Isnin, 10 Februari 2014

Kita jatuh untuk bangkit


"Satu2nya perkara yang boleh diambil positif dari game tadi adalah , the fan" Arsene Wenger
Fan cukup fantastic, boleh dilihat ketika Arteta menyempurnakan satu2nya gol tunggal melalui penalti walaupun pada masa itu sudah kena 5 bijik gol, away fan masih melompat keriangan ceria bagai tiada apa2 berlaku tapi dalam hati pedihnya siapa yang tahu bukan. Tak tahulah sama ada mereka benar2 gembira atupun sekadar membahan persembahan team sendiri yang ternyata sungguh mengecewakan. Ketika lensa camera menonjolkan Abang Bully,ia boleh dikatakan mencerminkan perasaan kesemua penyokong Arsenal yang pastinya termanggu bagaimana setiap kali tewas dalam big games, mentaliti mudah rapuh dan secara drastik satu team collapse. Benda ini biasanya terjadi dalam 8 -9 tahun kebelakangan ini tapi disangkakan telah mulai hilang, namun jangan percaya selagi kita belum menamatkan kemarau, syndrom mudah jahanam ini masih tersembunyi dan boleh menyerang bila2 masa, selain game bertemu City, Sabtu lepas sekali lagi menjadi saksi bawaha kita belum benar2 sembuh. Dan sekejap sahaja rekod baik mampu dipecahkan. Rekod tanpa kalah partenership 90 minit Koscielny-BFG dari Januari 2012 lebur dengan dramatik.Rekod baik Arsenal di Anfield 7 perlawanan juga ranap sekelip mata.

Szczesny meminta maaf di FB nya kepada penyokong dengan mengatakan ia adalah kemaluan yang dahsyat. Dia bukannya 100% perlu diblame pun ketika semua chances yang Liverpool dapat itu memang sah2 boleh score. Kalau bukan dia dapat save freekick celaka Suarez pastinya kemaluan kita akan lebih besar.Itu pertama kali anda tidak akan bangga. Oh ya, dari 5 bijik gol, Suarez gagal cipta nama satu pun, berjaya jugak taktik 1pound summer Wenger. Jadi kalau bukan Szczesny, penyokong pun dah jalankan tugas, siapa yang harus dipersalahkan?! Mudah untuk menuding jari terutama pada player2 dan Wenger atas selectionnya. Memang benar di saat2 gini lebih baik kita move on dan lupakan tapi biar gua sepintas lalu mengulas lubuk2 malam tersebut. Gol pertama yang mengejutkan kita mungin boleh mempersoalkan kedudukan Skertel yang berada dalam posisi offside, tapi kalau defender kita mark betul2 kita boleh avoid.Gol 1st ni dah ternyata bagi sentapan, dan para Liverpudlian naik sheikh! Tak sempat nak recover, baru nak pasang game balik muncul 2nd gol.Sekali lagi zonal marking kita dihukum.Letak Chambo di posisi far post pun tak dapat nak menghalang Skertel yang sekali lagi langsung tak dijaga dari luar kotak penalti meluru.Patutnya lebih selamat man to man marking, seorang pick up seorang opponent dan jaga betul2.Masalah set pieces menghantui. Start di sini kita dah jadi bahan jenaka. Defending kita sebagai satu unit macam badut.dari atas ke bawah. Mudah buang bola dan terus dihukum oleh counter.


Lubuk malam tu minta maaf cakap tapi memang ternyata dari bahagian Monreal, Ozil kemudian Giroud. Kesemua ni di sub kan sekaligus di 2nd half. Ramai yang mungkin melepaskan geram directly kepada Monreal, kita tahu lawan City pun dia parah tapi dia bukan best at defending, lawan team2 kurang menyengat ni boleh lah dia tebuk dan tak perlu pikirkan sangat bab bertahan, tapi untuk big games mungkin Gibbs lagi sesuai ketika ini. Kita sedia maklum apa yang kita akan dapat jika pakai Monreal. Begitu juga Giroud, apa yang boleh expect kalau dah tengah pun jarang dapat bola, dia tumpang sahajalah kat atas sana, bukan game dia malam tu, nak collect bola dari deep position pun tak nampak inikan pula hold up play kat atas. Paling mengecewakan Ozil kerana kita mengharapkan peranannyalah untuk step up dan bring arsenal into the next level tapi alih2 dia pun jahanam jugak. Sehingga diperbudakkan oleh Flanagan dan Handerson, Ozil di muscled off dengan mudah banyak kali. Senang2 tergolek dok tanpa mahu bingkas bangun untuk track back. Kalau tak berubah, gua sangsi lama kelamaan kita akan lihat kembali seorang lagi Arshavin. Anda paham maksud gua. Dan malam tu tak ada Arshavin untuk nak bantu score 4 bijik seorang diri. Untuk gol ketiga, Ozil ternyata harus dipersalahkan, lihat kedudukan Monreal, ya dia berada di posisi wide membuat larian dengan harapan Ozil dapat meloloskan bola tapi bodoh2 sahaja mudah dirampas handerson yang kemudian meluru dan passing pada Suarez. Suarez cross dan dan defend kita yang terdedah kalut habis barai. Mertesacker langsung tak aware positioningnya di mana ada dua ekor makhluk liverpool bermain cak kun cak belakangnya.Gol keempat jugak sekali lagi daripada kelembikan Ozil passing lemaunya terus menemui Coutinho yang tanpa membuang masa lantas bagi through pass jauh punya dapat kat Sturridge, Koscielny dah tak boleh nak buat apa2 berada di sebelah yang salah, Liverpool memperkotakkatikkan Arsenal.4-0 dalam masa 20 minit. Itu yang anda dapat bila terdapat ramai penumpang dalam team. Apabila bukan semua bagi 100% . Ozil hanya sentuh bola di kawasan sendiri 4 kali berbanding lawannya Countinho 32, nampak? Di mana komitmen?


 Dan ini bukan ditujukan hanya pada Ozil sahaja tapi kesemua player yang menyarung jersi Arsenal. Jack Wilshere start menggantikan Lukas Podolski mungkin satu kejutan kerana dia baru pulih dari kecederaan tapi sekurang2nya aksinya malam tu menunjukkan dia cares, ada perasaan respect pada away fan, ada jiwa. Kita perlukan lebih lagi.Bola sepak adalah permainan satu pasukan di mana pemain saling bergantungan bukan  semata2 atas kapasiti seorang individu.  Setiap pemain harus menanggung responsibility dan jawab dengan superb performance. Jangan biarkan negativity menghantui emosi seterusnya aksi .Environment2 tak sihat ni elok dinyahkan. Ada jugak gossip hebahan mengatakan Per Mertesacekr terlibat dalam bust up dengan team mate(dipercayai Sanogo) semasa latihan sebelum game.Gua pedulik hape, mereka  yang ada atas padang patutnya cukup profesional, itu semua alasan tak munasabah. Gambar Wenger tergolek time balik dari Merseyside lah, Giroud dengan model berskandal dekat hotel malam sebelum game la, ape semua ni? Fokus dan tumpu pada bola cukup! Kalau tak jadi malapetaka bencana ini, berita2 sampah macam ni takkan keluar tapi tak tahulah kalau Metro nak letak muka depan.Penyokong dah cukup terseksa dengan performance yang menjengkelkan tak perlu lagi ditambah derita. Memang benar kita tak expect untuk menang semua game, bukannya kita penyokong jenis glory hunter, tapi sekurang2nya kita mengharapkan semangat dan fighting spirit diberikan 100% atau lebih. Jika tewas, biar kalah asal bermaruah.


Arteta mendedahkan bagaimana begitu garang dan bengis Arsene Wenger dalam bilik persalinan semasa half time. Lega gua mendengarnya, itu normal dan perkara yang sepatutnya terjadi setelah Arteta mengakui persembahan 20 minit pertama macam dilanggar kereta hancur bersepai. Fan marah Wenger, Wenger marah player, player patut marah diri sendiri, bakar semangat dan tunjuk respond atas padang dan fan kembali gembira.Begitu sepatutnya kitarannya.Apa yang menariknya dari sini, tiada tempat, masa dan lawan paling sesuai untuk Arsenal bangkit menunjukkan tindak balas selain dari beraksi di gelanggang sendiri bertemu rival tradisi United awal pagi Khamis ini . Kita baru dilanggar kereta, mereka entah berapa jauh diseret lori sampah dan hanya tuhan yang tahu sampai bila inersia lori tu nak berhenti. Elok sangatlah tu bertemu. Sebelum kick off Sabtu lepas, Kita peroleh 20 mata daripada 24 selepas kekalahan kepada City, mengapa kita tak boleh ulangi unbeaten run cemerlang kita sekali lagi?Bukan sekali kita pernah diuji, bukan selamanya kita dicaci yang pasti kita akan bangkit dari kegoblokan ini ! Cabaran2 lebih getir menanti tak ada sebab untuk kita akhiri kita punya keterujaan sekerat jalan tanpa mengembara hingga check point yang terakhir. Liverpool, lu tunggu hujung minggu ni repeat dalam FA Cup. Kalau diwar2kan sangat oleh para pundit dan haters bahawa ada potensi untuk kedua2 kelab ni berlumba trophyless ,Arsenal akan pastikan Liverpool terlebih dahulu dapat gelaran minggu ni.We will march on! COYG!!

Agi idup agi mengGunners! 




0 ulasan: