenal malam tu. Chambo menjadi mastermind aka match winner dengan 2 gol menarik di separuh masa kedua walaupun 1st half kita lambat panas.Itu yang syok nya Arsenal, macam yang gua pernah olah dan ulas sebelum ni, player bergilir2 step up. Kita kehilangan Rambo dan Jack di bahagian tengah tapi kali ini giliran Chambo yang bergandingan dengan Arteta menjadi enjin kepada gerakan2 through the middle. Kemenangan yang meletakkan Arsenal kembali ke puncak liga setelah City ditundukkan oleh kuda kecil Chelsea.Morinho yang mengaku, bukan gua sahaja2 memeprkecilkan. Jangan terpengaruh sangat dengan kata2 nista raja permainan minda ni, itu semua psycho. Yang penting Arsenal jalankan tugas sendiri tanpa perlu peduli result orang lain ketika ini sebab kita tengah berada di driving seat dengan beza hanya dua mata.

Dengan berbekalkan keyakinan dan semangat berada di puncak kita mulakan period yang dikatakan cabaran paling getir phase 1 di mana fictures sukar menanti. Gua bahagiakan kepada 2 fasa di mana phase 1 melibatkan pertemuan straight dengan Liverpool,United,Liverpool,Bayern. 2nd phase pula vs Bayern, Spuds, Chelsea,City, suku akhir UCL(jika lauyak), Everton.  Oleh itu kita sekarang memasuki tahap 1, Anfield menjadi saksi menjadi kayu ukur. Kalau Arsenal boleh pulang dengan 3 mata, pundit2 pasti akan meletakkan kita selaku pasukan pilihan untuk terus konsisten menghadapi phase kedua nanti. Kemenangan di Emirates 2-0 awal musim masih segar di ingatan dengan gol superb dari Rambo namun pemain Wales itu tak dapat lagi beraksi akibat kecederaan. Walaubagaimanapun ada berita baik buat Arsenal apabila Jack Wilshere kembali bagi memperkuatkan bahagian tengah, tapi tak dapat dipastikan sama ada bakal terus start ini kerana form Chambo tengah meletop sekarang ini.Menggugurkan Arteta mungkin langkah yang dilihat drastik disebabkan Flamini yang masih melalui penggantungan, kita memerlukan  keseimbangan dan Arteta adalah option yang terbaik untuk cover di hadapan back 4.


Liverpool berada 8 mata di belakang ketika ini. Terima kasih kepada ex player Arsenal Kolo Toure yang membuat blunder ketika bertemu WBA membiarkan sekadar LIverpool mendapat 1 mata. Mereka sedar hanya kemenangan dapat menyalakan harapan untuk cabaran liga.Jadi gandingan Suarez dan Sturridge yang macam bagus ini harus disekat. Nak sekat depa ni senang saja, lambakkan midfiel dan control bola, jangan bagi peluang pada opposition untuk pegang bola tetrlalu lama, itu taktikal yang kita amalkan di Emirates dan ternyata menjadi. Gerard dalam game tu macam hidup segan mati menyampah.Block sumber dia, memang habislah mati kutu Liverpool ni. Mereka mungkin hebat di Anfield 31 mata daripada 12 game setakat ini. Selagi kita yakin, kita mampu, tak ada pasukan yang kebal pun. Ini baru Liverpool. Musim lepas kita boleh, takkan tak boleh repeat tahun ni.

-----------------------Szczesny---------------------
Sagna--------BFG---------------Kos-------Monreal
-------------------Arteta-----Chambo--------------
-------Rosicky-------Ozil-------------Santi----------
------------------------Giroud------------------------

Kedua2 team tak kalah dalam 6 game terakhir. Liverpool seri 2 kali, Arsenal seri sekali. Gua tak hairan kalau game ni ketat dan mungkin berakhir dengan seri.1 point away mungkin not bad at all kalau ikut taktik Mourinho. Tapi kita Arsenal, mesti mau menang punya!!

Astro 845pm. Liverpool 1 Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: